Hangat diperkatakan oleh warganet terutama yang bergelar ibu bapa apabila Pakar Pendidikan mencadangkan Kementerian Pendidikan memulakan sesi persekolahan di Semenanjung bermula jam 8 pagi.
Menurut laporan Kosmo!, Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian dan Kesejahteraan, Pendidkan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Anuar Ahmad berkata, cadangan itu adalah selaras atau meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.
Tambahnya, kerajaan sepatutnya ada rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal pukul 4.30 pagi, selain langkah itu bagi membolehkan anak-anak sempat bersarapan bersama keluarga berbanding sebelum ini lebih kepada bergegas ke sekolah.
Cadangan itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial. Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengguna platform Twitter terutama ibu bapa bagaikan tidak setuju dengan cadangan tersebut selain meminta kerajaan mengubah silibus pembelajaran daripada mengubah waktu persekolahan itu.
Selain itu ada juga segelintir yang berpendapat cadangan untuk mengubah waktu tersebut agak tidak sesuai bagi ibu bapa yang keluar rumah seawalpagi bagi mengelak kesesakan jalan raya.
Ads
“Sekolah mula jam 8 pagi, macam itu yang bekerja kena mula jam 10 pagi ke? Pihak mana yang nak sekolah mula 8 pagi, jangan nak ubah-ubah sangatlah. Pergi ubah silibus murid darjah 1 itu, duk sibuk nak ubah waktu sekolah,” ciap seorang pengguna.
Ads
“Mula sesi jam 8 pun, majoriti ibubapa tetap keluar awal bekerja bagi mengelak kesesakan lalulintas. Bas dan van sekolah pun sama. Anak akan dihantar awal juga. Siapa akan menjaga murid yang dah sampai seawal jam 6.45 pagi? Guru?” tulis lagi pengguna lain.
“Mula pukul 8 pagi berebut dengan orang yang masuk kerja pukul 8. Confirm jalan sesak teruk. Dah lama mula sekolah 7.30 pagi, kenapa baru sekarang nak macam-macam?” ciap pengguan lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malam tadi, jenazah mangsa COVID-19 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bakar Batu, Johor Bharu. Difahamkan tiada ahli keluarga arwah yang mampu mendekati kerana prosedur pengkebumian sangat ketat dan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelak penularan wabak COVID-19 ini.
Muhammad Yusuf bin Harun mangsa kedua wabak Covid-19 selamat dikebumikan malam tadi di JB
Dalam pada itu, seorang pengguna twitter Aimanzulkarnayn@AimanZkrn dalam tweetnya memaklumkan, arwah adalah abang saudaranya iaitu Muhammad Yusof bin Haron.
Dirinya memaklumkan arwah mempunyai enam orang anak, 5 orang anak arwah masih ditahan di wad sebab terkena jangkitan Covid-19. Turut terkena jangkitan ialah isterinya yang turut dijangkiti.
Dalam ucapannya juga, Aiman turut mengucapkan Al-Fatihah, Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk mereka. Amin, tulisnya dalam ciapannya tengah malam tadi.
Dalam pada itu pengguna twitter lain turut mengucapkan salam takziah di atas pemergian arwah dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Malah ada juga yang mengatakan amat sedih kerana di saat akhir tidak dapat mengucup jenazah seperti dilakukan oleh kebanyakan orang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasuah merupakan barah yang sudah lama menjadi polemik dalam sesebuah pemerintahan negara. Ia bagaikan tiada henti apabila ada individu yang menjadi ‘whistleblower’ dan penegak kebenaran, mereka pula yang ditangkap untuk dijatuhkan hukuman.
Mangsa terbaharu situasi ini adalah Rozina Islam, 42, yang merupakan wartawan penyiasatan Prothom Alo yang merupakan surat khabar dengan edaran terbanyak di Bangladesh. Dia yang ditangkap di bawah akta Rahsia Rasmi pada Isnin lalu berdepan dengan hukuman 14 tahun penjara dan jika disabit kesalahan dia berkemungkinan boleh dijatuhkan hukuman mati.
APAKAH ISU YANG DIDEDAHKAN?
Dia muncul di mahkamah pada hari Selasa yang dituduh mencuri dokumen Kementerian Kesihatan di bawah akta tersebut. Perbicaraan baharu telah ditetapkan pada hari Khamis.
Rozina yang terkenal sebagai wartawan yang melaporkan kes rasuah kerajaan dianggap sebagai seorang wartawan yang berkerja bukan untuk dirinya sahaja sebaliknya untuk membantu rakyat mengetahui perkara sebenar.
Rozina merupakan wartawan penyiasatan yang sangat berdedikasi terhadap kerjanya. Sumber gambar: Outlook
Ketika pandemik Covid-19 melanda, dia merupakan seorang wartawan yang lantang melaporkan secara mendalam tentang kes rasuah dan juga salah urus kerajaan dalam hal tersebut. Pada hari dia ditangkap, Rozina berada di Kementerian kesihatan Bangladesh untuk bertemu dengan sekretariat kesihatan. Dia ditahan selama lima jam di pejabat sekretariat itu sebelum polis dipanggil untuk menahannya.
Menurut kenyataan Harun-Or-Rashid yang merupakan timbalan pesuruhjaya tambahan Polis Metropolitan Dhaka, Rozina ditahan kerana merakam gambar dokumen sensitif kerajaan.
Jawatankuasa The Committee to Protect Journalist (CPJ) meminta pembebasan Rozina dengan kadar segera. “Kami sangat khuatir bahawa pegawai polis Bangladesh menahan seorang wartawan dan mengajukan aduan di bawah undang-undang era penjajahan draconian yang membawa hukuman yang sangat berat,” kata Aliya Iftikhar, penyelidik kanan Asia CPJ dalam satu kenyataan.
Jenayah seksual sememangnya tidak mengenal mangsa. Bukan hanya orang dewasa yang terpaksa menanggung nasib sebagai mangsa, malah golongan remaja, kanak-kanak dan lelaki juga tidak terkecuali.
Agak malang apabila mangsa jenayah seksual masih gentar untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa kerana beranggapan ia adalah kes bersifat taboo.
Menyedari perihal ini, negara jiran Thailand telahpun memperkenal undang-undang baharu bagi pesalah jenayah seksual di mana mereka diberikan pilihan untuk dimandulkan menerusi suntikan kimia sebagai hukumannya.
Anna Efetova/GettyImages. Foto Via Healthline
Menurut laporan Times Now News, sekiranya pesalah memilih untuk melakukan rawatan pemandulan; hukuman penjaranya secara tidak langsung dapat dikurangkan. Pesalah juga akan dipantau selama 10 tahun dan dikehendaki memakai gelang pemantauan elektronik.
Difahamkan, rang undang-undang yang dibentangkan di Dewan Rakyat Thailand Mac tahun ini telah mendapat sokongan daripada 145 senator pada hari Isnin lalu dengan hanya dua wakil berkecuali. Pun begitu, ia belum benar-benar dimaktubkan dan masih perlu dibentangkan di Dewan Negara serta mendapat perkenan diraja.
Rang undang-undang itu hanya boleh dikuatkuasakan setelah ia diterbitkan di dalam Warta Diraja pada tarikh yang diputuskan oleh kabinet.
*
Lapor Thai PBS World, di bawah rang undang-undang ini, ubat-ubatan yang digunakan bagi rawatan pemandulan boleh ditetapkan hanya dengan kelulusan pakar psikiatri dan pakar perubatan dalaman serta dengan persetujuan pesalah jenayah seksual.
Sekiranya pesalah dianggap berisiko mengulangi kesalahan yang sama selepas mereka dibebaskan, mereka juga mungkin diberi pilihan untuk menerima suntikan pengurangan tahap testosteron dengan syarat ia telahmendapat kelulusan daripada dua orang doktor.
Dipantau Selama 10 Tahun
Memetik laporan Times Now News, Menteri Kehakiman, Somsak Thepsuthin berkata beliau mahu undang-undang itu diluluskan secepat mungkin.
“Saya tidak mahu melihat berita keburukan terus berlaku kepada wanita lagi,” katanya.
Jika kerajaan Thailand meluluskan rang undang-undang itu, mereka akan menyertai sekumpulan kecil negara yang menggunakan teknik pemandulan kimia seperti negara Poland, Korea Selatan, Rusia dan Estonia serta beberapa negeri di Amerika Syarikat.
Korang setuju dengan undang-undang baru di Thailand ini atau beranggapan ia terlalu kejam?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!