Sejarah tercipta semalam menerusi kemenangan pemain perseorangan para badminton, Cheak Liek Hou yang menjadi pemain pertama negara yang memenangi pingat emas bagi sukan tersebut di Sukan Paralimpik. Ia selepas juara dunia enam kali itu menewaskan seteru utamanya, Dheva Anrimusthi dari Indonesia dengan keputusan 21-17, 21-15 dalam kategori SU5.

Perjuangan Liek Hou dalam dunia badminton ini sebenarnya telah lama bermula sejak hampir berputus asa untuk meneruskan minat sebagai pemain badminton apabila menyedari sukan itu tidak dipertandingkan di peringkat Sukan Paralimpik.

Menyedari hakikat itu, Liek Hou menjadikan badminton sebagai minat pada waktu lapang saja pada tahun 2015 dan memilih bidang pemasaran sebagai kerjaya tetap.

Bagaimanapun, setelah mendapat tahu bahawa badminton telah disenaraikan sebagai salah satu acara sukan yang dipertandingkan di Tokyo 2020, pemain berusia 33 tahun ini kembali bersemangat dan menghubungi bekas jaguh negara, Datuk Rashid Sidek untuk meminta beliau menjadi jurulatihnya.

IKLAN

Turun 20 Kg! Semangat Cheah Liek Hou JITU Hasil Bimbingan Rashid Sidek

Dari berat badan 92 kilogram pada waktu tersebut, Cheah Liek Hou bekerja keras untuk meningkatkan stamina hingga berjaya menurunkan berat sehingga 20 kilogram. Akhirnya pengorbanan itu membuahkan hasil dengan pelbagai kejuaraan peringkat dunia yang diperolehinya setakat ini termasuklah pingat emas bagi Malaysia di Sukan Paralimpik.

*

Sementara itu, jaguh badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei mengakui terkesan dengan kemenangan Liek Hou semalam memandangkan ini adalah kali pertama sukan badminton dipertandingkan di peringkat Sukan Paralimpik.

IKLAN

Akui beliau, linangan air mata tidak dapat disembunyikannya sebaik saja Liek Hou mengesahkan kemenangannya ke atas pemain ranking nombor satu dunia dari Indonesia itu.

Seperti perlawanan badminton lain membabitkan atlet Malaysia di Sukan Olimpik sebelum ini, perlawanan akhir semalam juga membuatkan Chong Wei berdebar menontonnya dari rumah.

“Tahniah kepada Cheah Liek Hou. Berdebar saya menonton wira negara ini beraksi. Bergenang air mata saya apabila Cheah memenangi mata kemenangan dan terus berpeluk bersama Rashid Sidek,” catat beliau menerusi Instagram miliknya.

IKLAN

Turun 20 Kg! Semangat Cheah Liek Hou JITU Hasil Bimbingan Rashid Sidek

Turun 20 Kg! Semangat Cheah Liek Hou JITU Hasil Bimbingan Rashid Sidek

Maka dengan pingat emas yang disumbangkan oleh Cheah Liek Hou ini, Malaysia berjaya mencapai sasaran tiga pingat emas pada Sukan Paralimpik ini. Tahniah kepada kesemua atlet yang berjaya berdiri di atas podium tersebut : Bonnie Bunyau Gustin,Cheag Liek Hou, Abdul Latif Romly, Chew Wei Lun dan Jong Khie Yee.

ARTIKEL BERKAITAN : Ini Barulah ‘Sportsmanship’! Warganet Berterima Kasih Pada Atlet Greece – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI