Di saat harga barangan dan kos sara hidup semakin menjadi perhatian ramai, tindakan seorang warga emas yang masih menjual minuman pada harga serendah 30 sen nyata mencuri perhatian.
Pemilik gerai minuman di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Sarifah Bahari atau lebih mesra disapa Mak Pah, sudah 26 tahun mengekalkan harga minumannya pada kadar antara 30 sen hingga RM1 demi membantu pelanggan, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Bagi Mak Pah, perniagaan yang diusahakannya bukan sekadar untuk mencari rezeki, malah menjadi ruang untuk berkongsi rezeki dan bersedekah kepada orang lain meskipun keuntungan yang diperoleh tidak seberapa.
Kekal Dengan Harga Lama Sejak 26 Tahun Lalu
Menurut Mak Pah, dia mula berniaga sejak zaman Allahyarham Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah dan masih meneruskan perniagaan tersebut sehingga kini tanpa menaikkan harga minuman.
Malah, Allahyarham Syed Razak yang pernah menetap di kawasan perumahan berhampiran juga antara pelanggan yang sering singgah membeli minuman di gerainya suatu ketika dahulu.
“Saya mula berniaga sejak zaman Allahyarham Datuk Seri Syed Razak Syed Zain jadi Menteri Besar Kedah sampailah Menteri Besar sekarang, Alhamdulillah masih kekalkan harga sama. Dahulu arwah Syed Razak yang tinggal di taman berdekatan selalu singgah beli juga.
“Sekarang walaupun sudah lebih 25 tahun saya tidak berhasrat hendak naikkan harga lagi. Pelanggan saya banyak orang biasa saja dan mereka datang beli sini sebab saya jual murah kalau naikkan harga tentu mereka kecewa. Biarlah, kerana saya pun niat hendak bersedekah,” katanya.
Harga Minuman Serendah 30 Sen, Masih Ada Untung!
Walaupun sudah lebih dua dekad berniaga, Mak Pah tetap dengan pendiriannya untuk menawarkan harga yang mampu dibayar oleh pelanggannya.
Ads
Antara minuman yang dijual termasuk sirap ais pada harga 30 sen, manakala teh O ais dan kopi O ais masing-masing berharga 50 sen. Teh ais pula dijual pada harga 60 sen.
Bagi pelanggan yang menggemari minuman seperti Nescafe dan Milo ais, kedua-duanya ditawarkan pada harga RM1 sahaja.
Menariknya, harga tersebut kekal sama sama ada pelanggan memilih untuk menikmati minuman di gerai mahupun membawanya pulang.
“Bungkus dan minum di gerai sama sahaja harganya. Orang selalu tanya, kalau jual macam ini untungkah? Masih untung sebenarnya, cuma sedikit sahaja lah,” jelasnya.
Ads
Berniaga Demi Menyara 10 Anak Selepas Kehilangan Suami
Di sebalik kisah perniagaan kecilnya, Mak Pah turut mempunyai perjalanan hidup yang cukup bermakna.
Sebagai ibu tunggal kepada 10 orang anak, dia menjadikan hasil jualan minuman sebagai sumber pendapatan untuk membesarkan dan menyara seluruh keluarganya selepas suaminya meninggal dunia lebih 50 tahun lalu.
Kini, kesemua anaknya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga masing-masing. Namun, Mak Pah masih memilih untuk meneruskan perniagaan meskipun anak-anaknya pernah menyarankan agar dia berhenti berniaga.
Baginya, berada di gerai bukan sekadar mengisi masa lapang, tetapi turut membolehkannya bertemu pelanggan yang sudah sekian lama mengenali dirinya.
Ads
“Anak-anak semua sudah berkahwin dan mempunyai keluarga masing-masing kalau duduk di rumah pun rasa sunyi juga jadi saya keluar berniaga. Anak-anak pernah suruh berhenti tetapi saya selalu beritahu kalau saya tak jual lagi macam mana dengan pelanggan saya nanti,” katanya.
Bukan Sekadar Jual Air Murah, Mak Pah Turut Sediakan Makanan
Selain menawarkan pelbagai minuman pada harga yang cukup rendah, Mak Pah turut menyediakan makanan tengah hari dengan harga berpatutan buat pelanggan yang berkunjung ke gerainya.
Kisah Mak Pah menjadi peringatan bahawa nilai sebuah perniagaan bukan semata-mata diukur melalui keuntungan yang diraih, tetapi juga melalui keikhlasan dalam mencari rezeki serta keprihatinan terhadap orang sekeliling.
Selepas 26 tahun mempertahankan harga minumannya, Mak Pah membuktikan bahawa niat untuk membantu orang lain mampu menjadi kekuatan untuk terus berbakti kepada masyarakat, walaupun dengan cara yang sederhana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Utusan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini, keputusan SPM 2020 telah pun diumumkan dan mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80, berbanding 4.86 pada tahun lepas.
Syabas kami ucapkan kepada semua calon SPM 2020.
Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapat tahu keputusan berjaya memasuki university mana adalah debaran paling havoc. Ini kerana dengan penerimaan ke universiti yang dipohon, ia adalah satu tiket melangkah ke alam remaja yang menyeronokkan.
Buat lepasan SPM 2020, sila alert dan beri perhatian pada 15 Jun nanti kerana fasa pengemaskinian UPUOnline hanya akan dibuka selama tujuh hari bermula 15 Jun ini pada 12 tengah hari dan akan ditutup pada pukul 5 petang 21 Jun.
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan memaklumkan, pemohon boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian berdasarkan keputusan SPM 2020 kecuali program pengajian yang telah dipanggil temu duga, ujian atau kedua-duanya.
“Hebahan keputusan permohonan UPUOnline lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 dijangka dibuat pada minggu ketiga Julai 2021,” memetik kenyataan itu.
Akibat pandemik Covid-19, KPT juga akan melaksanakan program Jom Masuk IPT Virtual 2021 (JMIPT Virtual 2021) dengan kerjasama rakan strategik Universiti Malaya (UM) bagi memastikan penyampaian maklumat berkaitan akses pendidikan tinggi tidak terjejas .
JMIPT Virtual 2021 menyediakan 29 slot webinar, sesi ‘live chat’ dan konsultasi secara berkelompok dan individu oleh pempamer secara virtual. KPT turut mengekalkan jaringan komunikasi sedia ada iaitu talian hotline, sistem maklum balas dan emel rasmi sepanjang program berlangsung.
Jangan lepaskan peluang ini, all the best guys!!!
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Zizi Kirana memang tidak asing lagi dalam industri seni tempatan. Wanita berusia 35 tahun ini merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh dan sejak dari itu dia bergiat aktif dalam industri seni tempatan dan dia antara personaliti seni yang dikenali kerana suaranya yang merdu.
Sebagai bukti, lagu popular dendangannya EH baru sahaja diumumkan berjaya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu.
Baru-baru ini warganet terpukau dengan video yang menampilkan keindahan suara Zizi tatkala mengalunkan ayat suci Al-Quran bersama qariah, Farhatul Fairuzah yang dimuat naik oleh gadis berkenaan di laman Instagramnya. Mereka berdua dipercayai terlibat dalam satu rakaman program televisyen sempena bulan Ramadan nanti.
Dalam satu hantaran di laman TikTok, Zizi mengatakan yang rakaman program TV tersebut merupakan kali pertama dia tampil dikaca televisyen untuk megalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Tahun lalu, Zizi dan UNIC ada mengeluarkan lagu berbentuk kerohanian yang diberi tajuk Purnama. Sehingga kini lagu tersebut sudah dimainkan sebanyak lebih 1.3 juta di laman YouTube.
Secara umum, puasa wajib dilakukan selama 30 hari di setiap negara yang penganutnya beragama Islam dan untuk durasi masa berpuasa pula bergantung kepada kedudukan geografi negara tersebut. Perbezaan jangka masa itu ditentukan bermula terbitnya matahari hingga terbenamnya matahari.
Namun begitu, terdapat negara yang tempoh puasanya lebih pendek dan ada juga yang hanya perlu berpuasa selama 8 jam. Ha, negara mana tu?
Jom kita lihat antara negara-negara yang mempunyai tempoh berpuasa yang lebih pendek.
Antartika
8 jam 18 minit
Pernah terbayang tak bagaimana agaknya berpuasa di Antartika? Waktu imsak pada pukul 6.30 pagi dan berbuka sekitar pukul 3.48 petang. Tapi persoalannya, mampukah korang bertahan makan dan minum dalam cuaca yang sangat sejuk?
Umat Islam di negara ini berpuasa dari pukul 5.31 pagi dan berbuka pada pukul 3 petang, lebih kurang 9 jam berpuasa. Walaupun agak singkat namun mereka harus berpuasa dalam keadaan udara kering dan cuaca sejuk.
Populasi umat Islam di Argentina hanya sedikit sekitar 1.9 peratus sahaja, namun suasana Ramadan tetap dirasakan bagi yang menyambutnya. Penduduk Argentina yang beragama Islam perlu berpuasa lebih kurang 9 jam 30 minit.
Afrika Selatan antara negara yang berpuasa dalam tempoh yang singkat, 10 jam 30 minit. Namun, cabaran mereka adalah terpaksa berpuasa dalam cuaca yang panas.
Apa-apa pun bersyukurlah kerana korang dapat menjalani ibadah puasa di negara sendiri, Malaysia. Cuaca di negara kita tidaklah terlalu panas dan tidak juga terlalu sejuk. Bayangkan macam mana agaknya jika berpuasa dengan cuaca yang sangat panas atau sejuk?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.