Peguam Mahmud Jumaat menggesa tiga penyampai radio Era FM, Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin, agar tidak terus memohon maaf berhubung dakwaan mempersenda upacara agama Hindu dalam sebuah video tular baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Mahmud menjelaskan bahawa insiden tersebut berkemungkinan merupakan satu salah faham yang diperbesarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Beliau berkata, setelah melakukan kajian mendalam, beliau yakin tuduhan tersebut tidak berasas.
“Ini semua satu salah faham. Saya ada empat sebab mengapa tarian yang dilakukan oleh Azad bukanlah tarian kavadi, tetapi tarian masuk atlet Muay Thai negara, Miki Ghazali,” ujar Mahmud.
Selain itu, Mahmud juga menambah bahawa beberapa elemen dalam tarian tersebut menunjukkan ia ditujukan kepada Miki Ghazali, bukan berkaitan dengan perayaan agama tertentu.
Antara sebabnya adalah gaya gerakan seperti gelek punggung dan geleng kepala yang menyerupai gerak tari Miki.
Selain itu, lagu latar dalam video itu juga merupakan lagu yang digunakan oleh Miki dalam pembukaan perlawanan.
Ads
Mahmud turut berkongsi bahawa Azad sendiri telah ‘mentioned’ nama Miki Ghazali dalam hantaran video tersebut dan berkata, “Kalau nak back up dancer boleh roger tau.”
Mengenai tarian Kavadi, Mahmud bertanya sama ada tarian tersebut benar-benar mempunyai ciri-ciri seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut, sambil menyebut bahawa Miki Ghazali turut memberi komen dalam posting video itu.
Beliau juga mengakui bahawa Nabil tidak berniat untuk mempersenda apabila menyebut “Vel Vel” di akhir tarian tersebut, yang mungkin hanya kerana mereka terhibur dengan tarian Miki.
“Kalau saya ada kat situ pun saya tak tahan tengok muka Pak Azad dengan tarian entrance Miki Ghazali itu,” tambah Mahmud.
Ads
Peguam tersebut menegaskan bahawa pihak penyampai radio tidak seharusnya terus memohon maaf, kerana ia memberi gambaran seolah-olah mereka berniat menghina agama Hindu.
Dalam kes-kes sebegini, Mahmud turut memaklumkan, adalah lebih baik untuk memberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar tanpa terburu-buru mengaku salah.
“Kalau dalam mahkamah, kami biasanya menasihatkan anak guam untuk tidak terus memohon maaf tanpa memberikan penjelasan yang jelas,” katanya.
Dalam pada itu, Mahmud juga meluahkan rasa kecewa kerana insiden tersebut telah menyebabkan penghinaan terhadap agama Islam, dengan ada pihak yang menghina umat Islam dan kitab suci Al-Quran secara terbuka.
Sebelum ini, tiga penyampai radio Era FM tersebut telah memohon maaf selepas video yang didakwa mempersenda tarian Kavadi tular.
Tarian tersebut yang biasa dikaitkan dengan upacara Thaipusam, dilakukan oleh Azad sambil menyebut “Vel Vel” diikuti dengan gelak tawa.
Insiden ini telah mencetuskan kemarahan daripada Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan, yang meminta permohonan maaf terbuka dan tindakan terhadap stesen radio Era FM. Ketiga-tiga penyampai tersebut digantung tugas sementara siasatan dijalankan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB MAHMUD JUMAAT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gaiss, penulis dah tahu ke manakah destinasi makan tengahari korang esok.
Tidak lain tidak bukan, KFC Malaysia!
Okay sebelum korang merungut, “KFC lagi?!”, ketahuilah bahawa esok satu promosi hebat bakal mereka lakukan sempena tarikh istimewa 20.02.2020.
Hanya untuk hari esok, KFC Malaysia menawarkan promosi 2 set Snack Plate pada harga RM20 sahaja. Dua ya, dari 10 pagi hingga 10 malam.
Dan setiap pelanggan boleh menebus maksimum sebanyak 3 kali. Okaylah itu, brunch-tea-supper. Hiks!
Cara untuk menebus promosi ini amat mudah. Korang hanya perlu tunjukkan poster ini di kaunter semasa membuat pesanan.
Seperkara lagi, terdapat beberapa cawangan KFC Malaysia yang tidak terlibat iaitu cawangan Genting Highlands, Mall of Medini dan kesemua lapangan terbang.
Jangan lepaskan peluang ini okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama bersiri terbaru di slot Lestary, Melur Untuk Firdaus akan bermula pada 27 Mei ini setiap jam 9 malam; setiap hari Rabu hingga Sabtu.
Diterajui oleh Meerqeen dan Anna Jobling yang masing-masing lahir daripada pencarian Hero Remaja 2020 dan Dewi Remaja 2018/2019, ramai tidak sabar untuk menyaksikan gandingan dua pelakon ini.
Buat Anna yang ditemui REMAJA sewaktu sebuah acara baru-baru ini, dia menyifatkan pengalaman ini sebagai sesuatu yang baharu memandangkan dia belum pernah lagi menjadi teraju utama.
“Ini merupakan kali pertama saya memegang watak utama dalam sebuah drama atau filem; dan jujurnya ia sedikit scary. Sebelum Anna masuk ke set Melur Untuk Firdaus, Anna telah pergi ke kelas lakonan untuk kaji karakter dan skrip supaya bila Anna mulakan penggambaran Anna tidaklah datang dengan ‘tangan kosong’.
“As usual I did my homework and preparation kerana saya ingin berikan yang terbaik untuk Melur Untuk Firdaus,” kongsi Anna. Mengakui dirinya sedikit cemas sebelum sertai produksi, namun Anna cepat boleh bergaul dengan mereka ibarat famili.
Pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2018/2019, Anna Jobling.
Melur diibaratkannya sebagai seorang anak tunggal yang easy going dan sentiasa berfikiran positif. Pada waktu yang sama, Melur juga pernah mengalami trauma dan insiden di masa lampau.
Penulis tidak melepaskan peluang untuk bertanya mengenai perhubungannya denganr akan pelakon dalam drama Melur Untuk Firdaus iaitu Meerqeen. Jelas terpancar kemesraan yang dalam sedikit content yang mereka berdua muat naik ke media sosial.
Ada apa-apa ke Anna dengan Meerqeen?
Sedikit tersipu apabila diajukan soalan tersebut, Anna menyifatkan chemistry mereka tercetus kerana mereka berdua pernah bekerjasama dalam projek terdahulu.
“Anna senang bekerja dengan Meerqeen. Dalam bab cinta lokasi, itu bukanlah fokus Anna buat masa ini. Yang penting adalah masuk ke set dan bekerja. Tapi Anna senanglah bekerja dengannya,” ulasnya ringkas.
Anna bersama gandingannya dalam drama Melur Untuk Firdaus, Meerqeen.
Soal lelaki buat masa ini nyata bukanlah perkara utama dalam mindanya. Namun, saat ditanya jika Meerqeen mempunyai ciri-ciri lelaki idaman Anna, dia hanya menjawab, “Ada. Adalah sedikit.”
“Meerqeen kelakar. Dia juga menghormati saya dan keluarga saya. Kami selalu bertanyakan khabar masing-masing. (Ketawa) And he is always willing to help out. Tapi sampai tahap itu sahajalah. Nak kata bercinta, belum lagi,” kongsinya secara eksklusif.
Kalau betul pun bercinta, apa salah? Sama cantik sama padan, why not?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk sos pasta jenamanya, Amore In Cucina, mendapat sambutan hangat daripada orang ramai sebaik sahaja dilancarkan.
Dari Dapur Rumah Ke Bisnes Sendiri
Menurut pelakon filem Telaga Suriram itu, dia kini menikmati rutin baharu sepanjang bulan Ramadan apabila sibuk menguruskan perniagaan sos pasta miliknya.
“Sebenarnya nak keluarkan pada tahun lepas tetapi aturan Tuhan, saya akhirnya ada sos pasta sendiri tahun ini.
“Saya sangka tiada sambutan, sekali habis semua dan sampai sekarang memang hidup saya tengah sibuk tentang tomato,” katanya.
Cerewet Demi Kualiti Rasa Premium
Nabila mengakui sikapnya yang cerewet dalam memilih makanan, khususnya pasta, menjadi antara faktor utama dia menghasilkan produk tersebut.
“Saya jenis akan pastikan produk yang dijual ini seperti rasa makanan yang saya makan dekat rumah. Sebab tu saya memang sangat cerewet.
“Jadi, saya guna resipi ‘home-cook’ sebab niat pertama nak orang rasa kasih sayang daripada hidangan yang saya masak itu.
“Saya juga tak akan jual produk yang biasa-biasa tetapi mahu pembeli dapat rasa sos pasta premium sama seperti saya makan di rumah,” ujarnya.
Sampai ‘Tak Terkira’ Order Tomato!
Dek kerana permintaan yang semakin tinggi, Nabila kini berdepan cabaran untuk memastikan bekalan bahan mentah sentiasa mencukupi.
“Saya ‘order’ tomato terlalu banyak baru-baru ini, sampai sudah tak terkira jumlahnya.
“Sekarang saya sedang mencari ladang tomato. Kalau dapat, mudah untuk dapat pembekal tomato berterusan dan mungkin harga juga lebih murah,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.