17 das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda lafaz nikah telah disempurnakan oleh Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja.
Bertempat di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, tengah hari tadi; Mateen, 33 sah menjadi milik pasangan pilihannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Binti Adam, 29 dengan sekali lafaz. Istiadat kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa selamat.
Turut berkenan untuk menyaksikan majlis ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat Diraja.
Perayaan untuk perkahwinan diraja itu berlangsung selama 10 hari dan akan mencapai kemuncaknya pada hari Ahad ini.
Ads
Dijadualkan, Majlis Istiadat bersanding Pengantin Diraja itu bakal dihadiri kerabat diraja antarabangsa serta pemimpin politik termasuklah dari Malaysia.
Manakala, perarakan pengantin diraja mengelilingi Bandar Seri Begawan pula akan dilangsungkan pada 15 Januari.
Untuk pengetahuan korang, Pengiran Muda Mateen merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz. Manakala, Dayang Anisha pula merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.
Walaupun Pengiran Muda Mateen merupakan anak kesepuluh Sultan Hassanal sekaligus tidak mungkin akan menaiki takhta untuk menggantikan ayahandanya, beliau memiliki pengikut seramai 3.1 juta orang di Instgram dan merupakan salah seorang ahli keluarga diraja paling berprofil tinggi di dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama penyanyi dan pelakon kacak, Alvin Chong bertukar tular hujung minggu lalu apabila dia didakwa oleh netizen sedang menjalinkan hubungan mesra bersama seorang remaja yang masih bersekolah.
Dakwaan tersebut timbul gara-gara sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh tempatan yang dikenali sebagai Althalia.
Hhm, biasalah kalau dua orang remaja sedang bercinta.
Apa yang merunsingkan netizen adalah perbezaan usia di antara Alvin dan Athalia. Alvin sudah berusia 29 tahun manakala Althalia masih berusia 17 tahun. Err so guys, you do the maths.
Jadi benarkah Alvin benar-benar sedang bercinta dengan seorang yang dikategorikan sebagai bawah umur? Dan siapakah gerangan pemilik nama Althalia ini? Ini 5 perkara mengenainya.
Jelas, Athalia mewarisi bakat nyanyian daripada ibunya apabila dia sering memuat naik video nyanyian cover menerusi akaun YouTube-nya, Athalia Buswani sejak 3 tahun lalu.
Sehingga kini, dia telah memiliki hampir 13,000 orang subscribers. Bagi korang yang belum mengikuti akaun YouTube Athalia, korang boleh menonton video nyanyian paling popularnya setakat ini iaitu lagu You Broke Me First nyanyian asal Tate Mcrae.
03
Athalia juga berbakat dalam menulis skor dan lirik lagu sendiri! Antara lagu terbaru yang ditulisnya berjudul It’s Gonna Be The Same yang dimuat naik olehnya pada akhir Mei lalu.
04
Ya, Athalia digembar-gemburkan sedang hangat bercinta dengan penyanyi Sayangku Salmah, Alvin Chong.
Namun spekulasi itu ditolak oleh Athalia dan ibunya sendiri.
Menerusi ruangan komen di TikTok miliknya, dia membalas, “Kamu semua fikir ini adalah hubungan sebenar?”.
Sementara itu, Sharifah Zarina sempat berseloroh dengan berkata, “Oh anak aku tu bukan main… kata keluar nak belajar. Nasib baik kau keluar dengan artis handsome ya. Comel orangnya.”
Malah sebelum ini, ada saja video TikTok Athalia bersama Alvin Chong sekitar bulan Julai lalu. Tetapi ia tidaklah mendapat kritikan netizen dek kerana perbezaan umur mereka berdua.
Wow! Nampaknya Nick Jonas dan Priyanka Chopra sudah berani untuk keluar date secara terbuka.
Selasa lalu, mereka telah lakukan double-date bersama Joe Jonas dan pasangan, Sophie Turner di New York City. Rupa-rupanya, mereka baru saja keluar dari stadium tenis selepas menonton perlawanan rakan baik Priyanka iaitu Serena Williams sempena US Open yang sedang berlangsung sekarang.
Best ke kalau lakukan double-date? Tak rimas bila ada pasangan lain?
Best je kalau korang cuba double-date asalkan korang ingat 5 tip ini.
01
Pilih Tempat Makan Klise
Korang dah terbiasa dengan taste pasangan sendiri – jadi senang nak cari tempat makan.
Tetapi, korang tak biasa lagi dengan selera pasangan lagi satu. Tipnya adalah dengan memilih tempat yang menghidangkan menu yang semua orang sudah familiar. Senang cerita, tempat makan yang klise. Jangan pilih restoran sushi, seafood, makanan pedas atau restoran fast food. Ingat, ada orang yang tak makan fast food juga.
02
Plan Awal-Awal
Usah buat keputusan last minute. Pelan perancangan double date korang seminggu sebelum tarikh tersebut. Oleh itu, korang boleh hantarkan nama tempat yang ingin dituju oleh kedua-dua pasangan. Mereka pun boleh check sama ada pemilihan tempat dating tersebut masih di dalam bajet mereka.
Buatnya mereka tidak berduit sangat pada masa itu dan korang rancang untuk ke restoran mahal, silap hari bulan korang yang kena bayar untuk mereka pula.
03
Aktiviti Terbaik = Movie
Ada sebab kenapa ramai pasangan yang melakukan double-date memilih untuk menonton movie terlebih dahulu sebelum makan atau ke tempat lain. Apabila korang duduk di dalam pawagam, secara tak langsung korang kurangkan pandangan face-to-face dan perbualan.
Cuba bayangkan jika pasangan lagi satu sejenis pendiam. Kan awkward untuk bercakap jika itu adalah double-date pertama kalian.
04
Kod Rahsia
Ada beberapa benda yang korang tidak mahu pasangan lagi satu tahu tentang kalian. Tapi kadangkala, keadaan memaksa kalian untuk bercakap mengenainya. Takkan lah nak ber-WhatsApp atau berbisik di depan mereka.
Cipta kod rahsia untuk situasi seperti, “Saya dah penat“, “Saya nak pergi tempat lain” atau “Tukar subjek, please.”
05
Jangan Sesekali Jadi Makcik Kepochi
Usahlah cuba untuk membuka cerita di dalam kain.
Elakkan soalan seperti, “Girlfriend youbagi tahu you ni tak suka bersukan” atau “You nak apply job baru kan?”. Walaupun soalan tersebut kedengaran seperti innocent, tetapi kita tak tahu jika pasangan lagi satu sensitif atau tidak bila timbul topik begini.
Ingat, orang lain mungkin akan rasa soalan kamu menjengkelkan terutamanya jika korang tahu perkara tentang mereka walaupun mereka tidak pernah memberitahunya secara terbuka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui mengenai perancangan pasangan pelakon; Kamal Adli, 35 dan Uqasha Senrose, 29 untuk melangsungkan majlis akad nikah mereka. Namun siapa sangka, mereka sebenarnya telahpun melangsungkan majlis pernikahan pada 5 November lalu dan merahsiakannya selama lebih sebulan!
Dalam sebuah sidang media yang dilangsungkan sebentar tadi, pasangan itu akhirnya ‘membuka mulut’ mengapa mereka bertindak untuk merahsiakannya. Ia kerana acara penyatuan akad nikah, malam berinai dan persandingan Kamal dan Uqasha akan disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria dalam tiga bahagian/episod berbeza pada 11, 18 dan 25 Disember ini.
Kamal dan Uqasha turut berkongsi bahawa mereka telah diijabkabulkan di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang di mana Kamal telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM22.50 kepada Uqasha berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan.
Majlis malam berinai dan persandingan bagaimanapun masih belum dilangsungkan lagi buat masa ini.
Biarpun sudah lebih sebulan bergelar suami isteri, Uqasha menyatakan bahawa mereka masih tidak merasakan seperti sudah disatukan dek jadual penggambaran di lokasi luar Kuala Lumpur yang padat.
“Selepas saja akad nikah, pada hari berikutnya kami terus masuk ke dalam set penggambaran drama dan tidak berjumpa. Uqasha di set drama Jiwa Yang Kau Puja manakala Kamal di set drama Sihir. Jumpa pun sekejap-sekejap saja. Itupun kami sibuk dengan perancangan untuk majlis resepsi.
“Kamal sibuk dengan penggambaran sehingga 30 November lalu hinggakan Sha buat sendiri dahulu (perancangan resepsi). Kami pun sibuk siapkan footage bersama pihak Astro selain sibuk dengan sesi latihan untuk malam berinai nanti kerana kami akan perform.
“(Selain itu), kami perlu selesaikan bahagian pasport untuk ke Umrah nanti. Kamal pun sibuk urusan pengubahsuaian rumah, dari rumah bujang menjadi rumah kami berdua. Jadi sebenarnya, kami belum sempat pun untuk benar-benar jalani kehidupan sebagai suami isteri,” kongsinya Uqasha.
Pilih Kota Suci Sebagai Destinasi Pra-Bulan Madu
Bercakap mengenai perancangan mereka untuk ke kota suci Mekah dan Madinah bagi menjalani ibadah Umrah sebagai urusan pra-bulan madu, Uqasha berkata dia ingin sekali menjadi insan pertama yang mengiringi Kamal yang masih belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Kali pertama Uqasha ke tanah suci adalah semasa penggambaran Setelah Terlafaznya Akad. Masa itu tak kenal pun lagi Kamal secara peribadi. Di sana, Uqasha doakan agar drama tersebut menjadi satu fenomena.
“Semasa penggambaran di sini (Malaysia), kami berkampung di Melaka selama lima bulan dan saling berkenalan. Dalam banyak-banyak doa yang Uqasha (pohon), Allah makbulkan drama tersebut meletup.
“Kali kedua ke sana (tanah suci), Uqasha baru mengenali hati budi Kamal.
“Di sana, Uqasha berdoa sekiranya Ahmad Kamal bin Ahmad Adli ialah jodohku, Kau panjangkah jodoh kami. Jika tidak, Kau pisahkanlah dengan baik.”
“Alhamdulillah, jodoh kami hingga ke (jinjang pelamin). Sebab itulah, Uqasha ambil keputusan untuk tunaikan Umrah terlebih dahulu kerana di sanalah Allah telah makbulkan doa Uqasha,” katanya.
Sambil itu, Kamal meluahkan rasa teruja untuk ke tanah suci buat kali pertama bersama Uqasha sebagai isterinya. “Saya nak pergi dengan senarai doa yang banyak.” Mereka bagaimanapun belum memutuskan lokasi bulan madu lagi.
*
Terdahulu, Kamal telah melamar Uqasha secara langsung di pentas Anugerah MeleTOP Era sewaktu mereka menjadi pasangan penyampai trofi.
Tahniah Kamal Adli & Uqasha Senrose daripada kami di Majalah REMAJA!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!