Penipuan dalam talian atau scam bukanlah perkara asing pada zaman ini.
Terbaru, seorang pempengaruh dan selebriti ‘YouTuber’ terkenal dari Thailand bernama Natthamon Khongchak dilaporkan telah menggunakan kuasa popularitinya untuk melakukan penipuan ke atas orang ramai.
Sadisnya, Natthamon atau lebih mesra dikenali sebagai Nutty telah berjaya melarikan diri ke Malaysia selepas dia didakwa menipu lebih 6,000 pelabur lalu mengaut nilai sebanyak dua bilion Baht (atau kira-kira RM245,495,228) melalui penipuan perdagangan pertukaran wang asing.
Sumber: Instagram @nutty.suchataa
Memetik laporan The Straits Times, seorang peguam bernama Phaisal Ruangrit yang membantu mangsa-mangsa penipuan itu berkata, Nutty mengaku dirinya sebagai seorang pelabur Forex berjaya dan telah menjanjikan para pelabur bahawa mereka akan memperolehi pulangan tinggi dalam masa yang singkat.
Janji Palsu
Ads
Nutty kemudiannya memberi jaminan bahawa mereka akan menerima pulangan sebanyak 25 peratus untuk kontrak tiga bulan, 30 peratus untuk kontrak enam bulan dan 35 peratus untuk kontrak 12 bulan. Pulangannya pula akan dibayar pada setiap bulan.
Phaisal juga berkata, salah seorang pelabur Nutty juga telah melabur sebanyak 18 juta Baht (RM2,208,306) dengan YouTuber tersebut!
Sumber: Instagram @nutty.suchataa
Dek kerana penipuan ini, para pelabur Nutty yang tidak menerima bayaran seperti yang dijanjikan mula membuat aduan sejak bulan April lalu.
Menerusi satu hantaran di Instagram pada 25 Mei lalu pula, Nutty menjelaskan dia telah membuat kesilapan dalam pelaburan dan wang-wang yang dilaburkan telah ‘hangus’. Namun, dia berjanji akan membayar para pelaburnya semula.
Ads
Kes terus berlarutan apabila pada 24 Jun lalu, Nutty mengumumkan dia telah menerima dua kes saman dan tidak mampu membayar pelabur-pelabur lain sekiranya dimasukkan ke dalam penjara.
Pada 28 Ogos pula, laman Facebook popular Drama-addict menyiarkan bahawa Natthamon dipercayai sudah melarikan diri ke luar negara dan khabarnya, negara tersebut adalah Malaysia.
Laman itu mendakwa, ia menerima maklumat bahawa Natthamon melarikan diri ke Malaysia.
Dalam pada itu, salah seorang mangsa Nutty dikatakan telah menawarkan wang ganjaran 1 juta baht (RM122,933) kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat lanjut sehingga Nutty dapat ditahan.
Nasihat penulis, korang janganlah mudah tertipu pula bila melihat kekayaan dan populariti seseorang itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
CristianoRonaldo dilaporkan telah melamar teman wanitanya, Georgina Rodriguez untuk dijadikan suri hatinya.
Wanita jelita dari Sepanyol itu telah berkata ‘ya’ kepada Ronaldo dan mula mencuba beberapa busana pengantin, dakwa akhbar terlaris Portugal, Correio da Manha.
Pasangan itu dirakam memakai cincin Cartier baharu ketika majlis makan malam romantik di London baru-baru ini.
CR 7 mempunyai ramai peminat perempuan dan pastinya berita ini menjadi berita sedih buat mereka yang meminatinya
Correio da Manha memetik seorang sumber sebagai berkata, Cristiano telah meminta Gio untuk mengahwininya.
“Cristiano telah meminta Gio (Georgina) untuk mengahwininya dan perkahwinan itu akan berlaku, cuma hanya beberapa orang sahaja yang tahu mengenai butirannya,” katanya.
Georgina bertemu Ronaldo pada Jun 2016 di butik Gucci, tempat dia bekerja di pusat bandar Madrid ketika bintang Portugal itu sedang membeli-belah pakaian musim panas.
Khabar angin tentang pertunangan mereka hangat diperkatakan semasa Piala Dunia apabila Georgina dilihat menyarungkan cincin berlian bernilai 615,000 pound sterling (RM3.3 juta).
Pasangan popular itu telah hidup bersama di Itali dan memiliki anak perempuan berusia satu tahun, Alana Martina. Selain itu, Georgina turut membantu pemain itu membesarkan tiga lagi anaknya.
Awal tahun ini, ibu Ronaldo memberitahu bahawa Georgina ialah bakal menantunya.
“Dia adalah ibu kepada cucu perempuan saya. Dia ialah calon menantu, tapi dia belum menjadi menantu saya. Dia seorang yang sangat tenang,” katanya.
Sumber:Sport24
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang tahu tak sebenarnya sejak berada dalam kandungan ibu lagi, kita dah boleh tahu bahawa bayi yang dikandungkan itu kidal atau tidak?
Ya, mungkin semuanya hanyalah satu kebetulan je tapi ia kerap terjadi berulang kali. Bayi yang mengarahkan kepalanya ke kiri cenderung menjadi kidal dan begitu juga sebaliknya, bayi yang mengarahkan kepala pada bahagian kanan akan menjadi individu yang menggunakan tangan kanan.
Kali ini REMAJA ingin membongkarkan 12 fakta menarik tentang individu kidal yang mungkin anda tidak pernah tahu. Check this out!
1. 15 peratus daripada penduduk di seluruh dunia ini adalah bertangan kidal.
2. Bilangan lelaki kidal adalah dua kali ganda berbanding wanita.
3. 20 peratus ahli MENSA (sebuah organisasi bagi individu yang mempunyai IQ tinggi) adalah di kalangan orang kidal.
4. Kebanyakan individu kidal ini mempunyai deria pendengaran yang baik dan kerana itu, mereka mempunyai kelebihan dalam bidang muzik.
5. 40 peratus daripada pemenang pingat emas acara tinju dimenangi oleh golongan kidal.
6. Kebanyakan individu yang berpendidikan tinggi, sebanyak 26 peratus lelaki kidal adalah lebih kaya berbanding lelaki yang menggunakan tangan kanan.
Akan Datang
7. Jika kedua ibu bapa adalah kidal, kebarangkalian untuk anak-anak mereka bertangan kidal adalah tinggi.
8. Sebahagian besar kucing betina adalah right-handed, sedangkan kucing jantan kebanyakannya adalah kidal.
9. Orang kidal juga lebih baik dalam menerima rangsangan, jadi tak hairanlah kelebihan ini dapat membantu mereka hebat dalam permainan video.
10. Wanita berumur yang mengandung lebih berpotensi untuk mendapatkan anak yang bertangan kidal.
11. Individu kidal menggunakan tangan kanan lebih kerap berbanding individu tangan kanan, menggunakan tangan kiri. Hanya 50 peratus individu kidal yang memegang tetikus komputer menggunakan tangan kiri.
12. 4 daripada 5 orang yang membangunkan MacBook adalah terdiri daripada individu kidal.
Orang tangan kidal ni juga katanya lebih berseni. Betul ke?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun berita ini kedengaran seperti satu perkara yang mengejutkan namun ia merupakan berita gembira untuk semua peminat kumpulan ‘lejen’ iaitu TVXQ,
dikhabarkan salah seorang daripada ahlinya iaitu Changmin bakal manamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.
Congrats Changmin ,
Lelaki kacak itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi surat yang ditulis sendiri kepada peminatnya.
Umum Melalui Surat Tulisan Tangan
Memetik laporan Soompi, Shim Changmin ataupun lebih dikenali sebagai Changmin daripada kumpulan terkenal TVXQ ini memaklumkan perkahwinannya menerusi laman komuniti peminat kumpulan tersebut!
“Ia bukan satu perkara yang saya boleh bercakap dengan mudah. Saya kini berasa lebih gemuruh apabila saya menulis setiap perkataan dalam surat ini.
Seperti yang para peminat sedia tahu, saya mempunyai sebuah hubungan yang baik bersama teman wanita di mana kami berdua saling mempercayai dan keputusan untuk menghabiskan sisa hidup bersama wanita ini datang secara semula jadi,” ujarnya menerusi sebuah surat tulisan tangan.
Sementara itu, syarikat naungan TVXQ iaitu SM Entertainment turut mengesahkan bahawa penyanyi itu bakal menamatkan zaman bujangnya pada 5 September ini.
Berikut merupakan kenyataan rasmi SM Entertainment, “Changmin bakal mendirikan rumah tangga bersama teman wanitanya pada 5 September ini.
Semua maklumat mengenai perkahwinan tersebut termasuk lokasi dan masa perkahwinan mereka adalah peribadi. Changmin juga akan meneruskan aktiviti yang lebih hebat pada masa hadapan sebagai seorang ahli TVXQ dan artis.”
Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet kelihatan teruja dengan pengumuman penyanyi tersebut:
Kepada para peminat Changmin khususnya Cassiopeia, apa pandangan anda mengenai berita ini? Tahniah diucapkan kepada pasangan tersebut!
Tahniah sekali lagi buat Changmin dan Cassiopeia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Mommy, daddy balik kan esok? Sofia rindu daddy. Kenapa orang ramai dengan kita.”
Luahan seorang anak kecil itu pastinya cukup meruntun hati apabila dikongsikan oleh...