Bayangkan apa perasaan kita apabila diberi satu barang yang jauh lebih berharga dari emas dan wang ringgit?
Inilah perasaan yang dirasai oleh penyanyi dakwah dari seberang Opick apabila diamanahkan menjaga sehelai rambut Nabi Muhammad SAW sejak beberapa hari lalu.
Di sebalik ramai yang bertanya bagaimana dia memperoleh dan mendapat keistimewaan menjaga amanah ini (hal ini dibuktikan melalui surat dikeluarkan oleh Dewan Ulama Thariqah Internasional dan pemerintah Turki), ada juga pihak yang mempertikaikan ketulenan rambut yang dipegangnya ini termasuk dari Dewan Ulama Indonesia yang berkata, hanya al-Quran dan hadis adalah tinggalan paling jelas dari Nabi Muhammad SAW untuk umatnya di dunia ini.
Penyanyi Opick diamanahkan menjaga sehelai rambut Rasulullah yang diberikan kepadanya oleh pemerintah di Turki dan Dewan Ulama Thariqah InternasionalDalam satu hadis dinyatakan individu akan mendapat barakah apabila menyentuh tinggalan baginda Nabi. Masa yang sama pastinya tidak meninggalkan al-Quran dan hadis yang menjadi pegangan umat Islam sejak dulu
Bermimpi bulan dan bintang jatuh di halaman rumah
Kapan Lagi yang melaporkan berita dianggap istimewa ini menjelaskan sebelum diberikan amanah menjaga sehelai rambut Rasulullah ini, Opick mengakui dia bermimpi bulan dan bintang jatuh di halaman rumahnya.
“Bulan jatuh di tangan dan bintang di halaman rumah. Dalam mimpi itu lagi, bintang kemudiannya diletakkan di tangan saya. Kemudian ada suara menyatakan, Imam Mahadi dan Nabi Muhammad akan turun,” kata Opick yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Tangerang, Banten minggu lalu ketika berita ini tular di seluruh Indonesia.
Bayangkan perasaan kita menyentuh barangan tinggalan Nabi Muhammad, insan pemberi syafaat di akhirat kelak
Barangan tinggalan dijaga rapi
Ads
Memandangkan barang dimilikinya bukan biasa-biasa dan menjadi idaman seluruh umat Islam untuk menyentuhnya, semasa membawa rambut Rasulullah tersebut Opick diapit dan dijaga rapi oleh sekumpulan individu yang mahu memastikan barangan itu selamat dan terjaga rapi.
Malah pernah dalam satu kejadian di Russia, sewaktu negara tersebut dipinjamkan sehelai rambut Rasulullah SAW serta beberapa barangan peribadi Baginda Rasul untuk pameran, penerbangan yang membawa rombongan barangan ini diapit oleh tujuh jet pejuang bagi memastikan keselamatan barangan terjaga rapi. Malah sewaktu ia dipamerkan di muzium di sana, umat Islam yang mahu melihatnya perlu membayar sejumlah wang untuk memasuki muzium.
Biar ada pihak mempertikaikan ketulenan barangan dimilikinya, Opick akui dia hanya diberi amanah sebagai penjaganya. Malah dia juga bermimpi bulan dan bintang jatuh di halaman rumahnya sebelum memiliki barangan berharga ini
Ada syarat sebelum diamanahkan menjaganya
Jelas Opick, sebelum diberikan amanah ini, penjaga rambut Rasulullah ini merupakan seorang penghafaz al-Quran dan bibirnya tidak pernah lekang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.
Ads
“Saya pula diamanahkan harus mengaji al-Quran 24 jam. Tidak boleh lalai dan leka,” katanya mengakui rambut Rasulullah ini akan dijaga 24 jam oleh penghafaz al-Quran dan memaklumkan pemberian barang ini kepadanya untuk sama-sama dilihat oleh umat Islam agar mendapat barakah kerana Rasulullah adalah orang yang dicintai oleh umat islam di seluruh dunia.
Dewan Ulama Thariqah Indonesia sahkan asli
Di sebalik berita menggemparkan ini, ada sesetengah pihak mempertikaikan keaslian rambut Rasulullah ini. Ini kerana belum pernah terjadi dalam sejarah sejak ribuan tahun lalu di mana orang perseorangan atau individu diberi amanah menjaga barangan peribadi Rasulullah kecuali mereka adalah dari keturunannya.
Ads
Dalam isu ini panas dan menjadi pertikaian, Dewan Ulama Thariqah Indonesia telah memaklumkan dan menyatakan kebenaran keaslian rambut Nabi Muhammad SAW yang dipegang oleh penyanyi ini.
Dan rambut suci yang dipegang oleh Opick telah lebih dua tahun dipegang oleh Dewan Ulama Thariqah Indonesia sebelum menjadi aset bersama Dewan Ulama Thariqah Internasional Turki. Rambut suci ini telah sering dikunjungi oleh kalangan Ulama, Habaib, dan Syekh dari dalam negeri mahu pun dari luar negeri. Tentunya para ulama tersebut menyakini kebenaran dan keaslian rambut suci ini,” ujar DR. Zubair Ahmad, M.Ag selaku Sekretaris Dewan Ulama Thariqah Indonesia.
Kenapa Opick Terpilih Menjaga Rambut Rasulullah?
Bayangkan, bukan seorang ulama namun diberikan amanah menjaga rambut Rasululllah? Ini jawapan dari Dewan Ulama Thariqah Indonesia mengenai isu ini.
“Mustasyar Dewan Ulama Thariqah Internasional yakni Syekh Fatih Nurullah Efendi sebagai salah satu keturunan dari Kesultanan Usmaniyyah Turki telah mengeluarkan satu surat rasmi yang di dalamnya terkandung salasilah mengenai keturunan Nabi Muhammad yang diamanahkan menjaga rambut tinggalan Baginda sejak ribuan tahun dahulu. Surat ini dikeluarkan agar ia diterima orang ramai memandangkan Opick bukan dari kalangan ulama,” jelas Zubair.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Honda Malaysia telah mengumumkan kempen panggilan semula 1,527 unit model kenderaan mereka yang terdiri daripada beberapa model City, City Hatchback, HR-V dan BR-V.
Langkah ini diambil sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga untuk memeriksa pengetatan nut pada terminal ACG enjin ‘harness’ dan skru ‘earth grounding’. Terminal sentuhan dan bateri yang lemah boleh menyebabkan berlakunya enjin terhenti semasa memandu atau tidak dapat menghidupkan enjin selepas kereta berhenti.
Honda Malaysia turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terjejas dan menjelaskan bahawa semua model pengeluaran serta jualan semasa tidak terjejas dalam panggilan sema produk ini.
Pemilik yang terkesan dengan panggilan semula ini akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan dan boleh menghubungi pengedar sah Honda setelah menerima surat terbabit. Segala kos penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Honda Malaysia.
Bagi pengguna Honda yang terbabit, sila ambil perhatian ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Namun kawasan tumpuan ramai itu kini ditutup semetara kerana bimbang paras air di tasik itu meningkat susulan hujan lebat kebelakangan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga perlu mengawasi operator yang dilantik, bagi memastikan keselamatan pengunjung terjamin.
“Saya akan mengesyorkan kepada MBI agar operator mengeluarkan notis tidak selamat untuk dilawati. Kalau keadaan tidak selamat seperti adanya bencana sudah tentulah akan dikeluarkan notis penutupan sementara,” katanya.
Tasik Cermin yang mempesona. Kredit foto: flyklia.com
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu paras air meningkat di Tasik Cermin sehingga menenggelamkan lantai pelantar.
Dalam pada itu, beliau berkata aspek pemantauan dan pengawasan antara kriteria utama yang dititikberatkan bagi sesebuah kawasan pelancongan.
“Kita sudah melantik satu badan pengurusan daripada pihak operator yang akan bertanggungjawab dalam segala aspek termasuk keselamatan. Jadi, aspek keselamatan antara perkara yang diteliti apabila kita membuka produk baharu pelancongan,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengarah Pembangunan Pelancongan Tasik Cermin Eco Park Ipoh, Siti Norlizawati Narawi ketika dihubungi berkata, kawasan pelantar itu sudah dinaiki air sejak Khamis lalu.
“Kami tutup kepada pengunjung pada hari Khamis, bagaimanapun dibuka semula pada Jumaat susulan air yang sudah surut. Kawasan ini akan ditutup sekiranya hujan lebat dan paras air meningkat semula dan berbahaya untuk dikunjungi,” katanya.
Untuk yang belum menjejakkan kaki, Tasik Cermin yang terkenal sebagai tasik yang dikelilingi keindahan alam semula jadi terletak di dalam kawasan di bawah pengurusan Kinta Geopark dan aktiviti mandi manda tidak benarkan sama sekali di kawasan itu.
Jadi, kalau korang yang planning nak beriadah di Tasik Cermin ini harap tunda. Okay?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang muda bola sepak yang menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia selepas menjadi watak penting kemenangan buat skuad Bawah 18 tahun negara ketika menentang Australia pada Kejohanan Perseketuan Bola Speak ASEAN B-18 2019 sekali lagi mencipta rekod peribadi terbaik apabila berjaya meledak gol pertama bersama skuad utama KV Kortrijk (KVK).
Biarpun hanya untuk aksi persahabatan, anak muda ini berjaya membuka mata dan menambah kepercayaan pasukan untuk terus menyenaraikannya dalam skuad utama Kortrijk.
Penyerang berusia 18 tahun itu menjaringkan satu gol untuk membantu kelabnya menewaskan BX Brussel, 2-1, malah ia merupakan jaringan keduanya selepas menyertai kelab itu bulan lalu, ketika beraksi bersama skuad B-21 KVK yang menyaksikan pasukannya tewas 4-1.
Menerusi video yang dikongsi oleh kelab KVK di laman Facebook mereka, Luqman mengakui bahwa perlawanan pertama sangat bagus walaupun sukar untuk dirinya belajar (gaya) permainan di Eropah. Dia juga sangat gembira kerana berjaya menjaringkan gol pertama untuk skuad utama.
🙌 WHAT A DEBUT! 🙌First game, first goal for Luqman Hakim! 😍🔴⚪️ #COYR
Posted by KV Kortrijk on Saturday, 5 September 2020
Rakyat Malaysia juga turut meninggalkan komen mengucapkan tahniah dan memberikan semangat agar Luqman Hakim terus melakar kejayaan di peringkat dunia.
Tahniah Remaja ucapkan kepada Luqman Hakim dan semoga jaringan gol ini menjadi semangat untuk dirinya lebih berusaha serta mencatatkan lebih banyak kejayaan dan secara tidak langsung dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selamat disemadikan di Pusara Negara, Presint 20,...