Pertandingan Pengucapan Awam Saya #RemajaMalaysia menerima banyak video penyertaan dari seluruh negara. Namun hanya enam peserta terbaik sahaja dipilih untuk hadir ke Kuala Lumpur bagi berentap merebut gelaran juara.
Nur Fatin Darwisyah binti Fadzli merupakan antara enam peserta terbaik yang dipilih. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Tangkak, Johor ini merupakan peserta yang masih hijau dalam area pengucapan awam namun menonjolkan prestasi yang cemerlang.
Saat melangkah ke atas pentas bagi mempersembahkan pengucapan awam bertajuk Peranan Remaja Dalam Membentuk Masyarakat Berpendidikan, dia kelihatan cukup yakin. Butir bicaranya jelas tanpa jeda suara yang terlalu menekan. Dia seolah-olah bercerita dan disulam dengan isi yang menarik.
Hasil kerja keras dan penyampaian yang berbeza berbanding peserta lain, gadis manis ini berjaya merangkul tempat ketiga menjadikan hanya dia seorang pelajar perempuan berjaya bergelar tiga peserta terbaik.Mengakui dirinya seorang yang sangat introvert, Fatin bersyukur kerana mendapat sokongan yang hebat dari keluarga dan guru.
“Saya berasa sangat gembira dan lega kerana telah berjaya menyelesaikan pertandingan hari ini. Saya berterima kasih kepada ibu dan ayah kerana telah banyak memberi sokongan. Saya juga berterima kasih kepada guru-guru di sekolah kerana banyak memberi sokongan terutamanya guru pembimbing, Cikgu Norazila yang banyak membantu saya dalam pertandingan ini,” ujar pelajar berusia 15 tahun ini.
Fatin Darwisyah bersama kedua ibu dan bapa saat ditemu bual.
Setia menemani anaknya, Puan Ayumalasari Ahmad berkongsi kisah tentang sikap Fatin yang introvert. “Saya sebagai ibu tidak sangka kerana saya kenal dia bagaimana orangnya. Dengan sifat introvert dan ada anxiety, ini merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana dia berjaya membuktikan kebolehan dirinya.
Ads
“Terutamanya membuktikan kepada diri dia sendiri kalau yakin pasti dia boleh buat. Saya harap ini dapat menjadi contoh kepada remaja di luar bahawa introvert bukan satu perkara yang membuatkan anda rasa down, kalau berusaha pasti akan berjaya,” ucapnya memberi nasihat.
Pertandingan Pengucapan Awam Saya #RemajaMalaysia merupakan anjuran REMAJA dan Ideaktiv dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai rakan strategik. Selain Fatin yang berada di kedudukan ketiga, johan pertandingan ini jatuh kepada Ammar Hazim Mohd Syafawi dari SM Teknik Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan manakala tempat kedua jatuh kepada Aisy Basri Mohd Bakri dari SMK Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur,
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmiRemajauntuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kejayaan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China sekaligus menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan prestasi mereka terutamanya peminat nombor satu sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Selepas pilihan keenam kejohanan itu menewaskan beregu tuan rumah Chen Bo-Liu Yi pada Ahad dengan skor 21-19, 21-17 dalam masa 47 minit, Chong Wei menerusi satu kenyataan tidak teragak-agak menyampaikan ucapan tahniah kepada mereka berdua.
“Tahniah yang sebesar-besarnya kepada Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik di atas kemenangan hebat anda di BAC hari ini!
“Anda berdua menunjukkan semangat juang, kemahiran dan ketabahan yang luar biasa di gelanggang. Malaysia bangga dengan anda.!
“Cayalah… macam ada level up je!” catatnya menerusi hantaran di Facebook dan Instagram rasmi bekas pemain perseorangan lelaki badminton nombor satu dunia itu.
Chong Wei juga berharap agar Aaron-Wooi Yik untuk mengekalkan konsistensi dan sekaligus menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang.
Selaku juara, Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$37,000 atau kira-kira RM164,000 manakala pasangan China itu menerima AS$17,500 (RM77,000) di kedudukan naib juara.
Sekadar info, ini bukanlah kali pertama Aaron-Wooi Yik melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Asia. Mereka pernah bertarung di aksi final kepada edisi 2022 di Muntinlupa, Filipina namun kecundang kepada pasangan Indonesia, Pramudya Kusuma-Yeremia Rambitan 21-23, 10-21.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini kain tenunan eksklusif bangsa Melayu iaitu songket disenaraikan dalam Senarai Wakil Warisan Bangsa Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan atau ‘List of Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh UNESCO.
Baru-baru ini, salah satu watak dalam drama popular dari China iaitu Love Between Fairy and Devil pula berjaya mencuri perhatian orang ramai apabila Dylan Wang iaitu salah seorang pelakon dalam drama itu menggayakan pakaian yang bercorakkan songket.
Dylan menggunakan busana songket dalam drama arahan Yi Zheng ini dari episod satu lagi. Perkara ini dianggap cukup jarang berlaku kerana drama China kebiasaannya akan menggunakan pakaian yang menunjukkan seni warisan mereka.
Dalam pada itu, rata-rata warganet turut meluahkan rasa bangga kerana busana songket digunakan dalam drama terkenal tersebut sekali gus dapat mempromosikan seni warisan negara kita di persada antarabangsa.
Songket Motif Bunga Tabur?
Orang ramai turut berkata Love Between Fairy And Devil ini sebenarnya bukanlah sebuah drama sejarah China sebaliknya ia merupakan genre xianxia. Atas sebab itu, ia tidak menggunakan pakaian mengikut sejarah asal.
Anda boleh tonton teaser drama ini di bawah. Buat anda yang memang kaki C-Drama, drama yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Yu Shuxin, Dylan Wang, Zhang Linghe, Cristy Guo dan Xu Haiqiao ini masih lagi ongoing dan boleh ditonton di iQIYI.
Wah, sampai drama China pun mengetengahkan warisan songket ini. Tapi, tidak dinafikan memang cantik pun songket bunga tabur ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penat lelah yang dipikul selama bertahun-tahun demi mendapatkan sekeping ijazah semestinya menjadi impian ramai anak muda.
Begitulah yang dirasai oleh Muhd Amirul yang menghidap Cerebral Palsy apabila baru-baru ini tular video klip mempamerkan dirinya berjaya merangkul skrol ijazah Sarjana Muda di Majlis Konvokesyen ke-36, UUM.
Beliau yang merupakan pelajar jurusan Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian itu difahamkan menghadapi sejenis keadaan dipanggil sebagai Cerebral Palsy.
Memetik sumber MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, Cerebral Palsy merupakan satu keadaan kesihatan yang terjadi akibat kerosakan saraf otak yang terjadi ketika di dalam kandungan, semasa atau selepas kelahiran.
Selain itu, REMAJA turut difahamkan menerusi komen dari kenalannya di universiti, Muhd Amirul mempunyai tahap kepandaian yang tinggi dan merupakan pelajar cemerlang dalam kelas.
Menjengah ke ruangan komen, majoriti warganet dilihat sebak dan bangga terhadap kejayaan yang diperoleh oleh graduan UUM tersebut meski menghadapi cabaran tersendiri.
“Dari sekolah menengah lagi memang seorang pelajar yang cemerlang. Friendly dan sentiasa tersenyum. Proud of him!” jelas seorang warganet.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan bahawa kisah Muhd Amirul seolah-olah menyerupai watak terkenal dalam drama Korea, Extraordinary Attorney Woo iaitu seorang peguam wanita yang menghidapi autisme.
“Extraordinary Attorney Woo in real life. Power Amirul,” ujar seorang wanita.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!