Nama Raffa Affar mulai terkenal di Malaysia saat lagu Cinta Sampai Mati menjadi siulan ramai dek populariti yang dikecap menerusi TikTok. Lagu tersebut kerap digunakan oleh pengguna aplikasi itu sebagai lagu latar video mereka.
Khabar terbaru dari penyanyi yang berasal dari Jawa Barat ini, dia telah merakamkan semula lagu balada rock malar segar, Tiara, yang dipopularkan oleh Kumpulan Kris sekitar era awal 90-an. Menariknya, muzik video yang menyaksikan Raffa menyanyi lagu Tiara sudahpun mencecah tontonan sebanyak 22 juta kali.
Lagu Tiara merupakan ciptaan sepenuhnya Datuk M. Nasir dan terkenal sehingga ke hari ini menjadi halwa telinga mereka yang menyukai lagu-lagu lama.
Namun warganet terkejut apabila mendengar Raffa Affar menyanyikan lagu ini di sebuah acara konsert anjuran stesen televisyen Indonesia. Apa yang boleh diperkatakan, nyanyiannya sumbang sekaligus membuatkan warganet mempersoalkan suara secara langsungnya yang berbeza berbanding suara rakaman.
Warganet yang terkejut menonton klip video nyanyian secara langsung itu meluahkan rasa tidak puas hati mereka.
Ads
Semoga Raffa mengambil kritikan warganet secara positif dan menjadikan kritikan ini satu tiupan semangat untuk memantapkan lagi vokal pada masa hadapan.
Ads
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, lagu Tiara ini boleh dikatakan membawa tuah kepada kumpulan Kris. Lagu ini yang dimuatkan ke dalam album pertama mereka menjadi begitu popular sehingga album tersebut terjual lebih 100 ribu unit.
Menerusi lagu ini juga kumpulan Kris berjaya mendapat tempat ketiga kategori lagu dan juga persembahan terbaik pada Anugerah Juara Lagu 1991.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam minggu ini tular kisah pengantin perempuan yang meninggal akibat kanser sarcoma dan hanya sempat menikmati indahnya bergelar isteri hanya untuk tempoh 18 jam sahaja.
Ramai yang memuji keikhlasan Mohammad Saiful Azzam Mohmed, 25 memilih pasangannya, arwah Fatin Nursyahirah Yusuf, 24 sebagai isteri sekali pun tahu tunangnya itu sudah lumpuh dari pinggang ke bawah akibat kanser tisu tahap empat yang dihadapi oleh Fatin Nursyahirah seminggu sebelum itu.
Tentu ramai yang tertanya-tanyakan bagaimana mula pasangan ini berkenalan dan seterusnya menjalinkan hubungan cinta. Catatan dari kakak iparnya, Nina A.z yang memuat turun kisah pasangan ini walau hanya sedikit sudah menggambarkan betapa kukuhnya ikatan cinta antara keduanya.Juga diceritakan bagaimana arwah tidak pernah mengeluh, tak pernah menangis, tak pernah bad mood biar tahu kesakitan melingkari perjalanan hidupnya.
Sudah tertulis keduanya mengecap bahagia sebagai suami isteri dalam tempoh yang singkat. Namun ramai yang mengangkat Azzam sebagai lelaki budiman yang terpuji akhlaknya kerana memilih Fatin Nursyahirah sebagai suri hatinya.
Lebih menyayat hati, imam yang sama menikahkan pasangan ini, imam itu jugalah yang membacakan talkin di hari pengkebumiannya. Baca catatan Nina A.z mengenainya serta betapa rapatnya arwah yang dipanggil kakak dan makcik oleh anak sulung mereka, Safiya.
Mengikat tali pertunangan, kelihatan keduanya cukup bahagia bersama. Safiya mengapit keduanyaSiap memujuk Safiya yang dikatakan “takut” kehilangan makcik yang disayanginya selepas perkahwinan keduanya kelak. Ternyata kenangan ini cukup menimbulkan memori bukan sedikit
Kakak, we miss u already my lil baby sis.. you used to tag along when me n ur brother were having our date, way back then..i practically watched you growing up.. i juz dunno how to write this down and not weep.. this is hard..
We used to watch a lot of movies together.. like a lot..n i remember we watched The Fault in Our Stars n Miss You Already..movies about cancer patients..little that we know that later you would be chosen to endure the same test with the baddest cancer of them all, mesenchymal chondrosarcoma.
Kisah hidup kakak dan bagaimana Azam, ibu bapa dan adik beradik Azam sudi terima kakak menjadi isteri.. dan bagaimana keluarga kita dan keluarga azam turut sama berjuang melawan kanser bersama kakak lebih hebat dari movie2 yang kita dah pernah tengok, kakak..Azam yang dulu kakak cerita mula nak kenal kakak dengan kejar kakak sambil bawak aiskrim cair kat funfair tu, tetap ambil kakak jadi isteri walaupun kakak dah tak boleh berjalan dan bernafas bergantung pada bantuan oksigen.
Pernikahan yang bukan biasa2..Hebatnya kisah cinta kamu berdua. Allah dah tetapkan kakak jadi isteri Azam walaupun tak sampai sehari You are a real life hero, Azam..for making her happy being your wife even for a short while..kami sebak tengok awak kuat sama2 sempurnakan pengebumian kakak, azam..mulianya hati kamu sekeluarga.. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Kedua mempelai ini diijabkabulkan dalam suasana yang cukup sederhana namun begitu membahagiakan
Hanya sempat bergelar suami untuk tempoh kurang 24 jam apabila isteri kesayangannya itu dijemput Illahi
We were all being tested by Allah. But, in my eyes u have passed the test in flying colours, my dear baby sis. Kak na tak pernah jumpa sesiapa pun yang kuat semangat macam kakak. You are a real fighter, You fought and stayed positive to the very end..kak na tak pernah nampak kakak mengeluh, kakak tak pernah cakap sakit, tak pernah marah, tak pernah bad mood sepanjang kak na jaga kakak lepas dua kali operation buang kanser dan selepas rawatan radiotheraphy tu..Kak na yakin Allah angkat darjat kakak lebih tinggi kerana kakak sangat tabah, sabar, redha dengan ujian Allah yg hebat ini.. hebatnya adik ipar kak na ni..
Kak na tak kuat mana pun, kakak.. kak na tak pernah menangis depan kakak.. sbb kak na nak tolong kakak jadi kuat, tapi sebenarnya kak na selalu nangis tp kakak tak nampak.. semalam for the first i broke down in front of you because i know my tears wont hurt your feelings anymore..i’m glad that my small family were always being bubbly and chatty around you, so most of your photos show how happy you were being with us..
Biar diuji dengan kesakitan tetapi setiap kali menerima tetamu, arwah tidak pernah tidak senyum seolah-olah sihat.
Nina bersama adik ipar yang mana kata sesetengah rakannya muka mereka kelihatan hampir sama, umpama adik dan kakak. Turut kelihatan Safiya yang memang manja dengan makciknya
Arwah bersama tiga orang anak buah yang amat rapat dengannya
Terima kasih sebab kakak layan anak2 along n kak na. Safiya sedih sangat dia hilang makcik yg dia sayang. Kesian kat pakcik Azam dia..she cried to sleep last night..Sayf pun sedih n dia cakap ‘tapi Sayf sayang makcik, Sayf suke makcik’. It really broke my heart seeing they wept for losing you, their beloved Makcik..We have a lot of memories together, they r a lot of places that we had been together, especially masa kakak dah mula study di UM..i’m glad i love taking photos, nasib baik la kak na banyak amik gambar kita, so the kids can remember that they spent a lot of time with you..i will tell them how strong u were so they can look up to you n when they feel weak, they need face the challenge and be a real fighter like their makcik..
I learnt a lot from you my dear baby sister.. ketabahan dan kesabaran kakak betul2 terkesan dalam diri kak na..thanks sbb layan kak na yg bubbly yg suka korek cerita2 dari kakak..i really love you kakak..inshaAllah kita jumpa lagi di alam kekal nanti. Moga di Sana kakak dapat bersatu dengan suami kakak Azam.. Allah angkat darjat kakak sbb ujian yang hebat ini..juga semua yang membantu kakak menghadapi ujian Allah ini..
Terima kasih semua yg banyak menolong kakak semasa hayatnya..mama, abah, ude dan mas terutamanya yang setiap kali temankan kakak untuk rawatan di PPUM dari awak hingga ke akhir hayatnya, angah dan mira yang susah payah masak n siapkan hantaran n buat kakak happy masa hari pertunangannya, adik yang bawak kakak jalan2 n makan2 n buat kakak happy.. azam, ibu bapa dan adik beradik azam yg sentiasa membantu kakak mencari penawar penyakitnya dan terima kakak seadanya menjadi keluarga, terima kasih juga pada saudara mara dan sahabat serta para pensyarah di UM yang sentiasa menghulurkan sumbangan dan semangat, kawan-kawan rapat kakak yang membuat kak na hiba tentang nilai persahabatan kerana menangisi pemergian kakak..
This is not a goodbye sayang..you will forever live in us.. you will always have that part in my heart that i have reserved only for you..damai la kakak di sana, that cancer can’t hurt you anymore.. i love you kakak. Semoga Allah tempatkan kakak bersama-sama orang yang beriman. Along, kak Nina, Safiya, Sayf n Syafi will always love you sayang ❤️
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Well, kami tidak sangka dua perkara tersebut boleh disatukan dalam satu ayat. Namun itulah yang cuba dilakukan oleh McDonald’s China hinggakan percubaan ini bertukar tular pada minggu ini. Semua gara-gara video TikTok yang dimuat naik oleh akaun @cris13_u yang kini telah ditonton sekerap 32 juta kali [seperti yang diselitkan di hujung artikel untuk tontonan korang].
Francais popular di negara tembok besar itu kini cuba bereksperimentasi dengan menambah beberapa buah basikal senam satu tempat duduk menghadap dinding kaca atau batu-bata.
Seperti yang dipaparkan di bawah, ia disertakan dengan meja paras dada ala di tempat duduk di dalam pesawat untuk korang letakkan barangan kecil seperti telefon bimbit.
Pelanggan kini dibenarkan menikmati masa makan sambil mengayuh basikal senam yang mempunyai teknologi boleh-cas menggunakan tenaga mesra alam.
Idea di sebalik eksperimentasi ini adalah agar pelanggan boleh menjana elektrik kepada peranti mereka seperti telefon bimbit.
Pada masa yang sama, basikal senam ini juga mengelakkan pelanggan daripada merasa ‘bersalah’ kerana memilih untuk makan di McDonald’s demi mengalas perut.
Jom tonton video tular yang dimaksudkan itu. Menerusi paparan kurang seminit ini, seorang remaja perempuan dilihat sedang menikmati burger dan air minuman bergas sambil ‘khusyuk’ mengayuh basikal senam.
Lain pada lain nampaknya ciptaan dan eksperimentasi baharu ini!
Seperti yang kita semua ketahui, negara China dan rakyatnya memang selalu ‘berfikiran ke hadapan’ dan mencuba pelbagai idea serta aktiviti yang asalnya kedengaran pelik. Tapi setelah ramai mencuba, tidak mustahil ia akan menjadi fenomena dunia dan ikutan ramai.
Korang rasakan McDonald’s Malaysia akan mengikut jejak langkah ini di beberapa cawangannya tidak lama lagi? Hehe.. habislah cawangan penuh dengan abang-abang sado selepas ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelumba cilik, Maleeq Dragster membuka kalendar musim 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan pesaing di peringkat antarabangsa untuk menjuarai Kejuaraan Run Bike Series (RCS) Jepun 2024 yang berlangsung di Fuji Marine Pool baru-baru ini.
Kejayaan itu menambah koleksi terbaharu Maleeq atau nama penuhnya, Wan Ayden Maleeq Wan Mohd Muzri selepas mencipta sejarah menjadi anak Malaysia pertama membawa pulang trofi RCS Jepun musim ke-12 pada November tahun lalu.
Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli yang juga bapa kepada Maleeq berkata, kejayaan itu amat bermakna buat komuniti ‘pushbike’ yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada barisan pelumba.
“Perlumbaan kali ini sangat mencabar kerana bukan sahaja persaingan antara pelumba, tetapi juga keadaan cuaca hujan pada kedua-dua hari pertandingan. Apabila hujan, suhu menjadi semakin sejuk dan Maleeq berlumba dalam keadaan kesejukan.
“Untuk mengekalkan kejuaraan adalah sesuatu yang mendebarkan dan merisaukan kami sebagai ibu bapa. Tahniah dan bangga kerana ini adalah permulaan terbaik Maleeq untuk tahun 2024.
“Membawa nama Malaysia dan pasukan M8 ke peringkat lebih tinggi adalah satu tanggungjawab yang besar. Tanpa usaha dan pengorbanan tidak mampu kita ukir kejayaan. Sejarah berulang lagi kali ini buat Maleeq,” katanya dalam satu kenyataan.
Kejayaan Maleeq turut menerima pujian daripada Presiden RCS, Yuuki Takahira yang mengakui Malaysia berjaya melahirkan juara, selain mendapat liputan daripada media Jepun seperti Tokyo Chinichi Sports dan Majalah RCS.
RCS Jepun adalah kejohanan terbaik di Asia yang mengumpulkan juara-juara ‘pushbike’ dari seluruh dunia antaranya tuan rumah, China, Taiwan, Thailand dan Malaysia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!