Baru-baru ini, pasukan Malaysia terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan Kejohanan Dunia Kanak-Kanak Memanah Berkuda IHAA 2025 yang berlangsung di Bogor, Jawa Barat, Indonesia.
Kejohanan anjuran International Horseback Archery Alliance (IHAA) itu menyaksikan kontinjen negara menewaskan saingan terkuat dari Türkiye yang meraih tempat kedua, manakala tuan rumah Indonesia menduduki tempat ketiga.
Dalam pada itu, antara atlet muda penuh potensi yang berjaya mencuri tumpuan ialah Muhammad Muhamad Akmal yang mencatat rekod dunia terbaru tertinggi, Abu Bakr Muhammad Akmal, Abdurrahman Ahmad Mu’az, Hazzil Hamidi dan Heba Nusaybah Ahmad Mu’az.
Kredit foto: Instagram IHAA Official
Kelima-lima mereka berjaya membawa pulang keseluruhan sembilan pingat emas, lima perak dan dua gangsa dalam pelbagai kategori umur, sekaligus menjulang nama Malaysia sebagai kuasa baharu dalam arena memanah berkuda kanak-kanak.
Ads
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu perkongsian di Facebook, beliau sempat mengucapkan tahniah kepada skuad negara atas kejayaan luar biasa ini.
“Tahniah pasukan Malaysia di atas kejayaan muncul sebagai juara International Horseback Archery Alliance (IHAA) World Kids Championships 2025 di Indonesia,” tulisnya penuh bangga.
Ads
“Anak-anak Malaysia terus membanggakan negara di pentas dunia sekaligus membuktikan bahawa potensi atlet kita boleh berkembang di pelbagai ruang,” coretnya lagi.
Kejayaan yang diraih oleh Muhammad Akmal selepas memecahkan rekod baru dunia (Kredit foto: Instagram IHAA Official)
Sementara itu, kejohanan yang menghimpunkan penyertaan dari 15 negara ini turut disertai oleh pasukan dari Thailand, Singapura, Vietnam, Jepun, China, Taiwan, Korea Selatan, Kazakhstan, Uzbekistan, Mongolia, Türkiye, Perancis, Afrika Selatan, dan Indonesia sendiri.
Ads
Kejayaan pasukan cilik negara ini bukan sahaja membuka mata dunia terhadap kehebatan bakat muda tanah air, malah menjadi dorongan kepada pembangunan sukan alternatif di Malaysia untuk lebih diketengahkan pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila kita sudah memberikan yang terbaik dan bermain bermati-matian sehingga bergelar juara di peringkat negeri, tetapi harapan untuk ke peringkat kebangsaan tidak dapat diteruskan hanya kerana kekurangan dana.
Siapa je yang tak kecewa?
Itulah situasi yang harus dilalui pasukan bola sepak Keningau bawah 18 tahun (B-18) yang menjuarai kejohanan Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah baru-baru ini.
Mengambil maklum mengenai isu yang sudah pun tular di seluruh platform media sosial itu, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah untuk menggunakan peruntukan sedia ada bagi menampung kos penyertaan pasukan pasukan bola sepak MSS Sabah dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023.
Perkara itu dimaklumkan Menterinya, Fadhlina Sidek dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
“Bagi isu yang melibatkan pasukan bola sepak MSS Sabah, KPM telah meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah untuk menggunakan peruntukan sedia ada bagi menampung kos penyertaan pasukan tersebut dalam kejohanan MSSM 2023.
“Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan setiap pemimpin komuniti yang telah sama-sama membantu mencari jalan penyelesaian.
“KPM sentiasa berusaha untuk memastikan penglibatan menyeluruh semua murid institusi pendidikan bawah KPM dalam sukan dan kegiatan kokurikulum yang dapat menggilap bakat dan membentuk kemahiran insaniah,” katanya.
Dalam pada itu, Fadhlina turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan KPM tidak bersikap adil dalam soal pengagihan dana melibatkan JPN Sabah dan Sarawak.
“Bagi menjamin kemenjadian murid yang menyeluruh termasuk dalam sukan, KPM telah menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk penganjuran sukan dan aktiviti kokurikulum di setiap peringkat.
“Peruntukan juga diberi kepada setiap jabatan pendidikan negeri bagi memastikan aktiviti sukan dan kokurikulum dapat dilaksanakan secara menyeluruh,” ulasnya lagi.
Sebelum ini, tular seorang guru di Sabah meluahkan kekecewaan selepas skuad kendaliannya itu tidak dapat ‘diterbangkan’ ke Johor susulan masalah kewangan.
Isu tersebut kemudiannya tular serta mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.
Diharapkan dengan arahan yang telah dikeluarkan KPM itu, pasukan bola sepak B-18 Sabah bakal meneruskan rentak kecemerlangan mereka di kejohanan MSSM 2023.
All the best untuk semua pasukan yang bertanding.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zuriat adalah idaman semua pasangan yang sudah berkahwin. Namun, tidak semua yang beruntung untuk dikurniakan dengan cahaya mata kerana ianya merupakan rezeki yang diberikah oleh Allah s.w.t menurut kehendaknya. Biarpun begitu, kita sebagai manusia tidak boleh berputus asa bahkan perlu terus berusaha dan berikhtiar.
Walaupun masih didalam kajian, mungkin berita ini akan memberi sedikit kegembiraan bagi mereka yang mempunyai masalah untuk hamil terutama yang berkaitan dengan rahim wanita.
Arus kemodenan dan inovasi sains kini membolehkan teknologi rahim buatan manusia digunakan bagi memastikan janin dapat berkembang di luar tubuh manusia. Selalu kita tengok dalam filem fiksyen je kan? Tapi kini ia giat dibangunkan dan tidak mustahil jadi kenyataan.
Bukan lagi angan-angan Pak Jenin ye!
Menurut laporan South China Morning Post, saintis dari Suzhou Institute of Biomedical Engineering and Technology telah berjaya membangunkan kecerdasan buatan yang memantau perkembangan janin tikus dalam rahim buatan manusia.
Kecerdasan buatan ini akan menjadi penjaga yang boleh mengesan perubahan nutrien dan tahap karbon dioksida janin tikus. Jika perubahan dikesan, ia boleh campur tangan untuk menggalakkan perkembangan dan memberikan notifikasi sekiranya janin mati.
Kajian pada waktu ini hanya dilakukan ke atas janin tikus kerana eksperimen menggunakan janin manusia diharamkan oleh komuniti sains kerana isu etika perubatan. Walaupun kertas kajian telah diterbitkan tiada maklumat sama ada janin tikus yang dibesarkan dalam rahim buatan manusia ini berjaya berkembang sepenuhnya ke tahap akhir.
Harap teknologi baru ini mampu membantu dan menyinari hidup pasangan yang mempunyai masalah tidak boleh mengandung kerana tiada rahim, kerjaya yang terhalang kerana bunting dan mereka yang tidak boleh mengandung akibat masalah kesihatan. Pada tahun 2017, janin biri-biri berjaya dibesarkan dalam rahim buatan manusia khusus untuk menyelamatkan bayi pra-matang.
Secara umumnya, kajian masih di peringkat awal tetapi tidak mustahil ia akan jadi kenyataan kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun, bagi pelajar tingkatan 5 yang baru selesai menduduki SPM akan membeli borang UPU untuk memohon menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
Namun, untuk calon yang ingin memohon pada tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, melalui pengecualian itu, permohonan kemasukan ke IPTA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dimohon terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my.
KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.
Tempoh permohonan telah pun ditetapkan pada 4 Januari hingga 31 Mac bagi lepasan SPM, STPM, asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia, lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.
Tempoh pilihan program pengajian pula berbeza mengikut kategori masing-masing bermula pada 9 Mac dan berakhir pada 31 Mac 2021.
Sebelum ini, pelajar perlu membayar untuk mendapatkan nombor Unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai syarat mengisi borang permohonan secara online bagi melanjutkan pengajian.
Jadi, pelajar yang nak memohon tahun ni tak perlu nak kalut kerana kos bayaran untuk proses pemohonan UPU kali ini telah dibiayai oleh pihak KPT.
P/S: Teringat pula masa sekolah dulu, kawan-kawan selalu ingatkan dah beli kod UPU ke belum. Hiks!
Kisah wanita kerja mengemas ini tular selepas dia berjaya mengumpul RM4,000 dalam tiga minggu tanpa berhutang, hanya melalui kerja keras dan kejujuran.