Berita baik untuk korang yang suka berendam di dalam kolam di hotel atau resort time bercuti.
Jika sebelum ini aktiviti sukan dan reakrasi seperti sukan renang, kolam renang awam terutamanya dilarang sepanjang PKPP namun bermula 1 Julai nanti semua aktiviti di kolam renang akan dibenarkan semula!
Yeayyy…..
Kebenaran ini juga membabitkan kolam renang awam, di hotel, kondominium, komuniti berpagar atau kawasan terkawal serta persendirian.
Ads
Namun, kanak-kanak masih tidak digalakkan untuk terbabit dalam aktiviti riadah kolam renang dan menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri.
Sebelum dibenarkan beroperasi semula, pihak pengurusan kolam renang perlu membuat pendaftaran notifikasi pembukaan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di laman web NOTIFICATION.MITI.GOV.MY dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tujuan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Ads
Tapi perlu diingat, terdapat beberapa syarat yang korang perlu dipatuhi di setiap lokasi kolam renang.
– Menyediakan pengawal keselamatan atau life guard dan penyelia untuk memastikan keselamatan pengguna.
– Mengehadkan jumlah masa penggunaan
– Memastikan jumlah pengguna dalam kolam renang dihadkan mengikut saiz kolam renang (tak boleh berasak di dalam kolam renang)
Seronok-seronok juga tapi ingat ya, walaupun aktiviti di kolam renang telah dibenarkan, tapi masih adan beberapa hal masih dilarang dan tidak dibuka.
Sumber: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kematian Emmeril Kahn Mumtadz tahun lalu menyentuh perasaan ramai pihak kerana sikapnya yang baik dan banyak melakukan khidmat masyarakat untuk rakyat setempat. Anak kepada Ridwan Kamil yang merupakan Gabenor Jawa Barat meninggalkan legasi yang cukup mendalam terutamanya kepada golongan muda.
Terbaharu dalam hantaran Instagram yang dimuat naik gabenor Jawa Barat ini, dia berkongsi mengenai punca mata air yang muncul berdekatan kubur anaknya itu. Dapat dilihat air yang timbul mengalir deras dan sangat jernih.
“Berdekatan kubur anakanda Eril. MasyaAllah, Alhamdulillah. Begitu rupa cerita-cerita baik yang bersamamu saat dahulu mahupun sekarang.
“InsyaAllah air ini akan dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat sekitar. Baik untuk kegunaan pertanian mahupun menjadi air muniman buat masyarakat,” tulis Ridwan bersama hantaran tersebut.
Kehadiran mata air berdekatan kubur Eril seolah-olah menjadi simbol kebaikan yang sentiasa dilakukannya. Selain itu, Eril ketika hidupnya begitu suka dengan air dan dia memang seorang yang suka menikmati masa lapangnya dengan berenang.
Imbas kembali, kisah kematian anak sulung Ridwan Kamil yang lemas di Sungai Aere, Switzerland tahun lalu menjadi sorotan hangat media di Indonesia dan Malaysia.
Allahyarham Emmeril Kahn Mumtadz atau lebih mesra disapa Eril ketika itu sedang berada di negara tersebut untuk meninjau lokasi pengajian peringkat sarjananya telah menjadi mangsa arus sungai tersebut.
Lebih menyayat hati ketika kejadian ibu dan adik perempuannya ada bersama. Setelah 14 hari tenggelam di sungai barulah mayatnya ditemui dan di bawa pulang ke Indonesia untuk dikebumikan. Dia dikebumikan di kawasan persendirian keluarganya iaitu Islamic Center Baitul Ridwan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Secara realistiknya, sudah tentu kita tidak beranggapan tiada pergaduhan yang berlaku dalam mana-mana kumpulan. Sedangkan kita dan adik-beradik yang merupakan darah daging sendiri pun boleh bertekak, inikan lagi kumpulan yang dianggotai oleh ahli berlainan latar belakang.
Namun, apabila salah seorang anggota kumpulan K-pop AOA iaitu Mina mendakwa dirinya telah menjadi mangsa buli dalam kumpulannya sendiri selama 10 tahun, kami tak nafikan bahawa berita ini adalah sesuatu yang tidak kami sangkakan.
Sepanjang hujung minggu lalu, Mina, 26 memuat naik satu-persatu posting di akaun Instagram miliknya dan menuduh ketua kumpulan AOA iaitu Jimin, 29 telah membulinya sepanjang 10 tahun yang lalu dan pernah mengakibatkan isu tekanan mental yang teruk terhadapnya.
Mina tidak lagi gentar untuk berkongsi imej lengannya yang pernah dikasari oleh dirinya sendiri apabila tidak tahan dengan tekanan tersebut.
Katanya, “Jujurnya, saya tidak mahu meninggalkan AOA. Namun kerana ada seseorang yang bencikan saya, saya dibuli untuk 10 tahun.”
Antara perbuatan buli secara mental yang pernah dilalui oleh Mina adalah dimarahi oleh Jimin sehingga dia gentar untuk pulang bagi pengebumian ayahnya sendiri pada tahun 2014 (akibat kanser pankreas) atas alasan enggan mengganggu jadual promosi grup AOA.
Aigoo!
Selepas tempoh 10 tahun, nampaknya Mina enggan lagi berdiam diri. Suka atau tidak, syarikat label AOA iaitu FNC Entertainment terpaksa tampil ke hadapan untuk menjelaskan keadaan sebenar sekarang.
“Pertama sekali, kami ingin memohon maaf bagi pihak artis kami, Jimin dan kontroversi yang melandanya.
“Jimin telah mengambil keputusan meninggalkan grup AOA dan bersara daripada industri hiburan.
“Sebagai agensi, kami berasa bertanggungjawab terhadap situasi ini. Kami akan bekerja lebih keras untuk memastikan pengurusan yang lebih baik untuk artis-artis kami. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana membuatkan peminat risau,” kata mereka.
Menurut laporan media di Korea Selatan lagi, grup AOA dan bekas ketuanya, Jimin telah bertemu sesama sendiri serta bersama pengurus mereka untuk membincangkan situasi semasa di kediaman Jimin.
Kata Mina menerusi perkongsian di Instagram, perjumpaan itu amatlah awkward. Jimin memberitahu Mina bahawa dia tidak ingat membuli juniornya itu. Mina tidak mahu berdiam diri dan terus menjelaskan apa yang telah mengganggu hidupnya disebabkan perbuatan buli tersebut.
Jimin akhirnya memohon maaf menerusi Instagram-nya pada hari itu juga dan mengakui stail kepimpinan sebagai seorang ketua grup telah menjadikannya seorang yang kurang prihatin.
“Saya minta maaf di atas kontroversi dan penulisan saya yang tidak menjaga hati.
“Paling utama, saya meminta maaf kepada Mina dan ahli grup yang telah bekerja keras untuk situasi kami berdua ini,” catatnya.
Disebabkan kontroversi memalukan ini, FNC Entertainment serta-merta mengumumkan bahawa AOA yang kini tinggal 5 ahli tidak akan menyertai acara ‘Wonder Woman Festival 2020’ yang dijadualkan berlangsung pada 26 September kelak di Sungai Han di Seoul.
Haihh, ingatkan kontroversi yang melanda selebriti K-pop sudah berakhir pada tahun 2019. Rupanya berlangsung lagi sampai ke hari ini!
Nama Malaysia sekali lagi diharumkan oleh tiga pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menuntut Pengajian Ijazah Sarjana Muda Microbiologi di Michigan State University, Amerika Syarikat apabila berjaya merangkul kejayaan Class of 2020 Deparmental Award daripada Department of Microbiology and Molecular Genetics, College of Natural Science.
Pelajar tersebut dikenali sebagai Nurul Izzati Mohamed, Nurul ‘Iffa Nazirah Taini Achim masing-masing menerima anugerah Dietrich C. Bauer Scholarship Award (High Honor Distinction), manakala Nuur Aqilah Izzati Othman pula Russel Duvall Endowed Scholarship Award (Research).
Menurut Bernama, sebanyak lapan anugerah dipertandingkan dan tiga anugerah tersebut dibolot oleh pelajar dari Malaysia. Penganugerahan ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik sepanjang tempoh pengajian dan kualiti serta potensi kajian yang dijalankan.
Nurl Aqilah Izzati, 23, adalah penerima tunggal Anugerah Russel Duvall Endowed Scholarship dan penganugerahan itu berdasarkan penilaian panel terhadap pembentangan kajian Wheat Allergy: Do Wheat Genotypes Differ in Allergenicity.
Kredit foto: BERNAMA
Pelajar yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu juga menjalankan kajian bersama dengan pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) untuk kajian bertajuk Transdermal Sensitization and Oral Elicitation of Anaphylaxis to Salt-Soluble Wheat Protein In An Adjuvant-Free Mouse Model of Wheat Allergy.
Wah, tahniah girls!
Semoga kejayaan ini dapat menaikkan lagi semangat pelajar di Malaysia untuk terus berusaha gigih bagi menempatkan mereka di universiti luar negara.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.