Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2019 sudah diumumkan semalam. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam pelajar.

“Solat Tahajud Sebelum Ulangkaji..”,Antara Tip Cemerlang STPM Anak Rockers!

Tapi korang mesti pernah dengar lagu rock tahun 90 yang popular, Cinta Untuk Nabila! Kalau korang nak tahu anak bekas penyanyi kumpulan rock Melissa juga antara pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.0 hari.“Solat Tahajud Sebelum Ulangkaji..”,Antara Tip Cemerlang STPM Anak Rockers!Muhammad Maqamin Amin Mohd Radzi, 20, anak kelima Allahyarham Mohd Radzi Abdul Hamid atau Ustaz Radzi yang popular pada era 80an hingga awal 90-an, bersyukur dengan keputusan cemerlang diperoleh hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahsuri, Langkawi itu berkata, walaupun tidak dapat berkongsi kejayaan bersama arwah ayahnya, namun dia sentiasa ingat setiap pesanan bapanya itu.

“Solat Tahajud Sebelum Ulangkaji..”,Antara Tip Cemerlang STPM Anak Rockers!

“Ayah sudah tiada namun setiap pesanannya agar menjaga agama dan solat pada awal waktu saya cuba buat sebaik mungkin.

IKLAN

“Saya juga bangun pagi untuk solat tahajud sebelum mengulang kaji pelajaran,” katanya.

Menurut Sinar Harian, beliau ditemui selepas menerima sijil penghargaan dan slip STPM daripada Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin Alor Setar hari ini.

“Solat Tahajud Sebelum Ulangkaji..”,Antara Tip Cemerlang STPM Anak Rockers!

Muhammad Maqamin Amin berkata, dia yang pernah belajar di sekolah tahfiz turut menjadikan amalan membaca al-Quran sebelum Subuh sebagai rutin harian kerana waktu tersebut adalah paling sesuai untuk ulangkaji ilmu yang dipelajari sebelum ini.

IKLAN

Pada 23 Disember 2018, Ustaz Radzi, 55, meninggal dunia selepas rebah ketika menjayakan sebuah persembahan di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur sekitar jam 11.15 malam.

Difahamkan Mohd Radzi tiba-tiba rebah selepas beberapa saat berada di pentas untuk menyampaikan persembahan pertamanya pada jam 10.30 malam sempena program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kejayaan sama turut dikongsi pasangan kembar dari Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin Alor Setar, Nur A’dilah A’qilah Yahaya dan Nur A’liyah A’qilah, 20, yang memperoleh PNGK 4.0 dalam STPM.

“Solat Tahajud Sebelum Ulangkaji..”,Antara Tip Cemerlang STPM Anak Rockers!

IKLAN

Untuk info seramai 44,823 calon hadir menduduki peperiksaan STPM 2019 di 652 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 44,501 atau 99.28 peratus orang adalah calon sekolah kerajaan, 167 (0.37 peratus) calon sekolah swasta, 128 (0.29 peratus) calon persendirian individu, dan 27 (0.06 peratus) calon sekolah kerajaan negeri.

REMAJA gembira mendengar kisah kejayaan calon-calon STPM ini. Apa pun keputusan yang dapat, itulah usaha kita selama 17 tahun bersekolah. Selepas ini, korang dah tak payah sarung pakaian sekolah dah dan sudah tentu dalam beberapa tahun akan datang semakin memasuki alam dewasa…

Sumber : Sinar Harian

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI