Di sebalik lambakan jenama fesyen tempatan yang semakin rancak di pasaran, kisah seorang anak muda ini membuktikan bahawa kejayaan tidak datang dalam sekelip mata.
Pemilik jenama pakaian Keris & Co., Hanzat Azmi, 31, menyimpan perjalanan hidup yang penuh liku sebelum berjaya mencipta nama dalam industri fesyen tempatan.
Membesar Dalam Serba Sederhana
Hanzat bukanlah dilahirkan dalam keluarga berada. Anak keenam daripada sembilan beradik itu membesar di Kuala Lumpur dalam keadaan serba sederhana dan pernah menetap di flat bersama keluarganya.
Namun daripada kehidupan yang serba kekurangan itulah terbentuknya semangat juang yang kental. Pengalaman membesar dalam suasana sederhana menjadikan beliau lebih menghargai setiap peluang dan tidak mudah berputus asa.
Dari Belakang Tabir Ke Pentas Sendiri
Selama lebih enam tahun, Hanzat banyak terlibat di belakang tabir membantu membangunkan pelbagai jenama tempatan. Pengalaman itu menjadi ‘universiti’ sebenar buat dirinya sebelum nekad melancarkan jenamanya sendiri pada tahun 2024.
“Minat saya memang ke arah fesyen dan dalam masa sama saya sendiri sering menghadapi masalah mencari baju Melayu yang selesa. Kebanyakan fabrik panas, jika fabrik selesa potongan pula tidak kena dengan citarasa,” katanya.
Daripada keresahan sebagai pengguna, tercetus idea untuk menghasilkan baju Melayu yang bukan sahaja selesa, tetapi praktikal dipakai setiap hari bukan sekadar ketika musim perayaan.
Bermula dari bawah, Hanzat memastikan setiap proses dilakukan secara lokal, daripada rekaan, jahitan sehinggalah ke pengeluaran di kilang tempatan.
Hasilnya, dalam tempoh singkat, jenama yang beribu pejabat di Setapak, Kuala Lumpur itu berjaya menjual sebanyak 120,000 unit pakaian setakat tahun ini. Lebih membanggakan, hampir 70 peratus pelanggan membuat pembelian semula selepas mencuba koleksi tersebut.
Ads
Pernah Tiada Duit, Terpaksa Bawa Grab
Di sebalik angka jualan yang memberangsangkan, perjalanan Hanzat bukan tanpa ujian.
“Sepanjang lapan tahun berniaga, saya pernah jatuh berkali-kali. Pernah sampai satu tahap saya tiada duit dan terpaksa bawa Grab untuk teruskan hidup sebab bisnes tak menjadi.
“Saya pernah berniaga pelbagai produk sebelum ini, tetapi disebabkan masih muda dan tiada pengalaman, ada perkara yang terlepas pandang seperti aliran kewangan serta dokumentasi,” katanya yang menegaskan kesilapan dan kegagalan adalah guru terbaiknya.
Pengalaman pahit itu menjadi titik pembelajaran terbesar dalam membentuk dirinya sebagai usahawan yang lebih matang dan berdisiplin.
Ads
Tolak Tawaran Lakonan, Pilih Fokus Bisnes
Menariknya, dalam tempoh mencabar itu juga Hanzat pernah menerima tawaran untuk menceburi bidang lakonan selepas beberapa kali muncul dalam iklan komersial.
“Saya pernah dapat tawaran lakonan, tetapi saya tolak. Saya lebih selesa berada di belakang tabir, lagipun dunia lakonan bukan minat saya,” ujarnya.
Sifat pemalu dan introvert yang ada pada dirinya juga pernah menjadi penghalang terbesar.
“Saya memang bukan jenis orang di depan kamera. Saya introvert, sangat pemalu. Tapi untuk Keris & Co., saya cabar diri jadi live host. Ketika memulakan jenama ini, semua saya harus lakukan sendiri dari segi idea, produksi pakaian sehinggalah jualan.
“Waktu itu memang tiada orang lain, pekerja pun tidak ramai. Jadi, suka atau tidak saya paksa diri untuk buat live untuk jualan. Setiap hari saya akan live selama enam sehingga sembilan jam. Sekarang, saya sudah boleh duduk depan kamera tanpa ada rasa malu,” katanya.
Daripada seorang yang takut kamera, kini beliau mampu mengendalikan sesi siaran langsung berjam-jam demi memastikan jenamanya terus berkembang.
Walaupun jualan tertumpu secara dalam talian, Hanzat tidak hanya bergantung kepada strategi digital semata-mata.
Baru-baru ini, beliau menganjurkan flashmob silat dan zapin serta mengagihkan 100 helai kurta secara percuma di Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebagai usaha mendekatkan jenama dengan masyarakat.
Menurutnya, pendekatan kreatif itu bukan sekadar pemasaran.
“Tahun depan kami nak buat lebih besar. Tidak hanya untuk tujuan pemasaran dan memperkenalkan jenama, inisiatif ini juga adalah mahu mengangkat budaya dan tradisi kita ke tempat yang lebih tinggi sesuai dengan jenama kami Keris & Co.,” ujarnya.
Dalam masa sama, jenama itu turut menembusi pasaran Singapura dan Brunei, selain merancang membuka outlet fizikal serta memperkenalkan koleksi pakaian wanita pada masa akan datang.
Fesyen Selesa, Harga Mampu Milik
Sempena musim raya tahun ini, Keris & Co. menawarkan harga serendah RM39 sehingga RM129 untuk koleksi kurta dan baju Melayu yang dihasilkan daripada fabrik ‘Japanese Cotton’ premium.
Pembelian boleh dibuat menerusi laman web rasmi jenama tersebut serta platform TikTok dan Shopee.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman sekarang ini memang banyak produk untuk kesihatan dan kecantikan namun jika kita amalkan bahan alami dan semulajadi lagi bagus. Untuk kekal sihat dan bertenaga perlu mengamalkan pemakanan herba selain mengamalkan pemakanan sihat.
Salah satunya minuman berasakan kunyit. Tentu ramai yang tahu khasiatnya.
Sebagaimana perkongsian wanita ini.
Hari-hari bekerja, memasak mengemas, membasuh menjaga anak segalanya non stop 24jam kan.
Meh nak share AIRKUNYIT yang selalu saya amal dari zaman muda remaja Berkhasiat untuk proses dalam kita
. KUNYIT mempunyai manfaatnya yang tersendiri untuk kesihatan kita. Jika diminum atau dimakan secara mentah, rasanya kurang enak. Jadi, bagi membolehkan ia diminum, kunyit perlu diadun bersama bahan-bahan lain bagi menghasilkan jamu kunyit. Apa kata anda cuba jamu ini untuk melihat sendiri keberkesanannya
. 🌹BAHAN-BAHAN 1 Biji manjakani 3 inci halia 3 inci kunyit 1 Sudu asam jawa 1 Sudu Gula melaka
🌹CARA-CARA 1) Tumbuk manjakani, halia dan kunyit hingga lumat 2) Rebus bahan tumbuk dengan 2 gelas air. 3) Setelah mendidih masukkan asam jawa dan rebus lagi hingga mendidih. 4) Masukkan gula melaka dan kacau 5) kecilkan api dan biarkan hingga air menjadi sedikit. 6) Tutup api. Sejukkan dan kemudian tapis tuang ke dalam cawan.
Ok, Selamat Mencuba
Sumber : eradiah jasmi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap berus mekap yang dihasilkan mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Malah untuk solekan yang sempurna penggunaan berus mekap adalah diperlukan.
Pernah heboh dahulu tentang kewujudan berus yang diperbuat daripada bulu khinzir. Ternyata, ramai masih terlepas pandang dan tak ambil endah tentang pemilihan berus mekap.
Bulu sintetik vs bulu binatang
Kebiasaannya kita akan memilih bulu daripada sintetik untuk digunakan. Bulu sintetik ini diperbuat daripada sumber plastik dan nilon yang dicipta untuk menyerupai helaian rambut atau bulu binatang.
Tapi banyak juga yang dijual di pasaran berus yang menggunakan bulu binatang seperti kambing, anak kudai, tupai cuma yang ditakuti kita terbeli dan terpakai bulu daripada binatang yang ‘haram’ digunakan untuk Muslimah.
Jadi macam mana mahu mengenal pasti bulu sintetik dan bulu binatang terutama yang haram? Sebelum beli sila lihat ciri ini pada berus mekap yang dijual.
Cara kenal pasti berus daripada bulu binatang termasuk khinzir
1. Ia boleh dikenal pasti melalui istilah yang mungkin tertera pada label produk seperti “Hog Bristle”, “Pig Bristle” atau “Boar Bristle”.
2. Ada beza berus daripada bulu sintetik dan juga bulu binatang seperti khinzir. Bulu sintetik biasanya akan dilihat lebih bersinar daripada bulu binatang. Jadi anda boleh mengenal pasti dengan cara ini tanpa perlu menyentuhnya.
3. Selain itu berus mekap dari bulu binatang juga akan lebih mudah dicabut berbanding bulu sintetik yang lebih kuat.
4. Berus mekap yang berasaskan bulu binatang juga lebih lembut teksturnya berbanding berus sintetik.
4. Bulu daripada khinzir juga boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri. Paling jelas bulu khizir biasanya bercabang. Jadi elak dari membelinya.
5. Selain itu jika sudah terbeli dan meragui ia adalah bulu daripada binatang, anda boleh membakarnya. Jika terbau seperti daging terbakar bermakna ia adalah bulu binatang.
Di samping berus mekap, bulu daripada binatang ini juga boleh digunakan untuk membuat berus pembersih rumah mahu pun berus cat. Korang boleh mengenal pastinya dengan cara yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
How exciting! Tinggal kira-kira tiga minggu sahaja lagi sebelum Taylor Swift (oh, mother) bertandang ke negara seberang, Singapura bagi menjayakan konsert Taylor Swift – The Eras Tour In Singapore 2024 selama 6 hari!
Biarpun Swifties di Malaysia sedikit kecewa apabila Taylor tidak memilih Kuala Lumpur untuk destinasi jelajah dunia kali ini, REMAJA pasti ramai dalam kalangan korang yang berjaya mendapatkan tiket masing-masing dan sedang bersiap-sedia untuk ke Stadium Nasional Singapura pada bulan hadapan.
Tapi sebelum menyaksikan kelibat pemenang ‘Album of the Year’ di Grammys 2024 itu, REMAJA ingin kongsikan koleksi terbaru daripada jenama Pomelo yang memperkenalkan koleksi khas yang diilhamkan oleh Taylor sendiri.
Bagi yang belum lagi memikirkan persalinan sesuai untuk ke sana, Pomelo melancarkan koleksi kapsul eksklusif menerusi 6 item terbaru agar penampilan korang kelihatan on point pada hari konsert nanti.
Antaranya termasuklah baby tee, tank top serta sequin mini skirt yan diilhamkan daripada era Midnights dan Lover.
Karma Is My Boyfriend Mini Tee. RM59.90Karma Is My Boyfriend Mini Tee. RM59.90Lover Palette Mini Tee. RM59.90Lover Girl Tank Top. RM79.90The Shining Era Tank Top. RM79.90Afterglow Sequins Mini Skirt. RM159.90
Sudahpun memilih untuk memakai yang mana satu? Tak salah pun untuk korang dapatkan kesemuanya sekali. Just look at how cute each item is!
Koleksi kapsul Taylor Swift ini boleh korang miliki sama ada secara dalam talian di laman web Pomelo mulai 12 Februari ini atau boleh terus mendapatkkan di stor Pomelo di 1 Utama mulai 9 Februari, hari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!