Episod kelima Hero Dewi Remaja 2023 telah menyaksikan Hero Aiman Ameer dan Dewi Cora Waybin berada di kedudukan terendah.
Diberikan tanggungjawab sebagai pasangan bagi Acting Challenge : Romantik Komedi (Rom Kom) menerusi episod pada kali ini, dilihat mereka gagal menawan hati para juri.
Menurut Cora, dia sendiri tidak menyangka apabila namanya dipetik juri sebagai peserta di bottom 4 kerana menyifatkan dirinya telah melakukan yang terbaik bersama pasangannya pada cabaran lakonan itu.
“Perasaan Cora apabila diumumkan sebagai kedudukan terendah semestinya terkejut kerana semasa penjurian, setiap komen juri amat positif sehingga kami (dan Ameer) tidak terfikir untuk masuk ke bottom terendah.
“Jadi dari situ, saya sedar maksud Kak Scha, walaupun kita menang mahupun menerima pujian, bukan bermaksud boleh berasa selesa. Jadi, saya sangat terkejut.
“Apa yang saya fikir pada ketika itu adalah mungkin giliran saya pula yang tersingkir. Jikalau saya tersingkir, saya sedih kerana memikirkan keluarga yang tidak pernah berhenti menyokong saya,” katanya kepada Remaja.
Finalis dari Sabah itu turut menyifatkan gagal untuk memukai juri dengan lakonannya kerana mendedahkan dia mengalami perasaan gementar kerana dia dan Ameer adalah pasangan pertama untuk sesi pengambaran.
Ads
“Kenapa saya yang termasuk dalam bottom 2 adalah kerana mungkin saya gagal untuk memukau juri dari segi lakonan walaupun saya sudah lakukan yang terbaik tetapi juri lebih mengetahui apa kekurangan saya menerusi cabaran episod ini.
“Memandangkan pula waktu itu saya dan Ameer adalah kumpulan pertama untuk sesi pengambaran, jadi saya rasa gementar,” ujarnya lagi.
Lain pula bagi Aiman Ameer, dia menzahirkan rasa hairan apabila mereka terpilih sebagai bottom 4 kerana baginya, mereka telah melakukan sehabis baik bagi cabaran Rom Kom ini.
Memiliki sifat yang enggan menyerah kalah, Ameer bagaimanapun percaya kepada rezeki di luar sana seandainya nama dipetik sebagai peserta yang tersingkir menerusi episod kali ini.
Ads
“Sejujurnya saya berasa hairan dan pelik kerana saya dah lakukan yang terbaik cumanya saya fahamlah, saya ada kekurangan dalam cabaran ini juga. Bagaimanapun, saya sudah bersedia dan tawakal jikalau nama saya disingkirkan.
“Saya cuma fikir memang sudah bersedia untuk kalah tetapi saya tidak pernah bersedia untuk menyerah kalah. Selain itu, saya juga sudah bersedia untuk keluar daripada program ini tetapi tidak akan pernah menyerah kerana saya akan lakukan sebaiknya dalam industri seni yang sebenar,” katanya.
Dalam pada itu, Ameer juga menitipkan kesyukuran apabila menjadi peserta yang berada di kedudukan tercorot kerana menyifatkan ia adalah sebuah pembelajaran untuk dirinya terus menjadi yang terbaik pada cabaran seterusnya.
“Saya rasa saya lakukan adlib terlalu banyak. Kiranya lakonan saya itu ‘too much’, jadi saya perlu kurangkan sedikit. Ya, itu adalah kesilapan yang saya belajar daripada episod kali ini.
“Alhamdulillah juga, lesson learn saya bersyukur yang saya buat salah kerana kalau saya tak buat, sampai bila saya tak belajar. Andai dapat diundur waktu, saya ingin membuat penambahbaikan dari segi lakonan, lontaran dialog dan tambah baik lagi skrip,” tuturnya lagi.
Sekadar info, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 ditayangkan menerusi lapan (8) episod pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir pada sesi uji bakat pertama Dewi Remaja yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lepas.
Bagi memberi gambaran bagaimana proses uji bakat ini diadakan, korang perlu melalui empat peringkat dimana untuk first stage adalah sesi pendaftaran yang memerlukan peserta membawa majalah Remaja edisi Oktober. Jangan risau kalau tak sempat nak beli di luar, kami turut membuka kaunter jualan majalah di tempat casting.
Stage pertama
Di stage ini, korang akan diberikan borang dan diminta untuk mengisi butiran peribadi yang kami perlukan, seterusnya borang online di www.remaja.my/dewi-audition. Tapi korang tak boleh isi secara online sebelum dapat borang penyertaan di kaunter. So, kalau nak menyertai casting ini, korang perlu terus datang ke lokasi Tingkat 8 Hotel Premiera, Kuala Lumpur.
Stage kedua
Selepas mendapat nombor giliran, korang akan dibawa ke second stage dan disinilah peserta akan dinilai terlebih dahulu. Biasalah, first impression yang paling penting kan. So, korang kena perkenalkan diri dan beritahu juri apa kelebihan yang ada untuk dipilih sebagai finalis Dewi Remaja.
Sekiranya pihak juri berpuas hati dan melihat potensi pada peserta, jadi korang akan diserapkan ke stage ketiga untuk dinilai secara keseluruhannya. Tapi, jika gagal meyakinkan juri di peringkat pertama ini, maka terpaksalah pulang dan bermakna korang tidak terpilih untuk menyertai Dewi Remaja kali ini.
Tapi janganlah putus asa. Korang boleh datang lagi casting pada hari seterusnya tetapi kali ini perlulah lebih bersedia dan lebih baik.
Stage ketiga
Disinilah penentuan sama ada korang terpilih sebagai shortlisted atau tidak. Dalam stage ini, juri akan menilai dengan lebih detail. Bukan saja paras rupa, kelebihan seperti bakat dan keistimewaan yang ada juga menjadi bonus untuk penilaian pada stage ini.
Stage empat
Seterusnya, time dah happy bila juri pilih korang sebagai shortlisted, stage empat ni pula perlu melalui sesi interview bersama dengan panel yang ditugaskan untuk membuat background check peserta.
Ala chill la, dah sampai stage ni mereka hanya nak kenal korang dengan lebih rapat je. Paling penting, jangan bagi maklumat palsu pula ya. Sekiranya pihak kami dapat mengesan maklumat yang diberikan itu tidak benar, maka korang boleh terus disingkirkan.
Bila dah lepas keempat-empat stage ni, barulah korang akan menjalani sesi photoshoot.
So, pastikan korang bersedia dan membuat persiapan sebelum datang casting nanti. Jangan pula nanti juri tanya tergagap-gagap nak jawab. Hiks!
Sebelum tu, apa kata korang lihat sendiri antara momen-momen yang sempat dirakam pada sesi casting yang lepas.
Melakonkan watak kena rasuk. Seram wey!Sesi photoshoot
Antara yang tersenarai dalam shortlisted
Oh lagi satu nak diingatkan, bersedialah untuk stay sampai malam sebab jumlah peserta yang datang boleh tahan ramai. Hehe! Okay jumpa korang this weekend!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pencarian Dewi Remaja sentiasa dinanti-nantikan dan pada tahun 2022, ramai mencuba nasib mereka menerusi uji bakat Mac lalu sehinggalah episod mula ditayangkan di saluran Astro Ria serta aplikasi Astro Go.
Cuma yang tidak sedapnya apabila para finalis baru-baru ini telah menjadi mangsa kecaman di media sosial Majalah Remaja. Kesemua warga maya mempunyai pandangan sendiri namun hampir kesemuanya bersifat kritikan di mana sebahagian warga maya mempersoalkan kecantikan para finalis.
Justeru, REMAJA telah berhubung dengan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae bagi mendapatkan pendapatnya mengenai perkara ini.
Sebagai seseorang yang pernah menempatkan diri dalam pencarian Dewi Remaja dan tidak terlepas daripada menjadi bahan kecaman masyarakat di Malaysia, Shaza berkata perkara tersebut telah menjadi lumrah dan malangnya menjadi ‘nanah’ dalam masyarakat kita.
“Dunia media sosial sekarang membuka ruang untuk sesiapa sahaja mengkritik sesuka hati. Tentunya ‘tukang kritik’ akan merasakan mereka sentiasa betul.
“Sebagai orang baru, ambil ini sebagai titik permulaan sebelum terjun ke dunia hiburan. Jangan jadikan ia satu alasan atau halangan untuk mengecapi impian.
”Jika impian anda sememangnya untuk bergelar Dewi Remaja dan anak seni, perkukuhkanlah niat itu dengan usaha, keinginan dan hati yang terbuka untuk belajar selok-belok dunia penuh pancaroba ini.”
“Sekali kagi saya ingatkan, ini hanya permulaan. Perjuangan sebenar bukan dalam program Dewi Remaja tetapi di dunia luar nanti,” kata Shaza.
Tambah Shaza, dia sendiri pernah menjadi mangsa body shaming dan face shaming sebelum ini.
“Ada yang menggelar saya sebagai Dewi Remaja paling buruk dalam sejarah ketika saya dinobatkan sebagai juara. Tipulah kata kalau saya tidak sedih pada waktu itu tetapi saya cuba berfikiran positif tanpa melatah. Belajar dan cuba jadi lebih baik dari apa yang mereka katakan.
“Saya mula memberi lebih penekanan pada penjagaan badan, pertuturan, pergaulan dan sentiasa berfikiran positif.”
“Pada saya, kalau orang nak body shaming kita, kita maafkan sahaja tapi kita perlu buktikan kita lebih baik dari apa yang mereka katakan.
“Üntuk adik-adik Dewi Remaja 2022, anggap sahaja netizen sentiasa betul. Kalau muka cantik sahaja yang jadi keutamaan, nanti ada pula suara-suara mempertikaikan bakat. Mereka akan cakap muka saja cantik tapi bakat tiada. Jadi, kita memang tidak boleh ‘menang’ dengan mereka.
“To all my girls; boost your energy, kreativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Be better dan lebih baik dari sebelumnya,” akhiri hos HLive ini.
Untuk pembaca REMAJA, jangan lupa saksikan rancangan realiti DEWI REMAJA 2022 setiap Sabtu, jam 9 malam hanya di Astro Ria. Untuk update terkini jangan lupa follow our digital platform!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lebih kurang tiga tahun menyulam cinta, finalis Hero Remaja 2017 Ikmal Amry 27akhirnya mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihannya, Najla. Berita ini bukan hanya memberi kejutan kepada peminatnya, malah rakan-rakan yang lain turut terkejut dengan khabar pertunangan personaliti ini.
Memilih majlis pertunangan di hari raya ketiga ketika PKPB masih dilaksanakan, Ikmal mempunyai alasannya yang tersendiri.
“Sebenarnya kami dah rancang agak lama untuk mengikat tali pertunangan ini. Jadi rasanya ini adalah waktu yang sesuai sebelum semua sibuk memulakan pekerjaan nanti. Majlis yang dilangsungkan pun sederhana sahaja. Hanya disertai oleh keluarga rapat,”
“Alhamdulillah kami berdua rasa sudah tiba masanya untuk meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya. Umur saya pun dah 27 tahun ini. Adik-beradik saya yang lain pun masa umur macam ni mereka dah ada dua, tiga orang anak dah. Hehe!”
“Lagi pun Along pun ada cakap, jangan risau tentang rezeki. InsyaAllah kalau nak buat benda baik, Allah akan permudahkan dan bila kahwin nanti rezeki juga semakin murah,” jelas Ikmal Amry.
Berita gembira ini turut dikongsi di laman instagram Ikmal Amry dan kelihatan ramai peminatnya seperti patah hati apabila mendengar khabar berita ini. Hiks!
“Sebelum ini waktu pertama kali saya memuat naik gambar Najla di media sosial, pelbagai reaksi yang kami terima. Bagi meminat yang memang dah lama mengikuti saya, mereka turut gembira dan menerima hubungan kami seadanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tak putus-putus memberi sokongan buat saya selama ini.
Ikmal juga menjelaskan jika tidak ada aral melintang, dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada akhir tahun ini. Semuanya bergantung kepada keadaan. Jika situasi pandemik ini masih berleluasa, mungkin dia akan memikirkan untuk menundanya pada tahun hadapan.
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Ikmal Amry dan pasangan, Najla. Kita doakan agar segala urusan mereka dipermudahkan, insyaAllah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...