Baru-baru ini seramai 150 penggiat fesyen tempatan telah pun diraikan dalam penganjuran buat pertama kalinya, Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) yang berlangsung di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.
Majlis diserikan dengan kehadiran barisan pereka fesyen dan selebriti tempatan, termasuklah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Rozita Che Wan, Ezuwan Ismail dan ramai lagi.
Sebanyak 14 anugerah telah disediakan dan jenama fesyan Alia Bastaman dinobatkan sebagai ‘Brand of The Year’ pada edisi kali ini.
Alia Bastaman berjaya mengalahkan nama besar dalam industri fesyen tempatan yang turut tercalon dalam kategori yang sama iaitu Rizman Ruzaini dan Fiziwoo.
Selain Alia, pereka fesyen Nurita Harith telah dinobatkan memenangi kategori Pereka Fesyen Wanita, manakala Kit Woo untuk kategori Pereka Fesyen Lelaki.
Scha Alyahya juga telah dinobatlan sebagai ‘Most Fashionable Female Personality’, manakala Nazreem Musa berjaya menepikan Hael Husaini dan Amy Search, sekali gus dinobat sebagai ‘Most Fashionable Male Personality’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia fesyen hari ini dikejutkan dengan pemergian seorang ikon dalam bidang peragaan. Stella yang baru sahaja menyambut hari jadi ke-50 lima hari lalu telah diumumkan meninggal dunia oleh ahli keluarganya dan polis menyifatkan kematiannya sebagai kematian mengejut yang tiada motif buruk disebaliknya.
Dalam satu kenyataan oleh keluarganya, “Dengan sangat bersedih hati kami mengumumkan kematian Stella Tennant pada 22 Disember 2020.” Meminta khalayak rami menghormati privasi mereka, aturan untuk majlis peringatan akan diumumkan kelak.
Naomi Campbell Memperingati Stella Dalam Satu Hantaran Di Instagram.
Peragawati ini menjadi seorang bintang fesyen apabila gambarnya diambil untuk halaman British Vogue pada tahun 1993 ketika berusia 22 tahun. Sejak dari kemuncualnnya itu, dia bekerja dengan ramai pereka fesyen dan jenama terkenal seperti Alexander McQueen, Calvin Klein, Jean Paul Gaultier dan Burberry.
Ibu kepada empat cahaya mat aini terkenal dek penampilan androgynous dan juga berketurunan keluarga aristocrat. Dia merupakan cucu kepada Andrew Devonshire yang mrupakan Duke of Devonshir ke-11. Sebelum menceburi dunia peragaan, di belajar di Sekolah Seni Winchester dan sempat meneruskan kerjaya dalam pembuatan patung dan arca.
Pada tahun 1998, dia mengumumkan untuk bersara dari dunia peragaan apabila mengandungkan anda pertama namun kemudian selepas melahirkan anaknya yang ketiga pada 2002, dia meneruskan kembali minatnya dalam kerjaya ini kerana sudah menjadi sebahagian dari dirinya.
Jenama fesyen popular dari Jepun, UNIQLO menamakan pelakon, penyanyi dan pencipta lagu, Daiyan Trisha sebagai Penyokong Jenama (Brand Advocate) pertamanya di Malaysia.
Daiyan, 31 bukanlah wajah asing bersama jenama UNIQLO dan sebelum ini pernah terlibat dengan projek-projek istimewa melibatkannya mempromosikan rangkaian pakaian serta aksesori mengikut musim keluarannya.
Sekaligus, pengikut serta peminat Daiyan yang setia menantikan penampilan fesyennya terutama di media sosial turut meminati untuk mendapatkan barangan dari UNIQLO.
Daiyan Trisha menggayakan koleksi UNIQLO LINEN musim bunga/panas 2025 dalam persalinan seluar berpotongan tapered.
Kolaborasi ini merupakan satu lagi tanda aras bukan sahaja untuk Daiyan selaku salah seorang fesyenista tempatan tetapi juga untuk jenama UNIQLO yang mempertaruhkan falsafah UNIQLO, ‘Made For All’ demi mendekati pembeli di Malaysia melalui keselesaan dan stail pemakaian seharian.
“Saya bangga untuk bekerjasama dengan UNIQLO dan menjadi sebahagian daripada jenama yang memberi fokus kepada keselasaan harian serta stail malar segar. LifeWear sentiasa menjadikan ‘fesyen’ itu mudah dan senang diakses (oleh semua pembeli) dan saya tidak sabar lagi untuk kongsikannya dengan lebih ramai rakyat Malaysia,” kata Daiyan.
Sementara itu, Pengarah Pemasaran Am UNIQLO Malaysia iaitu Daniel Pieter berkata, mereka turut berbangga untuk melantik Daiyan Trisha yang merupakan wajah popular dalam kalangan generasi kini. Bukan sahaja Daiyan menongkah arus dengan kejayaan kerjayanya malah berjaya mencuri hati peminat dengan personalitinya pula.
Sebagai Penyokong Jenama UNIQLO, Daiyan bakal mempertontonkan cara-cara penggayaan fesyen menggunakan helaian jenama tersebut dalam cara yang cukup versatil.
Terbaru, Daiyan muncul dalam kempen untuk koleksi Linen oleh UNIQLO dan melihatkan kepada foto-foto yang dilancarkan, Daiyan jelas merupakan pilihan selebriti yang tepat serta seiring dengan DNA jenama berkenaan.
Terdahulu, Daiyan pernah dilantik sebagai duta untuk beberapa jenama terkenal termasuklah Duta Kosmetik Jenama bagi jenama penjagaan kulit wajah SKINTIFIC pasaran Malaysia serta duta rangkaian vivo V30 Series oleh jenama telefon pintar, vivo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila nak pergi travel, benda pertama yang mesti korang cari adalah sunblock. Lebih-lebih lagi kalau nak bercuti ke pulau. Wajib ada!
Cumanya, masa nak memilih sunblock tu ada yang tulis spf15, spf30 dan spf50. So, nak pilih yang mana satu ni?
First of all, korang perlu tahu apa itu SPF. SPF adalah singkatan untuk sun protection factor dan ia adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama produk tersebut boleh melindungi kulit kita.
Dr. Erna Nadia dari Medical Mythbusters Malaysia telah pun membuat penjelasan secara detail tentang pengiraan spf yang ada pada sunblock.
Let’s check this out.
Contoh pengiraannya adalah :
1. Cara kira seberapa kuat ia boleh melindungi kulit
Contoh: spf15
Kita perlu tolak satu daripada nilai spf itu.
Misalnya, spf 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93.
So, 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita daripada sinaran uv.
Jika spf30, 96%.
2. Setiap warna kulit berbeza ketahanannya terhadap sinaran UV.
Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit, kulit kuning langsat pula biasanya 15 minit dan kulit sawo matang,20 minit.
Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ia mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.
Contoh kiraan:
Untuk korang berkulit putih, jika menggunakan spf 15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15×10=150 minit untuk bertahan.
Kulit sawo matang, 15×20= 300 minit.
Kriteria lain
Selain daripada nilai spf, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah perlu mempunyai perlindungan dari sinaran UV (ultraviolet) A & B. UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit yang menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan) , berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain. UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit dan hanya menyerang lapisan luar kulit sahaja. Jadi ia boleh menyebabkan kulit terbakar (sunburn). Oleh kerana itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan kepada UVA & UVB.
Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ saja?
PA itu adalah kiraan untuk UVA.
+++ itu bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock.
Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++, ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.
Jika tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap saja (kurang dari 4 jam), spf 15 sudah mencukupi. Tapi, kalau memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, spf30 sudah memadai. Melainkan jika anda berkulit putih gila, anda memang memerlukan spf50.
Beza pada spf cuma jangka masa sahaja. Fungsinya adalah lebih kurang sama. Jadi,tak perlu spf yang tinggi. Jangan rosakkan kulit dengan spf yang tinggi jika tidak perlu.
Untuk yang melakukan aktiviti di dalam air, perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ia akan hilang selepas terkena air. Sama juga kalau korang yang mempunyai masalah kuat peluh. Gunakan sunblock dengan lebih kerap.Tidak ada kajian mengatakan sunblock mempunyai kriteria ‘water-proof‘.
Kesimpulannya, untuk memilih sunblock yang betul, pastikan pilih spf yang sesuai dengan jenis kulit dan aktiviti kita. Sama ada jenis spray, gel tau krim. Penting juga untuk korang pilih sunblock yang mempunyai UVA dan UVB.
Doc juga ada sarankan, kalau nak mengekalkan keanjalan kulit, minum saja air kosong secukupnya setiap hari.
Dah bagi tip ‘baik punya’ ni, kalau korang tak buat, rugi kan?