Sektor peruncitan antara yang teruk terkesan dengan tempoh kuarantin di seluruh dunia disebabkan Covid-19. Rasanya ini bukan berita pertama pengecilan dan penutupan syarikat besar yang kita dengar.
Menurut laporan, penjualan Tesco Plc kepada CP Retail Development Company Ltd (CPRD) itu akan dimuktamadkan pada minggu depan. Pada 9 Mac yang lalu, Tesco Plc telah bersetuju untuk menjual perniagaannya pada CPRD dengan nilai AS$10.6 bilion (RM43.1 bilion).
Ads
Penjualan Tesco bagi pasaran Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Thailand ini juga dikatakan merupakan salah satu strategi Tesco dalam memfokuskan kepada pasaran mereka di UK.
Untuk makluman, Tesco Malaysia dilancarkan pada tahun 2002 dan mempunyai 74 pasaraya. Manakala rangkaian terbesar Tesco adalah di Thailand dengan 1,967 pasaraya sejak 1998.
Nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekali lagi tular di media sosial gara-gara sebuah video yang menunjukan beliau Datuk Rosyam Nor ‘berdebat’ mengenai golongan wanita yang selalu ‘lambat’ dalam melakukan segala perkara.
Giat mempromosikan Program Keusahawanan Wanita Bangkit anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Rosyam guna watak Tailong untuk sebarkan mesej.
“Bangun lambat, semuanya lambat. Perempuan ni semua lambat. Bangkitlah daripada tidur, esok (semalam) jom jumpa saya di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur dalam program Wanita Bangkit bersama Datuk Seri Rina Mohd Harun.
YB Rina yang turut berada bersama pegawai Yayasan Kebajikan Negara pada ketika itu dilihat hanya berdiri dan tersengih-sengih ketika pelakon itu melontarkan ayat-ayat tersebut di pejabat KPWKM.
Apa yang menjadi tumpuan warga maya adalah apabila Rosyam didakwa netizen seolah-olah memperlekehkan wanita di luar sana.
Video tersebut turut mendapat perhatian dua ahli politik wanita iaitu ADUN Ketari, Young Syefura Othman dan juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.
Bangun lambat??? Wanita lambat??? Belasah kepala??? Apa benda ni Menteri Wanita kat sebelah tu boleh tersengih2 mcm tu???? https://t.co/rRx48URVip
“Bangun lambat? Wanita lambat? Belasah kepala? Apa benda ni Menteri Wanita kat sebelah tu boleh tersengih-sengih macam tu?” soal Young Syefura.
Hannah Yeoh turut terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan yang dilihat kurang gemar dengan gaya Rosyam dalam mempromosikan program tersebut yang disifatkannya sebagai kasar.
Memetik laporan FMT, Hannah Yeoh menegaskan Rina harus digugurkan daripada jemaah menteri kerana telah menjatuhkan imej portfolio yang sedang disandangnya.
Malah dia meluahkan rasa sedihnya apabila melihat agensi dan kumpulan sasar di bawah KPWKM dipergunakan Rina untuk tujuan promosi.
“Cukuplah tiga tahun menjadikan KPWKM ini sebagai bahan gurauan. Saya sedih melihat agensi, pegawai kerajaan dan kumpulan sasar KPWKM digunakan seperti ini.
“Kalau Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob betul-betul serius mengenai perjuangan Keluarga Malaysia, gugurkanlah menteri sebegini yang memperlekehkan peranan wanita. Katanya dipetik dari FMT.
*
Hmm…mungkin YB Rina dan Datuk Rosyam Nor hanya ingin mahu wanita semua ‘bangkit’ tapi disalah erti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Petang semalam hujan lebat dan ribut telah melanda kawasan Lembah Klang terutamanya di sekitar bandaraya Shah Alam, Selangor.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 petang susulan hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, hasil pemeriksaan mendapati 13 bumbung buah rumah penduduk di Kampung Kebun Bunga Seksyen 22, Shah Alam tercabut; selain sebuah kedai cuci kereta turut mengalami nasib sama.
Menurut perkongsian wargamaya, kejadian ribut semalam turut mengakibatkan satu kepingan bumbung di tingkat dua bangunan kampus Management & Science University (MSU) terjatuh ke bawah. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Orang ramai diminta untuk lebih berhati-hati dan diharap agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Bagi mereka yang tidak mempunyai urusan penting, elakkan berada di luar ketika hujan lebat berlaku.
Kata orang, ujian dalam tempoh waktu bertunang ni memang paling hebat. Cuma yang betul-betul kuat je yang boleh bertahan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam di laman TikTok, dapat dilihat ibunya menangis ketika memberitahu tetamu yang hadir bahawa majlis perkahwinan tersebut terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis doa selamat.
Hantaran tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa Adam dan keluarga. Malah mereka turut mencadangkan Adam agar mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengantin perempuan kerana membatalkan majlis pada saat-saat akhir.
Seorang peguam Syarie bernama Fahmi Ramli ada berkongsikan tentang apa yang boleh dituntut dan apa tindakan yang boleh diambil mengikut tindakan undang-undang untuk menuntut ganti rugi.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:
Tuntut balik kos gantirugi ‘Persiapan Kahwin’ itu
Saya terbaca satu posting yang dikongsi oleh seorang photographer yang upload gambar pengantin perempuan. Pengantin itu berseorangan sebab pengantin lelaki ‘tak wujud’.
Sebab yang diberitahu, bakal pengantin lelaki tersebut memutuskan pertunangan dan membatalkan perkahwinan disaat akhir kerana memilih untuk kembali bersama bekas kekasih.
Kesian memang kesian. Tapi, tak tahu la berapa kos yang dah bakal pengantin perempuan itu keluarkan.
Mesti dah bayar banyak benda untuk persiapan. Belum kira lagi dengan malu yang dihadapi keluarga perempuan tersebut.
Anda perlu ingat, bila dah bertunang dan menuju kearah perkahwinan, anda sebenarnya telah terikat disisi Undang-undang Keluarga Islam.
Boleh ke tuntut gantirugi di Mahkamah Syariah?
Pertunangan itu boleh terjadi sama ada secara bertulis atau perjanjian mulut untuk melakukan kearah pernikahan pihak-pihak. Ketika bertunang, adalah haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang wanita yang telah bertunang.
Setiap Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri seluruh Malaysia ada diperuntukkan tentang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan gantirugi perkahwinan.
Siapa yang perlu tanggung gantirugi?
Dalam undang-undang disebut pihak yang mungkir janji untuk berkahwin itu adalah bertanggungan untuk pulangkan
pemberian pertunangan (jika ada)
memulangkan nilainya
–membayar apa-apa wang yang telah dibayar oleh satu pihak dengan suci hati untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu
Maksudnya, orang yang putuskan pertunangan itu perlu tanggung gantirugi dan perlu bayar kos kepada pihak yang diputuskan pertunangan tersebut.
Sumber Gambar : Fidel Hajj from Pexels Copy
Apa yang boleh dituntut?
Belanja kenduri kecil-kecilan semasa majlis pertunangan seperti kos penyediaan makanan kepada tetamu, khemah, photographer dan lain-lain.
Baju pengantin untuk majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan. Sama ada telah dibayar secara penuh mahupun separuh.
Bayaran upah catering
Kad-kad jemputan kenduri
Pengubahsuaian rumah/bilik pengantin pihak yang diputuskan pertunangan tersebut. Contohnya kos renovate bilik, bilik air, perabot dan lain-lain.
Bayaran DJ & Photographer juga jika telah dibuat, boleh diminta gantirugi walaupun ia mungkin bukan keperluan asas perkahwinan.
lain-lain persiapan yang menggunakan kos hanya untuk perkahwinan
Boleh ke nak tuntut kos maruah/saman malu sebab batalkan perkahwinan last minit?
Jawapannya tidak boleh dibuat di Mahkamah Syariah. Saman malu adalah bidangkuasa Mahkamah Sivil. Jika pihak yang dimungkiri itu rasa malu dan maruah tercalar, anda boleh buat tuntutan kos gantirugi am di Mahkamah Sivil.
Di Mahkamah Syariah hanya berkaitan dengan kos dan gantirugi yang menjurus kepada perbelanjaan persiapan perkahwinan sahaja.
Jadi kesimpulannya, peguam ini menasihatkan kepada bakal pengantin yang mengalami isu yang sama, supaya pergi membuat tuntutan ini di Mahkamah Syariah. Tambahan lagi, kos yang telah dibelanjakan untuk perkahwinan tersebut bukanlah murah zaman sekarang ini.
Menurut beliau lagi, jika tidak bertindak, orang yang memungkiri janji tersebut akan merasakan hal ini adalah perkara kecil. Sedangkan, maruah yang tercalar serta penat lelah keluarga dan diri anda yang mengumpul duit untuk persiapan tersebut bukan satu perkara kecil. Bahkan ia sangat besar.
So korang yang ada experience putus tunang atau majlis tak jadi ni boleh la manfaatkan info dari peguam ini. Apa-apapun, yakinlah setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!