Baru-baru ini, pelakon terkenal, Ben Amir tampil mengakui bahawa dirinya kini sedang menjalinkan hubungan rapat sambil mengenal hati budi seorang wanita yang berasal dari Filipina.

Menurut Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin (35), beliau dan wanita tersebut sebenarnya sudah mula berkenalan sejak dua tahun lalu dan kini mahu ke fasa yang lebih serius.

“Saya masih lagi dalam fasa baru berkenalan hati budi. Kami sudah berkenalan selama dua tahun. Wanita itu bukanlah berasal dari Malaysia tetapi dari Filipina”

“Saya kenal dia sejak saya menetap di sana,” katanya ketika ditemui pihak media selepas acara malam gala dan tayangan perdana filem Gantung: Musketeer Code yang berlangsung di GSC Mid Valley, semalam.

Ads
Pindah Bukan Sebab Cinta, Ben Amir Akui Sedang Kenal Hati Budi Wanita Filipina
Kredit foto: Instagram Ben Amir
Pindah Bukan Sebab Cinta, Ben Amir Akui Sedang Kenal Hati Budi Wanita Filipina
Kredit foto: Instagram Ben Amir

Pada masa yang sama, Ben turut menepis dakwaan apabila beliau dikatakan berhijrah ke negara tersebut disebabkan cinta sebaliknya ia merupakan perancangan peribadi yang sudah lama dirancang.

“Dia bukanlah punca saya berpindah ke Filipina. Pindah ke Filipina itu memang sudah lama saya plan. Ini bukan kerana seseorang, tetapi lebih kepada usaha untuk membuka buku baharu dalam hidup saya,” jelas Ben yang membawakan watak Gibbs dalam filem Gantung: Musketeer Code. 

Ads

“Sebagai seorang anak lelaki, saya rasa sudah menjadi tanggungjawab saya untuk sentiasa upgrade diri dari segi kerjaya, mental dan pelbagai aspek lain,” ujarnya lagi.

Pindah Bukan Sebab Cinta, Ben Amir Akui Sedang Kenal Hati Budi Wanita Filipina
Kredit foto: Instagram Ben Amir
Pindah Bukan Sebab Cinta, Ben Amir Akui Sedang Kenal Hati Budi Wanita Filipina
Kredit foto: Instagram Ben Amir

Dalam pada itu, Ben turut menjelaskan keputusan berpindah ke Filipina bukanlah sesuatu yang mudah dan ia lebih kepada fasa ‘reset’ dalam hidup serta melihatnya sebagai satu cabaran baru sambil memikul tanggungjawab besar demi kemajuan diri serta perkembangan peribadi.

Ads

“Saya rasa bila saya duduk di Filipina merupakan satu perkara yang sangat susah untuk saya lakukan tapi saya tetap cuba. Di sana saya cuba untuk membuka satu restoran halal. Jadi, benda inilah yang saya rasa senang untuk lakukan buat masa kini,” katanya.

Sekadar info, sebelum ini keputusan Ben Amir untuk menetap di Pulau Siargao, Filipina telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat mengenai halatuju kerjayanya sebagai anak seni di Malaysia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI