Tahun lalu Miss Universe Singapura 2020 menjadi bualan ramai dek kostum nasional yang memberi impak ketika pentas akhir Miss Universe berlangsung. Bernadette Belle jelas mewakili negaranya dengan baik sekali biarpun dia tidak tersenarai antara semifinalis Top 21. Namun apa yang penting kehadirannya di pentas tersebut menjadi ingatan ramai.
Tahun ini, Miss Universe Singapura 2021 telah mengumumkan pemenangnya semalam. Nandita Banna, 21, telah diangkat sebagai juara sekaligus mendapat kepercayaan untuk mewakili negara kecil itu di pentas Miss Universe yang akan berlangsung di Eilat, Israel pada penghujung tahun ini.
.
Ads
Tahun ini organisasi Miss Universe Singapura memperkenalkan mahkota baharu yang dinamakan The Better Crown. Rekaan dengan lima bintang ini mewakili lima bintang pada bendera negara itu.
Menewaskan tujuh finalis lain, gadis berdarah India ini merupakan pelatih penganalisis data, model dan juga sukarelawan yang aktif di Care Corner Singapore yang menjurus kepada pembangunan skil hidup dan juga komunikasi interpersonal dalam kalangan pelajar sekolah. Ketika ini selain bekerja sebagai model sambilan dia merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Pengurusan Singapura.
.
Ads
Menarik tentang dirinya, dengan ketinggian yang dimiliki, dia telah dipilih sebagai salah seorang model untuk menggayakan busana koleksi Louis Vuitton Women Spring/Summer 2021 di Muzium Sains-Seni, Singapura. Dia juga pernah menghiasi lembaran fesyen dalam majalah Vogue Singapura.
Ads
Dalam sejarah pertandingan Miss Universe, setakat ini Singapura pernah dua kali menjadi semifinalis iaitu pada tahun 1983 menyaksikan Kathie Lee Lee Beng yang berjaya menjadi tpo 12 dan kemudian pada tahun 1987 yang mana Nicole Teo berjaya tembus sebagai peserta 10 terbaik dalam pertandingan tersebut.
Sumber gambar: Instagram Miss Universe Singapura & Nandita Banna
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Organisasi Miss Universe Singapura baru sahaja melabuhkan tirai malam finale untuk edisi 2022 sebentar tadi. Tahun ini menyaksikan 10 gadis berentap dalam saingan sengit bagi merebut gelaran berprestij idaman ramai itu.
Memulakan pencarian sejak Julai yang lalu, akhirnya gadis cantik keturunan cina, Carissa Yap dinobatkan sebagai juara. Dia yang berusia 22 tahun dan berketinggian 170cm merupakan seorang pelajar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Ekonomi di National University of Singapore.
Kemenangan Carissa ini bukanlah satu perkara yang mudah. Sebaliknya dia bakal menggalas tugas yang berat memandangkan tahun lalu wakil Singapura, Nandita Banna berjaya meletakkan negara tersebut ke dalam senarai barisan top 16.
Selain Carissa sebagai juara, tempat kedua dimenangi Yvonne Sashirekha manakala Denissia Delangle pula berada di kedudukan ketiga.
Antara barisan personaliti yang duduk di kerusi penjurian tahun ini ialah Frederick Lee yang merupakan pereka fesyen terkenal Singapura, Miss Universe Singapura 1987 yang juga finalis top 10 Miss Universe 1987, Marion Nicole Teo, Miss Universe Singapura 2013 dan juga pelakon, Shi Lim, Jurugambar komersial dan fesyen, Jeff Chang. Acara tersebut pula telah dihoskan oleh pelakon popular, Erwin Dawson.
Dalam sejarah pertandingan Miss Universe, Singapura pernah dua kali berjaya mara ke peringkat akhir, salah satunya menerusi perwakilan Marion Nicole Teo dan kemudiannya menerusi Nandita Banna yang mengejutkan ramai pihak tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kira-kira dua bulan yang lalu, jelitawan dari Subang Jaya Selangor, Charissa Chong telahpun dinobatkan sebagai Miss Grand Malaysia 2022 dan keputusan tersebut dipersetujui ramai peminat dunia ratu cantik.
Ini berikutan pengalaman luas yang dimiliki Charissa daripada penyertaan dalam beberapa buah pertandingan ratu cantik terdahulu termasuklah kejayaannya menggarap kedudukan Naib Juara Miss Universe Malaysia 2020 dan pernah mewakili negara di pentas Miss International 2013.
Justeru, penyertaan Charissa yang kini telahpun berada di kota Jakarta setelah lebih seminggu di Bali, Indonesia dipercayai mampu meneruskan kecemerlangan Malaysia dalam pertandingan Miss Grand International menerusi Jasebel Robert (Top 10, 2020) dan Lishalliny Kanaran (Top 20 & penemang Kostum Kebangsaan Terbaik).
Hari demi hari, kehadiran Charissa di Indonesia semakin mendapat perhatian pemerhati global dek pembawakan dirinya yang glamor dan tata cara sebagai gadis Malaysia yang berjaya membuatkan ramai jatuh cinta.
Menarik mengenai penyertaan Charissa di Miss Grand International 2022, beliau membawakan advokasi yang sedikit berbeza daripada kebiasaan apabila beliau memperjuangkan kesedaran untuk golongan yang berdepan masalah penglihatan dan ingin menghentikan diskriminasi terhadap masyarakat kurang upaya seperti mereka.
Menerusi sesi langsung di Instagram dari Bali, Indonesia baru-baru ini, Charissa menjelaskan mengapa advokasi ini begitu dekat dengan hatinya dan bukan sekadar omong-omong kosong yang dicipta di pentas ratu cantik.
“Seperti yang pernah saya kongsikan tidak lama dahulu, ibu saya merupakan seorang ibu tunggal yang berdepan masalah penglihatan. Menerusinya, saya dapat melihat dia bergelut dalam rutin hariannya disebabkan penyakit Retinitis Pigmentosa yang perlahan-lahan mengaburkan deria penglihatannya. Saya juga melihat dia dilayan secara berbeza oleh orang di sekelilingnya.
“Bagi saya, mereka merupakan golongan yang kental semangat. Beradanya saya di sini adalah untuk berkongsi kisah mereka selain mewakili diri saya sebagai seorang individu serta negara saya, Malaysia,” kata graduan Komunikasi Massa ini.
Dalam satu video perkongsian yang dimuat naik oleh Charissa sempena sambutan Hari Penglihatan Sedunia (World Sight Day) pada 14 Oktober 2021, ibunya berkata ia bermula apabila penglihatan beliau bertukar kabur semasa memandu pada waktu malam.
Silauan dari kenderaan hadapan membuatkan pandangannya kabur dan tidak menyelesakan. Seharusnya kata beliau, pemeriksaan mata dilakukan lebih awal bagi menangani masalah sedemikian; lebih-lebih lagi apabila ibunya mendapat tahu penyakit ini bersifat genetik.
“Kami pada awalnya tidak sedar akan kewujudan begitu banyak penyakit mata. Jika seseorang menghidapi kencing manis, dia boleh berdepan Glaucoma.
“Sebab utama kami kongsikan kisah ini adalah demi memberi kesedaran. Tidak kira peringkat umur anda, amatlah penting untuk anda lakukan pemeriksaan mata,” ujarnya.
So guys, sekiranya korang ingin melihat wakil negara sekali lagi meloloskan diri ke peringkat separuh akhir di pertandingan Miss Grand International, korang boleh terus mengundi untuk Charissa sehingga 25 Oktober 2022.
Setakat 16 Oktober ini, Charissa menduduki tangga kelima undian popular di belakang wakil Thailand, Mauritius, Rusia dan Vietnam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik, Miss Grand International 2022 iaitu Charissa Chong dan pasukannya telah memilih Harimau Malaya : Ratu Rimba sebagai konsep untuk segmen kostum kebangsaan Malaysia yang akan berlangsung pada malam ini di Jakarta.
Menurut mereka, harimau lambang kegagahan, hati diri, tenaga, keunggulan, perlindungan, kecantikan dan sukar untuk diramalkan pergerakannya. Tak sabar nak lihat gambaran penuh kostum ini!
Tahun lalu, Malaysia menerusi kostum Ulek Mayang telah memenangi kategori kostum kebangsaan terbaik pilihan juri. Agaknya kali ini, mampukah Malaysia mengulangi kejayaan tersebut?
REMAJA berkesempatan untuk menemubual pereka kostum kebangsaan Miss Grand Malaysia pada kali ini, Stevie Sebol mewakili Borneo Republic Malaysia Creations mengenai proses di sebalik pembikinan kostum serta cabaran yang dihadapi oleh mereka bersama Charissa bagi merealisasikan idea yang dicanang.
Berapa lamakah masa yang diambil oleh anda untuk menyiapkan kostum Harimau Malaya ini?
Steven Sebol (SS): Secara teknikalnya, masa yang diberi untuk keseluruhan pembikinan ini adalah selama tiga minggu saja sebelum Charissa berlepas ke Bali, Indonesia. Namun proses pembuatan kostum hanya memakan masa 14 hari sahaja setelah konsep dan idea dipersetujui.
Idea untuk mengetengahkan Harimau Malaya, haiwan ikonik Malaysia yang jumlahnya kian meruncing datang daripada Charissa sendiri. Dia rajin menghantarkan foto-foto serta video-video bersesuaian kepada kami sebagai inspirasi di sebalik kostum tersebut.
Sukarkah untuk proses logistik ke Indonesia?
SS: Kostum ini dibahagikan kepada bahagian yang perlu ‘dipasang siap’ dan sebahagian lagi boleh disarungkan dengan mudah oleh Charissa. Asalnya, kami cuba untuk menetapkan berat maksimum 12 kilogram bagi keseluruhan kostum yang diletakkan ke dalam kotak.
Namun, semakin banyak bahagian kostum yang disiapkan, ia akhirnya mencecah berat 19.7 kilogram! Nasib baik pihak Charissa memberi kelonggaran untuk tidak memikirkan soal berat bagasi ini. Saya percaya, kostum Malaysia ini terus dihantar ke Jakarta iaitu lokasi kedua pertandingan Miss Grand International 2022.
Apakah simbolik pada pemilihan harimau dan ‘sayap’ berukir?
SS: Seperti yang kita tahu, Charissa merupakan seorang yang kuat, kental hatinya dan bergiat aktif dalam aspek fizikal. Simbol tersebut dapat dilihat pada pemilihan spesis Harimau Malaya berwarna jingga dan putih yang wujud di habitat Malaysia.
Sementara itu, bahagian ukiran untuk sayap Charissa pula mewakili ukiran am yang selalu kita lihat pada bahagian bangunan tradisional Malaysia, di istiadat perkahwinan, pada bahagian istana kita dan macam-macam lagi adat keseniaan di Malaysia yang menggunakan ukiran. Coraknya diinspirasikan daripada motif awan larat dan juga seni bina Jambatan Seri Gemilang di Putrajaya yang mempunyai paten sama.
Bunga Raya sebagai elemen flora yang dipilih pada tenunan busana.
SS: Bunga Raya dipilih kerana ia melambangkan bunga kebangsaan Malaysia dan simbol kebanggaan rakyat kita. Seperkara lagi, kita enggan memilih beberapa spesis flora lain yang sinonim dengan habitat di Malaysia seperti rafflesia dan orkid kerana enggan mencetuskan kontroversi jika ia dikaitkan dengan negara jiran lain.
*
Apa pendapat korang mengenai kostum kebangsaan Malaysia ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!