Baru-baru ini tular di media sosial, sebuah hospital terpaksa ditutup di Kedah kerana seorang pesakit menyembunyikan dirinya ada kontak rapat dengan individu sudah dijangkiti COVID-19. Keseluruhan hospital terpaksa ditutup dua hari selepas kes ini dimaklumkan termasuk staff perlu menjalani kuarantin.
Jika korang merasakan tindakan menyembunyikan maklumat sebab malu diketahui orang ramai bersedialah untuk di penjara dan didenda.
Menurut Presiden Badan Peguam Malaysia Salim Bashir perbuatan sengaja menyembunyikan maklumat penting berkenaan Covid-19 sehingga menimbulkan risiko terhadap kakitangan hospital serta fasiliti perubatan akibat sentuhan, adalah suatu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Tindakan individu yang mengetahui beliau dijangkiti wabak ini tetapi berada di tempat awam, juga adalah satu kesalahan mengikut akta itu.
Bagi membendung kejadian sama daripada terus berleluasa dan memberi pengajaran kepada masyarakat, laporan polis boleh dibuat terhadap mereka ini, kata pengamal undang-undang.
Berkongsi pendapat mengenai perkara ini, Presiden Badan Peguam Malaysia Salim Bashir berkata, seseorang yang menyembunyikan maklumat penting, jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita bahawa ada sesetengah pihak yang cuba menyembunyikan maklumat penting dengan niat salah daripada pengetahuan pihak hospital ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mereka.
Ads
“Ada beberapa pihak yang enggan menyatakan maklumat yang boleh membantu pihak hospital dan pihak berkuasa dalam menangani wabak COVID-19 ini daripada penyebaran secara meluas.
“Maklumat penting seperti sejarah perjalanan luar negara, lebih-lebih lagi ke negara yang terjejas teruk dengan wabak Covid-19 dan juga maklumat perhubungan, sentuhan serta berada dalam kelompok orang yang telah disahkan positif COVID-19, ini sangat berguna dan mampu menyelamatkan seseorang pesakit itu dengan kadar rawatan yang segera dan bersesuaian.
“Selain itu, maklumat sebegitu dapat membendung penularan wabak COVID-19 terhadap orang awam secara amnya,” katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, Salim berkata, jika ada keadaan apabila seseorang itu mempercayai bahawa dia telah dijangkiti, maka dia tidak seharusnya bergaul, atau berada di dalam kumpulan sosial di kawasan awam.
Ads
Menurut beliau, jika perkara ini berlaku, maka individu terbabit dianggap melanggar Seksyen 12 akta sama.
Turut senada dengan Salim ialah peguam MK Thas yang juga menasihati kakitangan hospital supaya membuat laporan polis sekiranya mereka berdepan dengan individu berkenaan.
“Doktor, jururawat dan kakitangan hospital selaku petugas barisan hadapan terdedah kepada risiko jangkitan wabak ini, justeru mereka harus melaporkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang didapati menyembunyikan maklumat mengenai sejarah hubungan dengan individu yang dijangkiti Covid-19.
Ads
“Kita tidak mahu kes seperti yang berlaku di sebuah hospital di Kedah baru-baru ini berulang apabila tindakan seorang pesakit yang tidak memberitahu pihak hospital bahawa dia pernah ada kontak rapat dengan individu positif Covid-19 menyebabkan hospital itu terpaksa ditutup dan petugas hospital yang merawatnya terpaksa dikuarantin serta perlu mengambil ujian Covid-19,” katanya.
Tambah Thas, tindakan membuat laporan polis adalah perlu sebagai peringatan keras kepada mana-mana pihak supaya tidak sewenang-wenangnya menyembunyikan sebarang maklumat penting yang boleh membantu pihak Kementerian Kesihatan mengekang penularan wabak itu.
“Pada masa ini, doktor dan jururawat kita sedang bertungkus-lumus merawat dan menyelamatkan pesakit Covid-19, janganlah kita pentingkan diri sendiri kerana perbuatan kita itu boleh mengancam nyawa pasukan perubatan ini,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan sebuah hospital swasta di Sungai Petani, Kedah, terpaksa menutup operasi selama dua hari bagi proses pembersihan dan pembasmian kuman berikutan seorang pesakitnya dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang disahkan dijangkiti Covid-19.
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh hospital itu, pesakit wanita berkenaan tidak memberikan pendedahan penuh ketika proses pemeriksaan di hospital dan dirawat di wad biasa, menyebabkan kesemua kakitangan yang bersentuhan dengan pesakit itu dikuarantin bagaimanapun diuji negatif bagi Covid-19. Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang terindah dan dikenang sepanjang hidup, selepas penat lelah belajar hingga bergelar graduan.
Disebabkan oleh penularan wabak-Covid-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia, beberapa universiti awam tempatan terpaksa menangguhkan sesi konvokesyen di kampus masing-masing sehinggalah kemaskini terbaru diterima mengenai perintah kawalan pergerakan.
Tetapi itu nyata tak memberi sebarang masalah untuk universiti di India ini meneruskan sesi konvokesyen mereka dengan konsep…
Yes you guessed it – ‘Drive Thru’!
Kalau sebelum ini, universiti di Jepun menggunakan pendekatan kreatif dengan memilih robot sebagai pengantaraan bagi menggantikan graduan pada majlis konvokesyen.
Terbaru, sebuah sekolah swasta di Bangalore, India tetap mengadakan majlis konvokesyen yang dihadiri pelajar sendiri tetapi dengan pendekatan unik.
Para pelajar Canadian International School (CIS) lengkap dengan persalinan jubah dan topi konvokesyen menaiki kenderaan masing-masing untuk meraikan tamat pengajian.
Pandemik COVID-19 tidak menghalang pengurusan sekolah swasta terbabit mengambil pendekatan unik dengan mengadakan majlis konvokesyen pandu lalu. Majlis itu dimuat naik di Facebook (FB), pertama kali diadakan pada Jumaat, demi memastikan pelajar sesi 2020 mempunyai kenangan konvokesyen.
Today, CIS held Bangalore's first drive-through graduation ceremony! Graduates and their parents drove around our…
Melalui laporan Hindustan Times, majlis itu berlangsung meriah dengan pelajar masuk bersama guru ke kawasan padang kampus CIS menaiki kenderaan masing-masing.
“Hari ini CIS buat julung kalinya menganjurkan majlis konvokesyen pandu lalu. Graduan dan ibu bapa memandu masuk ke padang bola dan setiap kali kenderaan lalu, guru akan meraikan mereka dan menyerahkan sijil.
“Majlis graduasi tahun ini bertemakan ‘Kita cari jalan atau membuatnya’ benar-benar bersinar!” kata kenyataan sekolah itu di Facebook.
Hantaran itu disertakan gambar gambar menunjukkan kemeriahan majlis dan kegembiraan pelajar yang tamat pengajian. Majlis terkawal dengan masing-masing mengekalkan langkah pencegahan COVID-19.
Selain ucapan tahniah kepada pelajar, ramai yang menzahirkan kekaguman kepada pengurusan sekolah atas penganjuran majlis sebegitu.
Kreatif bukan!
Yela, majlis sebegini bukan selalu dan akan diingati sampai ke anak cucu nanti kan.
Bagaikan mimpi jadi kenyataan apabila anak didikan Kim Pan-gon berjaya membawa Malaysia ke kejohanan Piala Asia 2023 selepas membenam cabaran Bangladesh 4-1 malam tadi.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memuji dan mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang layak ke Piala Asia 2023 sekali gus menamatkan penantian selama 43 tahun untuk beraksi dalam saingan itu.
Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga dengan barisan pemain kebangsaan yang berjuang hingga ke tiupan wisel terakhir apabila membenam Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.
“Sejarah tercipta buat Malaysia! Tahniah juga kepada para penyokong yang menyokong pasukan kita tanpa berbelah bagi. Kita teruskan perjuangan di Piala Asia 2023!,” kata Perdana Menteri.
Ismail Sabri yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu turut memberikan kata-kata semangat apabila Malaysia menjaringkan gol.
Perdana Menteri turut menyifatkan persembahan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon pada malam ini sangat baik dan membanggakan.
Skuad Harimau Malaya tampil dengan aksi penuh bertenaga dan menekan pihak lawan malam semalam. Tidak berdiam diri dan mahu memastikan misi ke Piala Asia tidak kecundang begitu sahaja, para pemain di atas padang terus memberikan seratus peratus dan mendapat hasilnya.
Gegak gempita seluruh stadium selepas itu meraikan kejayaan negara mara beraksi di pentas Piala Asia buat kali keempat, kali terakhir secara merit adalah pada 1980. Pada 2007, Malaysia turut tampil dalam kejohanan tersebut, namun selaku tuan rumah.
Tahniah Harimau Malaya, anda kebanggaan kami semua.
Sumber : Facebook Ismail Sabri, Berita Harian
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi tempat tumpuan orang awam, pusat rekreasi Sunway Lost World of Tambun melaporkan operasi taman tema tersebut ditutup selama 14 hari bermula 13 Oktober 2020 ekoran salah seorang pengunjung mereka disyaki positif COVID-19.
Pihak Sunwat Lost World of Tambun telah pun membuat kenyataan rasmi mereka di media sosial dan khabarnya, informasi berkenaan dengan pengunjung yang disyaki positif itu diterima daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
KKM juga sudah sedang menjejaki kontak rapat kepada kes COVID-19 berkenaan.
Haih, memang waktu-waktu begini sebaiknya kita duduk rumah dan tidak melakukan sebarang aktiviti diluar. Mana yang nak pergi bercuti tu pun kalau boleh tukar jadual buat sementara waktu ini. Walaupun korang tidak tinggal di kawasan PKPB Kuala Lumpur dan Selangor namun dengan kes yang mendadak tinggi ini tidak menjamin kawasan tempat tinggal korang juga bebas daripada virus COVID-19.