Rasanya ramai dah sedar yang dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) banyak kelonggaran diberi kepada rakyat di negara ini.
Malah kedai-kedai pun sudah dibuka dan beroperasi seperti biasa. Seperti sudah menjdai rutin dan norma baru rakyat Malaysia memakai facemask apabila keluar rumah sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengelak dari penularan Covid-19.
Jadi, kalau orang yang keluar tanpa memakai facemask ini akan dipandang sinis dan pelik oleh masyarakat.
Sebentar tadi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri ada memberi kenyataan bahawa peniaga tidak boleh menghalau atau melarang masuk individu yang tidak memakai topeng muka. Hal ini selepas DS ditanya oleh wartawan ketika sidang media sama ada peniaga ada hak atau tidak menghalang pelanggan yang tidak memakai topeng muka sari masuk ke dalam kedai.
Ads
Beliau berkata, pemakaian topeng muka bukan satu kewajipan dan bukan satu kesalahan sekiranya tidak memakainya, mengikut peraturan-peratuan dibawah akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Jadi saya berharap pihak pasar raya tidak mengambil undang-undang sendiri dengan mengenakan sesuatu halangan yang bertentangan di bawah akta dan peraturan.
“Tak boleh kata tak boleh masuk, halau keluar. Terpaksa balik rumah dulu. Tak boleh sebab itu tidak termasuk dalam akta dan peraturan,” katanya pada sidang media sebentar tadi.
Ads
Walau bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, kerajaan mengalakkan rakyat memakai topeng muka untuk menjaga keselamatan seseorang dan orang sekelilingnya, terutama mereka yang bergejala.
DS Ismail Sabri turut memberikan idea untuk meletakkan facemask di luar pintu masuk kedai.
Ads
“Untuk mengelakkan pelanggan pergi begitu jauh, datang dari rumah sampai ke pasar raya tidak dibenarkan masuk… saya mencadangkan pasar raya supaya letak topeng muka di luar (pintu masuk), dan jual kepada mereka yang tak ada topeng muka.
“Kalau dia nak galakkan orang pakai topeng muka, letak kat luar dekat tempat hand sanitizer dan jual.
“Tapi jngan paksa beli satu kotak di situ. Tujuannya untuk masuk saja, membenarkan masuk. Jual satu keping sajalah,” katanya sambil menambah ia bertujuan untuk mempermudahkan pelanggan.
So korang tak perlu la marah kalau ada orang yang tak pakai facemask tu. Tapi kalau dah ada facemask tu better la pakai. Kan lagi selamat.
Sumber : Mstar Online
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjunjung kasih di atas ketegasan dan memahami kehendak rakyat yang menderita akibat bekalan air terputus.
Ketegasan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj demi menjaga negeri disayanginya pasti membuatkan rakyat jelata berterima kasih kepada baginda.
Malah rakyat sudah lama mengharapkan isu kilang haram dapat diselesaikan segera selepas pihak PBT mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan isu ini.
Dalam kejadian empat hari lalu, kira-kira 1.2 juta rakyat menderita akibat bekalan air terputus selepas berlaku pencemaran di Sungai Selangor akibat pembuangan sisa toksid ke dalam sungai oleh salah sebuah kilang di Rawang.
Dalam perkongsian di fb Selangor Royal Office, semalam DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam berhubung masalah bekalan air bersih di Negeri Selangor yang terus berulang.
Sebaik sahaja dimaklumkan masalah terbaharu gangguan bekalan air membabitkan beberapa kawasan di Negeri Selangor, Baginda telah mengutus surat kepada YAB Menteri Besar Selangor menzahirkan rasa dukacita Baginda terhadap impak yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Selangor.
Berikut antara intipati surat Baginda kepada YAB Menteri Besar Selangor :-
• Baginda mahu tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas hendaklah diambil bagi memastikan rumah-rumah, kilang-kilang, terutama sekali kilang-kilang haram berhampiran tebing sungai mesti dirobohkan kerana berpotensi mencemarkan anak-anak sungai dan sungai-sungai di Negeri Selangor.
• Baginda tidak berkenan adanya unsur campur tangan politik dalam penguatkuasaan isu-isu berkaitan alam sekitar dan pencemaran air sungai.
• Baginda telah lama menitahkan supaya sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memantau dan memastikan air sungai tidak dicemari dengan bahan kimia atau sampah sarap boleh menjejaskan bekalan air mentah kepada loji-loji rawatan air.
• Baginda mahu undang-undang yang lebih tegas dilaksanakan dengan segera kepada pelaku-pelaku yang menyebabkan pencemaran sungai. Penalti yang lebih berat wajar dikenakan kepada mereka yang mencemarkan alam sekitar khususnya sumber air. Mereka yang terbukti melakukan kesalahan hendaklah dijatuhkan hukuman penjara mandatori serta dikenakan denda yang maksimum.
• Baginda khuatir sekiranya masalah air ini berterusan, rakyat jelata akan memberontak dan boleh mengakibatkan ketegangan dan seterusnya akan menjejaskan keharmonian sosial.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecoh baru-baru ini apabila pasangan ‘daredevil’ dari Rusia, Ivan dan Angela terkenal dengan keberanian memanjat puncak bangunan pencakar langit di seluruh dunia memuat naik hantaran foto terbaru di puncak menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur.
Malah, jika semalam pasangan ini membuat pendedahan bagaimanana dia menceroboh masuk ke Menara Merdeka 118, pendaki ekstrem wanita warga Rusia, Angela Nikolau tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia.
Permohonan maaf itu dilakukan Angela menerusi satu ciapan balas terhadap seorang pengguna Twitter yang tampil meluahkan beberapa sebab kenapa perbuatan wanita itu dan pasangannya dibenci rakyat Malaysia.
I appreciate you making a thread about it and I apologise if I offended the feelings of Malaysian people. That was never my intent.
I wish nothing but piece and art, and in no way am I interested in any kind of conflict or hatred.
“Saya menghargai anda membuat bebenang tentang itu (menceroboh) dan saya memohon maaf jika saya menyinggung perasaan rakyat Malaysia. Itu bukan niat sebenar saya,” kata Angela.
Hanya Berkarya Dan Kerja Seni
Dia dalam masa sama turut menjelaskan tindakan menceroboh dan memanjat menara itu hanyalah satu kerja seni dan karyanya.
“Saya tidak mengharapkan apa-apa selain hanya karya dan seni. Saya juga tiada niat untuk mencetuskan sebarang konflik atau kebencian. Minta maaf kepada Malaysia dan rakyatnya,” kata wanita itu lagi.
Terdahulu, wanita Rusia ini menerusi satu bebenang panjang lebar di Twitter berkongsi pengalamannya menceroboh masuk ke dalam menara kedua tertinggi di dunia itu. Malah lebih menjengkelkan apabila dia turut menyamar menjadi pekerja binaan dengan menyarung uniform pekerja, topi keselamatan dan juga tudung sewaktu membuat cubaan tersebut.
Dia turut menyifatkan perasaannya terhadap Menara Merdeka 118 umpama ‘jatuh cinta pandang pertama’.
Hmm…amacam guys nak maafkan tak ni?
Selain itu, REMAJA juga pernah berkongsi mengenai seorang pegawai wanita yang berani berkhidmat sebagai juruteknik akses tali di Menara Berkembar Petronas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas beberapa syarikat nama besar seperti Esprit dan MPH mengumumkan penutupan stor mereka baru-baru ini akibat impak wabak Covid-19, kali ini satu lagi stor popular yang akan mengambil langkah sama.
Setelah lebih 3 dekad menjalankan perniagaan, Speedy Video Distributions Sdn Bhd secara rasmi bakal meninggalkan peminat CD dan DVD fizikal di Malaysia.
Menerusi sebuah posting di akaun Facebook mereka, selari dengan pengumuman tersebut, Speedy Video akan melakukan jualan penghabisan stok di kesemua cawangan seluruh negara bermula hari ini.
“Kepada pelanggan kami, syarikat kami dengan dukaciti mengumumkan penutupan kesemua cawangan kami tidak lama lagi. Kunjungi kami untuk menikmati promosi terakhir ini.
“Terima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini,” catat mereka menerusi posting yang telah menerima hampir 500 komen itu.
Walaupun Speedy Video tidak menetapkan sebab utama penutupan tersebut, ramai yang dapat mengagak ia hasil jualan merosot berikutan Perintah Kawalan Pergerakan oleh pihak kerajaan sejak 18 Mac lalu.
Selain itu, peredaran trend penonton kepada platform online streaming juga membantutkan perniagaan apabila pelanggan masa kini mempunyai lebih banyak pilihan menonton dari rumah.
Bagi korang yang ingin merebut promosi oleh Speedy Video ini, korang boleh berkunjung ke 14 buah stor mereka di bawah:
Eko Cheras Mall
Ampang Point
AEON Seremban 2
AEON Rawang
AEON Bukit Tinggi
AEON JB Tebrau
AEON Cheras Selatan
Bandar Utama Movie Magic
Star Parade Alor Setar
AEON Bandaraya Melaka
Mid Valey South Key
IOI City Mall
Subang Parade
Alpha Angle
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa terjadi apabila seorang pempengaruh glamor yang bertukar viral disebabkan kontroversi tiba-tiba 'menghilang' dan pulang ke kampung? Nak dijadikan cerita pula, pempengaruh itu tidak...