.Elvis memenangi pingat emas acara itu dengan pungutan mata 415.15 manakala pingat perak dan gangsa masing-masing dimenangi penerjun Wilayah Persekutuan Rui Jie (kiri) dan Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim (kanan). –fotoBERNAMA (2024)
Remaja berusia 18 tahun itu telah menjadi bualan ramai susulan aksi terjunannya dalam acara 3 meter papan anjal lelaki yang menakjubkan sehingga meraih perhatian ramai di media sosial.
Terjunan Elvis Priestly Di SUKMA Disamakan Dengan Atlet Handalan China, Kenali Atlet Sarawak Ini!
Dalam video tular itu, penerjun Elvis Priestly telah mempamerkan terjunan berkualiti dan hanya menghasilkan percikan air yang minimum. Umpama jarum yang jatuh dalam air!
Hasil persembahan yang diberikan, Elvis telah berjaya memenangi pingat emas untuk kontinjen tuan rumah.
Elvis Priestly
“Saing saing China”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terpukau dan memuji aksi terjunan yang dipamerkan atlet Sarawak ini. Bahkan, netizen turut berharap atlet ini terpilih dan menjadi calon penerjun di Olimpik Los Angeles (LA) 2028 kerana dilihat memberi persaingan hebat seperti penerjun China.
Selain aksinya yang menjadi bualan ramai, netizen juga tertarik dengan namanya yang serupa dengan nama penyanyi legenda Amerika Syarikat, Elvis Presley.
Terjunan Elvis Priestly Di SUKMA Disamakan Dengan Atlet Handalan China, Kenali Atlet Sarawak Ini!
Elvis Priestly — ZULAZHAR SHEBLEE / The Star
11 trivia tentang Elvis Priestley :
Ads
1. Penerjun Sarawak ini dilahirkan pada 11 Oktober 2006.
2. Nama penerjun ini mencuri perhatian ramai apabila ia hampir sama dengan nama penyanyi legenda Amerika Syarikat (AS), mendiang Elvis Presley.
3. Elvis meraih emas menerusi terjunan yang dibuat di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Kuching, yang dinamakan sempena nama ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong.
4. Mendapat tidur yang cukup menjadi rutin harian Elvis untuk memastikan dia kekal tenang dan fokus ketika bertanding.
5. Elvis memasang impian untuk meraih kedudukan podium di Kejohanan Dunia Remaja Rio de Janeiro yang akan berlangsung pada November hingga Disember tahun ini.
Ads
6. Elvis juga mahu mengikut jejak langkah rakannya, Bertrand Rhodict yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 dan berhasat melayakkan diri ke Olimpik LA 2028.
7. Jika layak ke Olimpik LA2028, Elvis pada ketika itu akan berumur 22 tahun.
8. Elvis merupakan pelapis kebangsaan sejak tahun 2019, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
9. Elvis berada di bawah seliaan Majlis Sukan Negara sejak lima tahun lalu.
10. Penerjun ini dilatih di Bukit Jalil oleh jurulatih kebangsaan Luh Jia Ning dari China.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun, berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Setelah menunaikan ibadah yang penuh keberkatan ini, para jemaah haji akan kembali ke tanah air masing-masing dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan.
Namun berbeza buat jemaah haji Indonesia balik dari Mekah melaram macam nak ‘catwalk’ di pentas ‘runway.
Jemaah Haji Indonesia Balik Dari Mekah Melaram Macam Nak ‘Catwalk’ Di Pentas ‘Runway’
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan jemaah haji turun daripada pesawat dengan baju berbagai fesyen. Perkara itu membuatkan orang ramai pelik melihat fesyen mereka.
Menerusi video berkenaan yang dikongsikan oleh seorang kru kabin penerbangan, dapat dilihat jemaah haji wanita mengenakan pakaian dengan aneka fesyen. Ada pakaian yang penuh dengan labuci dan tak kurang juga beropol-ropol.
Penampilan mereka yang bersahaja dan unik ternyata mencuri tumpuan ramai. Kesemua mereka merupakan jemaah haji keturanan Bugis dari Makassar Indonesia. Difahamkan perkara itu merupakan adat dan tradisi orang Bugis di Indonesia.
Meskipun sudah lanjut usia, namun gaya dan gelagat masing-masing seolah-olah sedang berada di pentas peragaan fesyen. Gaya mereka yang bersahaja begitu mencuit hati. Masing-masing nampak berkeyakinan dengan busana yang dipakai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tak suka dengan makanan ringan. Dah jadi kebiasaan bila tengah buat kerja atau tengok TV, mulut tu mesti nak mengunyah.
Pernah tak korang terfikir tentang kandungan makanan ringan yang selalu korang ambil? Sama ada ia baik atau tidak untuk tubuh badan.
Nah, jangan tak ambil peduli langsung tentang perkara ini. Penting untuk korang tahu kandungan sebenar yang ada dalam setiap makanan yang diambil.
Ada beberapa produk yang telah disahkan merbahayakan kesihatan oleh KKM dan pastinya korang terkejut kerana makanan ini sangat popular dan sering dimakan.
Antara produk-produk tersebut adalah:
1. ASAM CELAGI SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan)
2. ASAM MANGGA SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan)
3. NATURAL DRIED SEAWEED mengandungi Kadmium (Perak)
Produk ini telah diambil sampel dan Analisa makmal mendapati mengandungi siklamat pemanis dan kadmium.
Siklamat adalah pemanis tanpa zat yg 30-50 kali manis daripada gula biasa. Manakala Kadmium, cemaran logam yang boleh ada secara semulajadi atau pencemaran dalam proses penyediaan makanan.
Siklamat juga boleh memberi risiko kanser Ia biasanya dapat memberi kesan jangka panjang terutama penyakit kanser.
Siasatan pihak KKM mendapati bahawa maklumat pengeluar produk ini adalah palsu.
Ha, korang mesti familiar dengan produk makanan ringan ni kan?
Orang awam yang mengesan produk ini dijual di pasaran dipohon tidak membeli dan perlu memaklumkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman di talian 09-8504243 bagi tujuan rampasan dan pelupusan.
Walau bagaimanapun, amaran ini HANYA merujuk kepada BATCH dan PRODUK yang tertera sahaja yang khusus kepada produk yang dianalisa makmal. Produk lain atau batch yang berbeza adalah tidak berkaitan.
Namun begitu, korang dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan seperti ini kerana ia tidak sesuai untuk kesihatan, terutamanya kandungan bahan pengawet, pemanis dan pewarna yg tidak diketahui statusnya.
Mungkin ada kalangan orang kita kenal alami situasi ini. Disebabkan syarikat ingin melakukan penstrukturan jabatan, maka kita menerima nasib malang dibuang kerja. Kita dibayar pampasan iaitu lebih kurang tiga bulan saja.
Tahukah kita masih boleh failkan tuntutan pemecatan tidak adil walau pun sudah menerima pampasan dari majikan. Perkongsian seorang peguam di fbnya, Mohamad Nasruddin Ab Rahman dari Tetuan Nas Rahman & Co berkongsi cara bagaimana hak seorang pekerja jika berlaku pemecatan tidak adil ini.
Situasi:
Rahul bekerja di syarikat X selama 3 tahun. Pada suatu hari, Rahul telah dipanggil dalam satu mesyuarat bersama pihak atasan di mana Rahul telah dimaklumkan oleh syarikat bahawa syarikat sedang mengalami penstrukturan semula dan posisi beliau di syarikat telah menjadi berlebihan.
Syarikat telah menawarkan bayaran pampasan sebanyak 3 bulan gaji kepada Rahul jika dia bersetuju dengan tawaran tersebut. Rahul akhirnya menandatangani tawaran pampasan tersebut namun beliau masih tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh syarikat bahawa posisi beliau menjadi berlebihan akibat penstrukturan semula syarikat.
Persoalannya, adakah Rahul masih boleh mengambil tindakan dan memfailkan tuntutan pemecatan tidak adil walaupun beliau sudah bersetuju dan menerima pampasan yang diberikan syarikat?
Jawapan: YA, MASIH BOLEH.
Sebab?
Isu ini sebenarnya telah diputuskan dalam Mahkamah Agung dalam kes Kumpulan Perangsang Selangor Bhd v Zaid Mohd Noh [1997] di mana Yang Arif Gopal Sri Ram JCA (pada ketika itu) telah menyatakan seperti berikut:
“Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa oleh kerana kerugian tidak pernah diplidkan, maka Mahkamah Perindustrian telah tersalah arah akan dirinya dan melakukan kesilapan undang-undang apabila ianya mendapati bahawa perayu telah mewujudkan satu kes lebihan tenaga kerja.
Hakim yang bijaksana telah juga memutuskan bahawa keputusan Mahkamah Perindustrian mengenai perkara estopel adalah salah, kerana kaedah teknikal seperti estopel, penghadan atau kecuaian (laches) tidak terpakai dalam adjudikasi perindustrian. Mahkamah Tinggi, dalam keadaan sedemikian, telah membatalkan award tersebut, memberikan perintah certiorari yang dipohon, dan mengeluarkan suatu mandamus mengarahkan Mahkamah Perindustrian untuk mengadjudikasikan semula pertikaian tersebut.”
Ini bermaksud, pekerja tidak dihalang oleh kaedah teknikal seperti estoppel untuk memulakan tuntutan pemecatan tidak adil hanya disebabkan pekerja sudah pun menerima pampasan yang diberikan oleh majikan sebelum dipecat.
Keadaan ini masih terpakai walaupun dalam perjanjian pampasan telah disebutkan sekiranya pekerja tandatangan, pekerja sudah tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap syarikat.
Kewujudan klausa sedemikian tetap tidak menghalang pekerja untuk mengambil tindakan terhadap majikan di Mahkamah Perindustrian.
Walau bagaimanapun, pekerja perlu ingat bahawa sekiranya tuntutan pemecatan tidak adil berjaya, Mahkamah Perindustrian akan menolak jumlah pampasan yang telah diterima oleh pekerja semasa pemecatan dari jumlah award yang diberikan di akhir kes.
Semoga bermanfaat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...