Model, Hailey Bieber membuktikan dirinya akan kekal setia di sisi Justin Bieber setelah suaminya membuat pendedahan hujung minggu lalu bahawa dirinya sedang berdepan sejenis sindrom yang dikenali sebagai Ramsay Hunt.

Sindrom yang mengakibatkan sebahagian wajah Justin untuk lumpuh itu telah mengejutkan ramai peminat kerana ia berlaku secara tiba-tiba di saat Justin sedang sibuk dengan jelajah konsert di seluruh dunia.

Hailey, 25 tidak teragak-agak mengumumkan sokongannya kepada Justin menerusi hantaran Instagram Story berbunyi, “I love u baby.”

Hailey Bieber Terus Setia Di Sisi Suami Yang Berdepan Sindrom Ramsay Hunt

IKLAN

Hakikatnya, pasangan muda ini tidak asing dengan ujian kehidupan melibatkan kesihatan. Mac lalu, Hailey terlebih dahulu terpaksa berdepan episod hitam apabila mengalami gejala strok kecil hingga menyebabkannya perlu dimasukkan ke hospital.

Dengan keadaan kesihatan Justin sekarang, sumber memberitahu PEOPLE bahawa pasangan itu sedang berdepan tekanan akibat kesemua ujian yang dihadapi secara berturut-turut pada tahun ini.

Begitupun, ia secara tidak langsung membuktikan mereka setia memberikan sokongan kepada pasangan setiap kali salah seorang berdepan kesihatan yang merosot. Sebagaimana Justin cuba lakukan segala yang terdaya semasa menjaga Hailey, kini giliran Hailey pula melakukan yang sama untuk suaminya.

IKLAN

Tambah sumber tersebut lagi, “Mereka adalah pasukan yang mantap dan akan melaluinya bersama-sama. Justin tidak sabar untuk kembali pulih dan terus bekerja.”

ARTIKEL BERKAITAN : Justin Bieber Diserang Sindrom Ramsay Hunt, Kenali Gejala & Punca Penyakit – REMAJA

IKLAN

Akibat diagnosis sindrom Ramsay Hunt ini, Justin sekali lagi terpaksa membatalkan jelajah konsertnya sehingga dia benar-benar pulih walaupun doktor masih belum boleh menetapkan berapa lama tempoh yang akan diperlukannya.

BACA LAGI : Hailey Baldwin Mengaku 5 Kepayahan Kahwin Muda, Korang Sanggup? – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=c_utOMz9V4o&list=PL_R6hQ5tkODLdU7Obr3safbIdpJ8caa5Z&index=6&t=2s

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI