Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke 36 masih lagi terasa dan tidak terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah kerana berjaya menjadi juara menerusi lagu Pelukan Angkasa.
Namun begitu, ada satu berita kurang baik yang diterima kerana polis telah mengesan tindakan sekumpulan indivisu berpelukan pada malam itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Menurut Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof berkata, gambar itu dikesan polis selepas dimuat naik sebuah portal berita. Pihak polis sudah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut.
Semua individu terbabit sudah dipanggil bagi membantu siasatan atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.
Tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nampaknya topik pilihan raya menjadi topik paling hangat diperkatakan oleh semua peringkat usia termasuklah golongan muda yang bakal menjadi pengundi buat pertama kali.
Ke mana sahaja kita pergi dan di pelbagai laman media sosial, kita tidak dapat lari daripada membaca pelbagai posting berkaitan dengan pilihan raya sama ada dari friendlist, sharing post atau sponsored post daripada parti-parti yang bakal bertanding.
Foto – Sinar Harian
Pada hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerusi Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah telah mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jatuh pada 9 Mei 2018. Manakala bagi tarikh penamaan calon pula pada 28 April dan pengundian awal pula jatuh pada 5 Mei 2018.
Jadi apakah proses yang akan berlaku selepas ini?
Usah khuatir dan gundah gulana. Remaja akan terangkan dengan seringkas yang mungkin.
HARI PENAMAAN CALON
Ia merujuk kepada hari yang ditetapkan SPR bagi semua calon mengemukakan kertas-kertas penamaan. Ia MESTI dikemukakan di antara pukul 9 pagi hingga 10 pagi pada hari penamaan. Dalam kes di mana seorang sahaja calon dicadangkan, Pegawai Pengurus akan isytiharkan menang tanpa bertanding.
PERTARUHAN
Wang tunai berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan pada hari penamaan calon. Sekira GAGAL mendapat 1/8 atau 12.5 peratus undi, calon akan hilang wang deposit.
PENGGUNAAN SIMBOL
Calon boleh menggunakan simbol parti jika mendapat kebenaran daripada Ketua Parti berkenaan. Bagi calon bebas pula perlu memilih simbol yang disediakan oleh SPR untuk dicetak di kertas undi.
KEMPEN
Di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002, kempen HANYA BOLEH DIMULAKAN selepas selesai proses penamaan calon dan perlu dihentikan jam 12 tengah malam sebelum hari mengundi.
HARI MENGUNDI
Waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran proses membuang undi. Namun demikian ada juga kawasan yang masa mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan dan kesukaran pengangkutan.
Untuk maklumat lebih terperinci korang boleh layari laman sesawang rasmi SPR.
TRIVIA PRU14
Jumlah rakyat Malaysia yang layak mengundi bagi PRU14 ialah seramai 14,940,624 orang
Daripada jumlah di atas seramai 300,255 orang pemilih awal (tentera/polis) dan 3,653 orang pengundi tidak hadir luar negara.
Seramai 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dilantik bagi menjalankan proses PRU14.
Bagi pemantauan, SPR menubuhkan sebanyak 445 Pasukan Penguat Kuasa Pilihan Raya (PP-KPR).
259,391 orang awam dilantik sebagai petugas untuk mengendalikan proses PRU14
Sebanyak 8,989 premis bangunan akan digunakan sebagai pusat membuang undi yang mengandungi 28,996 saluran mengundi
Dianggarkan PRU14 bakal menggunakan belanjawan sebanyak RM500 juta
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak dua hari lalu menyaksikan Minneapolis antara kota terbesar di Minnesota, USA dicemari insiden huru-hara orang ramai selepas kematian seorang tahanan polis tular di media sosial.
Dalam video yang tersebar luas dan mengakibatkan orang ramai melakukan rusuhan termasuk membakar beberapa pasaraya, merompak termasuk ada kejadian mati bermula selepas pihak berkuasa tempatan menahan seorang lelaki berkulit hitam yang dilihat langsung tidak melawan ketika penahanannya.
Penahanan Geaorge dikatakan bermula apabila dia menggunakan duit palsu bernilai USD 20 untuk membeli makanan di sebuah kedai makan “cup food” milik Mahmoud Abumayyaleh di mana pekerja kedai berkenaan melaporkan kejadian wang palsu berkenaan ke pihak polis.
Pihak berkuasa yang datang dilihat menahan George yang ketika itu berada dalam kenderaan. Selepas keluar dari kereta dinaiki mangsa dan menunggu kedatangan kereta peronda lain membantu, dengan tangan yang masih bergari, anggota polis berkenaan dilihat menekan leher George Floyd, 46 tahun menggunakan kepala lututnya dan dalam video yang tular itu dapat kedengaran George Floyd merayu agar dilepaskan kerana dia sukar bernafas.
Namun kelihatan agak selamba empat orang anggota polis di mana seorang dari mereka masih menekan lehernya seperti tiada apa-apa. Ekoran kejadian dianggap melampau itu di mana masih wujud sentiment kulit hitam kulit hitam seperti zaman apartheid dahulu, orang ramai terutama kalangan penduduk berkulit hitam mula berkumpul dan melakukan rusuhan. Namun dengan penularan video menyaksikan George Floyd tidak melawan, rusuhan itu semakin merebak dan orang ramai mula melakukan keganasan dengan menganggap pihak polis adalah virus dalam insiden ini.
Empat anggota polis yang terlibat dalam insiden yang mencetuskan huru hara ini telah pun dipecat dari jawatan mereka.
Lihat video bagaimana huru haranya keadaan di Minneapolis sejak dua hari lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemain bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo memang dikenali sebagai antara atlet selebriti yang murah hati.
Sekiranya ada isu besar yang timbul dan memerlukan bantuan dana, Ronaldo pasti menjadi salah seorang individu pertama yang sanggup mengeluarkan dana daripada poket sendiri untuk membantu mereka yang memerlukan.
Terbaru sempena bulan Ramadan ini, Ronaldo dilaporkan telah mendermakan sejumlah dana yang besar bagi membantu rakyat di Palestin dan sempadan Gaza untuk persediaan mereka sepanjang bulan mulia ini.
Sebanyak USD1.5 juta didermakan oleh penyerang kelab Juventus itu sebagai tanda solidariti menyokong negara tersebut yang kini sedang berdepan tekanan Israel. Masyarakat di sana sedang bergelut dengan isu kekurangan bahan asas makanan kerana akses masuk melalui jalan darat, laut serta udara kini disekat oleh Israel.
Selain negara Palestin, Ronaldo juga pernah membantu anak yatim di Syria.
Ini bukanlah kali pertama Ronaldo dikaitkan dengan bantuan untuk masyarakat Palestin. Cuma media massa terutamanya media di Barat tidak melaporkannya secara meluas.
Sebagai contoh pada Nover 2012, Ronaldo telah melelong but emas yang dimenangi semasa kejohanan peringkat Eropah untuk memperoleh sebayak USD1.5 juta dan ia didermakan kepada beberapa buah sekolah di sekitar Gaza.
Selain itu Ronaldo juga pernah memperlihatkan tanda solidariti setelah tamat perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Portugal dan Israel. Ronaldo dilaporkan enggan bertukar jersi dengan pemain Israel atas alasan menolak memakan jersi yang mempunyai bendera negara tersebut.
Kita mungkin tak mampu untuk mendermakan jumlah sebanyak itu. Tetapi balasan Tuhan terhadap segala niat sedekah kita sepanjang bulan Ramadan ini hanya di antara kita dan Tuhan.
Tak rugi pun untuk berbuat baik sesama manusia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!