
Anak perempuan kepada selebriti popular Indonesia, Kris Dayanti dan bekas suaminya Hermansyah, Aurel Hermansyah telah pun selamat diijab Kabul dengan seorang YouTuber terkenal Atta Halilintar baru-baru ini.
BACA: Kebaya Kahwin Aurel Penuh Kristal Swarovski, Atta Halilintar Pula ‘Request’ Lambang Petir
Pernikahan mereka disaksikan sendiri oleh Presiden Jokowi dan juga Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto. Momen terindah ini turut disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan RCTI.

Namun, bukan itu yang menarik perhatian kami, sebaliknya majlis yang berlangsung itu perlu dipuji kerana mengikut SOP. Pasangan pengantin dan setiap tetamu yang hadir dilihat memakai pelitup muka dan tempat duduk mereka juga dijarakkan sedikit demi menjaga penjarakan sosial.



Jika korang lihat pada gambar dan video pernikahan anak selebriti popular ini, boleh dikatakan mereka memang menganjurkan majlis dengan mengikut perintah SOP yang betul.
Walaupun ada segelintir tetamu yang membuka pelitup muka ketika bergambar, namun korang boleh lihat sendiri kebanyakan tetamu yang lain masih lagi sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di majlis tersebut.

Sikap seperti inilah yang masyarakat Malaysia perlu contohi kerana dalam kita bersuka-ria meraikan pasangan pengantin, SOP tetap perlu dijaga. Tidak kiralah di majlis perkahwinan, pertunangan atau pun birthday party sekali pun, jangan lupa jaga jarak dan patuh SOP okay?

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar atas pernikahan mereka. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat ya gaiss.
Sumber: Instagram
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ratu Cantik Filipina Jadi Wakil Kelima ASEAN Ke Miss Universe, Siapa Mereka?

Persaingan untuk mewakili negara ke pertandingan ratu cantik Miss Universe sudah semestinya sengit pada setiap tahun.
Pada tahun ini, situasi pandemik akibat wabak Covid-19 di seluruh dunia memaksa setiap negara akur dengan norma baharu dalam menganjurkan pertandingan ratu cantik.
Bagaimanapun, itu tidak menghalang 5 buah negara dari rantau ASEAN ini untuk memahkotakan wakil negara masing-masing ke Miss Universe 2020.
Terbaru, kuasa besar ratu cantik iaitu Filipina telahpun memilih wakilnya untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh beberapa juara Miss Universe sebelum ini seperti Pia Wurtzbach dan Catriona Gray.
Siapakah mereka, jom lihat senarai ini.
01
FILIPINA

Nama pemenangnya saja sudah membawa maksud Puteri ataupun Ratu.
Gadis kacukan Filipina-India, Rabiya Mateo, 23 merupakan pemenang terbaru dari rantau ASEAN setelah dia dimahkotakan sebagai Miss Universe Filipina 2020, hari ini.
Rabiya berdepan cabaran sengit daripada beberapa peserta kegemaran seperti naib juara Ysabella Ysmael, Michelle Gumabao (3), Pauline Amelinckx (4) dan Kimberly ‘Billie’ Hakenson (5). Namun, peserta dark horse ini berjaya mengenepikan empat peserta tersebut setelah melakukan persembahan yang cukup lancar pada segmen pakaian mandi, gaun dan sesi soal jawab.
Sedikit info mengenai Rabiya, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Fisioterapi ini merupakan calon ‘Valedictorian’ ataupun pelajar terbaik pada tahun 2018 dari Kolej Kedoktoran Iloilo.
Sepanjang musim pandemik, Rabiya aktif melakukan kerja-kerja kemanusiaan seperti menyediakan makanan kepada frontliners di hospital serta membantu mengutip dana untuk membeli pakaian PPE buat frontliner kesihatan dan pemandu teksi di sana.
02
MALAYSIA

Yes guys, Malaysia pun sudah mempunyai wakil.
Sejak menyandang gelaran Miss Universe Malaysia pada 5 September lalu, kelibat Francisca Luhong James seakan berada di mana-mana. Malah, Fran, 25 juga sempat untuk melakukan trip ‘homecoming’ ke negeri kelahirannya, Sarawak.
Fran yang mempunyai darah kacukan Kayan-Kenyah dan Iban-Dayak tidak sabar untuk membawakan nama negara dan kebudayaan dirinya ke pertandingan Miss Universe kelak. Masakan tidak, Fran ialah wanita Dayak pertama yang pernah menjuarai dalam sejarah pertandingan.
Selain itu, Fran memaklumkan dalam temuramah eksklusif bersama REMAJA bahawa dia teruja untuk meneruskan kempen ‘Women Rise’. Ia bertujuan bagi membantu wanita Malaysia mempunyai platform untuk memperbaiki kualiti kehidupan dan mempunyai semangat berjuang.
03
THAILAND

Jika pada tahun 2019, Thailand berjaya menempatkan negara mereka di kedudukan Top 5 – all thanks to Paweensuda Drouin. Wakil Thailand berdarah kacukan Thai-Kanada itu meneruskan legasi wakil 2016 dan 2017 Thailand yang berjaya memperolehi kedudukan Top 5/6.
Untuk edisi 2020 ini, Thailand menobatkan model berusia 27 tahun, Amanda Obdam sebagai wakil ke Miss Universe. Menariknya, Amanda juga memiliki darah kacukan Thai-Kanada seperti Paweensuda.
Sedikit info mengenai Amanda, graduan Pentadbiran Perniagaan dan Ekonomi daripada University of Toronto, Kanada ini merupakan penyokong kegiatan kesedaran kesihatan mental dan ingin menyebarkan lagi kesedaran mengenainya.
04
INDONESIA
Ayu Maulida, 23 yang mesra dengan panggilan Ayuma merupakan di antara wakil rantau ASEAN terawal yang dinobatkan sebagai juara. Usai memenangi pertandingan Puteri Indonesia 2020 pada bulan Mac, dia kini aktif menjalankan tugas bersama Yayasan Puteri Indonesia di Jakarta.
Anak kelahiran Surabaya ini juga merupakan graduan jurusan undang-undang daripada Universitas Airlangga, Surabaya. Pada ketinggian 179sm, tidak hairanlah Ayuma banyak terlibat dengan dunia modelling. Malah dia juga pernah penyertai pertandinggan Asia Model Festival 2019 dan berjaya menyandang gelaran Face of Asia.
05
VIETNAM

Seawal bulan Disember tahun lepas lagi, model Nguyen Tran Khanh Van telah dinobatkan sebagai Miss Universe Vietnam dengan mengenepikan saingan 43 orang peserta lain.
Anak kelahiran Ho Chi Minh City ini pernah mengambil jurusan Seni Pementasan & Perfileman daripada Ho Chi Minh City Universiy dan bercita-cita untuk meneruskan impian menjadi seorang pelakon.
Negara ASEAN Yang Masih Tiada Wakil
Sementara itu, empat lagi negara dari rantau ASEAN masih belum memahkotakan sesiapa. Ini memandangkan situasi pandemik Covid-19 yang memaksa mereka untuk menangguhkan pertandingan buat masa ini.
Ini termasuklah Myanmar, Laos, Cambodia dan Singapura. Walaupun lima buah negara yang sudahpun memiliki wakil (di atas) mempunyai potensi yang cerah untuk pergi jauh di Miss Universe 2020 kelak, kita tidak boleh menidakkan kehebatan 4 lagi buah negara ini.
Untuk pengetahuan, Miss Myanmar dan Miss Laos pernah memenangi kategori Kostum Nasional terbaik; masing-masing pada tahun 2017 dan 2018.


All the best girls!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Filem Thailand Terbaik 2020 Boleh Tonton Di Netflix, Confirm Layan…

Ramai di antara kita menghabiskan hari-hari dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan hanya lepak di rumah sambil menonton movie. Selepas lebih dua minggu penat bekerja/belajar, rasanya bila sampai hari cuti mestilah kita memilih untuk berehat.
Maka, ramailah yang memilih Netfilx untuk mengisi masa lapang semasa bercuti. Betul tak?
Dah habis marathon kdrama kita tengok filem Thailand pula, Berikut merupakan 10 filem Thailand yang korang wajib tonton.
1. The Con-Heartist

Filem Thailand terbaik 2020 ini telah mencuri perhatian kerana barisan pelakon hebatnya. The Con-Heartist dibintangi Baifern Pimchanok dan Nadech Kugimiya yang membintangi drama My Love from the Star versi Thailand.
2. Friend Zone

Dalam filem Thailand terbaik 2020 ini, Baifern Pimchanok digandingkan bersama Nine Naphat. Seperti nama filem ini, Friend Zone berkisar tentang Palm ( dilakonkan oleh Nine Naphat) yang terjebak dalam friend zone dengan sahabatnya Gink (dilakonkan oleh Baifern Pimchanok) selama 10 tahun. Selama di zaman sekolah, dia cuba sembunyikan perasaannya.
3. Suddenly Twenty

Suddenly Twenty dibintangi oleh Davika Hoorne, pelakon Thailand berdarah Belgia yang popular dalam filem Pee Mak. Ditambah pula dengan pelakon Jaylerr Krissanapoom yang tampil di drama romantis I Hate You, I Love You. Tentu sahaja filem ini memang wajib ditonton lah!
4. My God! Father

My God! Father dibintangi Ter Chantavit yang sudah familiar bagi pecinta filem komedi romantis Thailand seperti ATM: Er Rak Error dan Pee Mak. Filem ini juga dibintangi Pope Thanawat, Sammy Cowell dan ramai lagi.
My God! Father berkisar tentang kisah cinta segitiga antara Got (Pope Thanawat), Prem (Ter Chantavit), dan Biw ( Sammy Cowell).
5. SuckSeed

SuckSeed menjadi salah satu filem komedi romantis Thailand yang mencipta fenomena. Filem ini membuat para pelakonnya iaitu Kao Jirayu, Peach Pachara, Nattasha Nauljam, dan Thawat Pornrattanaprasert meraih populariti.
6. Back in the 90s

Satu lagi filem Thailand terbaik 2020 yang dibintangi Baifern Pimchanok dan hadir di Netflix. Back in the 90s juga menampilkan dua aktor tampan Thailand Dan Aaron Ramnarong dan Vaan Chanintorn.
7. Chiang Kan Story

Chiang Kan Story dibintangi oleh Kao Jirayu. Ia digandingkan dengan Pleng Chontida,
8. Single Lady

Filem komedi romantis ini dibintangi Aum Patchrapa, pelakon Thailand yang popular dengan wajah awet muda di umur 42 tahun. Single Lady mengisahkan kehidupan Bright (Aum Patchrapa) seorang penulis terkenal.
9. Classic Again

Classic Again hadir di Netflix dan termasuk salah satu filem Thailand terbaik 2020.
Filem romantis ini merupakan remake dari Classic Again, filem Korea yang dibintangi Son Ye Jin dan Cho Seung Woo. Classic Again mengisahkan Bota ( Mint Ranchrawee) yang terjumpa surat cinta milik ibunya.
10. Bangkok Traffic Love Story

Seperti tajuknya, Bangkok Traffic Love Story berlatar belakang kota Bangkok dengan segala hiruk pikuknya. Seorang wanita berumur 30 tahun, Mei Li (Cris Horwang️️️️️️) mulai risau akan menjadi anak dara tua. Suatu hari, Mei Li secara tak sengaja bertemu dengan petugas teknikal BTS, Lung (Ken Theeradeth) yang membuatkan jantungnya berdebar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Minta Maaf..” Surat Perpisahan Lee Kwang Soo Jadikan Warganet SEBAK

Rasanya pada waktu ini, kesemua peminat rancangan variety popular Korea, Running Man sudahpun tahu bahawa salah seorang ahlinya kan meninggalkan ahli-ahli yang lain.
ARTIKEL BERKAITAN : Lee Kwang Soo Terlibat Dalam Kemalangan, Direhatkan Sementara Dari Running Man – REMAJA
BACA LAGI : Lebih 1 Dekad Bersama ‘Running Man’, Lee Kwang Soo Akhirnya Umum Tarik Diri! – REMAJA
Hari ini, saluran penyiar Running Man iaitu SBS telah menayangkan sedutan klip previu bagi episod yang dimaksudkan pada bahagian penghujung episod yang disiarkan pada hari ini.
Menerusi previu episod minggu hadapan itu, pelakon dan selebriti serba boleh, Lee Kwang Soo dilihat berdepan masa yang sukar untuk meninggalkan ahli Running Man laiin seperti Yoo Jaesuk, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Song Jihyo dan HaHa.
Ia menunjukkan Suk Jin, Kwang Soo dan Jong Kook meneruskan hukuman mereka daripada episod hari ini.
Sambil Suk Jin membasuh pinggan mangkuk, beliau berkata, “Ini mungkin adalah hukuman terakhir untuk Lee Kwang Soo. Ia terasa bagus untuk melakukan hukuman ini bersama Kwang Soo,” katanya sebelum disekat oleh Jong Kook yang meminta agar beliau berhenti bercakap seperti ini.
Running Man 559 Preview, Kwangsoo’s last episode 💗 pic.twitter.com/YZoVH2hQLe
— 런닝~💗 (@amillionrm) June 6, 2021
Previu itu kemudiannya menunjukkan babak episod pertama Running Man dari tahun 2010.
Pada waktu itu, setiap ahlinya termasuklah Song Joong Ki dan Gary yang telah terlebih dahulu meninggalkan rancangan popular berkenaan mempekenalkan diri masing-masing kepada ‘keluarga’ Running Man yang baru mereka kenali serta kepada penonton.
Jika korang masih ingat, pada waktu itu ahli-ahlinya selalu membandingkan perbezaan di antara Joong Ki dan Kwang Soo yang merupakan rakan pelakon sebaya namun mempunyai personaliti yang jauh berbeza.
Kini pada usia pertengahan 30-an, Kwang Soo pula yang mengambil keputusan sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan yang lain.
ARTIKEL BERKAITAN : Sudah Rindu Dengan VINCENZO CASSANO? Ini 10 Sebab Watak Song Joong-ki Digilai – REMAJA

Dia sempat berkata, “Saya minta maaf..” sambil membacakan surat perpisahannya secara terbuka sebelum previu tersebut berakhhir.
Haih… sediakan tisu guys sebelum korang menonton episod ini pada 13 Jun kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

