Bagi peminat tegar dunia sukan bola sepak, sudah tentu ada yang mengenali beberapa pemain bola sepak antarabangsa beragama Islam yang bermain untuk kelab terkenal di sekitar Eropah.
Antara kelab yang memiliki pemain bola beragama Islam termasuklah kelab Liverpool FC seperti Mo Salah dan Sadio Mane.
Pada bulan Ramadan kali ini, tiada banyak perbezaan dalam rutin harian bintang bola sepak di sana. Mereka tetap meneruskan ibadah Ramadan biarpun perlawanan bola sepak berlangsung pada setiap minggu.
Cuma baru-baru ini, bintang Liverpool Sadio Mane telah mendedahkan bahawa kelabnya mengambil langkah istimewa untuk bertolak-ansur dengan pemain Muslim sepanjang Ramadan.
Menurutnya, kapten pasukan, Jordan Handerson telah bertemu dengan Jurgen Klopp dan mengemukakan cadangan kepada pengendali Liverpool itu agar kelab mengubah jadual latihan sedia ada dan memberi ruang kepada pemain Muslim berpuasa dengan lebih selesa.
Ads
Selain Mane, pemain Muslim lain yang beraksi bersama juara Eropah 6 kali itu seperti Mohamed Salah, Naby Keita dan Ibrahima Konate juga menerima baik cadangan tersebut.
Foto Via Liverpool Fc
“Tidak mudah untuk kami menjalani latihan dan pada masa yang sama, melaksanakan tuntutan agama (berpuasa). Namun sebelum Ramadan tiba, kami ada berbincang dengan kapten pasukan (Jordan Handerson) dan memintanya menyarankan kepada jurulatih supaya kami dibenarkan berlatih pada waktu pagi.
”Klopp bersetuju dan bulan Ramadan menjadi lebih mudah untuk kami. Jika anda berlatih pada waktu pagi, anda mempunyai masa lebih untuk pulang ke rumah dan berehat. Jika latihan bermula jam 2 atau 3 petang, ia akan menjadi lebih sukar,” katanya.
Ads
Foto Via The Mirror
Mane juga mendedahkan bahawa dia gembira kelab sudah melakukan segalanya untuk memudahkan pemain-pemain Muslim berpuasa dengan sebaik mungkin.
”Kami berjumpa dengan pegawai nutrisi, Mona Nemmer dan beliau memberi bimbingan agar kami dapat berpuasa tanpa sebarang masalah,” katanya.
Ternyata, persetujuan Klopp untuk memberi keloggaran tidak disia-siakan oleh Sadio Mane dan rakan-rakan Muslim lain apabila mereka kekal memberikan yang terbaik di atas padang dan mempersembahkan aksi cemerlang dalam setiap perlawanan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Perasaan bercampur baur, itulah yang dirasai Mej (Kehormat) Dato’ Haji Mohd Zaini bin Mohd Yunusapabila tarikh dan masa penerimaan ijazah Master Eksekutif Pengurusan Projek miliknya jatuh pada hari yang sama dengan majlis konvokesyen anak tersayang di universiti berbeza.
Ketika beliau menjejakkan kaki ke Dewan Kompleks Sukan UMPSA, Gambang bagi menerima ijazah yang disampaikan oleh Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, anaknya, Arrisa Sufia Mohd Zaini, pula sedang diraikan dalam majlis konvokesyen Sarjana Linguistik Terapan di Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama suami tercinta.
“Kami sekeluarga gembira, namun terbit perasaan terkilan kerana tidak dapat bersama meraikan detik indah ini,” ujar Mej (Kehormat) Dato’ Haji Mohd Zaini dengan nada sebak namun penuh syukur.
Walau berjauhan, semangat kekeluargaan tetap utuh. Keluarga ini tidak melepaskan peluang untuk merakamkan momen bermakna ayah dan anak bergelar graduan serentak, sebagai simbol kejayaan dan kebanggaan keluarga.
Beliau turut menzahirkan penghargaan buat isteri tercinta, Datin Hajjah Muna binti Ramli serta anak-anak yang sentiasa menjadi pendorong utama sepanjang perjalanan akademiknya.
“Sokongan keluarga adalah kekuatan saya untuk terus melangkah hingga ke tahap ini,” ujarnya.
Bukan sekadar seorang graduan, Mej (Kehormat) Dato’ Haji Mohd Zaini juga aktif dalam bidang kepimpinan dan komuniti. Pada 18 April 2025, beliau telah dianugerahkan pangkat Mejar (Kehormat) JAKPAW Negeri Kedah oleh YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat, ia satu pengiktirafan atas jasa dan dedikasi beliau.
Selain itu, beliau juga menjawat jawatan Yang Dipertua PIBG di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra dan Sekolah Rendah Kebangsaan Darulaman Height sejak tahun 2023, serta Pengerusi Persatuan Komuniti Darulaman Lakehomes sejak 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UMPSA News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Raja dan rakyat tiada berpisah, begitulah keadaannya sejak dari dahulu lagi.
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan personaliti yang cukup disayangi rakyat jelata. Kemesraan baginda yang tidak kekok apabila bersama rakyat menyerlahkan lagi kredibilitinya sebagai seorang permaisuri yang cukup prihatin.
Baginda banyak berkongsi gambar serta video masakan dan juga resipi di laman Instagram sekaligus menarik perhatian para pengikut baginda di laman media sosial tersebut. Antara resipi yang cukup viral adalah Nasi Goreng Steak yang cukup mudah dan senang dibuat.
Penulis huraikan satu persatu cara pembuatan nasi goreng yang cukup mudah dilakukan ini.
RESIPI NASI GORENG STEAK
Bahan-bahan.
Mentega 5 Biji Telur Daging Steak yang dipotong kecil Nasi putih Garam
Cara Membuat.
Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kacau mentega sehingga cair.
Masukkan lima biji telur. Kacau perlahan dan biarkan telur menjadi ketulan-ketulan kasar.
Masukkan steak yang telah dipotong kecil.
Masukkan nasi putih yang telah dileraikan
Gaul sebati dan kemudian masukkan garam secukup rasa. Jika mahu anda boleh menambah serbuk lada putih atau lada hitam.
Mudahkan? Lima bahan sahaja, orang tak pandai masak pun kalau masak ikut resipi ni pasti menjadi. Penulis pun dah cuba, memang sedap. Tapi ingat ya, gunakan mentega (bukan marjerin) baru dapat rasa yang sedap.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Restoran makanan segera popular Amerika Syarikat, Five Guys mendapat sambutan hangat di cawangan pertamanya yang dibuka di Genting Highlands tidak lama dahulu.
Ramai yang tidak melepaskan peluang dan sanggup ‘naik’ ke puncak Genting semata-mata untuk mencuba keenakan burger dan milkshake popular mereka.
Kini, korang tidak perlu lagi bersusah-susah ke tempat jauh kerana Five Guys sudah membuka cawangan keduannya di Pavilion Kuala Lumpur bermula hari ini.
Beberapa hari lalu, laman Instagram Five Guys telah pun memuat naik countdown bagi pembukaan hari ini sebelum pelanggan boleh ke cawangan di Pavilion KL untuk menikmati makanan segera terkemuka Amerika Syarikat itu.
Tambah menarik, 10 pelanggan pertama mereka hari ini bakal menerima World Tour Tee.
Five Guys terkenal dengan burger dan sandwic hot dog yang juicy bersama 15 pilihan toppings termasuklah cili jalapeno, sos panas, cendawan panggang dan banyak lagi.
Jika di cawangan Five Guys Genting Highlands, harga untuk sebiji burger boleh mencecah sehingga RM35. Agaknya, bagaimana pula harga di cawangan Pavilion KL ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.