Organisasi Miss Universe Singapura baru sahaja melabuhkan tirai malam finale untuk edisi 2022 sebentar tadi. Tahun ini menyaksikan 10 gadis berentap dalam saingan sengit bagi merebut gelaran berprestij idaman ramai itu.
Memulakan pencarian sejak Julai yang lalu, akhirnya gadis cantik keturunan cina, Carissa Yap dinobatkan sebagai juara. Dia yang berusia 22 tahun dan berketinggian 170cm merupakan seorang pelajar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Ekonomi di National University of Singapore.
Kemenangan Carissa ini bukanlah satu perkara yang mudah. Sebaliknya dia bakal menggalas tugas yang berat memandangkan tahun lalu wakil Singapura, Nandita Banna berjaya meletakkan negara tersebut ke dalam senarai barisan top 16.
Ads
Selain Carissa sebagai juara, tempat kedua dimenangi Yvonne Sashirekha manakala Denissia Delangle pula berada di kedudukan ketiga.
Antara barisan personaliti yang duduk di kerusi penjurian tahun ini ialah Frederick Lee yang merupakan pereka fesyen terkenal Singapura, Miss Universe Singapura 1987 yang juga finalis top 10 Miss Universe 1987, Marion Nicole Teo, Miss Universe Singapura 2013 dan juga pelakon, Shi Lim, Jurugambar komersial dan fesyen, Jeff Chang. Acara tersebut pula telah dihoskan oleh pelakon popular, Erwin Dawson.
Ads
Dalam sejarah pertandingan Miss Universe, Singapura pernah dua kali berjaya mara ke peringkat akhir, salah satunya menerusi perwakilan Marion Nicole Teo dan kemudiannya menerusi Nandita Banna yang mengejutkan ramai pihak tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Viral di media sosial tentang penggunaan ‘health tag’ yang mengandungi bahan kimia Chlorine Dioxide dan dikatakan mampu menghapuskan virus dan bakteria dalam radius 1 meter daripada si pemakainya. Ia juga dikatakan mampu bertahan selama 45 hari.
Namun begitu, keberkesanan produk ini telah pun mendapat penafian daripada Pusat Racun Negara yang mengesahkan bahawa satu kajian khusus tentang keberkesanan produk seumpama itu telah dijalankan dan diterbitkan melalui artikel Hidekazu NISHIMURA, Investigation on Practical Usefulness of Body-worn Devices that Claim to Release Chlorine Dioxide. Japanese Journal of Environmental Infections 32(4):222-226. July 2017.
Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa:
1. Tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku
2. Gas yang dibebaskan adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung
Kajian ini juga jelas menunjukkan pemakaian ‘health tag’ adalah TIDAK BERKESAN untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada apatah lagi COVID-19.
Chlorine Dioxide merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah. Lebih membimbangkan lagi, kepercayaan terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.
Akibatnya, masyarakat akan bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan penjarakan sosial.
Oleh itu, korang jangan percaya jika terlihat mana-mana penjual yang menjual produk ini secara online atau pun di kedai-kedai kerana ia sama sekali tidak membantu menjauhkan korang daripada virus COVID-19.
Sampaikan berita ini kepada keluarga dan insan tersayang agar mereka lebih peka dan tidak terpedaya.
Negara Filipina terus tampil memberikan kejutan dalam usaha mendapatkan kejuaraan kelima di pertandingan ratu cantik Miss Universe apabila ia memahkotakan gadis berkulit gelap pertama semalam sebagai juara pertandingan Miss Universe Philippines 2024.
Chelsea Manalo dari daerah Bulacan mengenepikan 52 jelitawan lain untuk menerima mahkota Mouawad Miss Universe Philippines, selempang dan sekaligus gelaran keramat itu di hadapan ribuaan penonton di Mall of Asia Arena dekat Pasay City, Filipina.
Chelsea seterusnya akan mempersiapkan diri sebelum terbang ke Mexico pada suku keempat tahun ini untuk mewakili Filipina di pertandingan Miss Universe edisi ke-73.
Chelsea Manalo menerima mahkota daripada Miss Universe Philippines 2023, Michelle Marquez Dee.
Juara ‘Dark Horse’
Gadis berusia 22 tahun ini sememangnya merupakan salah seorang peserta yang berjaya meraih perhatian peminat dunia ratu cantik pada sidang media pengenalan para peserta Miss Universe Philippines 2024, awal tahun ini.
Tentunya, paras fizikalnya yang berdarah kacukan Filipina (sebelah ibu) dan African-American (sebelah ayah) menjadi salah satu faktor utama yang membuatkan Chelsea lebih menonjol berbanding peserta lain.
Begitupun, itu bukanlah satu-satunya kelebihan yang ada pada Chelsea sehinggakan dia ditabalkan sebagai juara.
Setiap kali berpeluang ditemubual oleh penggiat media di Filipina, gadis berlesung pipit ini berjaya memukau pengantara sesi serta penonton dengan kebijaksaan jawapan yang diberikan.
Malah, tutur katanya juga lancar dilontarkan dengan penuh tenang lalu membuatkan Chelsea amat relatable dan berpotensi sebagai wakil Filipina di pertandingan ratu cantik antarabangsa.
Sewaktu segmen soal jawab Top 5, Chelsea diberikan soalan berbunyi, “Anda cantik dan yakin. Bagaimana anda akan menggunakan kualiti-kualiti ini untuk memperkasakan orang di sekeliling?”
Jawabnya, “Sebagai wanita berdarah kacukan, saya selalu berdepan cabaran dalam hidup. Saya diberitahu bahawa kecantikan itu mempunyai aras tersendiri. Namun untuk saya, saya selalu mempercayai kata-kata ibu saya setiap kali mendengarnya. Untuk selalu percayai kepada diri sendiri. Pertingkatkan kepercayaan yang saya ada dalam diri saya.
“Disebabkan ini semua, saya sudahpun mempengaruhi ramai wanita yang kini sedang menatap saya. Sebagai seorang wanita yang mentransformasikan diri, saya juga mempunyai 52 wakil lain bersama-sama saya di sini yang telah membantu saya menjadi diri saya sekarang.”
Tidak hairanlah Chelsea diangkat sebagai peserta dark horse yang diharapkan mampu memberi saingan sengit kepada peserta kegemaran seperti Ahtisa Manalo (Quezon Province), Victoria Velasquez Vincent (Bacoor), Christi McGarry (Taguig) dan Alexie Brooks (Ilo Ilo City) yang merupakan seorang lagi peserta berkulit gelap yang dicanang-canang sebagai juara namun gagal melepaskan diri ke peringkat Top 5, malam tadi.
Pernah Sertai Miss World Philippines
Kebelakangan ini, organisasi Miss Universe Philippines dilihat lebih bersifat terbuka untuk memahkotakan peserta yang pernah mempunyai pengalaman lalu di pentas Miss World Philippines.
Sebagai contoh, Rachel Peters di Miss World Philippines 2014, Catriona Gray (Miss Universe 2018) pernah bertanding di pentas Miss World 2016, Gazini Ganados di Miss World Philippines 2014 dan Michelle Marquez Dee di Miss World 2019.
Pengalaman yang dikutip oleh mereka ini dilihat cukup berharga untuk menakluki pertandingan Miss Universe.
Nampaknya malam tadi, sekali lagi organisasi itu mengangkat gadis yang pernah mewakili Filipina di pertandingan Miss World Phillipines sebagai juaranya.
Chelsea tidak asing dengan dunia fesyen dan telah bergelar model sejak usia 15 tahun lagi. Menginjak ke usia 17 tahun, dia memberanikan diri untuk bertanding di pertandingan Miss World Philippines lalu menamatkan saingan di peringkat Top 15.
Selain tidak kekok di pentas peragaan, Chelsea juga amat mementingkan pendidikan dan mengenepikan dunia ratu cantik selama lima tahun sesudah debut-nya di Miss World Philippines itu untuk menamatkan pengajiannya terlebih dahulu. Sambil itu, gadis ini sudahpun menyelami advokasinya untuk memperkasakan pendidikan dalam kalangan komuniti remaja menerusi inisiatif Kids for Kids.
Adakah Chelsea Manalo bakal membawa pulang mahkota Miss Universe kelima untuk Filipina pada tahun ini? Jika diikutkan kriteria yang ada padanya ini, impian itu bukanlah omong-omong kosong semata. Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah whitehead dan blackhead boleh dikatakan antara situasi kedua selepas jerawat, yang selalu membimbangkan kaum perempuan.
Kulit muka yang berminyak berpotensi untuk mengalami masalah pada liang pori dan ia secara tidak langsung mengundang masalah lain seperti whitehead, blackhead dan jerawat.
Selain itu, sinaran matahari yang terlalu banyak atau pemilihan skincare yang tidak sesuai juga boleh merosakkan kolagen kulit dan turut membuka liang di muda dan menyebabkannya tersumbat. Itu di antara salah satu punca bagaimana whitehead atau blackhead pada kulit muka korang boleh terjadi.
Jadi, apakah rutin yang korang boleh buat untuk hilangkan masalah whitehead dan blackhead ini? Jom kita lihat bagaimana Iman Abdul Rahim ini berkongsi cara penjagaan dan produk terbaik untuk mengatas masalah ini.
Whitehead
1. Basic skincare routine
Rutin asas ni maksudnya korang guna cleanser, moisturizer dan sunscreen setiap hari serta pilihlah produk yang sesuai dengan kulit. Kadang-kadang, bila produk tidak sesuai dengan kulit, itu yang membuatkan whitehead terjadi pada kulit wajah.
2. Keep your skin hydrated
Ada beza antara kulit dry dengan dehydrated. Kulit kering bila ia tidak cukup menghasilkan minyak, jadi korang akan rasa kering. Manakala, dehydrated skin adalah kulit yang tak cukup air.
So, pastikan kulit korang sentiasa hydrated dan berikut adalah antara contoh hydrating toners yang korang boleh try.
3. Exfoliate using chemical exfoliate, alpha hydroxy acid (AHA)
Basically, exfoliator adalah proses membuang sel kulit mati, tak kisahlah pada muka atau badan. Skrub pula, cara untuk kita buang kulit mati tu. Ini cara mudah untuk buat korang faham apa itu exfoliate.
Guna produk yang ada glycolic, lactic acid atau mandelic acid. Chemical exfoliate baik untuk kulit yang kering, kusam, berminyak, pori tersumbat dan jerawat.
Contoh AHA: 1. Paula’s Choice 2. CosrxContoh AHA daripada The Ordinary
Blackhead
1. Basic skincare routine
Sama seperti whitehead, lakukan basic routine ini dengan cleanser, moisturizer dan sunscreen.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...