Selepas pembabitannya dalam Hero Remaja 2017, Nabil Aqil terus aktif di media sosial selain beberapa kali muncul di kaca televisyen menerusi slot drama tempatan. Sudah pun menginjak usia 22 tahun, anak muda ini kelihatan lebih matang dan makin tampan. Apa rahsia Nabil?
Jika dilihat pada wajah lelaki ini, mesti ada yang tertanya-tanya adakah Nabil seorang yang sangat rapi dalam menjaga kulit wajah? Nah, jawapan yang diberikan mungkin membuatkan korang terkejut.
“Kalau nak tahu, saya tidaklah begitu cerewet dalam menjaga kulit wajah. Saya hanya menggunakan pembersih wajah dan basuh muka seperti biasa bila mandi. Selebihnya, memang saya tidak memakai apa-apa produk seperti pelembap, foundation atau sebagainya. Lelaki ni simple je sebenarnya,”
Ads
“Bila meningkat dewasa kulit wajah tidak seteruk waktu sekolah dahulu. Sebelum ini memang saya mempunyai masalah jerawat. Mungkin disebabkan hormon. Tetapi, pada waktu itu pun saya hanya menggunakan pencuci muka. Lama-kelamaan jerawat tu hilang sendiri dan saya juga rasa bersyukur sangat sebab kulit wajah saya tidak susah untuk dijaga,” jawab Nabil.
Jika penjagaan wajah bukanlah menjadi keutamaan Nabil Aqil, anak kelahiran Kuala Lumpur ini sebenarnya lebih mementingkan dalam pengurusan rambut. Bagi lelaki, mungkin rambut menjadi antara aset penting bagi mereka dan disebabkan itu, ada yang sanggup berhabis demi mendapatkan penjagaan rambut terbaik.
Ads
” Penjagaan rambut sangat penting, daripada mencuci, styling dan mengekalkan rambut sihat, saya lebih memberi fokus kepada rambut berbanding kulit wajah. Setiap hari, saya akan mencuci rambut dengan syampu dan paling penting, selepas itu saya juga akan menggunakan perapi rambut,”
Ads
“Setiap dua bulan sekali, saya akan memotong bagi merapi dan mencuci rambut di salon. Kadang-kadang, saya juga ada membuat rawatan penjagaan rambut. Terpulang pada style rambut yang saya pilih. Kalau nak senang jaga, saya potong pendek sahaja,” jelas Nabil lagi.
Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut lagi tentang Nabil Aqil, jangan lupa muat turun majalah Remaja isu April-Jun 2020 secara digital menerusi aplikasi eMall di App Store & Google Play.
Biarpun perayaan Tahun Baru Cina pada tahun 2021 berlangsung secara sederhana saja, namun kehangatannya masih terasa di media sosial apabila selebriti tempatan tampil memperagakan busana Tahun Baru Cina masing-masing buat tatapan peminat.
Ada yang memilih gaya tradisional seperti cheongsam dan samfu. Ada juga yang berpandangan moden dan bijak mencampur adukkan stail agar ia tampil kontemporari (we see you Lizzy).
Tak sudah-sudah dengan isu produk tak sah, setiap tahun pasti ada saja produk atau jenama baru yang dikenal pasti.
Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sekali lagi menasihati orang ramai untuk TIDAK membeli dan mengguna 7 jenis produk kosmetik ini kerana ia dikenal pasti mengandungi kandungan beracun yang boleh memberi kesan.
Antara kandungan tersebut termasuklah Hydroquinone, Tretinoin dan Merkuri. Hishh! Walaupun REMAJA pun tidaklah arif mengenai bahan kimia, namun sah-sahlah bahan seperti Merkuri tu akan mengakibatkan kesan negatif.
Untuk pengetahuan orang ramai, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan jadual di bawah:
Lantas, kesemua produk ini telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi. Segala jenis penjualan dan pengedaran produk-produk ini juga melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Sekiranya didapati bersalah, penjual dan pengedar tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
“Jika masih degil, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Untuk pengetahun korang, sebaran produk yang mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Sebelum beli mana-mana produk, lebih baik korang rujuk dulu kepada laman web ini ataupun mendapatkan nasihat pakar seperti doktor, dermatologis atau ahli farmasi.
Sumber: Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah rasa sakit tak di celah kuku bila kita terpotong kuku terlampau pendek atau menarik baki lebihan kuku selepas memotongnya. Rasa denyutnya tu memang terasa. Tapi tak adalah sakitnya seperti sakit gigi yang boleh buat orang makan penampar kalau terlalu banyak tanya.
Bila sebut soal kuku, orang perempuan sanggup menghabiskan duit untuk rawatan medicure dan pedicure iaitu rawatan kuku dan kaki semata-mata nak nampak cantik. Tapi orang lelaki tak perlulah buat semua ini, nanti orang kata “cik pon” pula.
Biasa, untuk memotong kuku yang panjang, kita akan menggunakan pemotong kuku atau disebut juga pengetip kuku. Tapi ada sesetengahnya yang mempunyai “bad habbit” iaitu suka mengigit kuku sebab malas memotongnya. Sedap punya gigit, sedar tak sedar, celah-celah kuku sudah kemerahan sebab kita perlu menarik lebihan kuku. Ketika itu, sakitnya bukan main!
Ada setengahnya pula, memotong kuku terlalu pendek. Kata orang terlampau dalam. Sudahnya mulalah terkena cagu.
Cagu itu apa? Mungkin bagi usia remaja istilah ini kurang difahami tetapi cagu dan disebut juga cengkam berlaku bila kuku tumbuh ke sisi dan menekan isi (tisu). Bila dah kena, isi jari akan jadi sakit.
Dr Kamarul Ariffin
Baca penjelasan Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan di fbnya.
Rasanya ramai yang pernah kena cagu (cengkam). Ramai juga yang pernah kena lebih daripada sekali. Ini saya nak beri sedikit tips macam mana nak cegah, dan rawat cagu.
Cagu berlaku apa bila sisi kuku tumbuh ke sisi dan menekan isi (tisu) di tepi jadi. Ini mengakibatkan isi jari itu menjadi sakit. Nak pakai kasut pun tak boleh.
Inilah cagu, memang sakit bila kena…
Macam mana nak tahu kita kena cagu?
Tanda-tanda:
1. Isi di sisi kuku jari kaki mengalami keradangan. Tanda-tandanya adalah: sakit, bengkak, merah dan panas bila disentuh.
2.Jika kuku pada jari yang sakit itu kelihatan kelabu, dan berubah bentuk, ia tanda kuku itu ada jangkitan kulat. Jangkitan kulat adalah risiko mendapat cagu.
3. Isi di sisi kuku bernanah dan busuk. Ini tandanya isi (tisu) di sekitar cagu itu telah dijangkiti kuman. Jika cagu bernanah, and perlu segera berjumpa doktor.
Punca-punca
1. Potong kuku terlalu pendek dan membulat di hujungnya menambah risiko terkena cagu. Potongan begitu menyebabkan sisi kuku tumbuh mencengkam isi tepi jari.
2. Kasut yang terlalu ketat atau tirus boleh mengakibatkan sisi kuku menekan tisu di tepi jari. Jika keadaan ini berpanjangan mengakibatkan keradangan pada tisu itu.
3. Trauma (kecederaan) berulang kali pada jari kaki. Ini berkaitan dengan kerja atau aktiviti seseorang. Contohnya pada pemain bola sepak, pendaki gunung,
4. Jangkitan kulat pada kuku boleh menjadikan kuku berubah bentuk, dan boleh menyebabkan kuku tumbuh ke arah isi di tepi jari.
5.Jangkitan kuman pada isi (tisu) di sisi kuku, mengakibatkan tisu itu mengalami keradangan dan adakalanya bernanah.
Potong kuku dengan cara yang betul…jangan sampai silap, boleh kena cagu
Rawatan
1.Rendam dan cuci kuku dengan air suam 2 kali sehari. Namun, penghidap kencing manis disarankan agar berhati-hati prosedur ini. Pastikan air suam, bukan panas.
2.Splint(penyendal) boleh diletakkan di bawah kuku yang ada cagu. Boleh guna gauze sebagai penyendal. Ia akan beri masa kuku tumbuh melepasi tisu yang keradangan.
3. Ubat tahan sakit dan anti-keradangan. Agar pesakit lebih selesa menjalani aktiviti harian, ubat tahan sakit diberi. Contoh: mefenemic acid.
4. Antibiotik. Jika doktor dapati ada tanda-tanda jangkitan kuman, antibiotik sapuan atau tablet akan diberi untuk membunuh kuman.
5. Antifungal. Jika doktor dapati ada tanda-tanda jangkitan kulat di kuku, ubat antifungal jenis sapuan(topikal) akan diberi untuk rawat jangkitan kulat.
6. Pembedahan. Jika semua rawatan di atas masih tidak berhasil, pembedahan akan dilakukan. Keseluruhan kuku atau sebahagian kuku yang terlibat akan dibuang.
Pencegahan
1.Potong kuku dengan betul.
Cara yang betul adalah potongan lurus di hujungnya dan tidak terlalu pendek. Semak gambar.
2.Pilih kasut yang sesuai.
Pilih kasut yang mempunyai kotak jari (toe box) yang luas. Jika bekerja di kawasan berisiko kemalangan, pakai but keselamatan. Jika bersukan, pakai kasut sukan.
3.Jaga kebersihan kaki.
Basuh kaki sebersihnya setiap kali mandi. Pastikan tiada kekotoran berada di bawah kuku. Elakkan ulang-pakai sarung kaki yang tidak dibasuh.
4.Jangan curi kasut/selipar di masjid
Tak ada kena mengena dengan cagu. Cuma nak ingatkan sahaja. Kalau tak pernah buat, tak perlu terasa. Hahaha.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...