Hargai mak ayah selagi mereka ada. Berbakti juga ketika hayat mereka dikandung badan. Hari ini, berbagai cerita kita baca mengenai sikap anak-anak terhadap ibu bapa. Ada yang berani nak tetak mak ayah, ada pula yang pakat adik beradik belikan mak ayah hadiah yang tak disangka-sangka. Apa pun usaha kita pada mak ayah, memang patut kita bahagiakan mereka kerana tanpa keduanya kita memang tak lahir ke dunia ini.
Tapi perjalanan setiap orang tidak sama seperti orang lain. Ada yang dari kecil sudah kehilangan mak ayah. Ada juga belum melalui kehidupan sebegitu (kata orang masih kaya raya. Bukan kaya duit tapi kaya ahli keluarga). Tapi harus diakui, memang sedih dan pedih kalau kehilangan mak ayah pada usia muda. Lebih sedih bila di hari konvokesyen, kawan-kawan ditemani mak ayah tetapi kita sorang-sorong.
Perkongsian dari Amir Rusydi ini, graduan dari Jordan University Of Science And Technology yang baru memperoleh ijazah dalam bidang pergigian ini boleh buat hati sebak. Bayangkan, impian kita macam-macam tapi perancangan Allah itu lebih segala-galanya.
Kata Amir, di hari konvokesyen, semua kawan-kawannya ditemani mak ayah yang berbangga dengan kejayaan anak masing-masing tapi dia hanya ditemani potret mak ayahnya kerana kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia baik ketika dia belum pun ambil SPM.
Baca kisah perkongsiannya. Memang sebak. Apa yang pasti hargai mak ayah selagi mereka ada.
Ads
Sebak! Amir hanya mampu bergambar dengan potret kedua arwah ibu ibu bapanya di hari konvokesyennya. Memang boleh nangiskan kalau berlaku pada kita!
Hari ini, tepat 10 tahun yang lepas (19/6/2009) nikmat untuk memiliki seorang ayah di dunia telah ditarik. Hilang separuh dari kekuatan hidup. Demi seorang mak yang nak melihat anak – anak berjaya, perjalanan mesti diteruskan.
Alhamdulillah, berjaya dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM. Tapi tak sangka Allah ambik nyawa mak seawal itu, (13/12/2013), 10 hari selepas habis peperiksaan SPM. Walaupun dah bertahun – tahun kehilangan, tapi masih berharap semua yang terjadi ni suatu mimpi.
Plan asal nak pergi ambik keputusan SPM dengan mak ayah dah tak tercapai. Tapi waktu tu hanya mampu cemburu tengok orang lain bergambar dengan mak ayah masing – masing. Dan masa tu jugak terfikir, nanti majlis konvokesyen universiti, aku mesti bawak mak ayah sama – sama jugak 🤗
Ads
Kata Amir dia banyak baca dalam media sosial, anak yatim piatu selalu tercicir dalam pelajaran tapi Amir buktikan peroleh ijazah dalam bidang pergigian dari University di Jordan
Alhamdulillah, 17/6/19, hari secara rasminya aku tamat ijazah pergigian, dapat jugak bergambar dengan mak ayah, walaupun sekadar gambar di dalam gambar. Tapi rasa gembira sebab dapat bawak mak dan ayah sama – sama di hari bahagia ni. Hadiah untuk mak ayah.
Aku selalu terbaca di media sosial, anak – anak yang kehilangan ibu bapa akan tercicir dalam pelajaran, akan gagal dalam hidup. Alhamdulillah hari ini seorang anak yatim piatu berjaya buktikan yang tak semua sangkaan dan andaian orang awam ni betul 🤗
Ads
Semoga mak dan ayah sentiasa gembira dan bahagia di alam sana. Semoga setiap kebaikan dan pahala diperoleh sebagai seorang doktor nanti dapat disalurkan kepada mereka di alam sana.
With love,
Your little dentist ❤️ @ Jordan university of science and technology
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelumba cilik, Maleeq Dragster membuka kalendar musim 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan pesaing di peringkat antarabangsa untuk menjuarai Kejuaraan Run Bike Series (RCS) Jepun 2024 yang berlangsung di Fuji Marine Pool baru-baru ini.
Kejayaan itu menambah koleksi terbaharu Maleeq atau nama penuhnya, Wan Ayden Maleeq Wan Mohd Muzri selepas mencipta sejarah menjadi anak Malaysia pertama membawa pulang trofi RCS Jepun musim ke-12 pada November tahun lalu.
Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli yang juga bapa kepada Maleeq berkata, kejayaan itu amat bermakna buat komuniti ‘pushbike’ yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada barisan pelumba.
“Perlumbaan kali ini sangat mencabar kerana bukan sahaja persaingan antara pelumba, tetapi juga keadaan cuaca hujan pada kedua-dua hari pertandingan. Apabila hujan, suhu menjadi semakin sejuk dan Maleeq berlumba dalam keadaan kesejukan.
“Untuk mengekalkan kejuaraan adalah sesuatu yang mendebarkan dan merisaukan kami sebagai ibu bapa. Tahniah dan bangga kerana ini adalah permulaan terbaik Maleeq untuk tahun 2024.
“Membawa nama Malaysia dan pasukan M8 ke peringkat lebih tinggi adalah satu tanggungjawab yang besar. Tanpa usaha dan pengorbanan tidak mampu kita ukir kejayaan. Sejarah berulang lagi kali ini buat Maleeq,” katanya dalam satu kenyataan.
Kejayaan Maleeq turut menerima pujian daripada Presiden RCS, Yuuki Takahira yang mengakui Malaysia berjaya melahirkan juara, selain mendapat liputan daripada media Jepun seperti Tokyo Chinichi Sports dan Majalah RCS.
RCS Jepun adalah kejohanan terbaik di Asia yang mengumpulkan juara-juara ‘pushbike’ dari seluruh dunia antaranya tuan rumah, China, Taiwan, Thailand dan Malaysia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rakaman bakal isteri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, Dayang Anisha Rosnah Adam membaca al-Quran dalam satu majlis khatam al-Quran sempena pernikahan mereka menarik perhatian ramai.
Difahamkan majlis berkenaan diadakan Rabu lalu, beberapa hari sebelum isitiadat bermula secara rasmi, hari ini dengan Adat Membuka Gendang Jaga-Jaga.
Sosok si jelitawan itu turut menarik perhatian, terutamanya apabila beliau menggayakan busana yang cukup anggun hasil ciptaan pereka fesyen tempatan, Teh Firdaus.
Menerusi perkongsian pereka fesyen tersebut di laman Instagramnya, busana yang dipilih untuk acara Khatam Quran ini merupakan baju kurung yang direka khas dengan menggunakan tenunan Brunei yang rumit.
Tinjauan di media sosial juga mendapati, rata-rata pengguna turut melahirkan rasa teruja mengikuti istiadat perkahwinan diraja tersebut selain menanti detik hari pernikahan pasangan berkenaan.
“Masya-Allah, sudah cantik boleh mengaji lagi,” puji netizen.
“Alhamdulillah semoga dipermudahkan segalanya dan semoga dalam lindungan Allah. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah,” doa individu lain.
“Cara Putera Mateen pandang Dayang Anisha dan cara Dayang Anisha senyum pada Putera Mateen sangat comel,” kata warganet.
Terdahulu, istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari.
Bagi akad nikah pasangan itu pula dijadualkan berlangsung pada 11 Januari nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah nak pastikan nasi lemak yang korang buat tu sedap.
Namun dengar cerita, ramai netizen yang telah mencuba nasi lemak terbaru yang ditawarkan oleh McDonald’s Malaysia. Nasi lemak ini bukan calang-calang tau, ini burger nasi lemak!
Mendapat ilham daripada rasa sebenar nasi lemak yang selalu korang ‘bantai’ untuk sarapan pagi, ia lengkap dengan patty ayam yang mempunyai rasa lemak dari santan dan emping jagung (corflakes) rangup, telur goreng, bawang berkaramel, kepingan timun dan semestinya sambal.
McDonald’s berkata mereka memang memberikan 110% tumpuan deria rasa ketika menyediakan resepi sambal itu. It can make or break your nasi lemak.
Hasilnya..?
Memang tak kedekut sambal tapi kami rasakan kalau ada kacang dan sambal bilis, barulah ngam kan.
Rasanya pun tak muak sampai kami top-up beli burger sebiji lagilah. (What happened to my diet?!)
Buat masa sekarang, kami diberitahu bahawa burger nasi lemak ini akan hanya ditawarkan untuk jangka masa singkat bermula hari ini. Walaupun baru, namun ini bukanlah burger nasi lemak pertama yang pernah dicipta.
Ada 3 lagi restoran yang pernah mencubanya, namun adakah semuanya sedap?
* * * * *
01
myBurgerLab
Mereka berjaya untuk menarik perhatian netizen semasa mereka memperkenalkan burger Nasi Lemak Ayam Rendang. Bukan hanya namanya membuatkan semua orang terliur, rasanya pun tak kurang hebatnya.
Ayam goreng yang dijadikan patty disatukan dengan kuah rendah, peanut butter, timun, sambal, serbuk bonito (sejenis ikan, untuk menggantikan ikan bilis) dan telur mata goyang di atas!
Lokasi: OUG, Sunway dan Cyberjaya.
02
Fullhouse Lifestyle Store & Cafe
Walaupun Fullhouse mendapat namanya dari drama bersiri Korea, namun mereka juga nak tumpang sekaki merasa nasi lemak tau!
Burger Nasi Lemaknya mengikut kriteria apabila ia terdiri daripada ayam goreng berempah, sambal belacan, timun, kacang, ikan bilis dan telur mata. Roti bun pula digantikan dengan bun nasi. Menariknya, ia siap dihidang dengan wedges!
Lokasi: Sunway Pyramid.
03
Define:food
Siap dengan bungkusan daun pisang lagi. Define Food menghidang burger nasi lemak dengan cara ‘banjir’ lengkap dengan ayam goreng berempah, sambal, timun, ikan bilis, kacang dan daun pisang!
Lokasi: Mid Valley
So amacam, korang dah try belum?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon veteran, Zulkifli Ismail, yang kini berusia 62 tahun, meraih perhatian peminat apabila menyatakan bahawa beliau kini sedang menyambung pengajian di Universiti...