Hari ini kecoh di media sosial apabila berita mengenai Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA tidak akan dikenali dengan nama tersebut lagi apabila penstrukturan baharu akademik dilaksanakan.
Ada yang tidak berpuas hati apabila perkara ini diumumkan bimbang segala apa yang dibina selama 50 tahun akan hilang dan legasinya akan putus. Tidak kurang juga ada yang menyatakan pengabungan fakulti yang dilakukan tidak bersesuaian sehingga mewujudkan petisyen mengumpul tandatangan membantah transformasi tersebut.
Kini Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media bakal dikenali sebagai Pusat Pengajian Komunikasi dan Media yang akan diletakkan di bawah Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Komunikasi. Kolej tersebut merupakan gabungan bersama dua lagi fakulti lain iaitu Fakulti Komputer Sains dan Matematik dan Fakulti Pengurusan Maklumat.
Ads
Namun penjelasan yang dibuat di laman Facebook UiTM MassCom memberikan penjelasan lebih lanjut tentang penggabungan ini.Ā Ternyata ia merupakan satu agenda untuk memperkasakan akademik pelajar agar lebih ke hadapan.
Memetik maklumat yang dimuat naik, perubahan ini melibatkan pengoperasian universiti dan tidak akan mengganggu bidang sedia ada. Malahan sebagai nilai tambah penstrukturan ini akan dapat menghasilkan bidang tujahan baru tanpa mengurangkan sedikit pun apa yang telah dibangunkan oleh fakulti selama 50 tahun ini.
Ads
Perubahan yang dilakukan ini juga memgambil kira perubahan di dalam kategori bidang menerusi National Education Code 2020 yang telah menggabungkan komponen informatik di dalam bidang komunikasi.
Menurut maklumat yang diberikan lagi, perubahan yang berlaku adalah selari dengan transformasi Kajian Sebaran Am kepada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Kini transformasi Ā terus dirai kepada transformasi Pusat Pengaajian Komunikasi dan Media di bawah Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Semalam, viral kisah seorang lelaki tua yang membawa kereta bagai ular kena palu. Sekejap langgar tembok penghadang jalan, berenti kemudian memecut semula seolah-olah bermain police entry tanpa mengetahui keadaan sebenar lelaki yang awalnya disangka mabuk di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, berhampiran Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di Petaling Jaya, semalam.
Kesnya mula jadi viral selepas kejadian itu dirakam oleh Mohd Faizal yang sedang menunggang motosikal di laluan yang sama dengan kejadian berlaku. Dalam video berkenaan menunjukkan pemandu Honda CRV itu melanggar tembok pembahagi jalan dan dikatakan kemudian melanggar bahagian belakang sebuah kereta pacuan empat roda, Mitsubishi Triton. Hasil pemeriksaan rapi selepas kereta dapat diberhentikan mendapati, lelaki tua ini, Ti Teow Yong berusia 79 tahun sebenarnya mengalami tekanan darah rendah.
Sedikit info, seseorang yang mengalami tekanan darah rendah atau disebut Hipotensi akan mengakibatkan setiap organ daripada badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi dalam masa yang singkat dan akibat daripada ini timbulnya gejala atau simptom hipotensi.Ā Kes ini jarang berlaku berbanding tekanan darah tinggi di masa seseorang itu terasa seperti hendak pitam, berasa pening dan sebagainya.
Dan sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak (tidak dapat bekalan darah yang diperlukan) pesakit boleh pitam atau pengsan. Namun, tekanan darah boleh berubah-ubah dalam tempoh masa yang sekejap sahaja di mana ianya boleh naik ataupun turun dan mengukur tekanan darah amat penting bagi menunjukkan tahap kesihatan seseorang.
Baca catatan terkini dari Mohd Faizul bagaimana dia berkongsi detik cemas semasa proses āmenyelamatkanā Uncle Ti Teow semalam seperti di tulis dalam catatan facebooknya. Tahniah kepada brader ni kerana berani demi membantu Uncle yang berada dalam kesusahan itu. Nak kenal, inilah brader yang baik hati nie.
Inilah brader yang bertindak membantu Uncle dalam kesusahan itu. Mohd Faizul kanan, baju hijau. Gambar diambil dari fb miliknyaInilah kejadian semalam dan Uncle Ti Teow rupanya alami tekanan darah rendah
Federal highway…dia x mabuk..mungkin dia dlm keadaan sakit, atau kehabisan ubat.
Update
Ok semua..harap bertenang dan jangan ribut-ribut. Aku nak cepat tadi, kejar masa so tak sempat nak update. Sekarang ini aku tengah free skit baru boleh cerita. Kisahnya aku follow kereta ni dari Pusat Sains, Bukit Kiara menuju ke Federal Highway tu lagi sebenarnya. Aku nampak kereta tu berhenti di tengah-tengah jalan lorong 3 lane..
Bimbang dia kena langgar dari belakang, aku berhentikan motor aku belakang keta dia. Kemudian baru je aku tongkat motor nak pergi tengok dia, tup-tup dia tekan minyak, teruih jalan kereta terhuyung hayang sampai ke Plaza Tol Kerinci Link.. Tu pun dia tak berhenti gak terus langgar palang tol lorong smart tag.
Lepas dia langgar palang tol tu..dia berhenti sekejap..dan masa aku baru sampai kat keta dia, baru je nak tanya dia apahal bawak keta mcm ular kena pukul, dia teruih tekan minyak la..keta teruih jalan.(hahahaha jilake rasa mcm kena main)..
Masa ni la aku keluarkan telefon untuk rakam pergerakan kereta dia..sebab aku bimbang berlaku sesuatu yang buruk dan tak dijangka, maka aku ada sesuatu bukti yang mungkin boleh diguna pakai kelak.
Ada yang komen kenapa aku tak call polis terus je?
Oleh kerana aku sgt yakin yang polis Malaysia ini bukanlah seperti Superman atau The Flash yang ada kuasa super power boleh muncul dengan secara, maka aku tak call polis. Lagipun benda tengah bergerak kot. Kena polis tu nanti tanya kat mana tempat kejadian? Tak masak plak aku nak jawab?
So, aku amik keputusan utk terus rakam hingga dia masuk ke jalan federal highway menuju ke Shah alam. Habis aku sekat semua kenderaan supaya jangan hampir dengan kereta pakcik ni, bahaya
Masa ini aku mmg betul-betul cemas sebab kereta banyak.
Pakcik ini pun nyaris-nyaris nak sodok penunggang moto kat depan dia. Masuk Federal Highway baru la ada seorang lagi penunggang motosikal yang sama-sama dengan aku tolong kawal lalu lintas sampai la kereta pakcik ni berhenti.
Alhamdulillah..lepas je kereta pakcik ini berhenti, tak sampai 5 minit pun, aku tengok polis-polis trafik yang naik motor, naik patrol car semua dah sampai kat belakang kereta pakcik ni (time ni video dh cut off). Masa aku dengan polis trafik tu check pakcik tu nyaris-nyaris kami tak dilanggar sebab pakcik tu masih nak tekan minyak keta dia. Mujur aku sempat tarik kunci keta dia..
Lepas tu kes pakcik ni aku serahkan pada polis-polis trafik yang dh makin ramai datang kat tempat kejadian ni. Aku nampak polis trafik tu sendiri yang tolong pandukan kereta pakcik ni ke tepi jalan, tak lama lepas tu dia orang terus bawa pergi ke balai PJ (rasanya) sebab sebelum kereta pakcik tu berhenti, ada sedikit pelanggaran dengan sebuah Hilux..(tiada dalam video)
Ok..setakat ni saja yang ada dalam pengetahuan aku. Latest update..
Baharu sahaja merangkul pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi, Mohd Al-Jufferi akhirnya secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada dunia persilatan profesional yang telah diceburinya sejak 15 tahun lalu.
Setelah bergelar juara dunia sebanyak empat kali, anak muda berusia 30 tahun ini mengumumkan persaraannya di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 yang berlangsung di Arena 1 Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Jelasnya, malam tadi secara rasmi dia telah membuat keputusan untuk bersara tidak kiralah sama ada merangkul pingat emas atau tidak kerana ingin menamatkan karier selaku atlet silat negara selepas hampir 15 tahun.
Keputusan itu juga dibuat berdasarkan faktor kesihatan terutamanya kecederaan bahu kanan yang dihadapi AL-Jufferi selama ini memerlukan tumpuan untuk dipulihkan. Ne;iau berkata, keputusan untuk bersara itu sudah banyak kali disuarakan termasuklah ketika Sukan SEA di Hanoi pada Mei lalu tetapi terpaksa ditangguhkan selepas dipujuk oleh pelbagai pihak terutama tarikh aksi kejuaraan dunia sudah hampir.
Foto: Astro Awani
Al-Jufferi telah menewaskan pesilat dari Indonesia, iaitu Iqbal Chandra Pratama dengan keputusan 35-21, sekali gus berjaya menobatkan beliau menjadi juara dunia buat kali keempat.
Apa-apa pun selamat maju jaya dan tahniah kami ucapkan kepada Al-Jufferi kerana telah mengharumkan negara dalam dunia persilatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi pandemik COVID-19 di negara kita nampaknya masih lagi di tahap yang membimbangkan ekoran kes positif harian masih mencatatkan jumlah empat angka. Justeru itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilancarkan bagi mengekang virus daripada terus menular.
Banyak pihak yang terjejas akibat PKP ini kerana tidak dapat menjalankan operasi atau bekerja sepanjang tempoh tersebut. Seperti yang kami sering laporkan sebelum ini, pusat-pusat penjagaan haiwan seperti zoo mengalami masalah kewangan yang sangat teruk dan tidak mempunyai dana lagi untuk menampung perbelanjaan menguruskan haiwan.
Terbaru, Taman Buaya & Rekreasi Melaka telah melakukan satu inisiatif bagi mendapatkan dana dengan menganjurkan lawatan secara virtual di alam maya kepada pengunjung di rumah. Dengan bayaran RM7.00 seorang, korang boleh membuat lawatan secara online menerusi Google Meet ataupun Zoom.
Program ini mempunyai dua sesi, iaitu pada pukul 11 pagi dan 2.15 petang. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah penerangan tentang haiwan dan memberi makan kepada buaya.
Inisiatif ini mendapat respon positif daripada warganet dan menyifatkan ia sebagai salah satu cara bagi membantu menyumbangkan dana untuk haiwan-haiwan di sana.
Setidak-tidaknya dengan usaha yang dijalankan oleh pihak Taman Buaya & Rekreasi Melaka ini memberi peluang kepada mereka mendapatkan dana untuk terus menjaga kebajikan haiwan.