Hangat diperkatakan oleh warganet terutama yang bergelar ibu bapa apabila Pakar Pendidikan mencadangkan Kementerian Pendidikan memulakan sesi persekolahan di Semenanjung bermula jam 8 pagi.
Menurut laporan Kosmo!, Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian dan Kesejahteraan, Pendidkan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Anuar Ahmad berkata, cadangan itu adalah selaras atau meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.
Tambahnya, kerajaan sepatutnya ada rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal pukul 4.30 pagi, selain langkah itu bagi membolehkan anak-anak sempat bersarapan bersama keluarga berbanding sebelum ini lebih kepada bergegas ke sekolah.
Cadangan itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial. Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengguna platform Twitter terutama ibu bapa bagaikan tidak setuju dengan cadangan tersebut selain meminta kerajaan mengubah silibus pembelajaran daripada mengubah waktu persekolahan itu.
Selain itu ada juga segelintir yang berpendapat cadangan untuk mengubah waktu tersebut agak tidak sesuai bagi ibu bapa yang keluar rumah seawalpagi bagi mengelak kesesakan jalan raya.
Ads
“Sekolah mula jam 8 pagi, macam itu yang bekerja kena mula jam 10 pagi ke? Pihak mana yang nak sekolah mula 8 pagi, jangan nak ubah-ubah sangatlah. Pergi ubah silibus murid darjah 1 itu, duk sibuk nak ubah waktu sekolah,” ciap seorang pengguna.
Ads
“Mula sesi jam 8 pun, majoriti ibubapa tetap keluar awal bekerja bagi mengelak kesesakan lalulintas. Bas dan van sekolah pun sama. Anak akan dihantar awal juga. Siapa akan menjaga murid yang dah sampai seawal jam 6.45 pagi? Guru?” tulis lagi pengguna lain.
“Mula pukul 8 pagi berebut dengan orang yang masuk kerja pukul 8. Confirm jalan sesak teruk. Dah lama mula sekolah 7.30 pagi, kenapa baru sekarang nak macam-macam?” ciap pengguan lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Trend memuat naik video TikTok sambil menyanyikan lagu berbahasa Melayu sama ada dari Malaysia mahupun Indonesia sudah semakin digemari.
Ia bukan saja popular di kalangan masyarakat di negara kita dan Indonesia. Malah warga TikTok dari negara asing turut tak terkecuali, termasuklah ahli program Running Man, Ji Suk Jin!
Hari ini, selebriti Korea Selatan berusia 53 tahun itu membuktikan usia hanyalah angka apabila beliau turut sama terjebak dalam trend TikTok.
Video yang kini viral di Twitter itu menampakkan oppa Suk Jin menyanyikan lagu Izinkan – sebuah lagu Indonesia yang dipopularkan oleh Thomas Arya dan Iqa Nizam.
Menariknya, cara Suk Jin menggerakkan mulut (miming) kepada lagu tersebut cukup on-point walaupun beliau tidak mengetahui makna lirik yang dinyanyikan.
Aduh, terhibur sekejap!
Sebelum ini, Suk Jin pernah viral kerana memakai aksesori kepala mirip songkok hitam.
Trend TikTok sudah semakin popular sehinggakan pengusaha elektronik Korea Selatan, Samsung juga telah mengeluarkan TV Samsung Sero yang boleh menegak untuk peminat TikTok dan IGTV.
Biasalah masa bulan puasa begini, macam-macam resepi, iklan, rancangan masakan yang tunjuk minuman sejuk yang menggiurkan.
Nasib baik musim PKP ni tiada bazaar Ramadhan. Kalau tak semua jenis minuman nak beli kan? Tapi sesekali tentu nak merasa makan dessert atau pencuci mulut juga ketika berbuka.
Jadi apa kata kita cuba resepi Air Mango Dessert dikongsikan oleh Fatien Zain ini.
Memang simple sangat tapi tetap nampak menarik dan sedap!
Ini resepinya.
Bahan-bahan :
* 3 cwn susu segar
* 1 paket serbuk jelly flavour mangga(masak & sejukkan serta di potong dadu
* 1/2 cwn whipping cream(boleh ganti dgn susu cair)
* 1 cwn susu pekat(ikut manis yg kita nak)
* 1 cwn sagu(masak dengan air yg mendidih & tapiskan)
* 1 tin laici tin(ambil buah sahaja)
* 2 biji mangga (dipotong dadu)
Caranya :
⏩ Satukan semua bahan di atas dan letak ais batu.
⏩ Siap utk di hidang.
Tadaa…Siap. Mudah saja kan?
Yang penting, dapat banyakkan makan buah segar dan kurangkan snek atau minuman manis. Kita pun dapat jaga diet sekali.
Selamat mencuba dan berbuka semua.
Kredit: Fatien Zaini Via Rizal Hakim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung semalam menyaksikan Malaysia mendahului negara Jiran, Indonesia dengan kemenangan 3 gol berbalas 2.
Sebelum perlawanan bermula lagi sudah berlaku kekecohan di Stadium Utama Gelora Bung Karno dengan insiden penyokong Indonesia membaling batu sewaktu penyokong Malaysia memasuki stadium tersebut.
Situasi ini dipandang serius oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila beliau telah mengeluarkan kenyataan di media sosialnya bahawa akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatannya, Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahwari susulan daripada insiden yang berlaku.
Kredit foto: Fox Sports
Sebentar tadi saya bersama penyokong-penyokong Harimau Malaya menyaksikan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno. Objek besi, botol dan suar dicampak kepada kami beberapa kali. Terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.
Saya dimaklumkan FAM bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada FIFA. Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana.
Gangsterism tidak akan ditolak ansur dalam apa jua cara. Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia adalah keutamaan saya.
Ketika ini saya masih lagi bersama-sama dengan penyokong Malaysia ditempatkan di dalam stadium sementara menanti keadaan di luar reda sebelum kami boleh pulang. Kejadian ini amat menyedihkan buat industri sukan bolasepak yang sepatutnya menjadi medium penyatuan. Saya berjanji akan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun, dilihat masih ada dikalangan rakyat Indonesia yang memohon maaf di ruangan komen kenyataan Syed Saddiq di Instagram, tentang insiden yang berlaku semalam.
Nah, dalam setandan pisang tidak semuanya busuk. Bukan semua masyarakat di Indonesia bersikap kasar dan biadap. Bukan menyebelahi mereka, tetapi janganlah sampai kita bergaduh sesama sendiri sehingga mengeruhkan lagi keadaan.
Apa-apa pun, doakan yang terbaik bagi kedua-dua negara. Kita kan serumpun. Peace no war!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!