Disebabkan cuti Tahun Baru Cina dan cuti sekolah, sudah pasti lebuhraya utara selatan penuh sesak dengan kenderaan yang mahu pulang ke kampung dan bercuti.
Bila sebut tentang jem, pasti terbayang kaki yang lenguh menekan brek, pergerakan yang agak slow motion, kawasan Rawat & Rehat yang sentiasa penuh serta pelbagai lagi gelagat dapat dilihat. Bagi bagi yang tak mahu ke mana-mana sempena cuti panjang ini, apa kata ‘healing’ dengan 10 kdrama ini.
Welcome to Samdal-ri (2023)
Welcome to Samdal-ri membawa penonton ke kisah kehidupan desa yang tenang, di mana Jo Yong Pil, seorang peramal cuaca, tinggal di kampung halamannya untuk melindungi para Haenyeo (perempuan penyelam). Berbeza dengan bekas kekasih (Jo Yong Pil bernama Cho Samdal) yang menatap di bandar untuk merantau, akhirnya kembali ke kampung halamannya.
Drama ini menyajikan suasana desa yang menenangkan dan kisah yang menghangatkan hati penonton dengan kehidupan desa.
18 Again (2020)
Sama-sama dibintangi oleh Lee Do-hyun, drama siri 18 Again (2020) mengisahkan tentang seorang ayah yang kembali seusia dengan anak-anak kembarnya.
Reply 1988 (2015—2016)
Kisah tentang kehangatan jiran tetangga satu kejiranan serta makna keluarga juga menjadi tema utama dalam drama siri Reply 1988 (2015—2016)
Hospital Playlist musim 1-2 (2020—2021)
Kisah yang sangat mengharukan dan sangat menenangkan pasukan perubatan dan para pesakit dan keluarga mereka menjadi topik utama dalam drama siri Hospital Playlist musim 1-2 (2020—2021)
Ads
When the Camellia Blooms (2019)
Mengisahkan tentang suka duka kehidupan seorang ibu tunggal dan anak lelakinya di sebuah pekan kecil
Hometown Cha-Cha-Cha (2021)
Berlatarkan desa pesisir, anda akan pasti terharu dan juga ketawa dengan kisah setiap karakter dalam drama siri Hometown Cha-Cha-Cha (2021)
Extraordinary Attorney Woo (2023)
Drama ini bergenre undang-undang jenayah dan psikologi di mana Woo Young-woo mempunyai penyakit autism tetapi dia sangat meminati dunia perundangan.
Disebabkan bakatnya yang boleh mengingat segala-galanya membuatkan dia dapat menjalani latihan peguam di firma undang-undang Hanbada. Di sana, dia mula menyelesaikan kes dengan gayanya yang tersendiri.
Drama ini dibintangi oleh Park Eun-bin, Kang Tae-oh, Kang Ki-young, Ha Yoon-kyung, Joo Jung-hyuk dan ramai lagi.
Hello, My Twenties!
Ads
Kalau korang nak vibe cerita tentang kehidupan remaja wanita di universiti, korang boleh tonton drama “Hello, My Twenties!”.
Drama ini mengisahkan tentang lima gadis berusia dua puluhan yang tinggal bersama di sebuah rumah dipanggil ‘Belle Epoque’ yang bermaksud ‘masa yang indah’ dalam bahasa Perancis. Setiap gadis itu mempunyai personaliti, latar belakang dan isu tertentu. Apabila gadis-gadis tersebut merasakan ikatan persahabatan menjadi lebih rapat, mereka cuba untuk menangani isu peribadi mereka sendiri.
It’s Okay Not To Be Okay
Drama ini merupakan drama yang paling diingati oleh penggemar drama Korea disebabkan jalan cerita yang tidak merumitkan dan mempunyai elemen yang sedikit menyedihkan serta melibatkan psikologis.
Drama “It’s Okay Not To Be Okay” ini dibintangi oleh Kim Soo-hyun, Seo Ye-ji dan Oh Jung-se.
Dear My Friend (2016)
Seterusnya, drama “Dear My Friend” yang menggambarkan tentang bagaimana sekumpulan warga emas meneruskan perjalanan hidup mereka dengan keseronokan.
Untuk maklumat, drama “Dear My Friend” berkisar tentang sekumpulan warga emas yang sedang memperjuangkan kehidupan mereka walapun umur menjadi penghalang. Kemudian, mereka berjumpa dengan seorang penulis novel bernama Park Wan. Mereka berkongsikan kisah mereka dengan harapan penulis itu menulis kisah mereka menjadi satu novel.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Fify Azmi menjelaskan hubungannya dengan aktor Syazwan Zulkifly yang pernah dikatakan sedang berkawan rapat itu tidak lebih dari sekadar rakan biasa.
Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi (34) berkata, dia juga memilih untuk tidak lagi saling mengikuti Syazwan di media sosial selepas mengetahui status aktor berkenaan.
“Kami pernah rapat tapi ia tidak lebih daripada itu. Kami juga tak bergaduh cuma saya tak boleh dengan orang yang sudah berpunya tapi kami masih berkawan dan lepak bersama”
Menurutnya, tindakan tersebut diambil selepas rasa terganggu dengan aktor berkenaan yang sentiasa mahu mendekatinya. Fify turut menjelaskan lagi bahawa dia lebih selesa berkawan dengan seseorang yang berterus terang mengenai status dirinya.
“Saya akan unfollow kalau dia masih nak cuba saya. Saya suka orang yang berterus terang yang dia sudah berpunya tapi saya dengan dia okay saja tidak ada masalah”
Dalam pada itu, Fify berkata dia akan lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup malah akan memeriksa latar belakang mereka terlebih dahulu.
Jelasnya, ini merupakan pengalaman baharu buat dirinya memandangkan bekas kekasihnya tidak pernah berkelakuan seperti ini.
“Lepas ini saya akan periksa latar belakang lelaki itu, sebelum ini saya bukan yang macam itu sebab bekas kekasih saya semua orang baik. Bila datang kepada benda yang tak pernah saya alami saya akan periksa”
Ujarnya lagi, dia tidak pernah serik untuk memulakan suatu hubungan baharu namun ketika ini Fify masih sibuk dengan kerjaya sebagai seorang pelakon.
“Saya tak pernah tutup pintu hati cuma buat masa sekarang tiada masa dan tidak fikir fasal bercinta. Kalau ada jodoh adalah, saya tak ada masa dan tak fikir mengenainya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fify muncul dengan sebuah naskah baharu berjudul Padu The Movie sebuah filem yang bakal ditayangkan 6 Jun ini. Kisah ini diangkat daripada peristiwa benar pengalaman empat wira utama pasukan Bola Keranjang Negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertama sekali, tahniah Remaja ucapkan kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) secara umumnya dan khasnya buat semua mahasiswa yang telah menyertai Ikrar Bebas Rasuah (IBR)yang berlangsung malam tadi.
Menurut laporan dari Sinar Harian, kumpulan mahasiswa UIAM ini menjadi pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang pertama melafazkan IBR di Malaysia.
Pada majlis yang dilangsungkan di majlis Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah (KOMAWAR) di UIAM semalam, lafaz IBR oleh mahasiswa diketuai oleh pemimpin pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM, saudara Amir Ridwan Idris.
Ia turut disaksikan oleh Ketua Pesusuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin.
Foto hiasan (Kredit: Jalurgemilang.my)
Jelas Rektor UIAM, dia berasa sangat bangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh mahasiswa UIAM untuk memerangai dan menjauhi segala bentuk amalan rasuah.
Kesedaran serta pendedahan tentang bahaya gejala rasuah kepada mahasiswa ini sangat penting sebelum mereka menjejaki dunia pekerjaan profesional yang pastinya terdedah dengan ancaman ini.
Bagi Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Duzlkifli pula beranggapan bahawa mahasiswa memainkan peranan penting dalam usaha negara memerangi rasuah. Beliau menyeru mahasiswa UIAM bersama-sama SPRM untuk menolak dan membanteras amalam rasuah.
Pada majlis ini juga berlangsung perasmian Gerakan Mahasiwa Anti Rasuah (GEMA) yang merupakan program yang menjalankan pelbagai kempen anti rasuah untuk menyuntik kesedaran tentang perlunya mahasiswa menghindari gejala rasuah.
Sekali lagi, tahniah Remaka ucapkan buat mahasiswa-mahasiswa UIAM! Semoga langkah ini akan disusuli oekh semua mahasiswa di IPTA serta IPTS di seluruh negara.
Mahasiwa merupakan generasi yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan serta mewarisi masa depan Malaysia. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Dan pastinya menolak rasuah biarlah dari usia muda remaja!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mencipta fenomena besar di Indonesia, Qodrat 2 kini bersedia untuk ‘menyihir’ penonton Malaysia pula! Filem seram aksi ini akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula 17 April 2024, hasil kerjasama hebat antara pelbagai produksi termasuk Astro Shaw.
Kalau korang masih ingat, Qodrat pertama dulu memang ‘meletup’, dan kali ini, sekuelnya tampil dengan skala yang jauh lebih besar. Bukan setakat seram, Qodrat 2 bawa gabungan aksi, thriller, elemen keagamaan dan juga sentuhan superhero yang buatkan ia berbeza daripada filem-filem seram klise yang lain.
Kisah Yang Lebih Dalam & Sarat Emosi
Berbeza dengan filem pertama yang lebih fokus kepada kejatuhan iman Ustaz Qodrat selepas kehilangan anak, kali ini kita dibawa melihat dari perspektif Azizah, isterinya. Watak ini dilakonkan dengan penuh emosi oleh Acha Septriasa, yang kembali ke layar perak selepas lama menyepi.
Azizah dalam keadaan tertekan, sampai sanggup menyerahkan keimanannya kepada iblis Asu’ala demi menyelamatkan anak mereka. Bila dia mula bekerja di sebuah kilang fabrik misteri selepas keluar dari hospital mental, Ustaz Qodrat nekad nak ‘tarik’ semula isterinya dari cengkaman syaitan.
Menariknya, tiada ‘jumpscare’ murahan. Sebaliknya, filem ini buat korang tak berkelip dengan babak pertarungan, efek khas yang real gila, dan hubungan emosi yang menyentuh hati antara dua watak utama—dilakonkan oleh gandingan ‘legend’ Acha Septriasa dan Vino G. Bastian yang kembali selepas 17 tahun!
Bukan Sekadar Seram
Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw dan Penerbit Eksekutif Qodrat 2, filem ini bawakan satu aras baru dalam genre seram:
“Penceritaan yang dipersembahkan tidak bergantung semata-mata pada elemen seram dan kejutan, tetapi diseimbangkan dengan adegan aksi ala superhero, emosi dan unsur agama…”
Astro Shaw juga bangga dapat bekerjasama semula dengan MAGMA Entertainment dalam meneruskan legasi Qodrat dan komited untuk terus memperkukuh kolaborasi rentas negara.
Menurut Linda Gozali Arya, Penerbit Filem Qodrat 2:
“Qodrat 2 bukan hanya lanjutan dari filem seram yang mempunyai unsur agama paling berjaya di Indonesia, tetapi juga memberi penonton sebuah pengalaman spiritual dan sinematik yang lebih dalam dan besar,”
So, korang ready ke?
Kalau korang peminat filem seram yang ada ‘isi’ dan bukan sekadar nak bagi korang melatah seminit sekali, Qodrat 2 adalah filem wajib tonton tahun ni!
Saksikan Qodrat 2 di pawagam bermula 17 April ini. Jangan lupa gunakan #Qodrat #FilmQodrat2 #Qodrat2MY kat media sosial lepas tengok nanti, okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!