Golongan muda diingatkan agar tidak terlalu memilih dalam mendapatkan pekerjaan sebelum peluang berkenaan direbut oleh orang lain terutamanya warga asing.
Seorang anak muda berusia 20 tahun dari Kampung Haji Dahalan ini bijak mengambil peluang dan tampil dengan cara berbeza.
Muhammad Hazim Mohd. Akhir berkongsi berjaya meraih pendapatan lumayan sehingga RM7,000 sebulan menerusi kerja-kerja di ladang sawit keluarganya.
Menurut laporan KOSMO!, Hazim, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mula membantu bapanya di ladang sawit sejak berusia 12 tahun dan melihat sendiri bagaimana ayahnya bekerja keras dari subuh hingga petang.
Dipandang Rendah
Walaupun ada yang memandang rendah sektor pertanian dengan anggapan ia kotor, sukar, dan bahaya, Hazim membuktikan bahawa dengan perancangan teliti, segala cabaran boleh diatasi.
Ads
Ladang seluas 16 hektar yang diusahakannya kini menjadi sumber pendapatan utama beliau, termasuk tambahan tanah pajakan untuk mengembangkan hasil sawit.
Bapanya, yang berperanan besar sebagai mentor, turut memantau setiap aspek pengurusan ladang seperti meracun, membaja, mengait buah, dan penghantaran buah ke kilang.
Pelbagai Tanaman
Selain itu, beliau turut mengusahakan tanaman anak pokok sawit sebagai persediaan bagi proses penanaman semula apabila pokok yang sedia ada mencapai usia ekonomik.
Berbanding anak muda lain yang cenderung membeli kereta mewah atau gajet canggih, Hazim mengambil pendekatan berbeza.
Ads
Sebahagian besar pendapatannya disimpan untuk membeli tanah baharu demi menambah keluasan ladang.
“Bagi saya, biarlah duit itu digunakan untuk menambah aset seperti tanah dan rumah. Saya mahu memiliki kediaman sendiri sebelum mendirikan rumah tangga,” katanya penuh azam.
Tidak hanya bergantung kepada kerja di ladang sawit, Hazim juga bijak mempelbagaikan sumber pendapatannya. Beliau kini mengusahakan tanaman buluh, nanas, pisang, dan juga ternakan ruminan.
Ads
Pendekatan ini bukan sahaja menjamin pendapatan lebih stabil, tetapi juga membuktikan kepelbagaian sektor pertanian boleh menjadi aset bernilai untuk masa depan.
Moga Muhammad Hazim terus berjaya di masa akan datang.
Tak ada duit juga boleh jadi punca pergaduhan, perkelahian, perceraian dan lain lagi.
Di saat pasangan Youtuber terkenal Dubai, Anas dan Asalah Marwah meraikan hari istimewa dan membelanjakan USD95,000 bersamaan RM500,000 hanya untuk mengumumkan jantina anak kedua mereka iaitu lelaki, netizen mula berbalah sesama sendiri.
Ramai menyifatkan ia sebagai satu pembaziran di mana kata mereka wang itu patut dibelanjakan untuk pendidikan anak-anak miskin. Masa yang sama, ada berpendapat, wang itu wang mereka dan biarlah pasangan ini berkongsi kegembiraan dengan cara mereka yang tersendiri.
Dua hari lalu,pasangan Youtuber terkenal ini meraikan hari istimewa dengan cara tersendiri. Enggan mengikut tipikal biasa dilakukan termasuk membuat baby shower dengan belon, pakaian sedondon dan tema biasa, pasangan terkenal ini tampil dengan slide performance di bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa untuk membuat pengumuman tersebut.
Diraikan oleh ahli keluarga, jelas tertera kegembiraan di hati pasangan ini ketika pengiraan detik pengumuman gender reveal yang kini semakin popular dalam masyarakat dunia hari ini. Mengendalikan saluran You Tube Anasala Family dan mempunyai lebh 2.5 juta pengikut di Instagram dan 7.67 juta di YouTube, video gender reveal pasangan YouTuber ini sudah pun mencapai tontonan jutaan penonton yang teruja menyaksikannya.
Pasangan ini mengambil masa kira-kira sebulan setengah sebelum dapat merealisasikan impian ini yang mana ia menjadi memori manis dalam membina keluarga. Dengan harta kekayaan sebanyak RM5.4 juta hasil pendapatan sebagai YouTuber, pasangan ini sering mendapat perhatian ramai ketika di luar.
Apa pun memang sweet tengok video pelancaran baby mereka ini.
Seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon terkenal, Kamal Adli akan direman seminggu lagi bagi tujuan melengkapkan pemeriksaan kesihatan di Institut Kesihatan Mental (IMH) republik itu.
Menurut Hakim Daerah Terence Tay, terdapat permohonan daripada IMH supaya reman itu dilanjutkan bagi melengkapkan peperiksaan.
“Saya membenarkan permohonan untuk anda direman selama seminggu lagi di IMH,” katanya sambil menambah sebutan kes seterusnya adalah pada 4 April.
Menurut laporan, pada 14 Mac lalu, mahkamah telah membuat keputusan supaya lelaki tertuduh itu direman selama dua minggu untuk menjalani penilaian psikiatri di institut itu.
Dia didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac kerana disyaki terlibat dalam kes yang menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya secara sukarela.
Cota besi yang digunakan oleh suspek ketika insiden.
Jika sabit kesalahan, kesalahan menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara yang dapat dilanjutkan sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut.
Turut hadir di mahkamah hari ini ialah peguam Kamal, Jason Wee dari Firma Undang-undang AVW yang berpusat di Malaysia.
Sekadar informasi, kecoh 12 Mac yang lalu apabila Pasukan Polis Singapura telah dimaklumkan mengenai satu kes di 1 Expo Drive di mana suspek didakwa telah menyerang pelakon Malaysia itu dengan cota. Dimaklumkan bahawa pihak polis telah pun merampas senjata itu sebagai bahan bukti kes dan siasat kini sedang dijalankan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Mstar, The Star, Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, Thailand sudah pun bersedia untuk membuka ‘pintu rumah’ mereka kepada lebih ramai pelawat asing terutamanya Malaysia dalam usaha untuk merangsang sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Terbaru satu lagi negara jiran kita memberi ‘green light‘ untuk membuka sempadan iaitu Singapura.
Foto: FMT
Menariknya lagi, kerajaan bersetuju memberi pengecualian bayaran tol di plaza-plaza tol di pintu masuk Malaysia-Singapura selama tujuh hari bermula 1 April ini. Wow!
Semua jenis kenderaan
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri berkata pengecualian bayaran tol tersebut melibatkan semua jenis kenderaan yang melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua).
“Ia adalah selaras dengan pendekatan untuk memudahcara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura. Pengecualian ini adalah untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui ‘Touch and Go’ dan ‘Smart Tag’.
“Pemberian pengecualian bayaran tol ini melibatkan perjalanan masuk dan keluar menerusi kedua-dua plaza tol yang terlibat sepanjang tempoh tersebut.
“Keputusan ini turut mengambil kira penutupan sempadan Malaysia dan Singapura sejak dua tahun lalu dan bagi memastikan kelancaran lalu lintas di kedua-dua plaza tol tersebut dengan pembukaan sempadan laluan darat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, pengecualian itu adalah tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi.
Apalagi, boleh la buka puasa di Singapura nanti…Apa-apa pun jangan lupa untuk menjaga SOP ya kerana virus COVID-19 masih berada disekeliling kita. Stay safe guys!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!