Hari ini tular sebuah poster di laman media sosial mengenai tamatnya Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM setelah lebih 55 tahun mendidik anak bangsa. Agak mengejutkan juga bagi penulis kerana fakulti ini merupakan antara fakulti yang banyak melahirkan bakat-bakat hebat di Malaysia terutamanya dalam bidang rekaan fesyen dan seni.
Sumber foto: Perkongsian di media sosial
Sebut sahaja nama seperti Datuk Rizalman Ibrahim, Datuk Radzuan Radziwill, Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat, mereka amat sinonim sebagai produk yang menjadi bukti bahawa fakulti ini sebuah fakulti yang berjaya membentuk graduan yang kreatif dan berdaya saing.
Namun apakah yang sebenarnya berlaku?
Setelah penulis membuat sedikit semakan di laman sesawang Universiti Teknologi MARA, rupa-rupanya fakulti yang telah diasaskan pada tahun 1967 ini telah digabungkan bersama dua fakulti lain iaitu Fakulti Muzik dan Fakulti Filem, Teater & Animasi untuk membentuk satu pusat baharu yang kini dikenali dengan nama Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM atau College of Creative Arts, UiTM.
Ini merupakan satu inisiatif baharu pucuk pimpinan UiTM bagi menjadikan universiti ini maju ke hadapan dan bergerak seiring dengan universiti-universiti terkemuka dunia yang lain. Untuk pengetahuan anda lagi, selain Kolej Pengajian Seni Kreatif, Kolej Pengajian Kejuruteraan juga telah ditubuhkan menggabungkan semua fakulti-fakulti kejuruteraan sebelum ini di bawah satu lembayung yang sama.
Dalam ruangan soal jawab di laman sesawang UiTM, ia menyatakan bahawa penggabungan fakulti-fakulti untuk menjadi sebuah kolej adalah adalah signifikan bagi melengkapkan staf dan pelajar untuk mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0, membentuk sinergi yang berkesan antara staf akademik dan pentadbiran dalam memastikan keberhasilan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, dan inovasi berimpak merentas pelbagai disiplin ilmu, menyediakan graduan dalam menghadapi landskap pekerjaan di masa hadapan, dan mengoptimumkan penggunaan sumber dengan lebih cekap dan efisien.
Ads
Menurut soal jawab itu lagi, bidang-bidang yang sedia ada tidak akan hilang, sebaliknya ia akan diperkasakan lagi daripada bidang tunggal kepada multi, inter dan rentas bidang untuk menghasilkan graduan yang kalis masa hadapan dengan kepelbagaian ilmu dan kemahiran baharu dalam menghadapi cabaran masa kini serta mampu mencipta peluang pekerjaan.
Dalam amanat Naib Canselor pada Januari 2021, sebanyak 26 fakulti sedia ada di UiTM akan digabungkan menjadi 10 kolej sahaja. Antara kolej lain adalah Kolej Pengajian Perubatan, Kolej Pengajian Kemanusiaan & Sains Sosial, Kolej Pengajian Sains Sukan & Kesihatan, Kolej Pengajian Alam Bina, Kolej Pengajian Undang-Undang, Kolej Pengajian Sains Gunaan & Agroteknologi, Kolej Pengajian Perniagaan, Perakaunan & Pengurusan Hospitaliti serta Kolej Pengajian Pengkomputeran, Matematik & Maklumat.
Jadi bagi alumni UiTM yang membaca artikel ini, fakulti kesayangan anda akan berada di kolej mana? Untuk penulis sebagai bekas pelajar Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, rasanya fakulti ini akan berada di Kolej Pengajian Kemanusiaan & Sains Sosial. Kita tunggu dan lihat.
Ads
Walau apapun, sama-sama kita sebagai alumni untuk terus menyokong inisiatif ini bagi membentuk generasi akan datang yang lebih cemerlang dan terbilang, bukan sahaja dari segi akademik tetapi kebolehpasaran bahkan mampu mencipta peluang pekerjaan.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi peminat setia siri kartun Pokemon, mesti korang excited bila dapat tahu Nestle telah pun berkolaborasi bersama siri animasi popular Pokemon, Pikachu dalam melancarkan produk aiskrim terbaru mereka.
Menampilkan ais krim perisa pecan dengan kacang badam yang disaluti sos coklat, Drumstick Pika Pika Cone ini nampak eksklusif dengan balutan packaging kuning keemasan bersama imej Pikachu.
Ramai yang sudah mencuba ais krim terbaru ini dan rata-ratanya memberikan reaksi positif.
Korang macam mana, dah rasa ke? Onz tak onz?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban hari kita mendengar tentang kesempitan yang dirasai oleh pihak Zoo Negara kerana mempunyai masalah kewangan bagi menyelenggara haiwan di dalam pusat simpanan tersebut.
Dianggarkan Zoo Negara memerlukan RM1 juta bagi menampung perbelanjaan termasuk makanan haiwan dan kos penyelenggaraan zoo.
Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew telah pun turun padang bagi membantu haiwan-haiwan di Zoo Negara dengan membawa beratus kilogram daging dan bakul buah-buahan untuk diberikan kepada haiwan tersebut.
Namun kini, Zoo Negara memerlukan sukarelawan kerana pihak mereka sudah kekurangan pekerja. Hal ini telah dikongsi di laman Facebook Ukay Heights Communer yang merupakan ‘jiran’ kepada Zoo Negara dengan meminta jasa baik penduduk sekeliling untuk turut sama turun padang menjadi sukarelawan di sana.
Jelas mereka lagi, pihak Zoo Negara telah melakukan sehabis baik dan mereka tidak boleh sewenangnya menjual haiwan-haiwan tersebut kepada pihak zoo lain kerana tertakluk dengan peraturan WAZA.
Sebilangan besar haiwan-haiwan tersebut diserahkan oleh pemilik swasta atau dibawa ke Zoo Negara oleh Perhilitan berikutan serbuan di zoo atau pemburuan haram yang tidak berlesen. Haiwan di sana juga tidak boleh meninggalkan negara ini kerana terikat dengan peraturan dan tiada surat rasmi.
Pihak Zoo Negara telah membina tadahan air hujan sendiri dan menanam tumbuhan seperti tebu, pisang dan lain-lain untuk diberi makan kepada haiwan.
Bagi haiwan karnivor pula, mereka tidak boleh hanya makan ayam setiap hari kerana akan mengalami kekurangan nutrient. Jadi, pihak Zoo Negara juga perlu menyediakan daging rusa dan babi hutan bagi memberi makan kepada harimau di Zoo Negara.
Jika korang ingin menjadi sukarelawan di Zoo Negara untuk diberikan tugas-tugas seperti memberi makanan kepada haiwan dan membersihkan kandang haiwan, boleh hubungi terus Rescue Bencana Malaysia di talian:
• 019-3469800
• 017-2442466
• 017-8466574
Sekiranya korang seorang pencinta haiwan dan berkelapangan sepanjang tempoh PKP ini, mungkin korang boleh menyumbangkan tenaga bagi membantu kerja-kerja di Zoo Negara.
Bagi yang ingin membantu daripada segi kewangan pula, boleh terus hubungi pihak Zoo Negara untuk maklumat lanjut.
Sama-sama kita doakan agar kemelut ekonomi negara berakhir dengan segera kerana ia bukan hanya menjejaskan masyarakat, malah kehidupan haiwan-haiwan juga turut terkesan.
***
[UPDATE]: Pendaftaran sukarelawan sudah pun penuh. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yg prihatin
Ramai peminjam mula menarik nafas lega apabila kebanyakan bank membenarkan penangguhan pembayaran pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan kad kredit sejak wabak COVID-19 mencatatkan jumlah positif agak ramai.
Bagaimanapun, moratorium pinjaman bank yang bakal berakhir 31 Disember ini di lanjutkan lagi dua tahun kepada peminjam B50 ke bawah.
Sumber Gambar : Berita Harian
Tapi pada masa yang sama, peminjam harus merancang kewangan dengan baik bagi memastikan pinjaman pada tahun hadapan dapat dibayar tepat pada masanya dan tiada tunggukan.
Menerusi satu perkongsian dan hantaran terkini di Facebook rasmi Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob meminta agar bank-bank tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap peminjam yang gagal membayar semula pinjaman susulan daripada moratorium ini disambung.
Foto Via Facebook Ismail Sabri
Di bawah Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) yang dibuka untuk permohonan sehingga 31 Januari 2022:
Pengecualian faedah untuk tempoh tiga bulan
Penangguhan moratorium termasuk pengurangan ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan
Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat untuk membantu mengurus kewangan
Untuk pengetahuan anda, URUS adalah program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif untuk peminjam daripada kumpulan B50, iaitu:
Sudah berada di bawah program bayaran balik pinjaman sedia ada (Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, program penjadualan/penstrukturan semula yang ditawarkan oleh sesebuah bank dan lain-lain)
Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880
Mempunyai pinjaman/pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat, DAN
Mengalami kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%.
Malah melalui kerjasama dengan Jabatan Insolvensi Malaysia, nilai ambang kebankraapan ditingkatkan kepada RM100,000.
Foto Via Facebook Ismail Sabri
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan moratorium secara automatik selama 6 bulan tanpa syarat akan diberi kepada mereka yang layak di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
So guys, diharap dengan pencerahan daripada PM ini kita bolehlah menggunakan inisiatif yang diberi dengan baik dalam menguruskan hutang bank.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.