Sempena sambutan Hari Puja Usia Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah pada 17 Februari lepas, sebuah lukisan eksklusif bertatah emas tulen dan batuan kristal Swarovski telah dihasilkan oleh seorang anak jati Kelantan.

Jejaka berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Muhammad Darwisy Mustafani itu melakar sejarah apabila air tangan berseni beliau telah menarik minat ahli kerabat diraja Brunei tersebut.

Bermula Dari Mesej Di Instagram

Pada 13 November 2025, dia telah menerima mesej menerusi aplikasi Instagram daripada pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei untuk menghasilkan lukisan berkenaan.

Awalnya, Darwisy yang berasal dari Pantai Cahaya Bulan, Kelantan telah dimaklumkan sebagai cadangan pelukis pada saat akhir lalu membuatkannya tidak meletakkan harapan yang tinggi.

Tempoh dua minggu menunggu akhir membuahkan hasil apabila pegawai yang sama menghubungi semula Darwisy untuk memaklumkan dia terpilih bagi menghasilkan lukisan potret Putera Mahkota Brunei sempena sambutan Hari Puja Usia baginda.

Pemuda 25 Tahun Dari Kelantan Hasilkan Lukisan Bertatah Emas & Swarovski Untuk Istana Brunei

Pengorbanan Besar Demi Menyiapkan Lukisan

Difahamkan, Darwisy melukis potret separa badan Pengiran Muda Mahkota menggunakan cat akrilik di atas Kain Jong Sarat Tenunan Asli Brunei dengan corak Silubang Bangsi sebagai latar belakang potret itu.

Menariknya, Darwisy yang merupakan bekas pelajar jurusan seni bina hanya diberi masa kira-kira 20 hari untuk menyiapkan lukisan;  satu tempoh masa yang secara signifikan lebih pendek berbanding tempoh masa sebulan setengah yang selalu diperlukannya untuk menyiapkan satu lukisan.

Ads

Pemuda 25 Tahun Dari Kelantan Hasilkan Lukisan Bertatah Emas & Swarovski Untuk Istana Brunei

Oleh itu, Darwisy tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja tanpa henti bangi menyiapkannya.

Menurut kenyataannya kepada Sinar Harian sewaktu dihubungi, dia hanya berkesempatan tidur selama sejam sehari pada tiga hari terakhir dia menyiapkan lukisan berkenaan.

Hasilnya, Darwisy berjaya juga menghasilkan lukisan tersebut di mana ia ditaburi 1,000 batuan kristal Swarovski hitam. Selain itu, dia turut memotong 20 keping emas wafer 999 menjadi 52 kepingan kecil sebagai lambang usia Pengiran Muda Mahkota.

Ads

Pemuda 25 Tahun Dari Kelantan Hasilkan Lukisan Bertatah Emas & Swarovski Untuk Istana Brunei

Berpeluang Menghadap Putera Mahkota Brunei

Setibanya Darwisy di Brunei untuk menghantar sendiri lukisan itu untuk diserahkan kepada Pengiran Muda Mahkota, anak muda ini berpeluang menghadiri sesi sembah kenal sebelum menghadiri majlis santapan bersama baginda.

Daripada ruang Istana, baginda berkenan agar lukisan itu dipindahkan ke pejabat baginda di Jabatan Perdana Menteri Brunei di mana baginda berkhidmat sebagai seorang Menteri Kanan.

Pemuda 25 Tahun Dari Kelantan Hasilkan Lukisan Bertatah Emas & Swarovski Untuk Istana Brunei

Ads

Sejarah Lukisan Di Istana

Terdahulu, Darwisy pernah menghasilkan empat buah lukisan untuk dipamerkan di ruangan Istana termasuklah di Istana Negeri Pahang pada Januari 2026, di Istana Negeri Kedah pada November 2025, di Istana Negeri Selangor pada 5 Julai 2025 dan di di Istana Negara pada akhir Oktober 2024.

Selain itu, antara pelanggan Darwisy yang menempah projek komisyen termasuklah penyanyi Ernie Zakri yang menerima potret wajahnya pada kain songket.

Pemuda 25 Tahun Dari Kelantan Hasilkan Lukisan Bertatah Emas & Swarovski Untuk Istana Brunei  Pemuda 25 Tahun Dari Kelantan Hasilkan Lukisan Bertatah Emas & Swarovski Untuk Istana Brunei

Pemuda 25 Tahun Dari Kelantan Hasilkan Lukisan Bertatah Emas & Swarovski Untuk Istana Brunei

Tahniah anak muda!

SUMBER: Sinar Harian

FOTO: Facebook // Muhammad Darwisy Mustafani

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads