Menurut laporan rakan media di sana, pemergian Melisha adalah disebabkan oleh jantung bengkak dan ia disampaikan oleh temannya, Ellysia Belinda yang menyenaraikan kronologi detik akhir Melisha menerusi paparan Instagram Story.
Setelah dibawa ke hospital untuk bedah siasat, diagnosis nyata mendapati Melisha berdepan dengan isu jantung bengkak. Laporan turut menyatakan bahawa Melisha pernah merasa sakit pada bahagian tubuhnya dan mengalami sesak nafas.
Namun dia enggan mengunjungi hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ia membuatkan kami tertanya-tanya, apakah di antara simptom untuk mengetahui jika seseorang itu mempunyai isu jantung bengkak. Ia adalah penyakit yang kami rasakan kurang dibincangkan secara terbuka di kalangan remaja.
Kita selalu merasakan kita ‘terlalu muda’ dan jantung kita tidak mempunyai masalah.
But that guess has been proven false, today.
Walaupun simptom jantung bengkak berbeza mengikut individu, di antara simptom paling kerap dihadapi pesakit adalah sesak nafas seperti yang dilaporkan dalam kes Melisha. Ini kerap berlaku semasa mereka aktif melakukan sesuatu (seperti bersenam dan bekerja) atau semasa berbaring.
Ads
Pesakit juga akan mendapati kaki mereka membengkak dan degupan jantung mereka selalunya tidak tetap (aritmia). Mereka juga mungkin sekali pernah pengsan secara tiba-tiba.
Selain itu, pesakit akan merasa tidak selesa di beberapa bahagian badan seperti pada lengan, punggung, leher dan perut.
Ingin sekali kami tekankan bahawa simptom ini berada pada paras ‘ringan’ dan tidak kronik untuk tempoh beberapa tahun. Namun ia boleh menyerang pada bila-bila masa.
Oleh itu, pemergian Melisha ini adalah umpama ‘eye opener’ untuk kita berjaga-jaga dengan pemakanan terutamanya paras pengambilan garam dan alkohol bagi mereka yang mengambilnya.
Jangan terlalu ‘selesa’ tanpa bersenam hanya kerana kita ‘kurus’. Tanpa bersenam secara berkala, badan kita akan menjadi lebih lemah.
*
Ikuti satu lagi laporan kami mengenai remaja yang berdepan isu jantung.
Perkhidmatan teksi dan e-hailing seperti Grab, FoodPanda dan MyCar sudah biasa digunakan masyarakat sebagai pengangkutan atau perkhidmatan penghantaran melalui jalan darat.
Apa yang kita lihat dalam masyarakat hari ini adalah betapa pengguna khususnya generasi muda amat bergantung kepada kaedah perkhidmatan ini.
Namun, baru-baru ini Grab di laman rasmi mereka telah mengumumkan yang mereka telah melakukan perubahan pada struktur tambang perkhidmatan e-hailing mereka. Menurut pengendali perkhidmatan, struktur harga baharu ini akan digunakan untuk pengguna di Lembah Klang bermula 16 Januari 2023.
Tujuan Grab menaikkan tambang ini adalah bagi memastikan kontraktor pemandu mereka mendapat pampasan yang lebih adil ketika berdepan dengan kesesakan jalan raya Lembah Klang. Pada waktu puncak misalnya, lebih masa diambil untuk melunaskan sesuatu tempahan walaupun jarak fizikalnya pendek.
Info Untuk Pengguna
Buat penumpang Grab, kalau korang masih belum tahu, formula pengiraan tambang terkini e-hailing itu adalah seperti berikut;
RM2 + (jarak perjalanan x RM0.25) + (tempoh perjalanan X RM0.43) = Jumlah tambang
Far Pick Up Bonus & pekali Hourly Cashback
Grab turut memperkenalkan Far Pick Up Bonus untuk pemandu yang tersangkut dalam kesesakan sewaktu ingin menjemput penumpang.
Kadar yang berubah dalam formula ini adalah tambang per minit dan tambang per km. Didapati yang tambang per minit naik sebanyak 115% daripada RM0.20/min kepada RM0.43. Kadar tambang per km pula menurun sebanyak hampir 64% daripada RM0.70/km kepada RM0.25/km.
Jadi, Grab mencadangkan agar pengguna boleh menetapkan tanda menetapkan amaran melalui ciri ‘Pemberitahuan Tambang’ dalam aplikasi Grab mereka. Mereka akan dimaklumkan jika tambang turun dalam masa 15 minit selepas itu. Semoga bermanfaat!
Sebelum ini, AirAsia turut memperbesar skop perkhidmatan e-hailing ini dengan menawarkan pengalaman baharu buat pelanggan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengorbanan seorang guru begitu besar dalam mendidik para pelajar bukan hanya daripada segi akademik, malah adab dan akhlak anak-anak juga sudah diterapkan sedari awal di alam persekolahan. Tambah pula dengan situasi pandemik COVID-19 sekarang, para guru tidak berkira untuk berkhidmat melakukan pelbagai kerja untuk anak murid di sekolah.
Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang mempaparkan aksi seorang guru yang bertukar suaranya menjadi garang ketika mengagihkan makanan kepada para pelajar. Maklum saja, waktu pandemik ni kebanyakan sekolah mengambil inisiatif untuk mengambil order makanan terlebih dahulu dan diagihkan sewaktu rehat di dalam kelas. Jadi, pelajar hanya makan di kelas tanpa perlu ke kantin.
Justeru itu, ketika cikgu Dian memanggil nama pelajarnya seorang demi seorang, cikgu tersebut sempat mengatakan “Yang lain duduk dulu, jangan makan dulu” dengan nada yang garang. Video yang dimuat naik di laman TikTok itu berjaya menarik perhatian ramai dan sehingga kini, ia telah mencecah sebanyak 17.8 juta tontonan.
Cikgu-cikgu 90s SEMUA macam ni, garang tu takpe lagi jangan lupa pembaris besi, pulas pusat + kutil telinga sampai berdarah! Hahaha tapi tu semua jadi memori gelak2, jadi manusia! 🤣 sekarang je viral sebab cikgu baik baik kan?
Memang menghiburkan. Tidak dinafikan bukan mudah untuk menjaga ramai anak murid yang masing-masing mempunyai perangai tersendiri. Tapi, walaupun tengah ‘marah’, cikgu tetap cantik kan? Hiks!
Salam takziah kami sampaikan kepada seluruh keluarga Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di atas pemergian ibunda tercinta, pada hari yang mulia ini.
Allahyarhamah Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamed Noah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 petang tadi di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur. Pada usia 87 tahun, Allahyarhamah juga merupakan balu kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein.
Perkhabaran tersebut baru saja diberitahu oleh Datuk Seri Najib sendiri menerusi akaun Twitter rasmi beliau. Ia berbunyi;
Selain daripada Datuk Seri Najib, Allahyarhamah meninggalkan empat lagi orang anak.
Mereka ialah Datuk Ahmad Johari Razak (bekas Pengarah Eksekutif Ancon BHD), Datuk Mohamed Nizam Razak, Datuk Mohamed Nazim Abdul Razak (arkitek dan ahli perniagaan) dan Datuk Seri Mohamed Nazir Razak yang juga merupakan bekas Pengerusi CiMB Group Malaysia.
Setelah Allahyarhamah mengahwini Tun Abdul Razak, kakak beliau iaitu Suhaila pula berkahwin dengan Perdana Menteri ketiga negara, Tun Hussein Onn dan itulah bagaimana Datuk Seri Najib dan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein boleh menjadi sepupu.
Terdahulu semalam, tinjauan REMAJA pada perkongsian Datuk Seri Najib di Facebook pula mendapati beliau merafak sembah dan menjunjung kasih di atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas kunjungan diraja ke wad di hospital tersebut.
Patik merafak sembah dan menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI dan DYMM Paduka Seri Sultan Perak atas perkenan Tuanku-Tuanku mencemar duli berangkat menziarahi bonda patik Tun Rahah yang berada di hospital untuk rawatan. pic.twitter.com/idB2VKRj7f
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.