Berita gembira buat peminat pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee apabila dia mengumumkan bahawa isteri tercintanya, Nur Iliyaa Jasmina Roslan, kini sedang hamil lima bulan.
Menerusi satu perkongsian manis di Instagram, Aqil mendedahkan bahawa dia dan isteri mendapat tahu tentang kehamilan tersebut ketika mereka sedang bercuti di Dubai baru-baru ini.
“Alhamdulillah hari ini genap 10 bulan Aqil dan Iliya kahwin, dan hari ini juga kami nak bagitahu yang baby kami dah lima bulan.
“Insya-Allah tahun ini kita jadi papa dan mama. Dapat tahu ada baby pun selepas kami lakukan aktiviti ‘skydiving’ di Dubai tempoh hari, ‘baby skydiving’ lah ini,” katanya.
Di akhir kapsyen tersebut, Aqil turut menitipkan permintaan agar orang ramai mendoakan kelancaran urusan isterinya sepanjang kehamilan ini.
Ads
“Tak boleh nak sorok dah sebab masing-masing dah tegur fasal Iliya.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Doakan kami ya, terima kasih semua,” coretnya lagi.
Sekadar info, pasangan sweet ini telah mendirikan rumah tangga pada 19 Julai tahun lalu dan kini bakal melangkah ke fasa baru sebagai ibu bapa.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ibadah Umrah menjadi pilihan alternatif bagi mereka yang belum berkesempatan menunaikan haji ke Tanah Suci. Ibadah Umrah juga seringkali digelar sebagai ‘haji kecil’ dalam masyarakat kita.
Seperti Haji, mengerjakan Umrah juga memerlukan seseorang itu menyempurnakan beberapa ritual ibadah di kota suci Mekah, khususnya di Masjidil Haram.
Ilmu yang cukup dan kelancaran sepanjang menjalani ibadah amatlah penting buat sesiapa yang sedang mengerjakan ibadah ini.
Dengan pelbagai kecanggihan teknologi terutama dari segi pengangkutan, kini perjalanan untuk melakukan ibadah haji serta umrah semakin hari semakin cepat dan pantas.
Bukan sahaja adanya kemudahan kapal terbang, malah perkhidmatan kereta api laju dari Madinah ke Mekah juga banyak membantu para jemaah memendekkan lagi tempoh perjalanan ibadah mereka dengan kelajuan 300 kilometer per jam.
Seperti perkongsian dari seorang pengguna Facebook Safuan Rahim tentang pengalamannya menaiki ‘Haramain High Speed Railway’ dengan hanya mengambil masa 3 jam sahaja. Berikut antara perkongsiannya:-
Kami memilih kereta api laju perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan hanya 3 jam sahaja. Harga untuk dewasa RM150 manakala percuma untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah.Tiket boleh dibeli melalui www.hhr.sa.
Perjalanan 15 minit dari Masjid Nabawi ke Stesen Keretapi dengan menaiki Uber RM30, manakala 10 minit dari stesen Mekah ke Masjidil Haram dengan menaiki Uber RM20.
Setelah tiba di stesen kereta api prosesnya hanya imbas tiket, pemeriksaan diri dan bagasi.
Dinasihatkan terus berniat umrah apabila di dalam kereta api kerana khuatir kita leka mengambil gambar pemandangan atau sebagainya.Pengumuman untuk Miqat akan dibuat setelah 10 minit kereta api mula bergerak.
Antara kemudahan yang disediakan ialah tandas di setiap gerabak, tempat mengecas telefon dan kafeteria. Sangat selesa, mudah dan cepat untuk sampai ke destinasi. Semoga bermanfaat untuk semua jemaah.Fii amanillah..Allah Ma’akum
Bagusnya kereta api laju ini. Semoga kita dijemput ke sana satu hari nanti. Insha Allah.
Sumber: Facebook Safuan Rahim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik untuk semua penggemar pawagam di Malaysia!
Setelah 3 bulan kempunan untuk menonton filem kegemaran kita di layar lebar, akhirnya kita bakal dibolehkan untuk kembali mengunjungi ke pawagam seluruh negara tak lama lagi.
Pengumuman oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri semalam menetapkan tarikh 1 Julai ini untuk pawagam kembali beroperasi dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) tertentu. Kita masih perlu menunggu senarai SOP rasmi daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) namun yang penting, cinemas here we come.
Yay!
Berita ini disambut baik oleh pawagam utama negara seperti Golden Screen Cinemas (GSC), Tanjung Golden Village (TGV) dan MBO.
Serta-merta, mereka terus memuat naik beberapa promosi menarik di media sosial masing-masing bagi menarik perhatian korang.
GSC umpamanya telah mengumumkan senarai filem yang bakal mereka tayangkan bermula Julai ini.
Jom lihat 8 buah filem yang boleh korang tonton dalam masa kurang sebulan dari sekarang
01
Train To Busan 2 : Peninsula
02
Mulan
03
Digimon Adventure
04
Unhinged
05
My Hero Academia The Movie: Heroes Rising
06
Intruder
07
Mario Maurer : Low Season
08
Kaiji Final Game
*
Bagi meraka yang bertanyakan mengenai filem popular seperti A Quiet Place 2 dan Detective Conan yang perlu ditangguhkan tayangannya disebabkan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini jawapan daripada pihak GSC.
Sementara itu, filem yang dinanti-nantikan oleh ramai orang iaitu Wonder Woman 1984 secara rasmi diumumkan bakal ditayang pada 1 Oktober kelak!
Walaupun pihak TGV masih belum menyenaraikan filem yang akan menemui penonton di pawagam mereka, mereka telah mengeluarkan poster filem Inception yang akan ditayangkan semula di pawagam IMAX TGV pada 16 Julai 2020.
*Cannot wait!*
Pihak MBO pula meminta korang untuk menantikan pengumaman tarikh pembukaan pawagam mereka berserta SOP serta tajuk filem yang akan ditayangkan.
Tahu tak, bukan pawagam saja yang dibenarkan dibuka semula.
Berita mengenai sindrom Ramsay Hunt ataupun wajah separuh lumpuh yang dialami oleh Justin Bieber setelah penyanyi itu sendiri mengumumkannya melalui hantaran di Instagram masih sukar untuk dipercayai oleh ramai peminat.
Ini memandangkan Justin, 28 sebelum ini dilihat sihat dan bertenaga sepanjang menjayakan persembahan konsert jelajah Justice World Tour miliknya.
Kongsi penyanyi Peaches itu pada hari Selasa, dia mulai merasa lebih baik hari demi hari biarpun mengalami ketidakselesaan pada bahagian muka. Sepanjang waktu berehat dan rawatan ini, Justin memilih jalan kerohanian untuk selalu mengingatiNya.
Begitulah hakikatnya mengenai sindrom Ramsay Hunt, ia tidak mengenali mangsanya, sama ada tua mahupun muda; miskin mahupun kaya atau terkenal mahupun orang kebiasaan.
Begitupun, tahukah korang bahawa Justin bukanlah selebriti antarabangsa pertama yang berdepan kes lumpuh pada bahagian wajah ini. Sesetengah selebriti yang REMAJA senaraikan di bawah ini mungkin tidak menghidapi sindrom Ramsay Hunt; namun implikasi fizikal dan emosi yang dialami mereka miri apa yang berlaku kepada Justin Bieber sekarang.
Angie disahkan berdepan Bell’s Palsy pada tahun 2016 dan bergantung kepada rawatan akupuntur untuk kembali pulih.
George Clooney
Sebelum wajah kacak pelakon francais filem ‘Ocean’s’ ini menghiasi skrin televisyen dan pawagam, pada usia 14 tahun George pernah berdepan situasi sama seperti Angelina dan mengambil masa sembilan bulan untuk pulih sepenuhnya.
Pierce Brosnan
Siapa sangka, 007 juga tidak terlepas daripada kelumpuhan wajah. Beliau menghadapinya pada era 80-an dan terpaksa dirawat menggunakan steroid jenis prednisone sebelum pulih dalam tempoh beberapa minggu.
Katie Holmes
Korang perasan tak senyuman yang sedikit ke tepi pada wajah pelakon jelita ini. Ia dipercayai merupakan kesan daripada sindrom Bell’s Palsy yang pernah melumpuhkan sebahagian daripada wajah bekas isteri Tom Cruise ini.
Sylverster Stallone
Di antara lima selebriti yang kami senaraikan ini, pelakon Rambo ini paling awal berdepan situasi kelumpuhan wajah iaitu sejak dilahirkan lagi. Itulah sebab beliau acapkali menyebut perkataan dengan sebutan yang unik. Malah, senyuman beliau yang tidak simetri juga disebabkan sindrom Bell’s Palsy tersebut.
*
Persoalannya, adakah Justin juga bakal berdepan kesan sama seperti kebanyakan selebriti di atas; iaitu memilihi senyuman yang sedikit senget setelah kembali pulih? Hanya masa akan menentukannya.
Buat masa ini, Justin khabarnya giat melakukan rawatan senaman wajah untuk mengembalikan deria serta kedudukan asal struktur wajah. All the best Justin, REMAJA pasti jutaan peminat di seluruh dunia mendoakan yang terbaik buat penyanyi Peaches ini.
P.S : Sindrom Ramsay Hunt menyerang 5 hingga 10 individu daripada 100,000 orang di seluruh dunia pada setiap tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenapa bateri telefon cepat habis masa travel walaupun tak guna aplikasi? Ketahui penjelasan sebenar tentang proses cellular handover dan tip jimat bateri semasa perjalanan jauh.