Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Nampaknya berkat menjadi seorang content creator bertahun-tahun lamanya membuahkan hasil kepada Aqil Zulkiflee apabila dia dinobatkan sebagai Favorite Asian Creator di acara berprestij Nickelodeon Kid’s Choice Award 2023.
Memiliki 1.73 juta pengikut di laman YouTube, video yang dihasilkan Aqil mencecah jutaan tontonan. Kebanyakan pengikutnya merupakan kanak-kanak dan remaja yang gemar melihat kreativiti dan juga keletah perkongsiannya.
Sejurus mengetahui dirinya berjaya menggondol anugerah tersebut, Aqil memanjat rasa syukur dan berkongsi berita gembira itu di laman Instagram.
Ads
“Alhamdulilah. Macam tak percaya Aqil menang anugerah Kid’s Choice Award 2023 untuk kategori Favourite Asian Creator. Walaupun faham rakyat Malaysia tak seramai negara lain yang bertanding, tapi kita MENANG!!!
“Terima kasih semua yang dah vote Aqil banyak kali & support Aqil sampai sekarang. Usaha kita tidak sia-sia selama ni. MALAYSIA BOLEH,” ujar jejaka berusia 27 tahun ini.
Bukan calang-calang, Aqil berjaya menewaskan nama-nama besar seperti wakil dari Indonesia, Gen Halilintar (yang merupakan keluarga besan Krisdayanti), Hikakin dari Jepun dan Niana Guerrero yang mewakili Filipina.
Ads
Selain menjadikan dunia digital sebagai kerjayanya, Aqil turut memiliki perniagaan makanannya tersendiri yang dinamakan Corndog Aqilicious.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin sekali lagi membuktikan kecemerlangannya dalam bidang akademik apabila memperolehi gred hampir sempurna 3.99 bagi peperiksaan tingkatan 2 semester 2.
Berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya, pelakon popular itu meluahkan rasa syukur atas pencapaian yang dikecapi anaknya itu.
“Alhamdulillah Syukur pada Allah SWT. Tahun ini Ryan antara 10 peserta terbaik dalam tingkatan lagi, tetapi kali ini SUBES pula. Tahniah, mummy akan pastikan anak-anak mummy cemerlang dalam akhlak dan pendidikan.
“Doa mummy selalu bersama anak-anak. Terima kasih Ustazah Norfaiza. Tahniah kepada Ryan, kawan-kawan dan ustazah,” tulis ibu kepada dua cahaya mat aitu di dalam hantarannya.
Dalam video yang dimuat naik itu dapat dilihat, para pelajar diraikan dalam satu majlis kecemerlangan dan Rayyan menerima sijil kecemerlangan daripada pihak pengurusan Maktab Rendah Sains Mara.
Menarik lagi, tidak melepaskan peluang, dalam video tersebut Rayyan turut mendedikasikan ucapan kepada ibu tersayang.
“Terima kasih mummy sebab daripada kecil sampai besar mummy jaga Rayyan, daripada Rayyan baby mummy ajar Rayyan jalan sampai Rayyan dah dapat 3.99 ni.
“Sikit lagi nak dapat straight A+ tinggal satu sahaja dapat A-. 3.99 ni sebagai hadiah birthday mummy. Semester akan datang Rayyan akan cuba dapat 4.00 untuk mummy,” ujarnya.
Rayyan kini merupakan pelajar di MRSM Sungai Besar (MRSM SUBES) yang mana ia merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan MARA yang menawarkan program Ulul Albab kepada pelajar tingkatan 1 sehingga 5.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di mana ada kemahuan, di situlah ada jalan. Ramai anak muda dari Malaysia telahpun membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk seseorang individu itu terus mencapai kejayaan dalam menimba ilmu di peringkat tertinggi jika mereka menetapkan misi dan minda.
Dengan kesungguhan jitu, sesiapa saja boleh mencapai apa yang dihajatkan dan inilah yang berjaya dibuktikan oleh Dr. Zulfati Izazi Zulkifli atau mesra dengan sapaan Dr Izazi baru-baru ini.
Pada usia semuda 29 tahun, Dr Izazi yang juga merupakan anak perempuan kepada pelakon Zulkifli Ismail (popular menerusi drama bersiri Gerak Khas) ini telah berjaya menggenggam ijazah kedoktoran atau PhD daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Malah, Dr Izazi juga telah dilantik sebagai seorang pensyarah di Korea Selatan. Hebat kan!
Memetik laporan Nona, Dr Izazi berharap agar perkongsiannya dapat menjadi suntikan semangat buat ramai lagi orang di luar sana untuk menggapai impian dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Malah buatnya, apa jua pengorbanan yang dilakukan demi sesebuah impian pasti terbalas asalkan dirinya ikhlas memilih sendiri bidang kerjaya dan pendidikan yang diinginkan.
“Ibu bapa saya tidak terlalu tegas tentang keputusan peperiksaan. Bahkan mereka tak pernah marah kalau saya dapat C atau D sekalipun dalam peperiksaan, tetapi mereka sangat menyokong setiap proses pembelajaran.”
Dr. Zulfati Izazi Zulkifli ketika dihubungi oleh nona.
Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Seri Bintang Selatan, Dr Izazi kemudiannya melanjutkan pengajian STPM di Victoria Institution hingga tahun 2011 sebelum menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik).
“Selepas tamat ijazah sarjana muda, saya lanjutkan pengajian ke peringkat sarjana pula di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Pengajian Bahasa dari tahun 2015 hingga 2017. Beberapa bulan bekerja sebagai Pembantu Penyelidik di Universiti Malaya pada tahun 2017, saya mendaftar pula sebagai pelajar ijazah doktor falsafah dalam bidang linguistik di USM dan telah tamat pengajian pada awal tahun 2021.”
Dr. Zulfati Izazi Zulkifli ketika dihubungi oleh nona.
Beliau kini sedang berkhidmat sebagai pensyarah di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) di Korea Selatan dan mengajar kursus-kursus berkaitan bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar ijazah sarjana muda di sana.
Mengapa Linguistik?
Menjawab persoalan tersebut, beliau berkata, “Saya ada banyak minat, jadi pada awalnya agak sukar untuk saya pilih bidang pengajian yang bakal diambil. Kemudian saya sedar bahawa minat saya terhadap bahasa sebenarnya telah mula mendalam sejak saya kecil lagi.
“Saya sentiasa ada rasa ingin tahu tentang bahasa, kerana itu saya buat keputusan untuk mendalami ilmu tentang bahasa melalui bidang linguistik.
“Tentang masa yang diambil untuk tamat pengajian, jika dikira bermula daripada sarjana muda sehingga PhD, kesemuanya mengambil masa kira-kira 9 tahun. Satu perjalanan yang panjang tapi cukup bermakna.
“Saya percaya, seperti mana-mana ibu bapa lain, ibu bapa saya juga gembira dan bersyukur dengan kejayaan saya. Pelukan dan ucapan tahniah daripada mereka sangat bernilai untuk saya,” jelasnya.
Sebagai info, Dr Izazi baru sahaja mendirikan rumah tangga kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun, beliau dan suami ketika ini berada dalam hubungan jarak jauh (LDR) kerana dia masih di Korea Selatan dan suami yang merupakan seorang pensyarah matematik di USM pula sedang berkhidmat sebagai penyelidik jemputan di Shizouka University, Jepun.
Memang sepadan memandangkan pasangan suami isteri ini masing-masing bergelah pemegang PhD.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penerjun wanita negara yang berjaya menempatkan diri ke tempat ke-4 acara 3 meter papan anjal di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Dhabitah Sabri kini sudah pun bergelar seorang mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dhabitah khabarnya akan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).
“Tahniah buat Nur Dhabitah Sabri, Atlet Olimpik Negara atas kemasukan ke UKM Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,” catat akaun rasmi UKM itu.
Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Dhabitah dan menyambut kehadirannya dengan tangan terbuka sebagai warga baru di UKM.
Tahniah Remaja ucapkan kepada penerjun kelahiran Kuala Lumpur yang bukan saja berjaya mencuri tumpuan dunia dengan skil terjunannya tetapi juga disebabkan senyuman manisnya. Semoga Dhabitah terus cemerlang dalam bidang akademik dan kerjayanya sebagai seorang atlet negara seperti yang pernah dilakukan oleh rakan seperjuangannya seperti Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee.
Pandelela merupakan graduan ijazah Sarjana Muda dalam Sains Pengurusan Sukan daripada Universiti Malaya pada tahun 2018 setelah lima tahun setengah menyeimbangkan kedua-dua bidang.
Manakala, Leong Mun Yee pula berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda dalam Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 2017.
Peminat filem seram Indonesia, bersedia untuk satu lagi naskhah yang bakal membuatkan anda tidak senang duduk!
Selepas mencipta fenomena di Indonesia, filem seram aksi Badut...