Begitulah perumpuan yang boleh diungkapkan apabila mendengar kisah pengalaman banduan di sebalik tirai penjara di Malaysia.
Selama ini, kita hanya mendengar kisah-kisah kehidupan seorang banduan yang merasa terseksa dengan macam-macam dugaan sewaktu berada dalam tahanan. Ada yang sahih, ada juga yang diragui kebenarannya.
Namun, kisah yang satu ini sememangnya terjadi kepada salah seorang banduan Penjara Sungai Buloh.
Roger Ng (tengah) kini berada di New York setelah diekstradisi ke Amerika Syarikat pada tahun 2019.
Roger Ng bukanlah nama asing dalam laporan media Malaysia dan media antarabangsa beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau merupakan bekas jurubank Goldman Sachs Group Inc yang terpalit dengan kes penyelewengan berbilon Dolar daripada IMDB.
Pada April 2022, Roger disabitkan bersalah oleh juri persekutuan di Brooklyn, New York kerana melanggar undang-undang anti-rasuah serta melakukan pengubahan wang haram.
Beliau juga didakwa telah membantu bekas ketuanya, Tim Leissner menggelapkan wang dana IMDB dan merasuah pegawai untuk mendapatkan perniagaan bagi syarikat Goldman yang diwakilinya.
Memetik laporan The Edge Markets, Roger dan pasukan peguamnya kini sedang cuba menyakinkan Mahkamah New York untuk meringkankan hukuman yang akan dijatuhkan ke atas rOGER pada minggu hadapan.
Ini setelah beliau trauma menjalani hukuman penjara selama enam bulan pada tahun 2019 di Penjara Sungai Buloh sebelum diekstradisi ke Amerika Syarikat.
Menerusi surat bertarikh 26 Februari 2023 yang dikirimkan oleh Roger kepada Hakim Margo Brodie dalam usaha meringankan hukuman ke atasnya, jejaka berusia 51 tahun itu mengibaratkan pengalaman ditempatkan di dalam Penjara Sungai Buloh di Malaysia sebagai ‘neraka’.
Antara dugaan yang terpaksa dilalui Roger termasuklah tinggal di dalam sel bersama tikus, tidur di atas lantai simen dan dijangkiti malaria dan leptospirosis; sejenis penyakit bawaan air daripada air kencing tikus.
Ads
Beliau juga dalam kandungan surat tersebut mendedahkan pernah dirantai bersama 20 orang banduan lain, dimuatkan ke dalam sebuah trak yang sempit sebelum dibawa ke mahkamah. Pada satu ketika, Roger juga pernah ditahan di dalam sel bersendirian sehingga dua minggu tanpa interaksi dengan banduan lain.
Lantas, pengalaman di Penjara Sungai Buloh pada tahun 2019 itu telah memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan fizikalnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Itulah jawapan salah seorang pelajar perempuan ketika ditanya seorang guru mengapa dia tidak memiliki kasut sekolah yang baharu sekaligus mengundang rasa sebak orang ramai.
Guru… selain bertanggungjawab dalam memberi pendidikan yang terbaik buat para pelajar, guru juga diibaratkan sebagai ibu bapa kita di sekolah. Ia kerana, mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu malah menjaga kebajikan para murid terutama yang memerlukan.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok @TcerNana baru-baru ini, seorang guru dilihat menghadiahkan kasut sekolah baharu kepada anak-anak muridnya di sekolah.
Guru yang dikenali sebagai Teacher Nana itu meluahkan rasa sebak selepas melihat keadaan kasut anak muridnya yang berwarna hitam sudah lusuh, pudar dan terkoyak di beberapa bahagian.
Sejurus itu, dia membuat kejutan dengan menghadiahkan sepasang kasut baharu jenama All America kepada dua orang anak muridnya. Dalam video itu, kedua-dua murid tersebut menunjukkan reaksi yang sangat teruja selepas menerima hadiah kasut baharu pemberian guru mereka.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sebak selepas mendengar luahan oleh murid-murid tersebut selain tindakan hati murni guru berkenaan turut menerima pujian ramai dan mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.
“Sedih sangat-sangat. Bila anak-anak itu cakap tiada duit… kemudian Alhamdulillah, moga teacher Nana maju jaya dan dimurahkan rezeki,” komen seorang pengguna.
“Semoga murah rezeki teacher serta Allah makbulkan segala doa teacher,” komen juga pengguna lain.
“Alhamdulillah, tahniah teacher. Zaman sekarang ini susah dah nak jumpa teacher yang seperti ini,” tulis seorang netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mukbang bukan satu benda yang asing lagi zaman sekarang ni bila ramai orang berlumba-lumba buat content makan dengan lahap dan nampak begitu menyelerakan. Trend ini dibawa oleh rakyat Korea yang gemar makan dalam jumlah yang banyak di hadapan kamera sambil berinteraksi bersama penonton.
Trend ini menjadi ikutan banyak negara kerana seseorang individu boleh memperoleh pendapatan dengan hanya makan depan kamera sahaja.
Bagaimanapun, trend ini bakal dihentikan di China apabila Presiden Xi Jinping sebelum ini menggesa rakyatnya supaya tidak membazirkan makanan dengan melancarkan kempen Pinggan Bersih.
Terbaru, China dilaporkan telah meluluskan undang-undang anti pembaziran makanan yang melarang pengunjung di restoran daripada memesan makanan secara berlebihan. Malah undang-undang yang mula dikuatkuasakan mulai Mei lalu melarang merakam atau berkongsi video makan-makan iaitu mukbang.
Kira-kira 35 juta makanan dilaporkan dibazirkan di China setiap tahun, menurut media negara China. Sebagai perbandingan, sekurang-kurangnya 66 juta makanan telah dibazirkan di Amerika Syarikat setiap tahun, menurut Jabatan Agrikultur A.S.
Menurut undang-undang baru itu, restoran boleh didenda sehingga 1,550 dollar (Sekitar RM 6 ribu) kerana menggalakkan pelanggan memesan makanan dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan pembaziran.
Stesen TV dan syarikat media atas talian boleh dikenakan dengan hingga 16,000 dollar (sekitar RM 66 ribu) jika mereka didapati membuat atau menayangkan video berkenaan makan-makan yang melanggar undang-undang tersebut.
Undang-undang ini juga mewajibkan penganjur dan pengunjung jamuan makan untuk memesan jumlah makanan yang diperlukan sahaja ketika makan di luar.
Tiada yang mustahil asal ingin berjaya dan berusaha seperti dibuktikan oleh seorang pelajar asasi sains Veveonah Mosibin, 18 yang perlu memanjat dan tidur di atas pokok semata-mata untuk mendapat liputan internet untuk menjawap exam onlinenya.
Kisah Veveonah yang tular masa PKP beberapa bulan yang lepas akibat kesan pandemic COVID-19 pelajar dan universiti apabila kelas diadakan secara online.
Terbaru, kisah remaja dari Sabah ini kini mendapat perhatian perhatian dunia apabila seorang YouTuber terkenal Filipina, Erwan Heussaff membongkar kehidupan sebenar Veveonah sebagai pelajar paling berusaha meskipun tinggal di kawasan pedalaman yang mempunyai akses terhad berbanding di kawasan lain.
Video berdurasi 4 minit 24 saat itu dimuat naik di laman Facebook Erwan Heussaff yang telah mendapat lebih 20 ribu perkongsian dan lebih 3.5 juta tontonan di seluruh dunia. Video bertajuk ‘Most Hardworking Student’ tersebut diletakkan dalam content Asia’s Superhuman dalam memaparkan kelebihan dan keistimewaan negara-negara di Asia.
She climbed up incredible heights just to pass her high school exam. Watch Veveonah's incredible story!
Masalah liputan jalur lebar yang terhad tidak mematahkan semangat seorang pelajar Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah yang sanggup tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian.
Bukan sahaja YouTuber terkenal Filipina, kisahnya itu turut dikagumi seorang Vlogger terkenal, Nas Daily yang memuji kecekalan Veveonah yang mana bukan semua orang mampu melakukan itu sepertinya.
Hebat Veveonah semakin dikenali di serata dunia, baru la satu dunia tahu bahawa pelajar Malaysia seorang yang gigih demi menuntut ilmu.
Baru-baru ini, Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang menyaksikan kejutan apabila hidangan acar buah yang dinobatkan sebagai juara ternyata dimasak sendiri oleh Tengku Ampuan...