Andai berlaku kepada insan lain, pasti hilang semangat dan pedoman untuk hidup. Namun, tidak bagi seorang wanita ini yang kekal optimis dengan setiap ujian…

Penyanyi lagu popular Pujaan Malaya, Adzrin Adzhar, mencuri perhatian pengguna TikTok apabila sering berkongsi dengan tenang pengalaman dan suasana ketika menjadi tahanan penjara.

Menerusi akaun miliknya, walaupun memegang status bekas banduan, Adzrin dilihat menjadi satu inspirasi orang ramai apabila rata-rata pengikutnya memuji kekuatan yang ada pada wanita itu kerana masih mampu tersenyum meskipun dilanda pelbagai ujian hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Diuji Ibu Bapa Sakit Disaat Akhir Pengajian, Gadis Ini Akhirnya Berjaya Peroleh Ijazah

“Saya Suka Semangat Awak…” Penyanyi Adzrin Adzhar ‘Santai’ Kongsi Pengalaman Hidup Di Penjara

Respect saya dengan awak, kalau saya di tempat awak, memang saya menangis… awak memang wanita yang hebat,” komen seorang pengguna.

IKLAN

“Terima kasih kerana beri video inspirasi seperti ini kak, saya jadi kuat dalam penjara ini sekarang… beberapa bulan sahaja lagi nak habis (keluar). Sabar,” tulis juga pengguna lain.

“Saya suka semangat awak… dan bukan semua orang yang dimasukkan penjara itu jahat. Kadang kala banyak kes yang teraniaya pun ada… jadi, bersangka baik sahaja dengan ujian Allah,” komen seorang pengguna lagi.

“Saya Suka Semangat Awak…” Penyanyi Adzrin Adzhar ‘Santai’ Kongsi Pengalaman Hidup Di Penjara

IKLAN

Menjengah di hantaran lain, Adzrin juga tampil santai dan tenang membalas dengan memaklumkan dia dijatuhkan hukuman atas kesalahan melibatkan pengubahan wang haram membiayai unsur keganasan dan jenayah, apabila ada pengikut yang bertanya mengenai punca dirinya dimasukkan ke penjara.

Katanya secara ringkas, kesalahan tersebut melibatkan isu politik negara yang dianggap ‘kotor’ ketika itu, namun dia reda menerima ketentuan yang Maha Esa.

Juara program realiti Suara Viral 2.0 yang juga penghidap kanser ovari itu turut berkongsi cara pengiraan di penjara sama seperti waktu pejabat apabila pada hari Sabtu dan Ahad dikira cuti, apabila menerima soalan daripada seorang pengikutnya,

IKLAN

“Saya dijatuhkan hukuman penjara setahun, tetapi saya hanya perlu jalani tempoh selama lapan bulan sahaja.

“Penjara macam waktu pejabat, Sabtu dan Ahad cuti, jadinya dia akan tolak setiap Sabtu dan Ahad sepanjang setahun itu, dan tempoh hukuman jadi lebih pendek,” katanya.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI