Bukan hanya cantik menawan, anak kepada pelakon Aleza Shadan ini juga membuktikan bahawa kecantikan boleh seiring dengan kebijaksanaan.
Siapa sangka, Ellisa Haziqah kini dalam perjalanan mengejar cita-cita sebagai seorang juruterbang!
Meskipun bergelar anak selebriti, Ellisa yang berusia 25 tahun memilih untuk tidak menumpang populariti ibunya. Malah, dia cukup menjaga privasi diri dan lebih selesa dikenali atas pencapaiannya sendiri.
Terbaharu, pelakon drama Di Sebalik Reda itu berkongsi momen istimewa bersama anak sulungnya di laman Instagram.
Ads
Dalam foto yang diambil di Malaysia Flying Academy itu, kelihatan Aleza berdiri bangga di sisi Ellisa sambil ditemani seorang lelaki dipercayai tenaga pengajar di akademi berkenaan.
Aleza turut menitipkan ucapan penuh bangga buat puteri kesayangannya itu.
Ads
“Alhamdulillah… Congrats My Ellisa,” coretnya ringkas.
Perkongsian itu turut menarik perhatian rakan-rakan artis yang meluahkan rasa bangga dan terharu dengan pencapaian Ellisa.
Ads
Rata-rata memuji kejelitaan anak gadis itu yang dikatakan mewarisi kecantikan ibunya sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Aleza Shadan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan kereta automatik lazimnya akan menukar gear secara automatik, namun mungkin ada yang masih tidak tahu apakah keperluan gear rendah?
Berbalik kepada perkara asas, jika korang menggunakan gear rendah, prestasi kereta akan meningkat dengan memaksimumkan kecekapan penggunaan minyak dan meningkatkan kuasa enjin.
Gear rendah juga dikenali sebagai gear pertama dan dalam sistem transmisi automatik, fungsi gear itu adalah memperlahankan enjin dengan menghasilkan tork lebih tinggi.
Jika pemandu beralih ke fungsi gear rendah, ini bermakna transmisi akan beralih dan kekal pada gear rendah tersebut dengan menghasilkan halaju lebih rendah, lebih tork dan lebih kuasa ke atas enjin.
Gear L pada kereta automatik adalah singkatan bagi ‘Low’ atau ‘rendah’. Jadi, apabila tombol gear pada posisi gear rendah, enjin kereta akan berada pada tahap paling rendah dalam transmisi.
Bilakah masa yang sesuai untuk pemandu menggunakan gear rendah pada kereta automatik?
Korang boleh menggunakan gear rendah dalam beberapa situasi seperti berikut:
1. Penunda atau penarik ‘towing’
Penggunaan kereta dan kenderaan dalam gear rendah mampu menghasilkan lebih banyak kuasa enjin dan memudahkan kenderaan menarik beban berat. Kereta automatik akan beralih gear mengikut halaju dan putaran enjin (RPM). Ini akan mengganggu enjin jika kenderaan membawa sesuatu beban atau menunda.
Jika korang menggunakan brek berterusan untuk memperlahankan kereta ketika menuruni jalan atau bukit curam boleh menyebabkan brek mengalami panas lampau yang berisiko berlaku kegagalan brek.
Korang boleh guna gear rendah untuk mengalihkan tekanan tinggi daripada brek. Walaupun masih perlu membrek, sistem brek tidak akan mudah gagal kerana enjin akan melakukan sedikit proses memperlahankan kereta dalam posisi gear rendah.
Mendaki bukit curam memberikan beban atau tekanan ke atas kereta ke bawah. Keadaan itu sama seperti situasi mengangkut beban. Jadi, korang boleh menggunakan gear pertama bagi memudahkan enjin melakukan tugasan tersebut.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat pemandu kereta automatik yang mungkin masih tidak begitu faham tentang penggunaan gear L ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pada minggu lalu, tular kisah luar biasa seorang pengumpul kad Pokémon dari Shah Alam yang berjaya menjual koleksi miliknya dengan nilai mencecah RM1.87 juta! Kisah ini bukan sekadar tentang keuntungan, tetapi bukti bahawa minat dan usaha yang konsisten mampu mengubah hobi menjadi sumber rezeki luar biasa.
Koleksi Kad Pokémon Bernilai RM1.87 Juta
Koleksi kad Pokémon tersebut bukan calang-calang malah ia mengandungi kad edisi terhad dan bundle rare yang menjadi rebutan peminat di seluruh dunia. Sebelum jualan berjaya, pemiliknya terlebih dahulu membuat tawaran terbuka kepada pembeli yang berani: sama ada membeli pada harga RM1.8 juta atau menukarnya dengan kereta mewah Porsche Carrera S beserta wang tunai RM1 juta.
Screenshot
Ramai yang pada awalnya menganggap tawaran itu sekadar gurauan atau mustahil direalisasikan, namun tidak lama kemudian, pengumpul muda itu membuat pengumuman rasmi di media sosial:
“Koleksi Kad Pokémon saya secara rasmi TELAH TERJUAL dengan harga RM1,870,000! Dari bilik kecil di Shah Alam sehinggalah mencipta sejarah dalam dunia Pokémon.”
Minat, Usaha dan Disiplin Dalam Dunia Kad Pokémon
Beliau turut menzahirkan rasa syukur atas kejayaan itu, sambil menyifatkan ia sebagai hasil keghairahan, kerja keras (grind) dan semangat yang tidak pernah luntur selama bertahun-tahun.
“Setiap kad, setiap kotak, setiap malam tanpa tidur dan semuanya berbaloi. Ini bukan pengakhiran, ini hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih hebat,” ujarnya penuh semangat.
Menariknya, pembeli bagi koleksi bernilai jutaan ringgit itu bukan dari luar negara, sebaliknya rakyat tempatan yang turut menggemari dunia pengumpulan kad Pokémon. Difahamkan, pemuda ini telah melaburkan kira-kira USD420,000 (bersamaan RM1.76 juta) untuk membina koleksi impiannya menjadikan kejayaan jualan tersebut benar-benar mengagumkan.
Inspirasi Untuk Pengumpul Kad Pokémon di Malaysia
Kini, kisahnya menjadi inspirasi kepada ramai anak muda di Malaysia bahawa hobi tidak semestinya membazir masa atau wang, malah boleh menjadi kerjaya yang lumayan jika dilakukan dengan pengetahuan dan strategi yang betul. Fenomena kad Pokémon semakin mendapat perhatian global, dengan nilai sesetengah kad meningkat hingga ratusan ribu ringgit bergantung pada edisi, kondisi fizikal, dan kadar kelangkaannya.
Antara kad paling mahal di dunia termasuk Pikachu Illustrator dan Charizard Holo First Edition, yang pernah dilelong melebihi RM2 juta. Kejayaan ini membuka mata ramai bahawa pelaburan dalam kad Pokémon bukan lagi sekadar hobi, tetapi juga peluang ekonomi yang semakin berkembang.
Fakta Menarik Tentang Dunia Kad Pokémon
🎴 Kad Pokémon mula diterbitkan pada tahun 1996 oleh Nintendo dan kini menjadi antara koleksi paling bernilai di dunia.
💰 Kad Pikachu Illustrator pernah dijual pada harga lebih RM20 juta oleh seorang selebriti antarabangsa.
🌟 Nilai kad bergantung kepada keaslian, kondisi mint, serta tahap kelangkaan edisi.
Daripada bilik kecil di Shah Alam hingga ke pentas dunia, kisah ini membuktikan satu perkara penting bahawa minat yang diiringi disiplin dan usaha tidak pernah sia-sia. Dunia kad Pokémon bukan sekadar permainan, tetapi bukti bahawa minat boleh bertukar menjadi sumber rezeki yang luar biasa.
Sikap menghargai usaha dan masa pekerja menjadi satu nilai penting dalam dunia pekerjaan hari ini. Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona, baru-baru ini meraih pujian ramai apabila menawarkan kadar gaji yang dianggap berbaloi kepada pekerja separuh masa.
Tindakan tersebut bukan sahaja dipandang positif, malah dianggap sebagai contoh baik kepada majikan lain tentang kepentingan menghargai tenaga kerja secara adil.
Tawar RM180 Sehari Untuk Kerja Part Time
Menerusi hantaran di Threads, seorang individu mengulang ciap perkongsian anak kepada pelakon terkenal, Azhar Sulaiman itu yang sedang mencari pekerja separuh masa dengan bayaran RM180 sehari bagi tempoh 12 jam bekerja.
Menurut individu tersebut, kadar bayaran itu dilihat munasabah, lebih-lebih lagi apabila dibandingkan dengan situasi semasa di mana masih ramai majikan menawarkan bayaran jauh lebih rendah.
“See, Sebenarnya boleh je letak gaji lebih RM120 untuk bekerja 12 jam. Tapi kenapa banyak booth yang tawarkan RM100 untuk part time?
“Sudahlah suruh kejar KPI. Paling teruk ada yang tawar RM80 sahaja, tak hairanlah ramai warga asing kerja booth lepas itu cakap orang lokal memilih kerja,” katanya.
Hargai Masa, Tenaga & Komitmen Pekerja
Individu tersebut turut meluahkan rasa menghargai keprihatinan Leona yang dilihat memahami nilai sebenar komitmen pekerja, termasuk masa dan tenaga yang dicurahkan.
“Terima kasih Leona, tunjukkan harga komitmen, tenaga dan masa yang sebenar. Semoga berjaya selalu!” Tulisnya lagi.
Sokongan dan penghargaan seperti ini dilihat mampu memberi motivasi kepada pekerja, selain membuktikan bahawa tenaga kerja wajar dibayar setimpal dengan usaha yang diberikan.
Warganet Turut Luah Rasa Kecewa Dengan Majikan Tidak Prihatin
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa kesal terhadap segelintir majikan yang didakwa mengambil kesempatan dengan menawarkan gaji terlalu rendah.
Tindakan Leona ini secara tidak langsung menjadi inspirasi bahawa menghargai tenaga kerja bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja, tetapi juga membina reputasi positif kepada majikan sendiri.
Sebagai info, selain aktif sebagai personaliti media sosial, Kasih Iris Leona kini turut memberi fokus kepada dunia perniagaan menerusi jenama pakaian baju kelawar atau kaftan miliknya yang dikenali sebagai Mekna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!