Hish! Inilah kata orang buruknya sebumbung dengan keluarga mentua.
Selepas berkahwin sebaiknya tinggallah di rumah sendiri atau rumah sewa. Sekurangnya buruk dan baik antara kita dan pasangan hanya kita yang menelannya, bukan dilihat oleh keluarga mentua.
Kalau suami isteri belajar memahami, bertoleransi kita akan dapat mengenal pasangan dengan lebih rapat. Tapi kalau lepas kahwin dan pilih tinggal dengan mak ayah atau keluarga mentua, sampai bila pun kita tak akan dapat berdikari dan membuat keputusan sendiri.
Dalam satu kes di Vietnam, seorang menantu yang usianya masih agak muda menjadi mangsa pukulan ayah mentua kerana masakannya tidak sedap. Akibatnya, dia dipukul oleh ayah mentua hingga pecah tengkorak kepala. Apa yang menyedihkan, dia sedang mengandung anak ketiga.

Bukan saja dirinya jadi mangsa tapi dua orang anak yang masih kecil juga menjadi mangsa amarah atuk yang mana seorang darinya alami keretakan tulang akibat dibelasah. Selepas melakukan kekejaman itu kepada menantunya, mentuanya melarikan diri dari rumah. Bagaimana pun polis sudah menangkapnya kerana perlakuan jenayahnya itu.
Hah! Inilah satu keburukan tinggal dengan mentua sedangkan bukan tanggungjawab menantu pun untuk sediakan makan minum pak mentuanya. Sumber : Tribun Sytle
Kenapa Islam tak galakkan tinggal sebumbung?
Dalam satu perkongsian dibuat di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Kuala Lumpur, pertanyaan seorang isteri tentang tinggal di rumah mentua kerana suaminya anak lelaki tunggal memberikan jawapan kenapa pasangan suami isteri tidak digalakkan tinggal bersama keluarga mentua sebaliknya harus mencari rumah lain.
Jelas Mufti, sepatutnya, apabila pasangan sudah berkahwin dan mempunyai kemampuan untuk hidup bersama selain daripada ibu bapa dan keluarga, maka inilah yang terbaiknya. Ini kerana dengan hanya berpasangan, hak privasi dan membina kehidupan dengan lebih selesa akan terwujud. Tambahan pula, tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Antara makna kemampuan itu adalah mampu menyediakan tempat tinggal khusus bagi isteri seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT:
Anda mungkin berminat dengan
أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنتُم مِّن وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ
Maksudnya: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). (Surah al-Talaq: 6)
- Pepatah Melayu menyebut: “Biar banyak rumah daripada banyak orang dalam rumah,” dengan maksud dengan ramainya anggota dalam sebuah rumah, maka ragam dan juga perangai akan berbeza yang boleh membawa kepada pertelingkahan jika tidakditanganidengansebaiknya.
- Oleh kerana ibu sudah ada anaknya yang menjaganya, maka tidak lagi menjadi masalah untuk anak yang lain keluar daripada rumah tersebut. Yang penting, sentiasa memberi perhatian dan kecaknaan sama ada dari segi nafkah atau kasih sayang melalui ziarah serta hadiah dan juga nafkah. Bahkan dengan cara ini, perasaan kasih sayang dan penghormatan akan jadi lebih tinggi berbanding tinggal sebumbung di rumah.
- Suami sewajarnya memahami hak isteri untuk ditempatkan, yang munasabah dengan status keisterian agar peranan masing-masing dapat dijelmakan dengan lebih baik dan jelas. Ini akan menatijahkan bahtera rumahtangga lebih bahagia.
Jadi mana-mana korang yang memilih untuk tinggal dengan ibu bapa atau mentua selepas kahwin terutama yang menikah pada usia muda, fahamilah erti perkahwinan yang sebenarnya ya. Kahwin bukan untuk keseronokan atau hubungan intim semata tapi ia lebih kepada memikul amanah dan menjadi imam dan khalifah kepada keluarga yang baru dibina ini.
∞
Gempar semalam apabila Pengarah filem Firdaus Hanif, yang dikenali sebagai Pitt Haniff, hilang selepas bot digunakan terbalik ketika memancing.

Menurut Malaysian Free Today operasi mencari dan menyelamat pengarah filem, Firdaus Hanif, 43, yang dikhuatiri lemas di Sungai Jelai, Kuala Lipis semalam, diperluas sehingga 30km dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat.
Khabar duka buat industri
Namun Sebentar tadi, menerusi akaun Facebook Fauziah, dia telah memberitahu khabar duka bahawa jenazah anaknya telah ditemui. Pitt Hanif dilaporkan lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik di Sungai Mela Jerantut, Pahang ketika memancing bersama seorang rakan.

Jenazah dalam keadaan baik
Namun begitu, walaupun telah hampir dua hari lemas, jenazah allahyarham masih dalam keadaan baik. Perkara tersebut diberitahu sendiri oleh sahabatnya iaitu penulis skrip terkenal dan juga isteri kepada pelakon Khir Rahman, Siti Jasmina Ibrahim.

Rakan Selebriti Turut Bersedih


Allahyarham Pitt Hanif telah meninggalkan seorang isteri iaitu Farah Ahmad dan tiga orang anak.

Al- fatihah buat arwah Pitt Hanif moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan rohnya dicucuri rahmat. Takziah juga buat Fauziah Nawi dan keluarga.. Hati-hati guys di musim hujan ni.
Sumber : Fauziah Nawi, Siti Jasmina Ibrahim
∞
Kami yakin setiap kali jenama kopi premium Starbucks buat promosi, pasti ramai yang excited nak mendapatkannya kerana harga yang ditawarkan biasanya jauh lebih murah. Betul tak?
Terbaru, Starbucks bersama Touch n Go eWallet telah pun membuat satu promosi dimana korang boleh mendapatkan harga minuman di Starbucks serendah RM2.50 dengan bayaran yang dibuat melalui Touch n Go eWallet.

Menarik bukan?
Bermula 15 September sehingga 14 November 2019, semua pengguna Touch n Go eWallet boleh membeli satu (1) minuman promosi seperti yang disenaraikan di bawah dengan menggunakan fungsi “Pay” pada Touch n Go eWallet.
Minuman yang tersenarai adalah seperti berikut:
Americano (Grande) RM2.50 nett
Mocha Frappuccino Blended Coffee (Grande) RM8.00 nett
Green Tea Frappucino Blended Coffee (Grande) RM8.00 nett

Syarat pembelian
• Ianya hanya tertakluk untuk satu (1) pembelian bagi setiap transaksi
• Terhad kepada 230,000 minuman promosi terawal di seluruh cawangan Starbucks
• Tidak sah dengan mana-mana promosi, diskaun, baucar atau Starbucks Rewards
• Tidak termasuk bagi perkhidmatan Starbucks Delivers, Drive Through lane atau untuk menambah minuman lain
Okay la tu, kalau nak tunggu orang belanja macam lambat sangat kan. So, dengan promosi ni korang boleh dapatkan minuman Starbucks dengan harga yang lebih murah. Hiks!
∞
Bagai tiada kesudahan. Malah tidak juga mengambil iktibar terhadap hukuman yang pernah dijatuhkan terhadap orang lain.
Jika korang masih ingat kes yang dihadapi oleh K Ganesh, seorang pekerja kontrak yang dihukum penjara dua tahun 10 bulan dan denda RM40,000 akibat memasukkan kucing bunting ke dalam mesin basuh.

.
Namun ternyata hukuman yang dijatuhkan terhadap orang lain tidak menjadi iktibar dan terbaru, sebanyak 11 ekor kucing ditemui mati dipercayai diracun di sebuah pangsapuri di Bukit Beruntung, Rawang, petang semalam.
Posting yang dikongsikan oleh laman media sosial Facebook milik Persatuan Haiwan Malaysia ini mendapat 5.2K like dan 1.6 komen. Menurut posting ini, haiwan malang itu ditemui mati bergelimpangan akibat perbuatan kejam manusia yang tidak berhati perut.
Berikutan insiden itu, Persatuan Haiwan Malaysia, pihaknya memohon kepada saksi kejadian untuk tampil membantu menyalurkan maklumat berhubung kes itu.
Baca hantaran di fb Persatuan Haiwan Malaysia. Dan tolong sebar sehingga pelakunya tertangkap!
Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika yang dilaporkan oleh Astro Awani berkata ia merupakan kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan jika pelaku berjaya dijejak, hukuman boleh dikenakan.
“Iaitu penjara minimum satu tahun sehingga maksimum tiga tahun atau denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000,” jelasnya.
Malah, netizen turut terkesan dan geram dengan apa yang berlaku pada haiwan yang tidak bersalah ini. Rata-rata mendoakan si pelaku mendapat hukuman yang setimpal.

.

.
Animal Malaysia memohon saksi menghubungi persatuan itu dengan segera menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 6011-20901097 demi keadilan buat haiwan tersebut.
Emmm…apa la salah kucing-kucing ni kan.
∞