Ternyata cubaan ratusan kenderaan yang cuba “menyeludup” keluar dari ibu kota sejak semalam untuk pulang ke kampung masing-masing menyambut aidilfitri membawa padah apabila arahan tegas dikeluarkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyaman mana-mana pemandu yang ingkar mulai hari ini.
Sikap memandang remeh setiap arahan di mana masih ada rakyat yang cuba memandang ringan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan melakukan cubaan merentas sempadan negeri membawa padah apabila arahan saman dikeluarkan kepada yang degil.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, polis telah memeriksa 238,500 buah kenderaan di 146 sekatan jalan raya sempadan negeri, dan 508 pemandu kenderaan telah diarahkan patah balik kerana cuba pulang ke kampung.
Oleh kerana tahap pematuhan yang tidak begitu memuaskan, Ismail Sabri berkata, kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan pihak berkuasa mengenakan kompaun terus kepada mereka yang melakukan kesalahan sedemikian.
“Semalam saja 508 kenderaan yang cuba merentas negeri dengan alasan nak balik kampung telah diarah berpatah balik. Jadi saya nak ingatkan, sekatan jalan raya telah bermula dan tindakan telah diambil.
Ads
“Sejak semalam pihak berkuasa masih lagi mengguna budi bicara seperti memberi amaran dan nasihat. Tetapi mesyuarat hari ini, memutuskan bahawa tindakan kompaun boleh dimulakan oleh pihak polis. Jadi saya harap tak perlulah sampai tahap kompaun. Duit tu boleh guna perkara lain,” katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.
Dalam perkembangan berlainan, Ismail Sabri berkata, seramai 72 individu telah ditahan atas kesalahan melanggar prosedur standard operasi (SOP).
Daripada jumlah berkenaan, 60 individu telah direman sementara 12 individu lagi dijamin.
Ads
Selain itu, beliau berkata, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah memeriksa sebanyak 33,168 buah kenderaan persendirian, 2,335 kenderaan awam dan 28 kenderaan air.
Turut diperiksa, katanya lagi, adalah 2,621 pasar awam, 4,209 tempat ibadah, 1,366 tempat riadah dan 365 tapak binaan.
Ads
“Sebanyak 3,332 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan dan melibatkan seramai 18,770 anggota. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang di dapati tidak mematuhi SOP yang disediakan,” tegasnya lagi. Sumber : Astro Awani.
Untuk info, lebih 90% sekolah ditutup disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, apa yang pasti ialah pelajar akan ketinggalan pembelajaran. Pelajar yg tinggal di luar kawasan internet akan lebih jauh ketinggalan. Pelajar yang tinggal dalam kawasan internet juga akan ketinggalan sekiranya tidak berusaha untuk mengikuti proses pembelajaran. Semua kelas di sekolah dikendalikan secara Online.
Jadi sudah tentu proses pembelajaran terganggu dan ketinggalan dek kerana ada yang tidak dapat menyertai kelas secara atas talian yang dilakukan oleh guru mereka.
Semalam, di laman sosialnya Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan kemurahan hatinya telah menaja 100 biji Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan.
Pohon doakan yer. Baru beli 100 biji Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan. -ebitlew
Allahuakbar. Moga Allah terus memurahkan rezeki Ustaz yang sering membantu orang ramai di dalam kesusahan.
Rata-rata warganet bangga dan teruja dengan sikap murah hati pendakwah ini.
Super Maan Betol
Terima kasih ustaz atas inisiatif bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Sikap yang sangat terpuji dan wajar kita semua contohi. Bertindak tanpa perlu menunggu. Ya, inilah sikap yang wajar kita amalkan demi membantu sesama umat.
Untuk adik-adik yang menerima Tab ini, gunakan dengan sebaik mungkin kerana ramai diluar sana yang sangat memerlukan peranti ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton sah akan menyertai Ferrari tahun depan, selepas Mercedes mengumumkan dia bakal meninggalkan pasukan akhir musim ini.
“Sudah tiba masanya untuk saya mengambil langkah ini dan saya tidak sabar mengharungi cabaran baharu,” kata Hamilton.
Ferrari turut mengesahkan ketibaan pemandu British berusia 39 tahun itu, yang akan bergandingan dengan pemandunya sekarang, Charles Leclerc.
“Ferrari dengan sukacita mengumumkan yang Lewis Hamilton akan menyertai pasukan pada tahun 2025, untuk kontrak beberapa tahun,” kata Ferrari dalam satu kenyataan.
Hamilton pernah berbincang dengan pasukan dari Itali itu untuk menyertai mereka pada tahun 2019.
“Lewis mengaktifkan klausa pelepasan dalam kontraknya yang diumumkan Ogos lalu dan musim ini akan menjadi tahun terakhirnya dia memandu untuk Silver Arrows,” kata Mercedes.
Hamilton menandatangani kontrak dua tahun untuk bersama Mercedes bagi musim 2024 dan 2025, tetapi perjanjian berkenaan mempunyai klausa yang membolehkannya berpindah selepas semusim.
Hamilton memenangi gelaran dunia terakhirnya pada tahun 2020 dan terlepas gelaran pada tahun berikutnya secara kontroversi kepada Max Verstappen, yang 13 tahun lebih muda daripadanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kematian seorang pekerja pemotong rumput warga Myanmar, Cinglowpa yang berusia 20 tahun setelah dia dirempuh oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu secara tanpa lesen orang seorang remaja berusia 16 tahun akan terbela.
Ia susulan kenyataan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong yang berkata tindakan tegas akan diambil ke atas remaja tersebut DAN tindakan sama juga akan dikenakan terhadap pemilik MPV yang membenarkan kenderaan itu dipandu oleh remaja berkenaan hingga menyebabkan kematian serta kecederaan.
Mangsa, Cinglowpa dan rakan senegaranya yang berusia 33 tahun dilaporkan sedang berehat di bahu jalan. Mangsa khabarnya sedang duduk di atas rumput manakala rakannya pula berada di atas motosikal yang diletakkan di bahu jalan.
Secara tiba-tiba, sebuah kenderaan MPV datang dan merempuh mereka sehingga mengakibatkan mangsa maut akibat parah di kepala. Manakala, rakannya itu patah bahu kanan.
Kata Wee kepada pemberita sewaktu ditemui di rumah terbuka Perdana Menteri, walaupun kes di Sungai Petani, Kedah ini berlaku disebabkan kecuaian, ia masih akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Mereka membiarkan anak mereka tanpa lesen. Tiada perlindingan bawa memandu kereta.
“Kedua, sekiranya menyebabkan kecederaan mana-mana pihak, sama ada syarikat atau sesiapa yang bersabit akan dikenakan tindakan keras.
“Macam mana boleh bawa kereta? Undang-undang kita menjaga perlindungan pengguna jalan raya di luar sana” katanya.
*
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Kuala Muda Zaidy Che Hassan, berkata bapa remaja itu tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan. Lalu, kunci kenderaan yang ditinggalkan di rumah diambil olehnya untuk memandu tanpa pengetahuan bapanya.
Usia muda bukanlah alasan untuk kita tidak bertindak secara bertanggungjawab. Apatah lagi apabila ia membabitkan nyawa seseorang yang tidak kita kenali.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!