Episod demi episod pastinya setiap finalis diuji dengan kemampuan mereka dalam menyelesaikan cabaran dengan baik mahupun sebaliknya.
Menerusi cabaran pada kali ini iaitu Acting Challenge: Romantik Komedi (Rom Kom) turut menyaksikan Hero Evertts Gomes dan Dewi Adrina berjaya menambat hati para juri.
Secara tidak langsung, kedua finalis ini membawa gelaran ‘The Best Actor’ menerusi cabaran lakonan pada minggu ini.
Siapa sangka, tiada pengalaman mahupun asas lakonan juga boleh membawa dirinya berjaya dalam cabaran ini. Ya, itulah dapat diungkapkan buat gadis ini apabila dia sama sekali tidak menyangka dapat memenuhi kehendak para juri.
“Apabila saya mengetahui cabaran episod kali ini adalah Rom Kom, sejujurnya saya berasa gementar pada masa sama teruja juga kerana saya tiada pengalaman langsung dalam bidang lakonan.
Ads
“Saya akui, saya agak sukar untuk menjadi ‘sweet girl’ seperti memainkan watak wanita romantik kerana saya lebih kepada watak bersahaja. Ya, itulah cabaran terbesar untuk menjiwai watak.
“Bagaimanapun, Alhamdulillah saya bersyukur kerana sudah berikan yang terbaik dan akhirnya menang sebagai the best actor. Namun, pada mulanya agak terkejut juga tetapi Alhamdulillah kerana skrip itu saya dapat menjiwai dengan jayanya,” tuturnya kepada Remaja.
Selain itu, berkongsi tip dalam membawa namanya sebagai peserta yang berada di kedudukan tertinggi adalah dengan mendengar lagu berkaitan watak yang bakal dimainkan sahaja.
“Antara tip yang membuatkan saya berjaya menerusi episod kali ini adalah saya mendengar lagu berkaitan watak itu dan duduk di depan cermin.
Ads
“Sudah pastinya setiap cabaran untuk episod baharu, saya akan rasa berdebar, InsyaAllah kita cuba sahaja yang terbaik,” kongsinya lagi.
Bagi jejaka kelahiran Sabah ini pula, dirinya menzahirkan rasa bangga dan berpuas hati kerana dapat ‘menumpaskan’ hero dewi yang lain bagi menggengam gelaran the best actor.
“Sebenarnya saya tidak menyangka yang nama saya dinobatkan sebagai the best actor. Pada masa sama, nampak jugalah reaksi Azri dan Nurel kerana mereka berdua ialah pelajar teater, bila dapat tahu saya berjaya kalahkan mereka pastinya saya berasa bangga dan berpuas hati.
Ads
“Saya rajin belajar dengan banyak menonton filem dan siri dan rakam diri sendiri sambil bercakap. Ya, saya sudah bersedia untuk melalui cabaran episod seterusnya,” katanya.
Sekadar info, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 ditayangkan menerusi lapan (8) episod pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acara anugerah penciptaan kandungan digital terkemuka di Malaysia, BMW Shorties edisi 2025 anjuran BMW Group Malaysia sekali lagi mencuri perhatian apabila mengiktiraf bakat-bakat tempatan yang menyerlah dalam dunia perfileman pendek.
Pada edisi ke-19 ini, pelakon muda berbakat, Kimberly Chuah telah diumumkan sebagai penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik sekali gus mengukuhkan lagi namanya dalam industri kreatif tanah air.
Kimberly, 25, yang juga pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2022, menerima anugerah tersebut hasil penilaian juri profesional menerusi filem pendek berjudul Flat No 4 arahan Syalikh Nazrul.
Plot Penceritaan Flat No 4 Pada Tahun 1963
Dalam filem pendek berkenaan, Kimberly membawakan watak Suzy, isteri kepada Malik; dengan penuh penghayatan dan emosi yang terkawal. Lakonannya berjaya menampilkan sisi wanita era lampau yang lembut namun bijak membaca situasi di sekelilingnya. Peranan ini menjadi antara faktor utama kemenangan Kimberly Chuah BMW Shorties 2025 sebagai Pelakon Wanita Terbaik.
Istimewanya, Flat No 4 yang turut dibintangi oleh Arfie Shah sebagai Syamsul dan Cahaya Jais sebagai Chempaka sepenuhnya menggunakan dialog dengan kosa kata bahasa percakapan lampau, sejajar dengan latar masa penceritaannya yang berlaku pada era 1960-an.
Plot Penceritaan Berlatarbelakangkan Tahun 1963
Flat No 4 mengisahkan tentang keinginan Syamsul dan isterinya, Chempaka untuk membunuh adik tiri Syamsul bernama Malik yang mewarisi kekayaan arwah bapa mereka. Rancangan jahat tersebut bermula apabila mereka hadir ke kediaman Malik, namun mendapati Malik tiada di rumah.
Kehadiran mereka disambut oleh Suzy dengan ramah mempelawa mereka masuk. Namun, perancangan Syamsul dan Chempaka sedikit terbantut apabila mereka mendapati pasangan suami isteri itu telah mempunyai seorang anak kecil berusia tiga tahun. Dari situ, ketegangan emosi mula tercetus dan Suzy dilihat pantas membaca niat sebenar mereka.
Usai Kimberly menerima trofi berkenaan, penyampai anugerah yang juga merupakan salah seorang juri edisi kali ini iaitu Fatimah Abu Bakar memberi kejutan kepada hadirin yang datang apabila mengumumkan bahawa mereka memutuskan untuk turut memberika trofi Pelakon Wanita Terbaik kepada seorang lagi calon iaitu Hana Roanne.
Hana yang juga merupakan seorang model komersil tempatan mencapai kemenangan tersebut menerusi filem pendek Tragedy of Youth. Keputusan kemenangan berganda menerusi kategori ini mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir, lalu menjadikan malam anugerah tersebut lebih istimewa.
BMW Shorties 2025 yang menyambut ulang tahun penganjuran edisinya yang ke-19 turut menyaksikan dominasi beberapa karya hebat.
Filem pendek Anak Omputeh arahan Darwish Syahmi, seorang mahasiswa dari Multimedia University (MMU) Cyberjaya, muncul sebagai karya paling menonjol apabila meraih Anugerah Hadiah Utama, Anugerah Pilihan Penonton dan Anugerah Pelajar Shorties Terbaik 2025.
Pencapaian ini mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya seorang pelajar berjaya memenangi Hadiah Utama dan Anugerah Pelajar Terbaik Shorties pada malam yang sama.
Selain itu, filem pendek Perfect Family arahan duo pengarah Shamalan Nagayai dan Wong Zhao Quan turut mencatat kecemerlangan dengan memenangi beberapa kategori utama termasuklah Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Suntingan Terbaik dan Kisah Terbaik.
Filem pendek Sayap pula menyerlah dalam kategori teknikal apabila memenangi Sinematografi Terbaik dan Adunan Bunyi Terbaik. Sementara itu, rekaan set filem pendek Kedai Runcit Jiwa diiktiraf sebagai Rekaan Produksi Terbaik hasil kreativiti Khor Chin Joe.
*
Kejayaan Kimberly Chuah menerusi BMW Shorties 2025 bersama barisan pemenang lain membuktikan bahawa industri filem pendek tempatan terus berkembang dengan karya-karya berkualiti dan bakat yang semakin menyerlah.
Terdahulu, REMAJA menampilkan Kimberly Chuah bersama empat duta platform penstriman, sooka dalam REMAJA edisi digital November 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MENYINGKAP PERJALANAN TIGA TAHUN YANG DILALUI LIMA DEWI PENYERI ISU MAC 2022 KAMI, SERIBU SATU PERASAAN TERUNGKAP MENGENANGKAN MEMORI MANIS BERSAMA. KELIBAT MEREKA SEMAKIN DIRASAI DALAM LALUAN MASING-MASING. SETIAP SEORANG PUNYA KISAH TERSENDIRI SEBAIK TIRAI DEWI REMAJA 2019 BERLABUH.
ARAHAN SENI: FZ AIMMAN, AZNIZA & MUSTAIZZAH PENGARANG: FZ AIMMAN PENYELARAS: RUZIANA ZAINAL, NOOR AIN NORMAN & FIEZREEN AHMAD JURUFOTO: AZFARINA SULAIMAN UNTUK IDEAKTIV SUNTINGAN: HEZRY ROKMAN PENGARAH KREATIF NADIA ABDULLAH PENERBIT VIDEO JUNIOR: SHERFIQA SHARIDAN JURUVIDEO: IZZUDIN ISMAIL & MUSLIM ABDULLAH SUNTINGAN VIDEO: AMIRUL FITRI SOLEKAN & DANDANAN: SYAMIELISMA BUSANA: GUESS & RIZMAN RUZAINI AKSESORI: HILL TO STREET
NINA AMIN
BERKONGSI KISAH REALITI DI SEBALIK MISI BREAKING THROUGH MILIKNYA.
Selama beberapa tahun saya berpeluang terlibat dalam penggambaran paparan fesyen buat REMAJA, satu sifat yang saya sedari ada dimiliki oleh sebilangan besar model tempatan Malaysia adalah kemahiran mereka untuk menggalas sisi alter ego sebaik saja beraksi di hadapan lensa.
Serahkan saja panduan serta ‘angin’ ekspresi yang diinginkan, barisan model kita bingkas mengubah diri mereka mengikut acuan sang pengarah kreatif. Mereka dan kamera bagaikan belangkas, sukar untuk saya gambarkan hubungan tersebut menerusi kata-kata; hanya magis yang tercipta dalam bentuk foto yang dirakamkan.
Begitulah yang dapat saya simpulkan apabila melihat aksi model up-and-coming; Nina Amin.
Nina Amin terlebih dahulu melangkah ke dalam bidang peragaan sebelum kemunculannya di pencarian Dewi Remaja 2019 lagi.
Segalanya berlaku secara tidak disengajakan. Hendak dibuat cerita, Nina diyakinkan oleh kakaknya sendiri untuk mengambil alih posisi seorang model sewaktu penggambaran fesyen buat bidikan Majalah Hijabista pada waktu itu. Ternyata, perhitungan kakaknya itu menjadi.
Nina punya sentuhan istimewa apabila beraksi di hadapan lensa. Karakter pemalu yang awalnya menebal pada diri Nina langsung berubah menjadi seorang gadis lincah. Pergerakannya tidak dibuat-buat, segalanya tampak natural pada mata jurufoto dan kru yang bertugas.
Saya kira, itulah yang didefinisikan sebagai alter ego. It is okay to be shy, but throw that away once your magical touches are desired in front of the camera.
Kemunculan Nina pada hari sulung uji bakat Dewi Remaja 2019 di bangunan Kumpulan Media Karangkraf masih jelas dalam ingatan saya. Masakan tidak, saya yang pada ketika itu diapit oleh the Anzalna Nasir dan pengarang eksekutif kanan Astro Awani, Hafidah Samat merupakan panel juri pertama yang bertentang mata dengan Nina di medan uji bakat.
Di sana-sini kedengaran bisikan, “Nina dah sampai..” atau “Nina, alah yang selalu shoot fesyen tu..” sehingga membuatkan kami bertiga teruja untuk menemuinya. Malangnya, Nina tidak hadir dengan persediaan lengkap dan kami memohon agar dia muncul semalam pada keesokan hari.
“Saya telah lakukan yang terbaik, tapi malangnya saya tidak dapat lepas percubaan pertama. Saya ingat lagi selepas menerima rejection daripada juri, saya masuk ke kedai buku di sana, menghampiri sudut kedai dan menangis keseorangan di situ (ketawa) sementara menunggu ayah saya datang untuk menjemput.
“Yes, I felt disappointed at that point of time; mungkin kerana saya telah lama menantikan masa paling sesuai untuk menyertai Dewi Remaja. Tapi saya tidak biarkan perasaan itu berpanjangan kerana bila lagi peluang ini akan tiba. Hari kedua uji bakat, saya kembali dengan semangat baharu dan tidak sangka pula, saya dapat,” imbasnya sewaktu kami saling bertemu di studio pada hari tersebut.
Nina Amin merupakan finalis pertama yang diumumkan sebagai barisan Top 12 Dewi Remaja 2019 sewaktu acara sidang media dilangsungkan. FOTO oleh AZFARINA SULAIMAN untuk IDEAKTIV
“Just go for it. Life is too short to not try things that you have always wanted to do..”
Sebaik terpilih sebagai sebahagian daripada 12 finalis akhir pencarian Dewi Remaja 2019, jodoh Nina bersama kami tidak berpanjangan. Nina akur apabila namanya diumumkan sebagai finalis kedua yang meninggalkan program. Cabaran lakonan menjadi titik noktah dalam perjalanannya di Dewi Remaja setelah juri mendapati Nina kurang menonjol pada episod tersebut berbanding rakan yang lain.
Begitupun, itu sama sekali tidak menjadi aral untuk dia berhenti mengorak langkah sebagai seorang model generasi baharu. Dalam fikiran Nina, tidak mustahil untuknya membina nama dalam bidang ini.
“Selepas menamatkan perjalanan dalam program Dewi Remaja 2019, saya hadirkan diri ke uji bakat The Models Lab KL yang merupakan sebuah agensi model tempatan. Oleh kerana ini adalah uji bakat profesional pertama saya, rasa gugup itu tidak mungkin dapat dipisahkan. Ramai model-model lain turut mencuba nasib pada hari tersebut, they are very tall… very skinny.
“Secara peribadinya, saya tidak meletakkan harapan menggunung pun untuk disenarai pendek.
“Alhamdulillah, orang kata rezeki selalunya hadir tanpa disangka-sangka. Saya diserap masuk sebagai salah seorang wajah terbaru agensi The Models Lab KL dan sehingga kini, saya masih diwakili mereka serta berterusan melakukan kerja yang saya minati di hadapan kamera,” kata pemilik gelaran Dewi Inspirasi 2019 ini.
Nina Amin tidak menutup pintu hati bagi menerima peluang berlakon. Baru-baru ini, Nina terlibat dalam telefilem Hierarki bersama 12 finalis Hero Remaja 2021. FOTO oleh AZFARINA SULAIMAN untuk IDEAKTIV
Berbalik kepada keistimewaan model tempatan yang punya sisi alter ego masing-masing sebaik melangkah masuk ke set penggambaran, Nina Amin turut tidak terkecuali – she just got ‘it’! Apakah yang dimaksudkan dengan ‘it’ tersebut? Karakter semulajadinya yang pemalu perlahan-lahan berjaya dikikisnya demi melebarkan lagi potensi yang ada selaku seorang peragawati yang boleh menginspirasikan generasi seterusnya.
“If I stay shy all the way, sampai bila-bila pun saya tidak boleh maju. mudah cerita, fake it till you make it.”
“Normal lah untuk seseorang itu merasa kaku pada kali pertama. Sebab itulah pentingnya untuk seorang model melakukan homework. Telek foto-foto rujukan, layari laman web yang terpampang pelbagai paparan fesyen dan kempen kecantikan. Laman Pinterest dan program seperti America’s Next Top Model memang adalah ‘pusat rujukan’ sejati saya demi mempelbagaikan kreativiti bergambar.
“Paling penting, jangan pernah berhenti belajar. Rapatilah model-model senior yang lebih berpengalaman dan minta tunjuk ajar daripada mereka,” nasihat Nina yang masih merasakan dirinya bertuah apabila dikelilingi figura-figura hebat industri peragaan Malaysia seperti Tuti Noor, Tengku Azura, Amber Chia, Nasha Aziz dan ramai lagi.
Tambah Nina, misi utamanya adalah untuk kekal bertahan selama supermodel kelahiran Malaysia tersebut. Sekiranya mereka mampu, mengapa tidak Nina Amin?
(Dari Kiri) : Syamira Nazir, Nina Amin, Shaza Bae, Myra Natasya dan Adriana Ghafar sebagai penghias hadapan Majalah Remaja edisi digital Mac 2022. FOTO oleh AZFARINA SULAIMAN untuk IDEAKTIV
Bayangan glamor yang selalu dikaitkan dengan dunia fesyen hakikatnya berhenti setakat di situ – satu bayangan. Di sebalik all the glitz and glamorized visuals dalam sesebuah penggambaran kempen, fashion spread mahupun video-video melibatkan klien ternama, amatlah penting buat Nina menyematkan ciri-ciri seperti displin diri, komitmen dan sifat tidak mudah putus asa dalam diri sekiranya ingin bertahan lama.
Perihal call time, cara pembawakan diri dengan klien, berpakaian dan percakapan semakin sebati dengan diri Nina. Menganggap perjalanannya masih jauh dalam industri fesyen di Malaysia; Nina sama sekali tidak menidakkan peluangnya untuk mara ke tahap yang lebih tinggi hatta sehingga berkelana ke luar negara sambil melangsaikan tugasan sebagai model.
Jika baru-baru ini, masyarakat boleh berbangga dengan beberapa model kelahiran Malaysia yang berjaya memahat nama di pentas minggu fesyen antarabangsa; tidak mustahil sasaran impian Nina Amin untuk memperoleh peluang sama satu hari nanti akan terlaksana jua.
KLIK PAUTAN video di bawah untuk menonton temubual kami bersama Nina Amin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Benarlah, bukan mudah untuk bergelar duta produk, inikan lagi untuk menjadi seorang usahawan muda.
Halangan dan cabarannya tidak terduga. Bisnes adalah satu bidang yang sangat penting dan boleh menjanjikan ekonomi yang kukuh. Kalau tidak, mana mungkin semakin ramai usahawan yang muncul di kalangan selebriti tempatan.
Oleh sebab itu, Dewi Remaja 2019 mencabar 8 orang finalis pada episod kelima ini untuk mencungkil idea bagi pemasaran pelan data redONE RM8 dengan 8 kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi tersebut.
Kini, para finalis sudah perlu sedar bahawa mereka akan dilantik menjadi duta untuk pelbagai produk selepas ini. Mereka bukan sekadar berwajah cantik sahaja di hadapan lensa kamera tetapi juga perlu mengetahui sepenuhnya tentang sesebuah produk tersebut. Ilmu di dada haruslah ada.
Finalis bertuah apabila mereka dapat bertemu dengan 3 mentor utama bagi cabaran mereka bersama redONE pada episod ini. Mereka terdiri daripada mentor jemputan, Fizo Omar yang juga merupakan pemenang tempat kedua Hero Remaja 2007/08, Ketua Pegawai Eksekutif Jualan redONE, Encik Ben Teh dan juga Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Encik Farid Yunus
Semasa finalis perlu membentangkan mood board dan skrip untuk iklan komersil redONE berasaskan 8 kelebihan pelan datanya, mereka hanya diberikan 30 minit untuk memikirkan segalanya dari awal. Idea dan kreativiti perlu pantas berada dalam genggaman mereka.
Paling penting, mereka perlu betul-betul memahami intipati kelebihan pelan data tersebut.
Bagi Encik Ben Teh yang sudah mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang jualan dan telekomunikasi, dia akui bukan mudah untuk finalis betul-betul “nail their ideas” pada pembentangan kali pertama.
“Namun, cabaran ini akan melatih mereka dari sudut mental dan emosi. Untuk berdepan dengan tempoh getir dan memikirkan idea secara kritikal.
“Saya lihat mereka ada inisiatif untuk menyakinkan pelanggan tentang kelebihan pelan data yang ditawarkan oleh redONE. Ini kerana mereka tidak segan bertanya bagaimana untuk memperbaiki idea yan mereka hasilkan.
“Cuma bagi seorang yang masih baru dalam bidang perniagaan, finalis dan remaja di luar sana perlu fokus pada target audience semasa menjual sesuatu produk. Barulah mereka tahu untuk memperbaiki kelemahan yang ada setelah mendengar demand daripada pelanggan.
Bagi Encik Farid Yunus pula, tugasan yang diberikan kali ini sangat mencabar dan beliau gembira meraka dapat menyelesaikan task ini dengan sempurna.
Untuk makluman, cabaran episod kelima semalam telah dimenangi oleh Shatirah Amanda dan Dian Fernandez yang masing-masing menarik perhatian para juri iaitu Yusry Abdul Halim, Scha Alyahya, Fizo Omar dan Encik Farid Yunus dengan jalan cerita iklan 30 saat mereka untuk redONE.
Masing-masing bukan saja diumumkan sebagai pemenang mingguan kali ini tetapi juga memenangi sebuah telefon pintar iPhone 11 dan pelan data redONE selama setahun. Best-nya!
Tahniah Amanda & Dian.
*
Bagi korang yang terlepas untuk mengikuti episod kelima Dewi Remaja 2019, korang boleh menontonnya semula pada hari Selasa (26 November) jam 1.30 tengah hari di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 bakal berlangsung dengan penuh meriah apabila pelbagai genre muzik serta barisan nama popular industri hiburan tempatan bakal...