Kalau sebelum ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pernah turun dari kenderaan rasminya untuk memeriksa keadaan seorang mangsa kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), kini sekali lagi Sultan berjiwa rakyat ini melakukan perkara yang sama terhadap mangsa kemalangan jalan raya yang berlaku di Cyberjaya sebentar tadi.
Menurut laporan daripada instagram istana_negara, Baginda menuruni kenderaan rasmi sebanyak dua kali untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu-pemandu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tersebut.
Kemalangan pertama berlaku di Cyberjaya dan kedua, berhampiran Plaza Tol MEX Putrajaya.
Keprihatan Baginda mendapat perhatian rakyat jelata dengan memuji sikap jiwa rakyat dan rendah diri yang ada pada diri Baginda Sultan.
Ads
Ads
Malah, ada juga yang berpendapat bila dah ditimpa musibah, tapi dibantu dan Agong kita sendiri yang bertanyakan khabar, mangsa masih boleh tersenyum dan berasa lebih tenang.
Fenomena bola sepak tanah air bukanlah sesuatu yang baru buat penyokong Malaysia. Rata-rata peminat bola sepak tempatan melahirkan rasa kecewa apabila tiket perlawanan akhir menentang Thailand habis dijual.
Ramai yang sanggup beratur panjang sehingga ke stadium Melawati semata-mata untuk mendapatkan tiket.
Kaunter tiket hanya dibuka pada jam 11 pagi semalam dan apa yang membuatkan rakyat lebih terkilan adalah kerana tiada jualan online dilakukan.
Menjelang tengah hari, orang ramai mula hilang sabar apabila diberitahu tiket sudah habis dijual. Keadaan menjadi tidak terkawal dan ada segelintir daripada mereka yang mula buat kecoh dengan merusuh kaunter penjualan tiket.
Difahamkan mereka berang kerana ada yang memotong barisan ketika membeli tiket dan ada juga individu yang tidak bertanggungjawab membeli tiket dengan jumlah yang banyak lalu menjualnya pada harga yang sangat tinggi.
Kalau melihatkan pada situasi, rasanya kami pun tak sanggup nak beratur panjang dan berhadapan dengan keadaan tegang seperti ini. Diharap agar jika ada perlawanan lain selepas ini, pihak pengurusan lebih peka dalam menguruskan cara penjualan tiket untuk memudahkan pengunjung.
Apa-apa pun selamat maju jaya REMAJA ucapkan buat pemain bola sepak Malaysia untuk perlawanan malam ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lebih sebulan bandaraya Tokyo menjadi medan sukan terbesar dunia, akhirnya hari akhir penganjurannya tiba juga.
Dalam tempoh beberapa jam lagi, Tokyo Jepun secara rasminya akan menutup tirai penganjurannya temasya sukan paling berprestij dunia sejak ia menganjurkan Sukan Olimpik pada 24 Julai lalu diikuti oleh Sukan Paralimpik yang berakhir pada hari ini.
Dalam tempoh 44 hari ia berlangsung, reaksi yang diterima oleh Tokyo sebagai tuan rumah kali ini boleh dikatakan bercampur baur. Dari sudut delegasi negara yang bertanding di sana, mereka terus-menerus memuji Tokyo di atas kemampuannya untuk menganjurkan kedua-dua temasya tersebut selancar mungkin biarpun dunia kini sedang bergelut dengan pandemik wabak COVID-10.
Tidak keterlaluan jika REMAJA katakan tiada negara lain yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah ini sebaik Jepun pada waktu ini.
Bagaimanapun, dari sudut rakyat Jepun terutamanya di Tokyo pula, seawal bulan Mac lalu mereka telah menyifatkan Tokyo 2020 sebagai sebuah temasya yang membawa nasib malang kepada mereka.
Jepun seakan tersekat di tengah-tengah. Keputusan meneruskan penganjuran ini telah menyaksikan sektor ekonomi dan kewangan Jepun mengalami kerugian teruk akibat beberapa keputusan seperti ketiadaan penonton di dalam stadium yang terpaksa diambil negara itu demi memastikan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik berjalan selancar mungkin. Namun pada waktu yang sama, Jepun akan menggalami lebih banyak kerugian sekiranya mereka membatalkan penganjuran.
Selain itu, seperti dijangka, jumlah kes baharu positifCOVID-19 di sana juga mendadak hingga tiga kali ganda dalam tempoh sebulan ini.
Lebih daripada 500 jangkitan baharu yang disahkan berkaitan dengan Sukan Olimpik dicatatkan manakala 300 lagi jangkita mempunyai kaitan dengan Sukan Paralimpik. Malah, penganalisa di sana juga kini khuatir terhadap sebilangan anak muda di Jepun yang merasakan adalah selamat untuk mereka tidak lagi mengikut peraturanyang ditetapkan bagi melindungi diri dan orang di sekeliling; hanya kerana mereka melihat visual orang ramai berkumpul semasa Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik dilangsungkan. Banyak laporan baharu berhubung peningkatan aktiviti berkumpul beramai-ramai secara senyap sejak sebulan lalu.
Bukan itu saja nasib malang yang dialami Jepun.
Penganjuran Tokyo 2020 juga menyaksikan badi yang dialami oleh Perdana Menteri Jepun yang sedang memerintah semasa temasya sukan besar dilangsungkan; berterusan.
Setiap kali Jepun menjadi tuan rumah, setiap Perdana Menterinya pada waktu itu akan melepaskan jawatan tanpa gagal.
Ini telah berlaku sejak Sukan Olimpik Tokyoo 1964 di mana Perdana Menteri Hayato Ikeda meletak jawatan sehari selepas acara penutup. Ia diikuti Perdana Menteri Eisaku Sato pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di Sapporo (1972), Perdana Menteri Ryutaro Hashimoto pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Nagano (1998) dan Perdana Menteri Shinzo Abe yang meletak jawatan pada September tahun lalu akibat masalah kesihatan; hanya Tokyo 2020 disahkan bakal dianjurkan pada tahun 2021.
Yoshihide Suga semasa menyertai upacara pembukan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Badi itu nampaknya berterusan apabila Perdana Menteri Jepun terkini iaitu Yoshihide Suga baru saja mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding sebagai calon pemimpin parti beliau yang akan berlangsung pada bulan ini.
Pengumuman yang dilakukan dua hari sebelum acara penutup Sukan Paralimpik Tokyo 2020 telah mengejutkan ramai pihak.
Banyak faktor yang mempengaruhi keputusan beliau ini; antaranya termasuklah kenaikan kes COVID-19 paling teruk pernah dicatatkan Jepun setakat ini, proses vaksinasi lambat dan tentunya, disebabkan keputusan meneruskan penganjuran sukan. Bagaimanapun, Perdana Menteri berusia 72 tahun itu akan terus komited dalam usaha melandaikan kes COVID-19 di Jepun.
Masih tidak surut isu keputusan selebriti, Emma Maembong yang mengambil keputusan untuk menanggalkan hijabnya semalam.
Keputusan tersebut dianggap Emma sebagai keputusan peribadi dan tidak mendapat paksaan daripada mana-mana pihak.
Seperti yang didakwanya di dalam temuramah secara live melalui Instagram semalam, Emma berharap agar semua orang dapat memberikan motivasi dan mendoakan agar dirinya dapat berubah ke arah yang lebih baik secara perlahan-lahan.
Apabila timbul isu sensitif seperti ini, pastilah timbul pelbagai komen berbaur cercaan, hinaan dan pelbagai lagi kata-kata negatif oleh netizen sehinggakan REMAJA sendiri terkejut dengan sebahagian besar komen yang dilontarkan.
Bukan ingin memihak mana-mana pihak, namun sudahkah kita hilang budaya kesopanan dalam kita bertutur? Di manakah adab yang kita pelajari apabila ingin menegur seseorang?
Apa pun, dalam banyak-banyak komen yang diberikan, tweet yang dilayangkan oleh Da’i Wan Adzrin melalui akaunnya awal pagi tadi membuatkan REMAJA sendiri terfikir mengenai isu ini secara lebih rohaniah.
Dalam pada kita menghamburkan kata-kata cercaan, kita lupa bahawa adalah tanggungjawab kita untuk memimpin sahabat sesama Muslim untuk kembali ke jalanNya.
Tidak kiralah sama ada isu yang dihadapi adalah menanggalkan hijab, meninggalkan kewajipan solat, tidak menjaga silaturrahim atau sebagainya, sebagai seorang sahabat Muslim seharusnya kita mendoakan agar Hidayah terus-menerus diberikan kepada kita semua.
Kita hanya mampu menyampaikan, namun ia tetap bergantung kepada empunya diri dan ketentuanNya. Semoga kita semua berubah ke arah yang lebih baik dan lebih sempurna di sisiNya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...