Foto: JohorKini (Gambar hiasan)

Dianggarkan seramai 32.66 juta jumlah penduduk Malaysia pada suku kedua 2021, meningkat sebanyak 0.2 peratus berbanding suku kedua tahun 2020 (32.58 juta).

Menurut Harian Metro, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah penduduk itu merangkumi 29.96 juta orang (91.8 peratus) warganegara dan 2.69 juta orang (8.2 peratus) bukan warganegara.

Penduduk Malaysia Meningkat Kepada 32.66 Juta, Lebih Ramai Lelaki Berbanding Wanita
Foto: ODISI

Jelasnya, komposisi penduduk bukan warganegara menurun daripada 8.9 peratus pada suku tahun kedua 2020 kepada 8.2 peratus pada suku tahun kedua tahun ini.

Penurunan ini adalah selari dengan penutupan pintu sempadan negara dan pergerakan pulang warga asing ke negara masing-masing berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan pandemik COVID-19.

IKLAN

Data penduduk yang diperoleh itu berdasarkan kepada Banci Penduduk dan Perumahan 2010, pertambahan semula jadi kelahiran dan kematian serta migrasi bersih sebelum disemak semula selepas hasil dapatan Banci Malaysia 2020 dibuat.

Penduduk Malaysia Meningkat Kepada 32.66 Juta, Lebih Ramai Lelaki Berbanding Wanita
Foto: iProperty (Gambar hiasan)

Melalui hasil bancian tersebut, pada suku tahun kedua ini, penduduk lelaki (16.77 juta) melebihi penduduk perempuan (15.88 juta) manakala, nisbah jantina penduduk adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 2.29 juta kepada 2.4 juta bagi tempoh sama. Trend ini selari dengan negara-negara maju yang menuju ke arah penuaan penduduk.

IKLAN

Tiga negeri yang mencatatkan komposisi penduduk tertinggi pada suku tahun kedua ini ialah Selangor (20.1 peratus) diikuti oleh Sabah (11.7 peratus) dan Johor (11.6 peratus). Manakala, Labuan dan Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu 0.3 dan 0.4 peratus.

Sebanyak 3,898 kematian pada tempoh itu disebabkan oleh covid-19, meningkat daripada 78 kematian pada suku kedua 2020. Data juga menunjukkan kematian tertinggi disebabkan covid-19 direkodkan oleh kumpulan umur 65 hingga 69 tahun, diikuti kelompok 70 hingga 74 tahun, dengan Selangor mencatatkan kematian tertinggi sebanyak 1,236 manakala rekod terendah dicatatkan Putrajaya dengan empat kematian sahaja disebabkan wabak itu.

IKLAN

Sebagai generasi muda, korang juga perlu mengambil tahu tentang populasi masyarakat di Malaysia jika tidak mahu menjadi individu yang tidak peka dengan keadaan sekeliling. Info-info seperti ini sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan korang.

Betul tak?

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI