YA, semua sedang obses dengan siri K-drama terbaru di saluran penstriman, Netflix berjudul Squid Game. Ia gara-gara plot penceritaannya yang tidak klise dan lakonan mantap para pelakonnya termasuklah pelakon baharu, Jung Ho-yeon.
Bajet besar yang dimiliki produksi Squid Game oleh Netflix untuk merealisasikan drama ini juga banyak membantu menjadikannya sebuah siri bualan ramai sejak 17 September lalu.
Cuma satu sajalah, timbul perbandingan antara drama ini dengan sebuah lagi drama yang pernah ditayangkan di Netflix pada Disember 2020 berjudul Alice in Borderland.
Kedua-duanya mempunyai jalan cerita seakan sama iaitu melibatkan sekumpulan orang yang meletakkan nyawa mereka dalam risiko dan perlu berusaha menyelamatkan diri daripada terbunuh.
Kedua-dua drama ini juga menampilkan watak utama dengan latar belakang seakan sama iaitu Ryohei Arisu dan Seong Gi Hun yang tidak bahagia dengan kehidupan masing-masing.
Perbezaan utama adalah Alice In Borderland mengambil tempat di Tokyo, Jepun manakala Squid Game di Korea Selatan.
Seperkara lagi yang membezakan dua buah drama aksi ini adalah sebab utama pesertanya perlu bertanding. Dalam Alice In Borderland, pemainnya merebut peluang untuk membebaskan diri lalu meneruskan kehidupan.
Dalam Squid Game pula, mereka sanggup mempertaruhkan nyawa semata-mata merebut hadiah lumayan berupa 45.6 bilion Won (kira-kira RM161 juta). Hanya seorang saja yang akan bergelar juara dan bagi yang tidak berjaya pula, matilah jawabnya.
Dalam Alice in Borderland, ia menampilkan seorang gamer dan dua rakannya yang terdampar di kota Tokyo kosong. Mereka seakan berada dalam satu bentuk permainan video. Kemudian, barulah mereka disertai beberapa watak lain dan harus menyelesaikan permainan ini untuk kekal hidup. Manakala dalam Squid Game, ratusan orang mencuba nasib dalam permainan tradisional Korea, ‘Squid Game’ with a twist.
Sebenarnya, sudah agak lama kita tidak memperoleh sebarang update mengenai musim kedua Alice in Borderland yang disahkan bakal menemui penonton. Maka, tidak hairanlah sejak Squid Game ditayangkan minggu lalu, drama Alice In Borderland turut menerima tempias tular terutamanya di platform Twitter berikutan rasa rindu peminat Alice In Borderland untuk menantikan sambungannya.
Khabarnya, produksi Alice In Borderland sudah memulakan penggambaran sejak Julai lalu dan akan teruskan penggambaran hingga bulan Disember. Ini bermakna, musim keduanya mungkin sekali akan ditayangkan pada separuh kedua tahun 2022. Namun hingga kini, masih belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak Netflix Malaysia melainkan spekulasi peminat semata-mata.
Jujurnya pada pendapat penulis, baik Squid Game atau Alice In Borderland mempunyai keunikan tersendiri. Malah, setiap karakter yang diperkenalkan juga berlainan jalan ceritanya. Cuma mungkin disebabkan faktor thriller-nya, wujudlah beberapa titik persamaan antara kedua-dua drama ini pada pandangan penonton.
Yang penting, kedua-duannya merupakan siri original Netflix.
P.S : Ada juga yang membandingkan Squid Game dengan filem bergenre action thriller, Battle Royale (2000) dan filem Hunger Games.
Siapa sangka, disebalik perwatakan ceria, pelakon dan penyanyi Janna Nick pernah didiagnosis menghidap penyakit bipolar.
Janna Nick juga sempat berkongsi tips dan rutin yang dilakukannya agar dia dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan tenang. Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, berkata dia akan memulakan paginya dengan melakukan aktiviti kecergasan.
“Kalau ada rasa tak best, moody tak tentu pasal, stress and down, exercise lah sebab it will help you release endorphins and stimulate various brain chemicals. (Natural painkillers and modd elevators),” tulis Janna di ruangan kapsyen.
Menerusi posting itu juga, Janna turut memuat naik beberapa gambar serta video menunjukkan aktiviti senaman yang dilakukannya. Janna berkata dia dapat mengawal emosinya dengan melakukan aktiviti kecergasan pada setiap pagi.
“Kalau tanya macam mana saya kekal gembira dan dapat kawal emosi walaupun ada mental illness, jawapannya adalah.. live an active life and eat healthy,” tulis Janna lagi.
Penyakit bipolar, juga dikenali sebagai gangguan bipolar, adalah satu bentuk penyakit mental yang melibatkan perubahan mood yang drastik antara tahap tahap euforia (mania) dan tahap kesedihan yang mendalam (depresi). Dan penting untuk mendapatkan rawatan profesional jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami gejala penyakit bipolar.
Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah untuk anak Malaysia mencipta nama di negara asing dalam bidang seni hiburan. Tambah-tambah lagi di negara seperti China yang mempunyai ribuan bakat-bakat baru yang sedang menunggu masa dan peluang untuk meningkat naik serta dikenali ramai.
Justeru, apabila seorang remaja lelaki berusia 22 tahun mencuri tumpuan selepas lagu nyanyiannya tular di laman sosial Douyin (TikTok versi China) baru-baru ini, masyarakat Malaysia mulai tertarik untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi.
Siapakah lelaki yang mampu mengikut jejak langkah penyanyi, Shila Amzah di negara tersebut?
Remaja yang dikenali sebagai Firdhaus (@fffirhaus) ini mula menjadi bualan mulut sejak Disember tahun lalu apabila dia menyerlahkan kemampuannya untuk mencipta serta menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin. Ini adalah 4 fakta menarik mengenai penyanyi lagu Gulf of Alaska ini.
01
Gulf of Alaska yang berjaya mendapat 170 juta tontonan di TikTok merupakan salah satu daripada empat buah lagu yang dimuatkan di dalam album EP berjudul A Letter; di bawah label Loolala Music Malaysia. Ia baru saja menemui pendengar pada bulan November lalu.
Gulf of Alaska turut meraih tempat di YouTube setelah video tersebut mendapat 1.1 juta tontonan sehingga kini.
02
Sememangnya, semakin ramai remaja berbangsa selain Cina di Malaysia yang mendalami bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan ketiga mereka. Firdhaus sendiri menguasai bahasa tersebut apabila dihantar ke sekolah jenis Cina sejak kecil.
03
Menurut laporan Sin Chew Daily, Firdhaus mendapat minat nyanyian sejak mula mendengar lagu-lagu nyanyian penyanyi popular Taiwan, Jay Chou ketika berusia 12 tahun.
Sumber Foto: Instagram @fffirdhaus
04
Pada mulanya, ibu bapa kepada Firdhaus tidak begitu pasti untuk memberikannya ‘green light’ bagi meneruskan minat dalam bidang muzik memandangkan industri ini cukup competitive. Mereka ingin melihat satu-satunya anak lelaki dalam keluarga mereka itu untuk fokus dengan masa depan yang lebih stabil.
Selepas melihat minat Firdhaus tidak luntur dalam tempoh 10 tahun yang lalu dan melihat kejayaan memperolehi populariti di media sosial, mereka lebih terbuka dan menyokongnya.
05
Selain berbakat dalam bidang muzik, Firdhaus juga nampaknya mempunyai minat dalam seni fotografi! Cer tengok akaun Instagram kedua FIRDHAUS INI.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.