Pengguna media sosial mula mengajak orang ramai melancarkan gerakan boikot ke atas jenama fesyen terkenal, Zara setelah Ketua Pereka bahagian wanitanya, Vanessa Perilman didakwa mengeluarkan kenyataan anti-Palestin sambil mempertahankan tindakan zalim Israel.
Segalanya bermula apabila seorang model lelaki kelahiran Palestin, Qaher Harhash berkongsi mengenai ketidakadilan yang perlu dilalui oleh rakyat di negaranya berikutan pencerobohan tentera Israel.
Berdasarkan hantaran di Instagram Story milik Qaher, Vanessa telah memberi respon dengan sentimen ‘mesej kebencian’ yang sama sekali tidak masuk akal, bersifat anti-Palestin dan langsung tidak mencerminkan profesionalisme dirinya sebagai seorang wanita berkarier yang memegang posisi tinggi dalam syarikat fesyen ‘high street’ itu.
“Jadi, poin kamu adalah kamu cuba menunjukkan kepada dunia bahawa Israel adalah sebuah negara kejam yang melakukan perkara terkutuk kepada rakyat Palestin? OMG saya ingin muntah. Ini adalah sangat tidak adil dan merupakan satu bentuk penipuan,” catat Vanessa – dan ia sempat ditangkap layar oleh Qaher untuk kemudian dikongsikan kepada pengikutnya.
“Mungkin sekiranya rakyat kamu berpendidikan, mereka tidak perlu meletupkan hospital dan sekolah yang telah dibiayai Israel di Gaza,” tambah Vanessa. Tidak cukup dengan itu, Vanessa meneruskan komennya itu dengan menyelar rakyat Palestin sebagai pencetus keganasan di negara itu dan menyatakan, “rakyat Israel tidak mengajar anak mereka membaling batu.”
Well, nampaknya Vanessa tidak tahu kesan yang akan dihadapi akibat perbuatan tidak sensitifnya. Vanessa kembali berhubung secara mesej dengan Qaher dan menyatakan dirinya telah menerima ugutan bunuh sambil masih mempertahankan kenyataannya sebelum ini. Vanessa enggan mengaku dirinya bersifat jahil dalam isu yang melanda Palestin-Israel.
Qaher meneruskan perbualan dengan Vanessa secara private dengan menerangkan mengapa kenyataan wanita tersebut menerima kecaman ramai dan Vanessa juga didapati telah memohon maaf.
Teks perbualan mereka itu telah dikongsikan di bahagian Instagram Story Qaher; yang menyebabkan warganet berang dan mengarahkan agar orang ramai memboikot Zara kerana mempunyai pekerja seperti Vanessa.
Qaher juga telah memuat masuk segala hantaran perbualannya dengan Vanessa dalam bentukstories highlight di Instagram agar orang ramai boleh terus membacanya.
Biarpun Vanessa telah memohon maaf (dan memadamkan akaun Instagram-nya dan akaun media sosial lain), warganet masih merasakan bahawa Vanessa hanya memohon maaf kerana dia gentar dengan ugutan yang diterima – bukannya kerana dia benar-benar mengesali kata-katanya.
Ads
Buat masa ini, pihak Zara belum tampil dengan kenyataan rasmi berhubung hal ini. Bagaimanapun, menerusi hantaran Qaher di Instagram Story, REMAJA mendapati Zara telahpun berhubung dengan model Palestin itu. Malang sekali apabila Zara dikatakan ingin Qaher memuat naik kenyataan maaf Vanessa dengan harapan segalanya akan ‘kembali normal’.
Qaher menempelak percubaan Zara itu. Sebaliknya, dia merasakan Zara perlu ‘step up’ dan mempertahankan integriti selaku salah satu pemain industri fesyen utama dunia.
“Jika Zara ingin membuat kenyataan bersama saya, kenyataan itu perlu menyatakan bahawa mereka juga sedar dengan apa yang sedang berlaku di khemah perlarian rakyat China di Xinjiang, apa yang berlaku kepada orang asli dan isu Islamophobia.
“Apabila mana-mana pereka fesyen bercakap perkara berbaur anti-Israel, mereka terus dipecat,” katanya yang mempersoalkan mengapa tindakan sama tidak diambil ke atas pereka fesyen seperti Vanessa yang bercakap perkara anti-Palestin.
Respon Zara ini seakan tidak mahu dibelengu isu dan hanya akan melancarkan ‘siasatan dalaman’. Zara juga bertindak menutup kes ini setelah mendapat tahu Qaher dan Vanessa telah berhubung secara peribadi di ruangan DM Instagram; lalu menyangka mereka berdua telah memulihkan keadaan.
Tindak-tanduk Zara ini menambah rasa amarah warganet yang merasakan jenama itu tidak memandang isu kenyataan perkauman dan kebencian oleh pekerjanya sebagai satu isu besar. Ia sekaligus menyakinkan warganet untuk melancarkan gerakan #BoycottZara.
*
Biarpun isu ini telah menjadi sebesar ini, Qaher berharap agar orang ramai tidak membuta-tuli mengecam dan menghantar mesej ugutan kepada Vanessa Perilman mahupun kepada Zara.
Sebaliknya dia berharap agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan atau kata-kata Islamophobia dan perkauman seperti ini menerangkan dengan lanjut mengapa isu tersebut penting serta mengapa ia perlu diatasi.
*
Terdahulu pada awal bulan ini, jenama ‘high end’ Louis Vuitton berdepan isu panas apabila didakwa mengeksploitasi budaya pemakaian Keffiyeh Palestin sebagai skaf berharga USD705.
Bagai tiada kesudahan! Jika semasa Perintah Kawalan Pergerakan kita tidak disajikan dengan berita kemalangan atau perlumbaan haram tetapi sebaik kerajaan memberi kebenaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aksi-aksi ini dapat dilihat di media sosial. Bukan setakat perlumbaan haram tetapi aksi pemandu mabuk yang membuat onar juga kerap disajikan.
Namun aksi 90 orang remaja yang mengatur perlumbaan secara haram dan merempuh anggota polis yang bertugas membuat sekatan malam tadi menyaksikan kesemua remaja tersebut bermalam di lokap polis.
Laporan Harian Metro menyebut, anggota polis di cedera di lengan kiri, belakang dan kaki akibat dirempuh kira-kira 10 motosikal ketika melakukan sekatan jalan raya (SJR) melalui Ops Samseng Jalanan di Jalan Lingkaran Tengah, Kluang, 12 tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kejadian berlaku ketika anggota terbabit bersama lima pegawai dan 25 anggota lain mengepung laluan di sekitar di Stadium Kluang selepas menerima laporan 90 remaja berusia 17 hingga 30 tahun menunjukkan aksi dengan menunggang motosikal secara merbahaya di sepanjang jalan berkenaan.
Beliau berkata, kehadiran polis disedari kumpulan remaja berkenaan menyebabkan mereka bertindak nekad melarikan diri daripada kawasan kepungan dan SJR dilakukan.
"Anggota berkenaan tidak sempat mengelak menyebabkan dilanggar penunggang motosikal sebelum cedera.
"Bagaimanapun, semua 90 remaja membabitkan 74 motosikal berjaya ditahan sebelum diarahkan menolak kenderaan masing-masing sejauh empat kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Mohd Abduh berkata, pihaknya turut menahan enam kereta digunakan oleh sebahagian remaja berkenaan yang datang ke Jalan Lingkaran Tengah untuk menjadi penonton aksi rakan sebaya mereka.
Beliau berkata, semua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 269 Kanun Keseksaan (KK) dan Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 Dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.
"Operasi bermula 12 tengah malam tadi itu berakhir 6 pagi selepas semua penunggang serta pembonceng motosikal yang ditahan sampai ke IPD Kluang.
"Sehubungan itu, ibu bapa diingatkan supaya bertanggungjawab memantau pergerakan anak masing-masing agar tidak melakukan perkara tidak diingini di luar rumah.
"Tindakan kumpulan remaja ini bukan hanya menyusahkan diri mereka sendiri, malah membabitkan keselamatan dan perasaan orang ramai," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belasah tanpa perasaan! Lebih ramai menyokong dari menyuraikan malah siap memberi galakan.
Gelagat sekumpulan pelajar tingkatan tiga menyaksikan rakan mereka beriya-iya membelasah rakan pelajar di dalam kelas dalam satu rakaman video yang tular sebelum ini mendatangkan kemarahan orang ramai.
Ramai berangggapan perbuatan tersebut sebagai kurang ajar malah beranggapan gejala buli sepatutnya sudah tidak wujud.
Dalam laporan Berita Harian, pihak polis dikatakan sedang mengesan sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah di sini bagi membantu siasatan seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga lebam di muka dan badan selepas dipukul, dipercayai berebut teman wanita, Ahad lalu.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah, berkata mangsa dipercayai dipukul di dalam kelas selepas menjalani aktiviti sukan di sekolahnya kira-kira jam 6 petang.
“Hasil siasatan mendapati, pada mulanya mangsa dipukul serta ditumbuk selain turut disepak beberapa kali oleh seorang lelaki dipercayai akibat berebut teman wanita, juga pelajar sekolah sama.
“Mangsa cuba keluar daripada kelas berkenaan, namun malangnya dipukul pula secara beramai-ramai oleh kumpulan pelajar ini.
“Kejadian itu disedari bapa mangsa yang melihat rakaman video berkenaan tular, sebelum membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas, hari ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Abdullah berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan kumpulan pelajar berkenaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Berita baiknya di atas kecekapan pihak polis sekumpulan pelajar ini sudah pun diangkut oleh pihak berkuasa malam tadi untuk siasatan lebih lanjut dijalankan.
Dari rakaman video berkenaan kelihatan sekumpulan pelajar menundukkan wajah masing-masing dan hilang taring semasa membelasah rakan mereka. Semoga apa yang berlaku jadikan iktibar ya wahai remaja.
Sumber : Berita Harian Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun pastinya peminat buku menantikan kemunculan jualan buku besar-besaran di Big Bad Wolf yang menawarkan potongan harga sangat rendah.
Kini, Big Bad Wolf Sale kembali lagi, namun kelainannya pada tahun ini apabila ia dijalankan secara online ekoran wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara. Jualan buku ini bermula pada 4 November sehingga pukul 11.59 malam pada 11 November 2020.
Menawarkan sejumlah lebih daripada 40,000 judul buku dengan potongan harga sehingga 90 peratus, Big Bad Wolf 2020 boleh diakses melalui https://shopbigbadwolfbooks.com/my. Dengan hanya perlu membuat akaun di laman web tersebut, korang boleh memilih mana-mana buku yang menjadi pilihan, seterusnya add to cart dan check out.
Lebih mudah kan?
Tidak perlu bersesak dengan orang ramai, semuanya boleh dilakukan hanya di hujung jari.
Pihak Big Bad Wolf Books juga telah memaklumkan bahawa laman web mereka berhadapan dengan kesesakan trafik dan berharap agar pengguna memahami dan bawa bersabar.
Pengguna turut berkongsi pengalaman ketika melakukan pembelian secara online untuk Big Bad Wolf tahun ini. Rata-ratanya mengeluh kerana tidak dapat masuk ke laman web tersebut dan mengalami kesusahan untuk mengakses. Namun, pihak Big Bad Wolf Books turut memberikan respon.
Namun begitu, masih ada pengguna yang sabar dan tetap memberikan semangat buat team mereka.
Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat di Malaysia masih lagi minat membaca buku dan sekiranya korang juga ingin membeli secara online, diharap lebih bersabar dan cuba untuk memahami situasi trafik mereka.
Cubalah waktu pagi-pagi buta, mana tahu time tu tak ramai orang akses kan? Hiks, selamat membeli!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!