Ramai melihat isu kematian melibatkan pemandu mabuk dan secara melulu sering menjadi ancaman kepada pengguna jalan raya. Ditambah akta yang agak lemah di mana pesalah yang menerima hukuman tidak setimpal membuatkan ramai mempertikaikannya.
Namun mulai minggu hadapan, mana-mana pesalah kesalahan raya akan berhadapan menerima hukuman lebih lama dan denda lebih tinggi selepas Rang Undang-Undang Pindaan Akta Jalan Sudah diluluskan.
Ini bermakna, hukuman lebih berat selepas ini.
Dalam satu perkongsian dari Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong semalam di fbnya, beliau memaklumkan RUU itu sudah berjaya dipinda.
Saya mengambil maklum tentang kes pemandu Myvi di Kilometer 4, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi pada 10 Oktober lalu yang telah menyebabkan kematian seorang anggota tentera. Pesalah telah dijatuhi hukuman penjara 6 tahun dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret semalam di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ads
Ramai netizen telah mengeluarkan rasa tidak puas hati mengenai hukuman yang dijatuhkan. Sejak saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Pengangkutan, isu keselamatan jalan raya merupakan antara perkara yang paling diutamakan dari segi penggubalan polisi dan penguatkuasaan oleh Kementerian Pengangkutan. Antara usaha-usaha yang telah dijalankan termasuk pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memperkenalkan hukuman yang lebih berat supaya dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai. Namun, setiap perkara ada proses yang perlu dilalui.
Pada ketika ini, Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Ogos 2020 dan Dewan Negara pada 22 September 2020.
Mengikut proses undang-undang, apa jua Rang Undang-Undang yang telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu mendapatkan perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan parlimen sebelum ianya boleh diwartakan.
Sukacita dimaklumkan perkenan DYMM YDPA baru sahaja diperolehi semalam. Kementerian Pengangkutan akan mewartakan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 pada minggu depan supaya ia menjadi sebahagian undang-undang.
Ads
Dalam hal ini, perkara 7(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “Tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau peninggalan yang tidak boleh dihukum menurut undang-undang pada masa perbuatan atau peninggalan itu dilakukan atau dibuat, dan tiada seorang pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.” Maka, pihak pendakwaraya dan mahkamah hanya boleh mengguna pakai Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang belum dipinda bagi kes pemandu Myvi ini.
Untuk makluman, Seksyen 41 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan telah dipinda di mana hukuman sedia ada iaitu penjara selama tempoh tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM 5,000 dan tidak lebih daripada RM 20,000 telah dipinda kepada hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM 20,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000. Tempoh hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu juga dipinda dari tempoh tidak kurang daripada 3 tahun kepada tidak kurang 5 tahun bagi sabitan pertama.
Seksyen 44 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah di mana hukuman sedia ada iaitu penjara selama tempoh tidak kurang daripada 3 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM 8,000 dan tidak lebih daripada RM 20,000 telah dipinda kepada hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 15 tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM 50,000 dan tidak lebih daripada RM 100,000 bagi sabitan pertama. Tempoh hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu juga dipinda dari tempoh tidak kurang daripada 5 tahun kepada tempoh tidak kurang 10 tahun dalam sabitan pertama.
Ads
Ada juga netizen yang cuba mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, seolah-olah hukuman bagi kesalahan menjaga kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah di bawah Seksyen 45 yang membawa denda tidak kurang daripada RM 1,000 dan tidak lebih daripada RM 5,000, dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun selepas pindaan, adalah jauh lebih ringan daripada kesalahan memandu secara melulu di bawah Seksyen 41.
Saya ingin tegaskan di sini bahawa kedua-dua seksyen melibatkan situasi yang berbeza di mana kesalahan di bawah Seksyen 45 tidak melibatkan kematian atau kecederaan.
Sekiranya kematian atau kecederaan diakibatkan oleh pemandu yang memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah, Seksyen 44 yang disebutkan di atas boleh digunapakai. Pihak pendakwaraya akan memutuskan tuduhan yang sesuai mengikut fakta kes masing-masing.
Akhir kata, Kementerian Pengangkutan amat serius berhubung isu keselamatan orang ramai khususnya melibatkan pemandu yang memandu secara melulu, di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah yang menyebabkan kemalangan jalan raya sehingga mencederakan atau meragut nyawa.
Kepada pemandu di luar sana, tolonglah… Janganlah memandu dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh dadah. Hargailah nyawa dan keselamatan diri terutamanya pengguna jalan raya lain. Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab demi kebaikan bersama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkinkah ada sinar buat jemaah Malaysia untuk menunaikan umrah pada tahun ini? Ya, kami pasti ramai yang merindui untuk menjejakkan kaki di tanah suci bagi menyempurnakan ibadah umrah atau haji.
Terbaharu, Arab Saudi telah mengumumkan bahawa kerajaan mereka bakal membuka semula kepada jemaah dari luar negara bermula 10 Ogos ini.
Menurut laporan Gulf News menerusi kenyataan daripada Saudi Press Agency, pengumuman itu susulan kejayaan musim haji tahun ini. Ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan penduduk ekpatriat sudah pun dibuka.
Awal bulan ini, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidilharam. Ia bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadah dengan lancar dan petugas menyelesaikan kerja sanitasi di Masjidilharam.
Menurut Twitter Haramain Sharifain, penerbangan langsung dibenarkan dari semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan yang dikehendaki untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.
Selain itu juga, jemaah diwajibkan menerima vaksinasi COVID-19 lengkap, sama ada Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).
Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos ‘penggalak’ sama ada suntikan Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau J&J.
Kebenaran ini juga adalah untuk jemaah berusia 18 tahun dan ke atas, serta ketibaan melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Hm, nampaknya negara kita tidak dilarang untuk melakukan ibadah umrah, namun disebabkan kes positif COVID-19 masih meningkat, ia mungkin sedikit sebanyak menjadi ‘penghalang’ untuk jemaah Malaysia ke sana.
Apa-apa pun marilah kita berdoa agar situasi pandemik ini berakhir segera supaya masyarakat dunia dapat menjalani kehidupan seperti biasa. InsyaAllah!
Boleh dikatakan semua orang kini sangat bergantung kepada penggunaan teknologi dan juga artificial intelligence (AI). Dengan kemudahan yang ada sememangnya menjadikan hidup lebih mudah dan kerja lebih cepat.
Bagaimanapun, di sebalik kebaikan yang diberikan teknologi dan AI dalam kehidupan seharian kita, namun ada juga kesan sampingan daripada penggunaan yang berterusan.
Kurang Interaksi Dengan Orang Tersayang
Dengan teknologi yang ada kini membuatkan kita lebih suka untuk berinteraksi di alam maya. Lihat sahaja permainan video sekarang yang membolehkan pemain berbual dengan rakan di alam maya jadi remaja khususnya akan lebih tertarik dengan perkara tersebut.
Selain itu, aplikasi seperti online dating juga sangat berguna kepada mereka yang lonely atau sekadar untuk mencari rakan baru dimana ia lebih mudah dan adakalanya menyeronokkan.
Potensi Boros Besar
Dengan adanya online shopping membuatkan potensi orang ramai untuk boros sangat besar. Apa taknya, klik di hujung jari sahaja dah boleh dapat barang yang dihajati kan?
Privasi?
Sering kali kita mendengar kisah bagaimana seseorang itu discam kerana menyangkakan membeli sesuatu menggunakan online dah sebagainya. Malah, ada juga yang kerugian beribu-ribu ringgit disebabkan perkara itu.
Apa taknya, kadang-kadang kita kena share perkara peribadi untuk mendaftar sesuatu membuatkan kita turut terdedah dengan potensi itu.
Terlalu Bergantung
Berapa sekarang yang terlalu bergantung kepada aplikasi Waze dan juga GPS untuk sampai ke destinasi masing-masing. Bukan tak elok tapi bila terlalu bergantung sampai terlalu mengharapkan teknologi pun tak elok juga.
Mungkin kena pandai seimbangkan supaya nanti kalau tiada Waze atau GPS, tiadalah panik sangat.
Kurang Real-Life Experience
Kalau dahulu, nak jumpa kawan kena keluar rumah, nak main game kena pergi sendiri tempat tu. Tapi sekarang semua boleh dapat dengan mudah. Permainan Wii pun dah macam real. Jadi, perkara-perkara ini buatkan real-life experience kurang sebab lebih cenderung kepada teknologi dan AI.
Selain itu, membaca buku dan menulis pun dah boleh gunakan tablet kan? Lagi kurangkan jualan buku dan alat tulis di pasaran.
Peningkatan Kos Sara Hidup
Kenapa kos meningkat? Sebab teknologi dan AI ini kan perlukan internet dan juga barang-barang yang sepatutnya. Semua itu kan guna duit. Ada yang sanggup berhabis ratusan malah ribuan ringgit untuk semua itu. Mana tak meningkat kos?
Sumber: Bored Articles
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hargai mak ayah selagi mereka ada. Berbakti juga ketika hayat mereka dikandung badan. Hari ini, berbagai cerita kita baca mengenai sikap anak-anak terhadap ibu bapa. Ada yang berani nak tetak mak ayah, ada pula yang pakat adik beradik belikan mak ayah hadiah yang tak disangka-sangka. Apa pun usaha kita pada mak ayah, memang patut kita bahagiakan mereka kerana tanpa keduanya kita memang tak lahir ke dunia ini.
Tapi perjalanan setiap orang tidak sama seperti orang lain. Ada yang dari kecil sudah kehilangan mak ayah. Ada juga belum melalui kehidupan sebegitu (kata orang masih kaya raya. Bukan kaya duit tapi kaya ahli keluarga). Tapi harus diakui, memang sedih dan pedih kalau kehilangan mak ayah pada usia muda. Lebih sedih bila di hari konvokesyen, kawan-kawan ditemani mak ayah tetapi kita sorang-sorong.
Perkongsian dari Amir Rusydi ini, graduan dari Jordan University Of Science And Technology yang baru memperoleh ijazah dalam bidang pergigian ini boleh buat hati sebak. Bayangkan, impian kita macam-macam tapi perancangan Allah itu lebih segala-galanya.
Kata Amir, di hari konvokesyen, semua kawan-kawannya ditemani mak ayah yang berbangga dengan kejayaan anak masing-masing tapi dia hanya ditemani potret mak ayahnya kerana kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia baik ketika dia belum pun ambil SPM.
Baca kisah perkongsiannya. Memang sebak. Apa yang pasti hargai mak ayah selagi mereka ada.
Sebak! Amir hanya mampu bergambar dengan potret kedua arwah ibu ibu bapanya di hari konvokesyennya. Memang boleh nangiskan kalau berlaku pada kita!
Hari ini, tepat 10 tahun yang lepas (19/6/2009) nikmat untuk memiliki seorang ayah di dunia telah ditarik. Hilang separuh dari kekuatan hidup. Demi seorang mak yang nak melihat anak – anak berjaya, perjalanan mesti diteruskan.
Alhamdulillah, berjaya dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM. Tapi tak sangka Allah ambik nyawa mak seawal itu, (13/12/2013), 10 hari selepas habis peperiksaan SPM. Walaupun dah bertahun – tahun kehilangan, tapi masih berharap semua yang terjadi ni suatu mimpi.
Plan asal nak pergi ambik keputusan SPM dengan mak ayah dah tak tercapai. Tapi waktu tu hanya mampu cemburu tengok orang lain bergambar dengan mak ayah masing – masing. Dan masa tu jugak terfikir, nanti majlis konvokesyen universiti, aku mesti bawak mak ayah sama – sama jugak 🤗
Kata Amir dia banyak baca dalam media sosial, anak yatim piatu selalu tercicir dalam pelajaran tapi Amir buktikan peroleh ijazah dalam bidang pergigian dari University di Jordan
Alhamdulillah, 17/6/19, hari secara rasminya aku tamat ijazah pergigian, dapat jugak bergambar dengan mak ayah, walaupun sekadar gambar di dalam gambar. Tapi rasa gembira sebab dapat bawak mak dan ayah sama – sama di hari bahagia ni. Hadiah untuk mak ayah.
Aku selalu terbaca di media sosial, anak – anak yang kehilangan ibu bapa akan tercicir dalam pelajaran, akan gagal dalam hidup. Alhamdulillah hari ini seorang anak yatim piatu berjaya buktikan yang tak semua sangkaan dan andaian orang awam ni betul 🤗
Semoga mak dan ayah sentiasa gembira dan bahagia di alam sana. Semoga setiap kebaikan dan pahala diperoleh sebagai seorang doktor nanti dapat disalurkan kepada mereka di alam sana.
With love,
Your little dentist ❤️ @ Jordan university of science and technology
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!