
Fenomena bola sepak tanah air bukanlah sesuatu yang baru buat penyokong Malaysia. Rata-rata peminat bola sepak tempatan melahirkan rasa kecewa apabila tiket perlawanan akhir menentang Thailand habis dijual.
Ramai yang sanggup beratur panjang sehingga ke stadium Melawati semata-mata untuk mendapatkan tiket.


Kaunter tiket hanya dibuka pada jam 11 pagi semalam dan apa yang membuatkan rakyat lebih terkilan adalah kerana tiada jualan online dilakukan.
Menjelang tengah hari, orang ramai mula hilang sabar apabila diberitahu tiket sudah habis dijual. Keadaan menjadi tidak terkawal dan ada segelintir daripada mereka yang mula buat kecoh dengan merusuh kaunter penjualan tiket.
Difahamkan mereka berang kerana ada yang memotong barisan ketika membeli tiket dan ada juga individu yang tidak bertanggungjawab membeli tiket dengan jumlah yang banyak lalu menjualnya pada harga yang sangat tinggi.
Kalau melihatkan pada situasi, rasanya kami pun tak sanggup nak beratur panjang dan berhadapan dengan keadaan tegang seperti ini. Diharap agar jika ada perlawanan lain selepas ini, pihak pengurusan lebih peka dalam menguruskan cara penjualan tiket untuk memudahkan pengunjung.
Apa-apa pun selamat maju jaya REMAJA ucapkan buat pemain bola sepak Malaysia untuk perlawanan malam ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bacalah Doa Ini Di Hari Pertama Datang Haid, Pahala Diperoleh Sama Seperti 40 Orang Syahid

Ramai berasakan ketika haid, tidak dapat membaca apa-apa ayat suci al-Quran termasuk menyentuh kitab suci ini.
Namun alangkah ruginya di saat datang haid itu, kita tidak berbuat sesuatu kerana dengan hanya membaca satu doa ini sahaja, banyak kebaikan kita peroleh termasuk melalui titian silaturmustaqim dengan mudah di hari akhirat kelak.
Baca perkongsian dari Ustaz Mohd Sharhan Shafie mengenai kelebihan membaca doa ini di hari pertama haid.
Buat kaum Hawa dibaca, janganlah di abaikan.
Mungkin Perempuan menganggap kalau kedatangan haid tidak perlu untuk berdoa.
Justru sebaliknya, kalau perempuan kedatangan haid dihari pertama lebih baik berdoa.
Walaupun berada dalam keadaan kedatangan haid dan nifas atau dalam berhadas.
Kaum muslimah tidak sepatutnya membiarkan hari-hari tersebut berlalu dalam keadaan biasa-biasa saja, sebaliknya berusahalah mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan baik yang lain seperti membaca doa waktu kedatangan Haid.

Di bawah ini doa untuk perempuan yang kedatangan haid dihari pertama:
Bismillahirrahmanirrahim
"Alhamdulillahi'alakullihalinwa 'astaghfirullahamindzanbi"
Maksudnya ..
Segala Puji bagi Allah atas segala perkara dan aku memohon keampunan Kepada-Mu, Ya Allah dari kesemua dosaku.
Jika perempuan kedatangan haid hari pertama dan dia berdoa, seperti doa di atas maka:
1 – Dimudahkan jalan keluar haidnya.
2 – Mendapat pahala beribadah sepanjang haid.
3 – Meraih pahala 40 orang Syahid.
4 – Selamat dari azab neraka.
5 – Dimudahkan melalui jambatan sirathul Mustaqim.
Dari Saiyyidatina Aishah r.a meriwayatkan:
"Tidak ada seorang perempuan pun yg kedatangan haid, melainkan haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa diatas pada hari yang pertama, maka Allah SWT akan menulis baginya supaya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas jambatan Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan derajatnya oleh Allah SWT baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan empat puluh orang mati syahid. manakala perempuan itu dikira berzikir kepada Allah SWT di dalam masa haidnya."
– Kitab Durratun Nasihin Fil Wa'zi Wal Israr – Selamat Beramal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah?
![[Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah? 9 [Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah?](https://cdn.remaja.my/2018/09/Untitled-design-39.jpg)
Hari ini kecoh di media sosial kisah seorang instafamous remaja, Amalin yang mendakwa telah dibelasah oleh teman lelakinya sehingga tubuhnya lebam-lebam.
Terkini, seorang pengguna twitter Danialoniel@dnielioniel mendakwa laporan polis itu sudah ditarik oleh Amalin. Benar atau tidak, hal ini tidak pasti.
![[Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah? 10 [Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah?](https://cdn.remaja.my/2018/09/41797200_1957525117601820_5839272853710569472_n.jpg)
Kes instafamous ini mula tular selepas dia memuat naik kenyataan yang ditulisnya di Instagram miliknya mula menjadi viral selepas dia membuat laporan polis dan menulis ,
![[Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah? 11 [Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah?](https://cdn.remaja.my/2018/09/Screenshot_2018-09-14-17-38-35.jpeg)
“Terima kasih daun keladi, ada masa tumbuklah lagi.Kau nak lepas geram dengan perempuan nanti carilah aku, jangan pukul girls girls lain okay.
“BTW thanks your for those yang DM, post gambar kat story semua, komen bagi semangat semua, I will reply as soon as possible.
“I really appreciate it, niat Cuma nak nasihat perempuan lain jangan jadi bodoh je, tak sangka macam ni. Girls take care of your self okay. Jangan jadi macam kita.
Selepas berita itu tular, usianya yang dikatakan 13 tahun didakwa tidak benar kerana gadis yang masih bersekolah ini dikatakan berusia 17 tahun.
![[Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah? 12 [Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah?](https://cdn.remaja.my/2018/09/Untitled-design-40.jpg)
Ramai yang memberikan komen agar pada usia itu sebenarnya ditumpukan kepada pelajaran dan bukannya masa untuk berkasih-kasihan. Ramai juga menyarankan agar istilah famous itu digunakan untuk perkara-perkara yang lebih bermanfaat.
Selain kes Amalin, sebelum ini media sosial turut melaporkan seorang instafamous remaja dirogol oleh kenalan lelakinya tanpa menyebut nama instafamous berkenaan. Namun pelakunya sudah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
6 Tip Beli Lemang Berkualiti, Jangan Pilih Terlalu Tebal Atau Kecil

Menjelang hari raya ni, dah tentulah ramai antara kita yang akan sediakan makanan Hari Raya macam ketupat, lemang dan sebagainya.
Hambarnya lah hari raya tanpa hidangan lemang dan rendang kan?
ARTIKEL BERKAITAN : Masak Lemang Dalam Tin Minuman Tidak Selamat, Risiko Tinggi Bahayakan Kesihatan

Lemang merupakan salah satu simbolik hari raya. Walaupun cara pembuatan lemang agak merumitkan tetapi menu ini menjadi kegilaan ramai. Buluh yang diisi dengan beras pulut dan santan yang dilapikkan dengan daun pisang perlu dibakar sehingga masak untuk menghasilkan lemang.
Korang jangan risau kalau tak tahu nak buat lemang, zaman sekarang dah moden. Korang beli je berderet orang berniaga lemang sekarang.
Tapi tak semua orang bernasib baik dapat lemang yang elok dimakan. Jadi kami kongsikan petua dan tips bagi memilih lemang yang elok dan terbaik untuk dimakan bersama keluarga di Hari Raya nanti.

1. Cari Gerai Lemang Yang Banyak Kayu Tersusun Untuk Dibakar
Apabila korang nampak gerai tersebut mempunyai banyak kayu api, itu bermaksud diorang memang bakar lemang-lemang tersebut di situ dan bukannya hanya mempamerkan lemang yang telah dikukus di tempat lain dekat dengan bara api.
2. Elakkan Gerai Yang Membakar Lemang Dengan Pallet Kayu
Kalau korang perasan, pallet kayu ni jarang dimamah anai-anai. Ini disebabkan pallet tersebut telah disembur dengan sejenis coating yang beracun. Jadi kalau korang nampak ada gerai yang membakar lemang dengan menggunakan pallet kayu, lebih baik jangan beli. Takut racun daripada pallet kayu tersebut meresap masuk ke dalam lemang.
3. Jangan Pilih Lemang Yang Terlalu Tebal Atau Terlalu Kecil
Jangan pilih lemang yang terlalu besar, walaupun korang rasa berbaloi sebab harga masih sama dengan yang lain, tapi kebarangkalian untuk ia tidak masak lebih tinggi. Ini kerana isipadunya yang lebih besar, membuatkan lemang tersebut susah nak masak. Boleh jadi, bahagian luar saja yang masak. Bila potong, dalamnya mentah.
Kalau lemang yang terlalu kecil pula, boleh jadi isinya keras, liat atau terlalu garing. Jadi kalau nak selamat, pilih saiz yang sedang-sedang saja.
4. Minta Peniaga Belah Lemang Bahagian Bawah Sebelum Beli
Selalunya, peniaga akan belah bahagian atas dan tunjuk pada pembeli untuk memperlihatkan lemang tersebut sudah masak. Tetapi lebih baik kalau korang minta diorang belah bahagian bawah lemang.
Secara logiknya, kalau bahagian bawah lemang dah masak, bahagian atas pasti dah masak. Berlawanan pula kalau potong di bahagian atas dan nampak dah masak, bahagian bawah boleh jadi masih mentah.
5. Perhatikan Bahagian Kepala Santan
Korang mungkin perasan bahagian atas lemang bentuknya pelik sikit. Ini disebabkan segala lemak-lemak daripada santan berkumpul dan mendidih di bahagian atas. Selalunya ia dipanggil kepala santan. Bahagian ini selalunya digemari ramai sebab rasanya lebih berlemak dan sedap.
Masa nak beli lemang, cari kepala santan yang dah kering sebab bila ia dah kering, lemang tersebut boleh disimpan dengan lebih lama. Paling lama, dua hari. Cuba hidu juga bahagian kepala santan untuk tahu ia dah basi atau belum. Biasanya kalau santan dah basi akan bau masam-masam sedikit seperti santan yang dah tak elok
6. Minta Diskaun Bila Beli Banyak
Lumrah bila kita beli dalam kuantiti banyak, mestilah kena cuba untuk dapatkan diskaun, bukan? Contohnya kalau beli 3 batang lemang, tu dah nak dekat RM50 lebih. Bolehlah cuba minta sedikit diskaun daripada penjual. Minta sedikit saja, jangan lebih-lebih pula. Diorang pun tak nak kerugian.
Dengan adanya tips-tips di atas, lepas ni tak payah risau lagilah kalau terbeli lemang basi hari raya nanti. Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: MYSUMBER.TV
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

