Jiwa kami masih belum berganjak daripada temasya Sukan Paralimpik yang baru melabuhkan tirainya semalam.
Ini setelah Malaysia menggondol dua pingat terakhir dari Tokyo 2020 yang kebetulan merupakan pingat emas kedua dan ketiga negara pada edisi kali ini.
Bercakap mengenai pingat emas kedua tersebut yang dimiliki oleh pemain badminton negara Cheah Liek Hou, kemenangan tersebut cukup istimewa buatnya dan Malaysia.
Bukan saja pemain berusia 33 tahun itu menjadi pemenang badminton perseorangan pertama dalam sejarah penganjuran Sukan Paralimpik memandangkan ini adalah kali pertama sukan badminton dipertandingkan di temasya terbabit.
Kejayaan ini bertambah manis apabila ia dikongsi bersama jurulatih beliau, Rashid Sidek yang juga pernah bergelar pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik Atlanta 1996 dalam acara perseorangan lelaki.
Pada waktu itu, Rashid Sidek menjadi pemain perseorangan pertama Malaysia untuk memenangi pingat menerusi sukan badminton di Sukan Olimpik.
Ads
Wow, sejarah sememangnya boleh berulang! Kedua-dua jaguh ini berjaya melakukan ‘the unthinkables’ untuk pemain generasi akan datang contohi.
Untuk pengetahuan, sebelum menjadi jurulatih Liek Hou bermula tahun 2019, Rashid Sidek pernah melatih bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.
“Sebagai jurulatih yang dapat ‘memberi’ seorang pemain pingat emasnya di Sukan Paralimpik, bagi saya ia adalah satu pencapaian yang membanggakan untuk saya. Saya dah nak dekat ( untuk menangis) tapi saya tahan (ketawa). Tapi memang ada rasa sebak.
“Dia mengharapkan pingat emas. Saya pun sebagai jurulatih mengharapkan kejayaan pada anak buah saya,” katanya dalam temubual bersama Astro Arena.
Ads
Liek Hou sendiri menyifatkan kemenangan ini adalah milik bersama jurulatihnya.
“Tak ada dia, saya tidak akan sampai ke tahap begitu bagus.”
“Setelah menang, saya hanya ingin lepaskan tekanan (lalu beliau menjerit kepuasan di tepi gelanggang). Saya cuma ingin pergi ke (Rashid) dan berterima kasih kepadanya,” kata Liek Hou.
*
Dalam pada itu, Rashid Sidek turut merakamkan momen istimewa kelmarin. Tanpa dirancang, beliau sempat melakukan ‘reunion’ dengan rakan podium lama beliau di Tokyo 2020.
Ads
Setelah 25 tahun berlalu, kelmarin beliau bertemu pemenang pingat emas Sukan Olimpik Atlanta 1996, Paul-Erik Hoyer dari Denmark dan naib juara pada waktu itu, Dong Jiong dari China! Pada waktu itu, Rashid tewas kepada Dong Jiong di peringkat separuh akhir namun menebus kekecewaan dengan mengenepikan pemain Indonesia, Hariyanto Arbi untuk memiliki pingat gangsa.
Masing-masing nampaknya telah memainkan peranan di Sukan Paralimpik kali ini.
Hoyer yang kini merupakan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) merupakan individu penting dalam memastikan sukan badminton membuat ‘debut’ di Tokyo 2020. Sementara itu, Dong Jiong kini bergelar jurulatih badmintin sama seperti Rashid.
“Amat istimewa apabila kami bertiga dapat berada di sini; masing-masing mempunyai peranan istimewa dalam acara para badminton. Banyak telah berubah, rambut sudah beruban dan macam-macam lagi. (ketawa)
“Ini adalah tugas baru untuk saya (sebagai jurulatih para) dan saya gembira dapat berkongsi ilmu serta pengalaman dengan pemain muda sambil menaikkan standard sukan para badminton,” katanya kepada BWF.
Roda kan selalu berpusing, begitu juga dengan trend viral!
Jika tahun lepas ramai yang terjebak dalam trend seperti Kiki Challenge dan meniru dialog lawak menerusi aplikasi Tik Tok, kini trend 10 Years Challenge pula yang disebut-sebut.
Tak tahulah kenapa semua orang jadi obses untuk mengimbas kembali foto dari zaman dulu (penulis pun malu nak tunjuk foto lama sendiri!). Namun foto-foto lama inilah yang nostalgik, terutamanya jika ia melibatkan personaliti popular seperti selebriti tempatan.
Dari situlah baru kita nampak perubahan yang berlaku pada mereka, betul tak?
Jom tengok selebriti mana yang paling CUTE!(Gelak dosa, hehe)
Nazrief Nazri & Hafreez Adam
Mawar Rashid
Jaa Suzuran
Cupcake Aisyah
Jane Teoh
Nora Danish
Hael Husaini
Alicia Amin
Aedy Ashraf
Eyka Farhana
Lisa Surihani
Sonaone
Ain Edruce
Johanis Sani
Radin
***
TAPI YANG PALING CUTE
Fendy Bakry
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afghanistan, kerajaan baharu ini yang diketuai oleh Hibatullah Akhundzada melakukan pelbagai perubahan dalam usaha mencerap ideologi yang diperjuangkan parti politik tersebut.
Terbaharu dalam usaha memerangi penjualan dan juga penggunaan arak dalam kalangan rakyat negara itu, sepasukan ejen perisikan Afghanistan telah membuang lebih 3,000 liter arak yang telah dirampas ke dalam sebuah terusan di Kabul.
Menurut laporan, tindakan itu merupakan arahan pihak berkuasa dalam menetapkan garis panduan pemerintahan baharu. Menerusi satu ciapan Twitter milik agensi General Directorate of Intelligence, arak tersebut telah dimusnahkan dan penjual arak telah diserahkan kepada badan kehakiman.
د ا.ا.ا د استخباراتو لوی ریاست ځانګړې عملیاتي قطعې د یو لړ مؤثقو کشفي معلومات پر اساس د کابل ښار کارته چهار سیمه کې درې تنه شراب پلورونکي له شاوخوا درې زره لېتره شرابو/الکولو سره یو ځای ونیول.
نیول شوي شراب له منځه یوړل شول او شراب پلورونکي عدلي او قضايي ارګانونو ته وسپارل شول. pic.twitter.com/qD7D5ZIsuL
Menurut ulama dalam video yang disiarkan oleh agensi itu di Twitter, “Umat Islam perlu serius menahan diri daripada membuat dan menghantar arak.”
Sebenarnya, penjualan dan penggunaan arak telah diharamkan di bawah pemerintahan kerajaan sebelum ini yang disokong oleh pihak Barat. Namun begitu sejak pengambilalihan kerajaan, pihak Taliban lebih ketat dalam pelaksanaan pengharaman itu.
Sejak Taliban merampas kuasa pada 15 Ogos, kekerapan serbuan termasuk penagih dadah semakin meningkat di seluruh negara.
Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat kerajaan Taliban juga telah mengeluarkan beberapa garis panduan yang menyekat hak wanita.
Di bawah pemerintahan kerajaan sebelum ini, wanita boleh bekerja secara bebas. Namun kini, wanita tidak lagi dibenarkan bekerja seiring bersama lelaki malahan wanita yang sebelum ini berada dalam sektor kerajaan juga telah dilarang untuk kembali kepada kerjaya mereka.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penipuan dalam talian atau scam bukanlah perkara asing pada zaman ini.
Terbaru, seorang pempengaruh dan selebriti ‘YouTuber’ terkenal dari Thailand bernama Natthamon Khongchak dilaporkan telah menggunakan kuasa popularitinya untuk melakukan penipuan ke atas orang ramai.
Sadisnya, Natthamon atau lebih mesra dikenali sebagai Nutty telah berjaya melarikan diri ke Malaysia selepas dia didakwa menipu lebih 6,000 pelabur lalu mengaut nilai sebanyak dua bilion Baht (atau kira-kira RM245,495,228) melalui penipuan perdagangan pertukaran wang asing.
Sumber: Instagram @nutty.suchataa
Memetik laporan The Straits Times, seorang peguam bernama Phaisal Ruangrit yang membantu mangsa-mangsa penipuan itu berkata, Nutty mengaku dirinya sebagai seorang pelabur Forex berjaya dan telah menjanjikan para pelabur bahawa mereka akan memperolehi pulangan tinggi dalam masa yang singkat.
Janji Palsu
Nutty kemudiannya memberi jaminan bahawa mereka akan menerima pulangan sebanyak 25 peratus untuk kontrak tiga bulan, 30 peratus untuk kontrak enam bulan dan 35 peratus untuk kontrak 12 bulan. Pulangannya pula akan dibayar pada setiap bulan.
Phaisal juga berkata, salah seorang pelabur Nutty juga telah melabur sebanyak 18 juta Baht (RM2,208,306) dengan YouTuber tersebut!
Sumber: Instagram @nutty.suchataa
Dek kerana penipuan ini, para pelabur Nutty yang tidak menerima bayaran seperti yang dijanjikan mula membuat aduan sejak bulan April lalu.
Menerusi satu hantaran di Instagram pada 25 Mei lalu pula, Nutty menjelaskan dia telah membuat kesilapan dalam pelaburan dan wang-wang yang dilaburkan telah ‘hangus’. Namun, dia berjanji akan membayar para pelaburnya semula.
Kes terus berlarutan apabila pada 24 Jun lalu, Nutty mengumumkan dia telah menerima dua kes saman dan tidak mampu membayar pelabur-pelabur lain sekiranya dimasukkan ke dalam penjara.
Pada 28 Ogos pula, laman Facebook popular Drama-addict menyiarkan bahawa Natthamon dipercayai sudah melarikan diri ke luar negara dan khabarnya, negara tersebut adalah Malaysia.
Laman itu mendakwa, ia menerima maklumat bahawa Natthamon melarikan diri ke Malaysia.
Dalam pada itu, salah seorang mangsa Nutty dikatakan telah menawarkan wang ganjaran 1 juta baht (RM122,933) kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat lanjut sehingga Nutty dapat ditahan.
Nasihat penulis, korang janganlah mudah tertipu pula bila melihat kekayaan dan populariti seseorang itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...